dia ingat hati aku ni apa ?

Entry ni menuju pada seorang kawan saya. Sejak memenjak yang lalu , saya selalu la berhubung dengan sorang kawan saya yang dalam lama terpisah , bajet macam jejak kasih je . Kitorang kawan biasa -biasa je . Sampai dia tanya saya dah ade ke belum. Saya rasa korang faham kan .

Secara jujur , yes , Saya memang single. Tak ade sesiapa lagi . Tapi saya cakap dengan dia , saya ade tunggu seseorang . Dia doakan saya dapat siapa yang saya nak .

Kawan punya kawan , dulu kami tak rapat sangat sebab saya perbah takel dia , alaa , zaman kecik-kecik dulu. hingusan kan . Macam bangan-bangan je takel lelaki. Masa tu baru darjah dua kot. Muda sangat . Bukanlah bercinta .

Tetiba dia macam nak ngorat saya . Eleh , korang nak cakap saya perasan ? takpun . Asalnya saya pun rasa macam tu , ish , perasan je aku nie . Rupanya akhirnya bebetul. Mula-mula tu sedapkan hati anggap je dia memain . Tapi bila dia berkeadaan serius. Saya jadi tak selesa. 

Dia duk desak je saya . Tolonglah ! saya tak suka . Benda yang paling saya tak suka, dia cakap dulu budak-budak , comot-comot , skarang dah cun , tu yang suka . Ape dia ingat kecantikan itu syarat dalam satu perhubungan . Habis macam mana dengan hati ? Dia ingat hati aku ni kayu apa ?

Saya tak marah pun dia . cuma geram dan rasa tak selesa. Dia berhenti cakap benda mengarut tu ,bila saya kata 'sorry , kau tahu kan aku tunggu budak kelantan tu lagi' . terus dia macam slow sikit. 

Bukan apa , saya tak suka . Katakan lah tetiba kami try , nanti saya dah tersayang , lepas tu dia tak boleh nak terima kekurangan saya , macam mana dengan hati saya ?  Saya dah malas nak sedih , nak menangis sebab orang . Hakikatnya saya selalu kalah dengan budak kelantan tu . Selalu sangat nangis sebab dia atas alasan bodoh iaitu rindu dan cemburu . Allo Alia , padahal kau samasekali tak layak okay.

Aku bukan nak bajet hot , cun , meletop ke ape je . Cuma aku rasa janggal sikit bila lelaki nak jiwang menjiwang dengan aku . Aku geli bila ada lelaki nak usha aku walaupun dia cuma memain . 

Sorry beb . Aku tak tahu lah samada apa yang kau nak hari tu serius atau uji aku je . Tapi jujur weh , aku tak suka sangat . benda tu akan buat aku nak jauhkan diri dari kau . Aku minta maaf kalau aku terperasan atau apa je . tapi bila kau seboleh-boleh nak jugak , aku tak selesa . 

Maaf la. Dari dengan siput dulu aku macam nie . Aku tak reti la nak berkawan dengan lelaki yang tiba-tiba minta satu hubungan yang ade erti . Maaf . Aku harap semua tu gurauan je . Tapi bila kau kata kau bebetul and serius , aku takut . Maaf .

No comments: