Ego boleh musnahkan satu hubungan

Assalamualaikum . Apa yang berlaku hari ni benar-benar membuatkan aku saya fikir sejenak. Benar kata orang . "Ego boleh merosakkan satu hubungan". Tak kisah la hubungan apa pun . tapi apa yang paling penting adalah hubungan kekeluargaan .

Masya- Allah . Kisah hari ni. Ni semua memang benar salah saya sendiri . Entah kenapa dengan diri ini. Hari ni , saya telah banyak menyakiti hati ummi saya. Bukan nak bukak pekong didada. Hanya sekadar mahu berkongsi dengan rakan-rakan je kisah saya hari ini .

Hari nie , entah mengapa dan kenapa , Angin ummi pun tak baik .angin saya pun tak baik . Bila ummi merajuk , saya buat tak ambil peduli. Padahal beliau adalah seorang ibu. Namun kerana ego, saya langsung tak ambil pusing untuk mengetahui kenapa ummi merajuk dengan saya .

Ego ! Ego ! memang terlalu kuat perasaan ego dalam diri saya. Memang saya akui , kerana ego ini lah saya telah banyak kehilangan orang yang saya sayang. Bukan saya tak sayang mereka , tapi ego lebih kuat dari semua itu. Bila saya bersalah pada ummi , Susah benar saya nak ungkapkan kata MAAF . kenapa lidah ini terlalu liat untuk meminta maaf sedangkan beliau adalah insan yang telah melahirkan saya dengan susah payahnya.

Bila ummi terasa hati , saya bekukan hati .kata hati , ini bukan salah saya. Meskipun ummi yang mula dulu merajuk ini , tapi saya sebagai anak sama sekali tak layak untuk membiarkan ummi saya terus-terusan terasa hati . Hari ini , saya tiada niat nak tinggi suara . Tapi kenapa ummi terasa yang saya tinggikan suara . Dear mom. Iam sorry .


Tapi macam mana sekali pun . Bila walid dah nasihatkan . Buat mensyuarat keluarga . Kata yang anak kena jaga adab terhadap ibubapa .Lepas tu ,saya cuba lembutkan hati untuk minta maaf. Memah , Ego bagaiikan sudah sebati dengan hati saya . 

Kadangkala biarpun benda tu saya yang salah , tapi saya tetap tak mengakuinya. Saya akan cuba cari dan gali silap orang tu walaupun hakikatnya saya yang salah . Saya akan putar belitkan agar saya yang nampak benar. Nampak teruk kan ? saya ni memang insan yang ego meskipun saya sedar ego adelah perosak hubungan.

Apa pun . Hari ni saya cuba campakkan ego bila saya berfikir . Sampai bila saya nak macam ni ? Lambat laun , saya akan berkahwin dan mempunyai anak . Tak kan saya nak bawa ego ni bersama. Saya tak nak kehilangan orang yang saya sayang lagi . Cukup lah ia pernah melukakan hati saya  . Tak kan kelak , saya nak berego dengan suami dan anak-anak . Kebahagiaan lebih penting .

Jadi kepada yang saya pernah keraskan hati dari berlembut dengan korang .Saya minta maaf sangat . Setiap orang perlukan perubahan dan mempunyai kelemahan. Sama-sama kita perbaiki. Dan Nasihat pada sesiapa yang mempunya penyakit macam saya . Buang lah ego tu .

Percayalah bahawa ego tidak memberi sebarang manfaat kepada kita. Malah ianya hanya akan merosakkan hubungan kita dengan insan yang tersayang. jangan menyesal setelah kehilngan . Sesungguhnya perasaan menyesal itu lebih sakit dan pedih . Jika sayang , luahkan , jangan ego. Jika bersalah . Minta maaf . Jangan lekakan .Saya cuba untuk berubah walaupun bukan seratus peratus :D

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

Apabila sekecil-kecil titik hitam dalam hati memusnahkan suatu sunnah yang dinamakan silaturrahim, kesannya amat besar, panjang dan menyakitkan. Sekecil-kecil peribadi seorang kakak tiada sifat bertolak ansur terhadap adiknya, seorang suami atau isteri tidak memberi nilai kasih yang sewajarnya pada keluarga, sesama jiran menutup rapat pintu kemesraan, seorang majikan atau pekerja tidak mengamalkan nilai ‘kerja sebagai suatu ibadah’, dan sebesar peranan pemimpin yang cetek akalnya menurut nafsu kekuasaan sehingga tercetusnya peperangan. Maka, di sinilah lenyapnya nilai dan keindahan sebuah kasih sayang, perikemanusiaan dan seterusnya memusnahkan suatu sunnah yang bernama silaturrahim.