Esok nak ke PWTC


Assalamualaikum you All . Hari nie sakit kepala sekejap . Berat je kepala. Kesian dekat Safwan dia minta tolong aku bookingkan hotel untuk dia. Tapi aku tak boleh nak fikir dah nie . Aku macam blank je . Sorry . Nanti bila dah buat aku masej kau ye .

Besok jam 8 pagi aku dah ambil tiket nak ke KL pergi pesta buku dekat pwtc . Asalnya aku nak pergi dengan bibil. Awal tu bibil macam kompem je nak pergi . last-last dia tak pergi . Hani pun tak pergi , dia ade lesen , Adha tak boleh cuti . Aimi entah kenapa .. bla.. blaa . malas nak dengar alasan orang lain .

Actually , Aku lagi suka jejalan seorang diri .Sebab tak payah nak sakit hati atau apa-apa je la. Aku okay je nak gi Kl sengsorang . Tapi ummi tu tak kasik . Risau . Ye lah , aku kan anak perempuan . Hm . Jadi kena berteman . Tapi takde orang teman , so, aku ke KL seorang diri sekali lagi .

Tapi dekat TBS nanti sepupu aku tunggu la. Dia belajar dekat Pahang , tp dia dengan adik dia gi KL sebab nak gi pesta buku . Dia pun ade rumah dekat KL . jadi dia la penunggu dan peneman aku . Lepas tu baru ke PWTC jumpa aishah pulak. Dia pun orang KL . Kiranya esok aku , sepupu dan Aishah je la.

Ekin ade test JPJ esok . Najiha nak pergi hari rabu . blaaa. blaaa. malas nak sebut lagi . Nanti aku sakit hati . Wakaka . Ramai je sebenarnya aku ajak . Tapi semua ada alasan . takpe la. Kena la faham . kiki.

Insha Allah ,esok nak beli novel bebanyak . korang semua jangan jeles okay . kbaii