Ya Allah , jika ...


Ya Allah , Jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku kepada seseorang yang melakukan cintanya kepada Mu Ya Allah . Agar aku dapat menguatkan lagi cinta ku kepada Mu . sesungguhnya aku insan yang tercipta sungguh lemah imannya. Semoga cintaku dapat membuatkan cintaku padaMu semakin kuat dan kukuh .

Jika aku jatuh cinta , izinkanlah aku menyentuh hati orang yang terpaut hatinya kepada Mu . Agar aku tidak jatuh ke dalam gelombang cinta duniawi. Sesungguhnya cintamu lebih hakiki. Ya Allah . jangan kau sia-siakan cintaku pada insan yang mencintaiMu.

Jika aku rindu , rindukanlah aku kepada seseorang yang selalu merindui Mu. Agar aku tidak lupa kepadaMu walaupun sesaar . Rindukanlah aku pada si dia dengan cara yang betul. Rindukanlah aku dengan ketabahan yang tinggi. Jangan biarkan aku terluka kerana rindu ini . biarlah aku merinduiMu lebih dari aku merindui dia.

Ya Allah , jika engkau menghalalkan aku ke atas dia yang aku cinta . Kau permudahkanlah kami untuk bertemu jodoh, dan kau biarkan kami mudah untuk bersatu hati . Janganlah kau biarkan aku melampui batas sehingga aq melupai Mu. Jangan kau biarkan aku terus hidup dalam setiap perasaan yang haram . Aku ingin semuanya diatas jalanmu.

Cinta itu sesuatu yang rumit. Ada kala kerana cinta , seseorang boleh berubah menjadi baik. Kerana cinta juga ada orang berubah menjadi jahat. Tapi apa yang aku harapkan, cinta yang tercipta dihatiku ini , biarlah membawa aku je jalan-Mu . Amin