Apabila kami berbicara tentang dia


Apabila kami berbicara soal dia. Kami akan gembira . Opss twitt . Mungkin hanya aku sahaja gembira. Hati mereka aku tidak tahu . Apabila kami berbicara soal dia . Aku pasti akan tersenyum . Apabila kami berbicara soal dia. Jari dan mulut  ini pasti tidak penat untuk memberi komen tentang dia . 

Apabila kami berbicara tentang dia. Aku rasa sangat bahagia . Apabila kami berbicara tentang dia . Aku rasa seperti ingin memberitahu satu dunia betapa bermaknanya dia dalam hati aku . Apabila kami berbicara tentang dia , tak pernah rasa sakit pun . Sebab aku terlalu mahukan dia .

Apabila semuanya tentang dia ... Aku jadi rindu . Ya Allah , ya , Aku rindu sekali . dan sesungguhnya rindu ini amat menyakitkan . Ye , rindu memang amat sakit .Sehingga kadangkala ada insan yang meminta agar dibekukan sahaja hatinya agar tak menanggung sakitnya rindu . 

Kerana rinduku adalah rindu yang menyakitkan bukan rindu yang indah , yang sering diidamkan oleh setiap orang . Rinduku hanya biasa yang hanya aku sahaja rasa tanpa kata .

No comments: