Belajarlah

Hari nie , aku memikirkan sesuatu . Ada seseorang telah mengeluarkan satu ayat yang telah mengguris hati aku . Okay , kalau orang nak tanya siapakah orang tu , Minta Maaf , sebab aku tidak akan sesekali memberitahu siapakah orang tu . mengganggu mood aku je la. err -- 

Apa yang nak dikatakan . Belajarlah menghormati orang lain  . Jangan minta orang menjaga Hatimu kalau kau  tak pernah mencuba untuk menjaga hati orang lain . jangan minta orang untuk mengambil berat soalmu kalau kau tak pernah belajar untuk mengambil berat akan hal orang lain .

Kat sini bukan nak cerita pasal busybody ke ape . Tapi nak cakap pasal hati kau . kau selalu minta orang jaga hati dan perasaan kau , tp cuba kau renung diri kau balik, sejauh mana kau cuba menjaga hati orang lain ? jangan kata kau dah penat jaga hati orang , kalau masih ada orang yang terluka denganmu . 

aku dah lama kot pendam benda nie . Jangan minta orang layan cara kau , kalau kau tak pernah nak faham cara orang lain . kau hanya fikirkan kepala kau je . aku takkan lupa apa yang kau buat pada hari itu . kau layan aku macam tu , tp bila benda tu terkena dekat kau sendiri , kauu harapkan sesuatu yang aku pernah harapakan saat benda itu terjadi pada aku . 


Jadi sepatutnya aku tak layan kau ,  tapi aku kesian , jadi aku bagi juga sesuatu yang kau mahukan itu atas dasar seorang kawan . aku tak nak dikatakan berkira sangat . tapi itupun kau masih tak hargai . macam seolah2 aku langsung tak ambil berat pada kau , padahal kau yang tak pernah nak ambil berat pada aku . hanya satu perkara je kau ambil berat .

okayy aliaa . cool okayy . jangan marah-marah . lupakan je semua itu . Jangan berdendam . okayy . Semoga lepas ni aku lupakan je la . harap okayy je . kbaii .

No comments: