lapar giler : makanya makan kfc tadi

Assalamualaikum. Niatnya begitu la. Niat hati rasa nak berdiet je . cis ! bajet keparat je ayat. Diet tahik kucing hang la ! Ye la, tak makan tau hari nie. 

Tang-tang tu , pergi makan kfc tadi . dengan family la, but small family je , sebab empat orang je ada. err-- Lapar sangat makanya aku order nasi ayam. serius ! kali ini rasa macam sedap je ayamnya . kami makan pun licen.

memang niat nak makan kfc petang tadi dengan ummi masa beli beg. Tapi umi suruh ajak walid. Siap lagi bagi rancangan macam mana nak ajak walid. kiki.

Maka sebelum isyak tadi, bermula la drama kami anak beranak untuk ajak walid. 

Me : walid jum makan kfc .
Walid : oh , kau jangan buat pasal, malas walid.
Me : ha , tu la ummi , akak dah cakap dah tadi pergi je siang tadi, ummi pulak suruh tunggu walid  ( padahal ayat ni tak ada dalam rancangan je , tetiba luncur keluar)
Ummi : sengih sambil menganggukk dan buat 'thumbs up' dekat aku. berjaya ! katanya lakonan mantop !
Walid : diam je.

Lepas je isyak tu , aku masuk solat , alih-alih ummi panggil kata nak makan tak ? aku cakap nak ler, lapar giler . Walid kata makan kfc . cis ! menyerongeh aku tak memasal. Solat , siap and makan ! 

Jemput makan semua . Steady la berlakon. Tapi aku dah dah pecahkan rahsia dekat walid cakap yang sebenarnya itu semua rancangan sebab nak makan kfc . wakaka. walid diam je . Faham sangat dah !

Walid tak tahu nak kata apa dah , yelah , dok pancing dia kan. Ala, yang penting dapat juga walid makan sekali kan. kiki. kbaiii






1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

sedapnya kepsi... nak sikit...he he he...