Hari yang Memalukan

Assalamualaikum . Untuk pertama kalinya saya nak cakap dulu okayy . Saya amat merindui ummi dan walid . Ini betul-betul punya bukan main-main okay . Rasa sangat sunyi taw, tetapi kena lah tahan hati kan . Nak balik ? ouh mestilah , tapi masaalahnya Jauh la dan saya baru je balik minggu lepas  Sumpah , rindu membuak-buak dihati . Lagi-lagi bila petang tadi ummi call . err -- I Miss Them So Much .


Bila tengok member-member semua balik , Ukhti , Nadhirah, Farah Aida , Madiha , Afiqah , Aishah , Ekin dan yang lain-lain balik, rasa sangatlah sedih . Rasa nak jer ikut dorang balik. Rasa macam nak nangis je sekarang nie . Rindu  :'( . Ummi , mai lah datang sini . Jiwa terasa kosong dan hampa . err .

Bermula lah kisah utama yang menyebabkan aku ingin update blog ini .Eh ? kejap saya , kejap aku . lantak pi lah ! mula-mula tu aku gadis sopan . Sekarang dan terlampau rindu kena lah ganas sikit . err HiHi . 

Semalam ! semalam okayy , aku , Madiha dan Afiqah nak hantar Aida balik Perak . Kebetulan masa tu jugak Aida Demam panas . Jadi dia banyak diamkan diri . kalau tak , mahu riuh rendah dalam kereta tu . Kebetulan dan takdir juga, kelas Asas Komputer telah dibatalkan . HikHik . jadi dapatlah hantar Aida tanpa ragu-ragu.

Masa sampai tu , tunggu bus konsutrum ( nama sebenar tak diketahui )  datang tapi tak datang-datang . Apabila ditanya , kata orang tu bus tu sekarang rosak dan berada di tanah merah . err . Lamanya . Katanya mungkin sampai dalam jam 10 . okay . jadi nya aku duduk sebelah aida . satu lagi kerusi tu , Ada dua orang mamat ni duduk taw. kebetulan aku panas sangat dekat stesen bas tu .

jadinya aku telah mengambil purse ( bajet ayat karangan bahasa melayu untuk SPM je ) dan kipas-kipas lah dekat muka aku kan . Masa aku kipas duk kipas , duk syok habis nikmati angin yang menyentuh pipuku, tiba-tiba mamat tu bangun angkat beg dia . Masa dia bangun tu , aku nampak ada benda yang jatuh . Bila aku tunduk tengok , ade kad bank . aku nak ambil, tapi aku tunggu dia je lah  yang ambil sendiri . tapi dia tak ambil, jadi dengan baik hatinya aku , aku telah mengambil kad tersebut .

aku pun dengan penuh kebanggannya bagi lah kad bank tu dekat mamat tu , tetiba mamat tu geleng je . aku pun hairan la . tapi aku diam je . Alih-alih , aku pon pusingkan kad tu, rupanya tu kad aku . dah tu , bukan kad Bank , tapi kad Kelab Taha Tabung Haji tu , err Malunya , kenapa lah aku bengek sgt tak tgk kad tu dulu , buat malu je . ade lak kad sendiri tapi nak bagi dekat orang lain . ahai ! --

time tu dah bantai gelak lah. Lepas tu kisah Hari ni pulak . nak hantar assigment Mutalaah dekat ustad Azahar . Jadinya kena hantar semua ahli kumpulan kena ada la. err -- . Lepas tu , time tu aku duduk dengan Hani , Mida , Shu , Fatini dan Aishah . Sebelah tu , ada si Amar dengan Safwan . aku pun berborak lah dengan dorang semua . 

time tu group aku cuma aku sorang je . Yang lain ade dekat luar . Malas nak beratur. err . Lepas tu , aku borak punya borak . tetiba Hani kata , 

"Eh , Alia , dorang tu dah lama tunggu taw ,"
Lepas tu aku cakap lah , 
"alaaa. lantak la. lepas korang , aku jugak nak masuk ,"
 Tetiba dalam masa yang sama aku terdengar suara Amar tertinggi taw . seolah-olah dia sedang cakap atau sedang balas balik apa yang aku cakap tadi . aku dengar lebih kurang macam nie lah ayat dia 

"Eh , kitorang lagi lama tunggu taw "
jadinya aku dengan penuh kebanggan aku pusing belakang  , terus aku marah si Amar dan Safwan . time tu aku nampak muka mereka berdua blurr je . Amar macam terkejut aku tetiba marah cakap yang lepas ni turn aku jugak yang jmpa ustad . Tapi dia diam je . Dalam hati aku pun pelik jugak , asal si Amar ni nak bercakap dengan aku pulak. tapi aku diam je la. 

Lepas tu si Safwan bersuara . Dia kata lain kalau nak menyampuk sila beri salam . aku pun pelik la. opss ! Baru aku perasan yang sebenarnya aku nie terperasan lah . erghhh . Malunya saya :*) . err -- Malu okay , aku pon terus pusing belakang dan tak pandang muka dia balik. err Kenapa lah aku boleh terperasan yang kononnya Amar dan Safwan tengah bercakap dengan aku eh . err .

Lepas tu , dorang dok ungkit balik benda tu depan aku . huh ! Aku pun minta maaf lah balik . Aku kata sorry lah aku terperasan . Jadinya aku pun cerita lah balik apa sebenarnya yang terjadi sehingga membuatkan aku terperasankan diri aku . hakhak . sedih gilerr . -- HAHA .

tapi okayy dah  itu je lah cerita aku . sebab aku malu sangat rupanya aku nie perasan je yang dorang cakap dengan aku . Alahai --

Lupa sikit nak story . Waktu yang malam nak hantar aida . Bus nya rosak . Jadinya Aida punya perjalanan terpaksa ditangguhkan dan dibawa ke hari ini . malam tu jugak hantar Aida ke klinik . Mak oi ! ade sorang doc nie . perghh . perggh. Wa cakap same lu , memang buat jantung ni lari tak sempat nak kejar je . HAHA . over giler. 

Pergh . Time tu dia lalu depan aku , dia dah nak balik, dia pakai sarung tangan . perghh . aku macam nak menjerit je dekat doc nsem tu la . err -- ILikee . Eh ? Lepas tu , memang nampak macho lah , dah la nsem lepas tu bawak motor . memang ade style la. time dia dah nak start Mottor. aku dengan muka tak malunya keluar lah buat-buat nak buang bekas air . padahal aku nak tengok motor dia . pergh ! smart kot . dia pakai motor macam Hady pakai dalam drama 'Setia Hujung Nyawa' . yups ! terpikat aku .

Masa tu dah berangan mana tahu dia melamar aku . aku terima je . aku sanggup tinggalkan si Dia yang langsung tak cuba nak terima aku . hakhak . takdde la ... acha-acha bette je . HiHi :p okay lah . nak layan drama nie . Last . Saya rindu Ummi Dan Walid dan sesiapa sahaja yang ade dihati saya . 

No comments: