kerana sebijik telur nak bercerai



Korang ada dengar SINAR tak ? Ade tak dengar kisah pergaduhan antara sepasanga suami isteri hanya disebabkan sebijik telur ? Ada tak ? okay , kalau tak ada . Mai aku tolong ceritakan .

Satu hari tu , anak dia ada lukis gambar-gambar karton dekat telur tu . jadinya dia pun simpan lah telur tu dekat dalam peti ais . Nak jadikan cerita , lepas tu , dia pun bukak lah peti ais tu , telur tu jatuh pecah . Kebetulan masa tu dia nak sidai kain baju . Jadi dia pun biar la dulu telur tu , nak kemas lepas sidai baju la.

Datang la si suami yang nampak telur tu dekat lantai pun berkata macam nie ' ni kerja bodoh siapa ni?' . Si isteri tu terasa hati la dengan perkataan suaminya. Dia kata , dalam rumah nie tak ada bibik atau orang lain selain dia . Jadi mestilah suami dia tahu yang itu kerja dia . Tapi boleh suami dia cakap perkataan bodoh tu .

Dia pun malas la nak lawan cakap suami dia . Sebab malas nak gaduh . Jadi dia  diam je la. Tapi mungkin ada pertelingakahan sedikit antara mereka berdua sehinggakan dorang bergaduh dan tak brtegur sapa selama berhari-hari.

Masaalahnya kata si isteri , dia dah minta maaf dah pada suaminya. Tapi suaminya itu terlalu ego sehinggakan dia buat tak layan je . Kenapa ego sangat lelaki tu . Ego memang perlu ada sebagai seorang suami . Tapi bukan tahap cipanji macam tu ? kahkah .kesian kat bini kau .

Sampaikan bini dia dah geram , dia cakap kalau nak carai pun cerai la. Ish , itu memang dah geram habis dah tu . Suami kakak nie . Udah-udah la. Sebab telur tak kan lah nak bercerai berai  . hal kecik je tu . Akak tu pun dah minta maaf . Awak tu dah ada EMPAT ORANG ANAK tau . berbaik la . kbaii


1 comment:

Kusyt.D.Luffy said...

fuuuhhhh, kenala beralah sama si suami tupon kn.. ^^