Selamat Hari Lahir .

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19 TAHUN. Untuk siapa ? untuk siapa-siapa je lah yang telah dilahirkan pada tarikh nie. Tapi sebenarnya aku memang nak ucapakan 'Selamat hari lahir' ini kepada seseorang tapi sayangnya tak terluah . sebab apa ? sebab aku tak mampu la.

Semua aku tak mampu  , Apa yang aku mampu lakukan ? aku ni macam seorang perempuan yang bodoh dan hanya mampu katakan yang aku ni tak mampu tak layak , sedangkan aku tak pernah cuba untuk mencuba .

Aku letih la . Bukan aku tak tak cuba . Tapi aku malu . Ikutkan hati , aku nak jer Wish dia , aku nak jer bagi sesuatu supaya dia dapat gunakan sepanjang hayat dia . Tapi aku tak mampu nak buat semua itu . Aku tak ada kekuatan . Belum pernah aku bagi lelaki hadiah kot . Jadi tak mungkin aku bagi dekat dia , biarlah aku masih tetap dngan janji aku bahwa lelaki pertama adelah suami. 

Dulu ex aku pun , memang dah hampir-hampir terbagi , tetapi Memang takdir Allah , barang tu tak sampai ke tangan ex aku tu . Syukur . Sekuang-kurangnya aku masih mampu untuk bertahan tidak memberi mana-mana lelaki hadiah . rasa aku la, seingat aku lah kan . HiHi . kalau ade terbagii tu, taktahu la, aku lupa lah kot.

Aku rasa sedikit sedih dan terkilan lah jugak sebab aku memang nak sangat wish dia dan dia tahu yang dari seminggu awal kot aku dah duk ingat bedayyy dia . aku jer lah yang over sangat duk ingat . err -- ye ! ye ! ye ! aku tahu nampak aku ni minah gedik yang terhegeh-hegeh tak malu dekat dia . tapi nak buat macam mana , dah mata aku nie asyik duk nampak dia je .

Dikesempatan ini ... aku nak cakap sikitlah walaupun aku tahu dia takkan pernah tahu benda ni semua kecuali Allah dan orang-orang yang baca nie jer tahu .err -- .

Selamat Hari lahir aku ucapkan buat kau . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berjaya dalam hidup walaupun aku tahu kau memang dah berjaya. Berjaya buat aku jadi gila dekat kau. Hehe . takde lah . gurau je . Berjaya dalam setiap apa yang kau ceburi .

Semoga kau akan faham segalanya suatu hari nanti , mungkin bukan hari ni , esok atau lusa, tapi suatu hari nanti , aku yakin walaupun yakin aku berselit hampa .  Semoga kau bahagia dengan jalan hidup kau . :)

Akhir Sekali , ( bajet macam buat karangan untuk perdana Menteri je ). Besok balik tau Algha  . Aku ni dah hampir seminggu tak nampak batang hidung kau . naik rindu membabi aku nie ha . dpat tengok rmbut landak kau tu pon jadilah . aku dah kira okay ! lega hati ( ciss , ayat macam mak baru jumpa anak yang hilang je) . klaaa bai .  

No comments: