heyy ! sedarlah sikit mida oi !!

hye , kes mida masih tak selesai lagi . okayy aku memang sangat TIDAK fahamkan mida ! apa dia nak sebenarnya ? apa masaalah dia sebenarnya ? nak kena lempang ke dengan aku ? dia tu macam tak ada AKAL lah ! sakit hati aku.

masaalah dia tak habis2 denga cinta dia terhadap siput tu ! aku pun pernah bercinta jugak mida oi !! aku pun pernah sengsara tp boleh tak jangan macam nie , hanan pernah cakap dengan aku , dia marah kalau aku selalu kata kenapa la Allah turunkan ujian berat buat aku .

dia kata  sebenarnya ujian kita tak la berat mana , ade orang lain lagi berat , dia selalu menyampah bila aku kata begitu , hm , sekarang aku dah faham , ye dia memang seorang yang matang sangat! betul mida ! sebenarnya ujian berkapel bukan ujian besar ,


aku bukan apa . yelah  , dia kan  dah la minta tlg aku time clash dengan siput , aku tak uka lah bila jadi macam nie. bila dia buat macam nie, semuanya nampak macam aku ni jaat sangat tahu tak ? yelah , okayy Mida duk mengadu dekat aku kata siput buat di gitu, gini.

lepas tu aku gi marah siput, okay aku tak ade la marah tapi aku tegur la siput, lepas tu siput kata dia just memain je , dia taks serius pun dengan mida. dia kata mida yang over. dah tu apa sebab dia minta kapel balik dengan mida ? siot ah dia tu . bila aku suruh mida lupakan dia . nampak sgt aku ni jahat .

yelah , cuba fikir, aku ni nampak sangat la jahat  . before ni aku kan ada hati dekat siput, jadi bila aku suruh mida lupakan siput, orang akan fikir aku ni nak dapatkan balik siput, sumpah lah ! aku tak nak dah siput tu, bagi aku dia tak menjamin kebahagiaan aku , acewaah !

sebelum ni bukan main lagi si mida ni merayu dekat aku , sedih la apa la. tp last sekali , dia terima balik siput tu , dia kata dia redha je hidup dia cm nie , hei mida ! kau dengar sini ! kau jangan rasa hidup kau tu dugaan besar sangat tau ! sebenarnya tu bukan besar sangat !tapi kau yang buat ujian ni berat !


aku ingat lg , dlu aku macam kau la!! aku rasa ujian ni berat . aku sedih aku rasa seolah2 aku lah pling sengsara ! aku lah paling merana . sedangkan ujian yang Allah turunkan tak la besar mana , malah ianya sepatutnya tak menjadi satu msalah. tp aku yang membuat ianya jadi msalah.

hei mida ! tp kau hantar msg kat aku , kau kata biarlah kau sengsara la. biarlah kau berduka la. biarlah orang lain tgk kau bahagia padahal kau sengsara ! pleasee la mida !! tolong la aku ! memang aku sentiasa ada disisi kau ! tp aku tak suka kau cakap macam tu ! benda tu bukan menyedihkan kau tp kau buat bnda tu jadi sedih !

tolong la mida ! tolong jangan berfikiran macam budak darjah dua ! tolonglah ! orang lain pun bercinta ! orang lain pun ade kekasih ! tp tolong jangan buatkan diri kau jadi perempuan bodoh ! aku benci tahu tak ? aku tak suka kau tu memperbodohkan diri kau sendiri !!!!

mida !! tolong la sedar!!!!! bangun lah mida ! satu hari nanti kau akan menyesal dengan apa kau buat nie , dengan apa yang telah kau luahkan dekat aku, nnti kau akan malu sendiri . aku tahu sekarang mungkin kau bangga , kau nak aku dan semua orang tahu yang kononya kau tu sengsara sebab siput , padahal pada hakikatnya , tak sengsara mana pun !

kau kata lg jangan bagitahu sesape sengsara kau nie !! hei cik mida !! kalau aku cerita dekat orang ! orang takkan rasa kau tu sengsara ! sebaliknya orang akan ketawakan kau! orang cuma akan kesian kan kau sebab kau sayangkan orang yang suka mainkan hati perempuan !

mida aku tahu kau masih mengharap siput tu akan berubah !! tak mida !! siput takkan pernah berubaH!! tak kan pernah kecuali satu hari nanti bila dia benar2 dah sedia dan ade seorang wanita yang buat dia sedar ! kalau sekarang tak mungkin, dia masih nak enjoyyy dalam hidup dia . dah la tu mida ! hentilah angan2 kosong kau tu ! 


tapi kalau betul siput berubah , alhamdulillah !! aku berterima kasih sebab kau mampu buat dia berubah ! tolong berhneti cakap kau tu menderita ! lain la kalau kau dah kawen , then siput curang dengan kau , itu boleh aku sesame kau cakap kau tu menderita , masalahnya ni kau sendiri carik penyakit ! tolong la sedar mida !! tolonglahhh ! hei tension aku lah !!

mida !! disini aku merayu pada kau ! tinggalkan lah si penjahanam tu ! hakhak ! kejam giler ayat !!!! mida dia ta kan bahagia kan kau !

TOLONG lah jangan terima mana-mana lelaki sampai kau betul2 dah bersedia untuk bercinta !! aku bukan nak cakap apa. aku kesian dekat kau ! aku taknak kau nangis semua ni, ye , aku pun macam kau jugak sebab tu aku taknak kau jadi macam aku ! kau sendiri cakap kau tak kuat , jadi jangan terima mana2 lelaki sampai kau dah bersedia !

entah la mida ! aku pun taktahu nak cakap apa. nak cakap salah , tak cakap pun salah . aku cuma kesiankan kau je mida ! aku tak suka kawan aku skit hati sebab lelaki , lain la kalau korang saling mencintai aku tak kisah ! msalahnya kau tu bertepuk sebelah tangan ! aku tak nak kau sedih , sebab aku takut aku akan jadi macam kau !

macam mana ek aku nak terangkan ? mida , siput tu bukan lelaki yang terbaik , aku bukan nak kata dia jahat , tak mida ,, aku tak berniat nak cakap di jahat , tp kita semua tahu dia tu suka mainkan perempuan . aida pun pernah cakap , dia sedih kalau kau berjodoh dengan siput, yelah kau tu ade agama la jugak , siput , tu solat pun dia tak buat weh  !! cam mana dia nak bimbing kau ? ye , kau dan aku salah menyayangi manusia ! kita silap! dan kita kena same-same perbaiki dan jauhinya ! 



kalau aku boleh takkan kau tak boleh , aku tak minta kau lupakan dia trus , tp kau boleh anggap dia kawan je . macam mana aku dengan dia . kawan lebih baik . macam sekarang , aku bebas untuk katakan apa sahaja pada dia . sebab KAMI KAWAN ! cuba jadi kawan . percayalah hati kau akan terubat .

sebenarnya mida , yang ada dihati kau bukan cinta , tp rasa ingin memiliki . bila rasa ingin memiliki kau ego ! kau nak miliki dia ! kau tak rela kehilangan dia ! kau tak nak dia bahagia dengan orang lain ! tapi kalau kau ikhlas cintakan dia , kau akan lakukan pengorbanan . kau rela berkorban . rela lihat ia bersama siapa asalakna dia bahagia :) percayalah kata-kata aku .

antara cinta dan rasa ingin memiliki amat berbeza ... kelak kau akan faham bila hati kau dah stabil ..

ada perbezaan semua tu mida . cuba perhatikan diri kau , lihat diri kau , adakah kau betul sayangkan dia sehingga kau sanggup lepaskan dia biar dia bahagia walau tak bersama kau ? kalau kau ikhlas cintakan dia , kau tetap akan tersenyum dan bersabar dengan apa juga semuanya hanya untuk dia .

kau tak kisah dia tak bersama kau , yang penting kau kau selalu doakan dia , dah berharap dia bahagia dalam apa jua keadaan , entah la. kau fikirlah sendiri ,panjang la aku mebebel... kau paham-paham je la keyy.


No comments: