Kenapa aku salahkan dia ?


Kenapa aku salahkan dia ? Sebenarnya aku sangat sedih melihat keadaan Malaysia kita nie sekarang . Rasa macam dah berada dizaman Jepun dulu-dulu je . Salah siapa ? Ini Semua salah Anwar ? Oh Tidak . For me itu bukan salah beliau .

Bagi aku ini semua salah Dato' Najib . Ish , rasa jengkel je nak panggil dia Dato'. Geli pun ada . Aku tak faham la kenapa Najib ni teruk sangat perangai dia . Sanggup gadaikan Malaysia dan rakyatnya sendiri demi kepentingan peribadinya .

Ini bukan omongan kosong . Kenapa dia huru-harakan Malaysia . Cuba la faham , orang dah tak nak dan tak perlukan lagi pemerintahannya . Cuba lah terima kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Kenapa perlu memecah-belahkan rakyat sendiri? Kenapa perlu meracuni rakyat sendiri .

Mana pergi konsep dan gahgasan 1 Malaysia yang sering dilaungkan itu ? Tak kan 1 Malaysia dah hilang bilamana pengundi cina dah tak sokong dia . Terima lah hakikat yang kau hanya merosakkan Malaysia . Berilah peluang pada orang lain untuk membetulkan Malaysia tu balik . Kalau berani jangan lawan cara kotor

Dia duk propa cakap Malaysia akan huru-hara macam kisah yang lama tu. Dia tak sedar ke pada pilihanraya tahun 1986 , DAP memenangis lebih banyak kerusi daripada PAS , apatah lagi PAS memenangi hanya 1 kerusi . Tumpang tanya la kawan-kawan , Huru-hara ke masa tu ? tak kan ? Jadi ini semua propa je .

Najib buat semua ni untuk huru-harakan rakyat dia sendiri . Saje nak membangkitkan kemarahan orang cina untuk mendapat semula sokongan orang melayu yang mula menolak dia . Tengok tu , bukan cina je tolak tampuk pemerintahan dia , tapi orang melayu je mula sedar.

Jangan dikaji kenapa orang cina tolak Be End . Tapi kaji lah dimana kelemahan sistem pentadbiran kamu yang lemah . Sendiri boleh kaji , kebanyakan orang bijak mula menyokong pakatan rakyat , sebab mereka boleh fikir secara bijak . Bukan nak kutuk orang kampung melayu , tapi orang kampung melayu ni terlalu takut dan taksub sangat dengan bangsa .

Memang benar orang melayu yang mempertahankan tanah melayu masa jajahan jepun . Tapi saya nak tanya la , masa tu seratus peratus orang melayu ke pun ? Ada bangsa lain kan ? Fikir dengan hati terbuka bukan dengan kebenciaan .

Kami terlalu taksub dengan bangsa . Sedangkan orang cina pun boleh masuk islam . Orang india boleh masuk islam . Kenapa kamu hanya hentam orang cina ? tidak bangsa lain ? sebab orang cina bangkit tolak parti kamu kan ? jadi kamu nak huru harakan rakyat kamu sendiri .

Kalau kamu tanya saya , siapa yang selamat dan pertahankan Malaysia pada zaman jajahan jepun . Saya tanya awak pulak la, siapa yang mempertahan bumi Allah ni masa kita diserang muyrikin quraisy ? adakah orang melayu ? tak kan . Orang islam . Maka ianya sama sahaja dengan Malaysia .

Bukankah diwar-warkan malaysia negara islam . Jadi soal bangsa itu tolak ketepi . Sekarang kita nak selamatkan Malaysia yang dikatakan negara islam itu . Kalau orang kafir pun sudi sokong pemerintahan islam . Kenapa kamu yang dilahirkan sempurna islam , menolak islam ? Kamu fikirlah kenapa saya tolak Be End .

Kamu wahai orang melayu , buka hati dan mata kamu . Cuba kamu fikir sejenak kenapa orang cina bangkit tolak Be End . Cina kebanyakan dari golongan cerdik . Cuba kamu fikir kenapa orang yang cerdik boleh tolak Be End ? Dan apa motif pemimpin kami membangkikan isu perkauman ? kamu fikirlah .

Kamu orang islam . Bukan beragama melayu . Kamu agamanya islam . meskipun kamu cina , india , tapi kamu kena ingat tentang agama islam . Orang kafir pun tahu hormat agama kita . ini bermakna mereka tak tolak islam kita .

Tapi cuba kamu fikir , kalau macam ni layanan kamu terhadap orang bukan islam . Macam mana kita nak tarik mereka mencintai dan masuk islam ? akhlak dan sikap kita yang kadangkala membuatkan orang bukan islam mencintai islam . Tapi kalau macam nie la sikap orang melayu , tidak hairan la mereka menolak islam .

Terima kasih .. Fikir-fikirkanlah .

No comments: