dari hati ikhlas boleh jadi tak ikhlas


Hallo ! hari ini saya nak sentuh sikit pasal budi bahasa . Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal budi bahasa ? bukan apa , kata orang kita berbudi , orang berbahasa.

Cerita ni timbul sebab aku rasa hati aku ni dah tak macam ikhlas lagi nak berbudi dengan orang , bukan apa kalau kita berbudi , orang kena la pandai berbahasa . Maaf mungkin entry ni agak panjang , tapi amat bermanfaat .

1-Aku sering tumpangkan orang naik kereta aku. Maksud aku macam nie, aku bawa kereta , datang rumah mereka , lepas tu bawak mereka pergi tempat yang kami nak tuju , lepas tu balik aku hantar.

Aku ni tak ada niat nak berkira , cuma cuba korang fikir , kalau dah selalu benda tu terjadi tanpa si dia   ada rasa nak berbudi bahasa dengan kita , apa yang kita rasa ? 

Aku tak kisah nak tumpangkan orang , tapi aku bak bagitahu la , Najib tak turun-turunkan harga RON95 lagi, aku pulak still gunakan minyak tu , Okay , aku bukanlah nak sangat duit minyak tu . Cuma kata orang berbudi bahasa la sikit.

Aku pernah bawa Fadhilah pergi main bowling dengan kak cik dan Aisyah. Bila sampai rumah Fadhilah beria-ria nak bagi aku duit minyak , aku tolak.

Kalau korang nak tahu , aku tak akan amik ( kadang-kadang je amik bila dah pokai ) , Tapi sedapkan lah hati orang tu dengan ulur-hulur la sikit . Aku ni pun tak bekerja . Korang buat aku macam driver korang je. Driver pun ada gaji tau .

2-Kalau keluar jalan-jalan . Kenapa mengharapakan aku belanja ? Korang tahu tak , aku pun tak bekerja ! aku pun belajar macam korang .

Meskipun aku dapat biasiswa , tapi itu tak bermakna duit tu untuk aku joly. Aku boleh je belanja , tapi apa korang rasa kalau korang je asyik belanja orang , tapi orang tu , kalau kau pinjam seringgit pun , bila kau ganti balik dia amik. Ape rasa korang ?

Baru-baru ni aku keluar dengan Hanan dengan Bibil. Aku tak berkira sangat nak belanja dorang sebab Hanan masa dia ada duit , dia tak lokek dengan aku, Bibil pun tak pernah berkira dengan aku. Jadi aku tak kisah belanja dorang makan dengan wayang .

Tapi ada orang yang semua benda nak harapkan aku . Aku tak bekerja weh . Aku boleh tolak ansur dengan korang kalau korang minta tolong , tp dalam masa yang sama tolonglah tolak ansur juga dengan aku.

Dua tu je aku tak puas hati . Korang tolong lah faham . Ada kala kita ni dari memberi dengan ikhlas boleh jadi tak ikhlas tau .

Takpe , kita hulur je , tanda berbudi bahasa , biar sedikit asalkan ada rasa nak membantu orang yang bantu kita tu . Samada dia terima atau tak , itu belakang cerita .

Kalau aku minta tolong akak sedare aku hantar kemana-mana , aku mesti akan hulur juga. Sebab aku tahu dia bawak aku bukan dengan air , tapi dengan minyak.

dia terima atau tak , itu belakang cerita .

Korang percaya tak cakap aku , kalau aku kata , bila korang buat macam tu , orang pun tak akan rasa menyampah nak tolong korang . Rasa seronok pun ada sebab korang bukan jenis berkira dan memahami.

Dengar ni , ini bukan sebab nak berkira , cuma kita manusia . Sejauh mana je kita boleh membuta mata terima je segalanya , ada kalau hati akan tersentap juga.  kita mansia biasa.

Actually , aku dah lama pendam benda ni , sebab orang selalu buat , tapi rasanya dah tak boleh simpan . Aku sedikit kecewa dan terfikir , kenapa aku ni macam tempat orang nak minta belanja je .

Aku tak kisah nak belanja , sumpah weh ! tanya la orang yang keluar dengan aku , kalau aku ada duit , mesti aku akan belanja juga , tak wayang , aku belanja makan . tak belanja makan , aku belanja je apa-apa.

Last , kadang-kadang aku terfikir , bila masa aku nak dapat buah tangan? maksud aku macam nie , Bila aku ke negeri orang , orang tu akan kata , aku yang datang jadi aku la kena belanja tuan rumah .

Bila pula orang datang tempat aku  , aku juga kena belanja , katanya aku tuan rumah , jadi aku la kena belanja dorang  . Cuba korang fikir sejenak , apa yang aku rasa ? aku ke tempat orang , aku belanja , orang ke tempat aku pun aku belanja .

Percayalah ,aku tak berkira sangat dengan kawan-kawan . Kadang-kadang je la bila kawan tu terlalu berkira sangat dengan aku. Ye la, siapa boleh tahan kan .

Tapi kalau sering dan selalu kita je kena buat , siapa boleh tahan ? entah la, hope ada yang terasa dan boleh baiki . Aku akui aku pun ada kelemahan . Maaf . Sekadar luah perasaan je . Kbaiii .

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

orang kata buat baik berpada2... ^_^