Semua orang tak inginkan rasa ini


Di saat air mata menitis kerana nya,aku berharap selepas ini mataku takkan menitis apa-apa air disebabkan olehnya

Aku ingin bahagia tanpa rasa kecewa walaupum aku tahu semua manusia takkan terlepas darinya….
Namun begitu aku berharap dapat lari dari kenyataan ini.

Amat sukar untuk aku melupakannya  setelah sekian lama aku menitip khabar nya dari teman-teman terdekat

Lagi mengecewakan adalah bila mengetahui yang dia sudah mula meminati seseorang, yang pastinya wanita itu bukan calang-calang yang boleh aku lawan . sesungguhnya aku tak layak untuk menandingi wanita itu .

Aku harus pasrah dengan kenyataan itu kerana aku ingin melihat dia bahagia walaupun kenyataannya aku terasa tersiksa dan merana. Aku yang menangis seorang diri. Aku yang hanya tahu duduk dan mengesat airmata dan minta kekuatan dari sahabat.

Apa hak aku untuk menghalang dia daripada menyukai orang lain??aku tak ada hak sebenarnya kerana dia bukan ditakdirkan untuk menjadi milik aku . Aku juga tidak ada hak untuk berasa cemburu atau merajuk jika dia ingin bersama wanita lain .


Akan ku simpan memori ini bagi megiringi duka ku dan aku pasti akan terasa bahagia bila mengenang nya walaupun ada cikit pahit nya di dalam hati dan lukanya bukan sedikit , sehingga kadangkala aku rasa aku sudah kalah. Namun aku tak boleh kalah hanya kerana cinta yang tak pernah cuba untuk pandang aku.

Bukan ku pinta semua ini terjadi ,tapi  ini adalah kehendak yang Esa  aku tidak dapat menafikannya , dan aku tidak dapat menolak segala yang telah diaturkan buat aku . Allah , kenapa hadirkan cinta ini hanya jika sekadar untuk menyakiti hatiku . Aku lemah !

Mungkin Dia akan mengurniakan seseoarang yang lebih layak untukku , dia memang yang terbaik , kerana itu , aku dikatakan tidak layak untuk berdamping dengannya. Aku dan dia terlalu beza. Aku dan dia sangat jauh perbezaan . Aku umpama tanah pasir yang dipijak , tetapi dia umpama langit yang sentiasa dijunjung . Pastinya pasangannya sama taraf dengannya . Itu bukan aku !

Adakah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja??atau sebaliknya . Ah , kenapa aku masih mempesoalkan semua ini ?

Jika begitu mungkin dia mmang bukan jodoh ku kerana aku bukanlah seorang wanita yang baik untuknya,tapi aku berharap mendapat llaki yang baik ,yang dapat mendidikku bila aku bergelar ISTERI nanti , yang mampu mencintai ku lebih dari aku mencintainya , yang mampu memimpikanku setiap malam. Allah , aku harap itulah dia . Ah , mimpi lagi kau Alia.

“ya Allah, aku mohon kepada mu ,jauhilah aku daripada perasaan yang melalaikan ini krana aku tidak mahu perasaan ini akan terus membawa aku hanyut ke dunia khayalan..yang tiada kesudahannya,dan kebenarannya, kerana aku pasti dia bukan dicipta untukku. Aku terlalu banyak membuang masa dengan perasaan ini . Aku terlalu banyak membuang waktu dengan memikirkan dia . Allah , andai sahaja dia bukan jodohku , lenyapkan perasaan ini , tapi .. kalau boleh aku nak jadi jodoh dia .hehe”

cinta layaknya seperti rama-rama,semakin dikejar,semakin jauh dia pergi, biarlah ke mana sahaja dia pergi ,bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu,ia bakal  mengibas sayapnya ke arahmu. menumpang teduh dari panas,hujan duniawi dalam keadaan yang tidak kau sangka , mungkin   saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu , Bersabarlah duhai hati .

Jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya allah tolong satukan hati kami,.Bantulah aku untuk mencintai dan mengerti dan menerimanya seadanya, bantulah aku menerima sebarang kekurangan yang ade pada dirinya. Berikan aku kesabaran,ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya, Berilah aku cinta yang kuat agar aku boleh bersabar dengan sikap dan kerenahnya.

Ya Allah , biarlah kekurangannya , dilengkapi olehku , dan seseungguhnya kelemahan yang aku ade , ingin sekali , dilengkapi olehnya. Aku ingin dia yang menenangkan hati ini saat aku dalam keadaa duka.

Redhai dia agar dia juga mencintai,mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekurangan ku sebagai mana yang telah engkau ciptakan, Aku insan yang penuh kekurangan .
Yakinkanlah dia bahawa aku sangat-sangat mencintainya dan rela bersamanya dalam suka dan duka, Beritahulah dia , bahawa aku akan setia menemaninya hingga akhir hayatnya.

Sampaikan lah cinta dan rinduku padanya . Andai sahaja kami bukan berjodoh , Kau buangkanlah cinta yang semakin mekar dihatiku . kau lenyapkanlah ia agar aku tidak terusan berasa sakit bila rindu datang menerpa dihati ini.

Allah , cuma satu pintaku , Jangan kau sia-siakan pengorbanan dan kesetiaanku selama ini . jangan kau sia-siakan penantiaanku dan usaha ku . jangan kau tidak pedulikan setiap titis airmataku yang telah jatuh hanya kerana insan yang tidak halal buatku . Aku telalu banyak membuat perkara yang bodoh hanya kerana cinta yang kuat terhadapnya.

Aku malu dengan diri sendiri , Aku malu dengan-Mu . Aku malu dengan sahabatku , tapi aku tak kuat , Bukan aku tak nak menahan diri dari jadi lemah , tapi aku tak terdaya nak terus menahan rasa yang membuak-buak dihatiku . Cintaku terlalu kuat buatnya , sehingga aku sanggup menerima sesuatu perkara yang dulu pernah aku tolak secara mentah-mentah.Entahla ..


No comments: