Terlanjur mencintaimu

aku bukan gadis yang setia yang sanggup menunggumu sehingga seribu tahun , Aku juga bukan seorang gadis yang kuat yang sanggup disakiti hampir setiap episod kisah kau dengan wanita lain . Aku cuma seorang gadis yang hanya mampu duduk dan hanya melihat kau dari jauh tanpa kau sedari dan kadangkala dalam pengetahuan kau .

Sungguh ! puas aku mencari dimana kelebihanmu sehingga aku sering menyebut namamu disetiap kisah hidupku . Aku sering dan cuba menemui apa istimewanya dirimu sehingga aku sering membiarkan perasaan aku terus jatuh dalam melayan perasaan dan angan-angan yang besar untuk berada disisimu .

Aku lupa bahawa sebenarnya perasaan ini banyak membuang masaku . Acap kali fikiran hanya membayangkan wajahmu. Seringkali bibir menyebut namamu. Aku sedar sebenarnya cinta ini terlalu banyak membuang masa aku . namun , semua ini .. Aku terlanjur mencintai .


Jangan ditanya kenapa dia ? Kacak ? yeee , dia bukan seorang lelaki yang kacak . Comel ? yee , bukan dia juga yang comel , Hartawan ? mungkin bukan dia juga yang terpilih menjadi hartawan . Seorang yang suka mengayat ? bukan dia juga . tapi kenapa dia yang aku damba ? kenapa dia yang aku inginkan ? 

Impian mencari lelaki soleh takpernah terlintas dibenak fikiranku, kerana aku sedar, diri ini juga tidak sesolehah mana.  Aku sekadar gadis biasa yang tahu hukum Allah , namun aku masih alpa untuk jalankan perintahnya. Sebab itu, aku tidak akan sesekali memasang angan yang melangit untuk memiliki lelaki yang tinggi agamanya sepertimu. Mungkin mereka lihat kau biasa sahaja . Namun dalam kata hati dan mataku, kau seorang lelaki yang hebat . mungkin tak hebat dimata orang lain , tapi cukuplah dimataku .

Entah mengapa hatiku akan terasa sakit apabila ada sahaja gadis yang cuba memujimu walaupun sedikit, Ye, aku tahu rasa itu tak ptut ada, namun apa dayaku, aku terlanjur mencintai.. Aku terlanjur mencintai insan yang tak pernah nak mencuba berpaling walaupun sesaat untuk menilai perasaan aku terhadapnyaaa .

Sekali aku sudah mencintai , jangan diminta aku melupai,cinta aku terlalu ikhlas. Amat menyakitkan apabila terpaksa melupakann insan yang belum mampu kita pegang hatinyaa .aku bukan inginkan harta , aku bukan inginkan wajahmu yang tampan, tapi cukuplah aku ingin kau berada dan menemani aku sepanjang hayatku, samada dalam aku suka duka, susah dan senang .


Pandangan matanya boleh menghancurkan jiwa . Senyumannya boleh maranapkan segala degupan jantungku , suaranya boleh membuat aku melangkah tidak seirama. Tawanya boleh membuat aku bahagia meskipon aku sedang terluka. Segalanya terlalu indah , dan aku benci perasaan ini .

Aku sudah terlancur mencintai , dan aku sudah terlanjur membiarkan perasaan aku disakiti. Aku sudah terlanjur membiarkan hatiku menangis merintih sedih apabila dia menagih hati gadis lain . Aku sudah terlanjur jauh mencintai dia , sehingga aku takut untuk patah pulang semula dan melupakan dia adalah perkara yang sedang aku cuba elakkan . Selagi aku masih mampu setia menunggu, aku akan menunggu ...

*pssstt ..psssttt . jiwang giler ayat aku kan . Biasalah jiwa tengah kaco , tuh pasal lah aku jiwang semacam jerr . 


No comments: