Sad Story --

Hm . Sedih kot Hari nie . Bila aku dapat cerita dari Sufi yang dia  tu rupanya dalam diam minat si Najah . dia selalu usha Najah. kesian kat aku sebab selama nie , aku duk tabur cerita aku suka dia , tapi rupanya dia suka najah. HAHA .

nampak macam bodohkan aku selalu cerita kat kawan-kawan pasal dia . termasuk jugak Najah yang tahu aku suka dia . tapi rupanya dia suka Najah. betapa bodohnya diri aku ini . err -- Macam mana lah aku nie boleh jadi buta sangat sampai tak nampak dia suka Najah.

Macam aku tanya sufi , sufi kata , orang selalu dok heboh yang dia selalu usha-usha Najah dan selalu tengok-tengok Najah. kenapa dorang diamkan je ? kenapa dorang tak cerita dekat aku ? tolong jangan kesian dekat aku boleh tak ? biar aku sakit hati dari aku tak tahu . mesti orang semua dok gelakkan aku sebab dia suka Najah , tapi aku dok over suka dia .

Pagi tadi aku cerita jugak dengan aida . Aida kata ye , memang dia perasan dari sem SATU yang dia selalu usha si Najah. what thee -- . Memang betul lah , tetapi kenapa aida jugak tak cerita dekat aku . so, sekarang memang terbukti dia suka Najah .  hancur sedikit hati aku . ops , bukan sedikit , entah la .

Tengah hari nie lak ekin datang bilik aku . aku pun cerita dekat ekin . Ekin tanya aku macam mana aku boleh cakap macam tu , aku cakap lah , sebab orang duk cakap semua . terus ekin bukak cerita , semalam masa nak makan rumah kak cik , Dia nak duduk makan . lepas tu dia tegur najah dengan ekin , dia cakap 'ekin, najah .. makan' ye , memang nampak ayat biasa , tapi bila kita dah tahu hati dia dekat najah macam mana kan , jadi teranglah ..

Aku tersentap -- aku sedih lah . aku rasa nak nangis je sekarang masa type entry nie . tapi aku malu sebab Madihah ade . aku malu , aku tak nak nangis depan dia . aku kuat -- Aku tak boleh nak persoalkan 'kenapa Najah ?' sebab Najah memang layak . 

memang betul pun , dia tu kan baik, alim , hafiz Quran . pandai , mestilah dia layak untuk Najah. betulkan korang aku dah cakap , dia mestilah nak perempuan yang same taraf macam dia . yang baik , alim dan tutup aurat dengan sempurna macam Najah. aku sendiri suka dengan cara Najah, ape lagi lelaki macam dia . dia mestilah nak apa yang ada pada najah .

Walaupun dia kata dia tak kisah tak dapat yang solehah . tapi aku tahu , dia lelaki , dia mesti nak yang baik , nak yang alim nak yang sopan . nak yang ade ciri-ciri wanita soleha . najah vs Aku , memang aku jauh kalah la. aku pakaian pun entah apa-apa je . najah sopan je . memang lah dia terpikat .

entah lah . hati aku kacau sekrang nie . aku nak lupakan dia . tapi aku jugak tak nak . Ya Allah , aku sedih . aku terluka . tapi aku tak layak cemburu atau terluka . dia punyai hak hati dia sendiri . aku nie tak layak langsung nak bersuara apa-apa . Kenapa aku biarkan diri aku nie bodoh berterusan suka dekat dia . 

aku dah tahu rasa dia dekat aku tetapi kenapa aku masik bodoh nak suka dia . okay , aku tak kan cemburu dengan Najah . Najah , aku minta maaf kalau hati aku ktor dengan rasa cemburu terhadap kau . err . Najah , aku sayang dia . aku terlalu sayang dia , tapi dia nak dekat kau . serius . aku sedih sangat . Najah , aku minta maaf sangat  . Aku tak nak cemburu tapi aku tak boleh lawan , sebab aku terlalu sayangkan dia . Aku tak nak lupakan dia . tapi hati aku sakit . Hati aku sedih sangat.

Akhirnya aku mengalirkan airmata jugak . aku tak tahan . Allah , aku perlukan seseorang saat ini . 

No comments: