Penghargaan Buat Sahabat

Assalamualaikum . Hai . Hm . Hari nie ade sedikit semangat . Semalam pun ada semangat , cuma semalam agak sedikit terluka . Hm . Hari nie aku rasa sedikit lain . sebabnya mungkin aku dah banyak nangis dekat madiha semalam . Jadi serba sedikit aku dah tenang kot .

Lagi pula semalam , Kawan-Kawan aku dah happykan aku . terima kasih bebanyak . Untuk Hari ni bangun jer tidur jam 10 pagi , tetiba hati dan perut teringin nak makan asam pedas . bukan buatan ummi , tetapi Buatan sendiri . kalau nak buatan Ummi , memang jauh sangat lah . 

Jadinya kami ,telah memutuskan untuk memasak. Jadinya bermula lah kisah kami ke Pasar Siti Khadijah . Aku , Madiha , dan jugak Aishah . Dah la jammed dan jugak takde parking . err-- lepas dah beli barang yang sangat berat . Dalam jam 2 kami sampai ke Um Nilam Puri . Aida , Afiqah, Ukhti , Najiha , Nadira dan Kak Cik dah sedia menanti kami . Lapar je muka . err --

Kami masak punya lah masak .:) . Comel sangat Ukhti dan farah Aida yang jarang ke dapur tetiba potng bawang dengan tumbuk bawang . Yang masak tu , aku , Madiha , Aida , ukhti , Afiqah , Nadirah . Kak cik dengan Najiha tolong2 basuh barang jugak la. ade jugak kerja tapi time masak dorang tgk cerita cina . 

  

Ni masa baru nak mula memasak .



Ni sedang menunggu asam pedas mendidih :)


Baru siap nak masuk dalam bekas :)


taraaa !! dah siap :)

Ni lah Kami Masak kan ? err -- ade yang baru nak mula. okayy . untuk pengetahuan semua . aku Malas nak rotate kan gambar nie . opss bukan malas. aku dah cuba tapi tak boleh . HAHA . puas aku rotate kan . so, gambarnya tak menarik . Lantak lah . asalkan faham a[a yang cuba aku sampikan . aku ni bukan pandai sangat bab gambar nie . err- sedaya boleh je .

Balik dari PSK . Aku bukak twitter . aku tengok Aida dengan Aishah ade tweet aku kata yang dorang ade updatekan blog berkenaan aku . err - Sumpah . aku memang sangat terharu . aku terharu dengan blog Farah Aida dan jugak Aishah Abdullah . Mereka memang kawan yang baik . saya sangat terharu .

Mungkin tak sepenuhnya entry tu ditujukan untuk Aku , tapi sekurang-kurangnya ade penghargaan untuk aku didalamnya .Aku memang nak menangis sangat masa tu . tapi ade orang kan . jadi aku tak jadi baca lah . nak feel sikit baca memalam . HuHu . tapi memang sangat terharu dekat Aishah dan jugak aida . terima kasih sebab masih anggap aku kawan korang dan beri kata semangat . aku memang sangat terharu dan gemmbira sangat .

aku rasa aku dah diberi sedikit kekuatan dan semangat . aku rasa hati aku dah stabil sedikit . tp bohonglah kalau aku kata aku tak ada terluka sedikit. aku memang sangat terluka . tapi syukur dengan adanya korang , adanya Aida yang sentiasa disisi aku . adanya Aishah yang selalu beri kekuatan , adanya Madiha, Ukhti, Najiha , Afiqah , Kak cik , Ekin , Jannah dan Nadirah yang selalu beri Nasihat , walaupun aku Tak pernah nak ikut, buat aku happy sangat .

aku tahu memang sangat bodoh aku hanya mengalirkan airmata hanya untuk seorang yang bernama lelaki yang tidak sesekali cuba untuk menghargai aku ,dan cuba menerima aku . tapi aku tak akan pernah salahkan dia , sebab perasaan bukan lah sesuatu yang boleh dipaksa . Aku redha atas semua ini .

aku memang sangat bertuah punya kawan seperti kalian , aku memang beruntung dari dulu lagi, tp itulah satu masaalah aku sebab tak pernah nak cuba hargai korang semua terutama insan yang selallu ada disisi aku , dan sentiasa beri kekuatan untuk aku .

aku Hargai nasihat korang . memang aku tak tahu nak cakap apa tentang blog tu . memang nampak remeh je . setakat blog je kot . tapi aku memang sangat teruja dan rasa sangat dihargai  memang betul orang kata , kita akan terharu dan gembira kalau ada orang yang hargai kita terutama orang yang kita sayang . opss --
Aku tak janji nak lupakan dia . sebab aku tahu apa aku nak . aku sayang dia sebab aku tahu apa yang ada pada dia . mungkin tak nampak sekarang , tapi korang percayalah suatu hari nanti , korang akan tahu apa yang ada pada dia sehingga aku sanggup tunggu dia mcam nie .

Terima Kasih kepada insan yang sentiasa disisi saya saat keluarga saya jauh  diMelaka :) . Terima kasih sudi terima kerenah aku yang suka memekik menjerit dan marah nie . HAHA . nnti korang akan rindu walaupun skarang tak suka . haha .



No comments: