Semuanya tak kena hari nie

Assalam . Sejak kebelakangan ni , bibir aku makin kerap menyebut nama dia . hm , entah kenapa aku rasa sangatlah bodoh --  aku sangat sedih dan tertekan dengan diri aku sendiri. okay , actually , aku nak mai habaq nie , yang aku baru lepas balik dari pergi kenduri rumah kak cik :)

satu kelas kot join pergi rumah kak cik . lelaki juga perempuan . hm , Nak story pasal tasmik Al-Quran . okayy , finee . Memang sangat menghampakan okay .  aku tak boleh nak baca satu pon ayat . sedih betul aku . aku tak sangka sangat . kenapa ? kenapa ? aku malu taw. mesti budak lelaki semua duk kutuk aku. bukan aku tak hafal . cuma entah kenapa sampai ke ustad aku debor semacam je. terus satu ayat pun aku tak ingat .

hm . Hari ni semua gundah la . aku minta tlg kimi td belikan maggie dan telur sebab nak buat murtabak maggie . dia belikan . time nak bayar tu kan . kan ? tetiba si kimi usik pasal Twitter aku yang aku ade tweet pasal nasa . serius . aku sangat malu . kenapa lah aku boleh dan masih nak tweet pasal dia sedangkan aku tahu yang twitter sekrang dah tak selamat.

aku memang sangat malu apabila Kimi usik macam tu , dah la ade jasni dengan amir hamzah . aku malu sangat . aku rasa time tu maruah aku dah hilang terbang. amboi -- over naw ayat aku . macam lah dorang buat apa je pun . cuma sebut balik tweet aku. kiranya twitter aku ni memang tak amanlah kan . now . Hanya blog sahaja aku mampu nak luahkan lagi segalanya . sebab orang tak jumpa blog aku . err --

hm. Malam nie , aku dapat cerita baru lagi . rupanya dia tu memang ade usha si najah. aku tak tahu la sejauh mana kesahihan nie . tapi apa yang aku tahu , macam tu la . tapi boleh jadi je si dia sukakan najah . sebab najah memang sangat comel . err -- pasrah aku lagi . tapi dengan sufi pun masih hidup lagi . aku yakin dia pun masih usha si sufi . ye lah , dia kan cun , wajarlah . :'( entah lah . aku marah sangat , tapi aku sedar diri .

Hari ni jugak Madihah dengan Ukhti telah usik hati aku kejap . dorang minta aku lupakan dia . Berapa kali aku nak cakap , aku tak suka orang suruh aku lupakan dia kalau aku tak nak ? mesti lah ada sebab kenapa aku tak nak lupakan dia . kenapa korang buat aku sedih macam nie .  Buat masa nie , hati aku hanya untuk dia . aku tak kisah lah korang nak cakap apa. cakap aku gila ke, meroyan ke , Tolong jangan kesiankan aku . aku tahu apa aku nak . kalau aku lupakan dia , maknanya aku telah lupakan dia . 

jangan kesian dengan penantiaan aku . aku yakin dengan Allah tak kan sia-siakan hamba dia . Kalau bukan jodoh pun aku redha . jadi sentiasalah sokong dengan apa yang aku buat dan apa yang aku rasa . 

Bukan senang weh korang aku nak lenyapkan perasaan yang ade ,  aku memang tak nak cuba sebab kalau boleh aku nak dia yang terkahir. ye , aku tak tahu apa yang akan datang pada masa hadapan . aku tak nak fikir. aku nak biarlah ianya berlalu , jika benar aku tak berjodoh , aku yakin Allah dah tarik rasa aku terhadap dia . aku yakin . jadi tolonglah sokong je aku :'(  aku sedih bila korang minta aku lupakan dia. 

Bila korang buat macam tu , aku menganggap korang umpama nenek kebayan yang terlalu jahat nak rampas dia dari aku . sedangkan korang tahu besarnya perasaan aku pada dia .

Belum jugakah kau menyedarinya , aku lah yang paling pantas untuk kau cintai -- Cinta ini telah menelan waktuku , siang malamku hanya untuk memikirkan engkau =='




Biar Kau yang terakhir

Aku terima kekuranganmu . Aku janji aku akan menjagamu . aku janji akan menerima segalanya. aku janji aku setia padamu . Aku janji aku tak akan mengeluh . Aku janji aku akan setia bersame membantumu . Aku janji hanya kau selalu dihatiku.

Allah , Allah , Allah . aku rasa mencintai dia , terlalu banyak perkara bodoh telah aku lakukan . Maksudku bukanlah aku telah menyerah diri aku pada dia . Tapi aku telah banyak melakukan perkara bodoh hanya kerana nak mendapatkan dia . Allah . Aku mencintai dia setulus hati aku Ya Allah . Aku ingin menjadi pendamping hidup dia .

Seandainya aku ditakdirkan berjodoh dengan dia , aku ingin sekali menjadi insan yang membuat dia ketawa dan tersenyum. Aku ingin menjadi penyebab dia melemparkan senyuman. Aku ingin menghapuskan luka dia . Aku ingin menghapuskan duka dia . aku ingin menjadi insan yang banyak membantu dia . aku ingin aku segalanya dalam hidup dia .

Aku mencintai kekurangan dia . aku ingin menjadi pendamping hidup dia . aku ingin dia yang terkahir dalam hati aku . Ye , memang aku ingin dia yang terakhir. Aku sama sekali tidak mahu ada lagi yang lain yang akan hadir dalam hidup dan hati aku . Tapi seandai sahaja Allah sudah tentukan itu , aku redho dan pasrah .


Bila lihatkan wajahnya , aku rasa tumpah kasih dan cinta pada dia . Aku ingin menjaga dia ketika dia sakit , aku ingin membuat hatinya berbunga saat masaalah sedang datang menerjah dia . Aku ingin berada disisi daat dia memerlukan seseorang . aku ingin menyumbang saat dia memerlukan sesuatu . Aku ingin memasak makanana kegemaran dia . aku ingin segalanya . aku ingin mencium tanyanya . memegang pipinya . aku ingin menjadi yang Halal buatnya . Ya Allah , dapatkan kau makbulkan permintaan hati aku ? Layakkah aku ?

Ya Allah , aku terima segalanya yang ade pada dia . aku tak akan mengeluh sedkit pun . aku terima kesusahan hidup dia . aku janji . Ya Allah , apa yang perlu aku korbankan untuk mendapat cinta dia ? apa yang perlu aku buat untuk mendapat secebiss kasih dia ? aku sanggup lakukan apa sahaja , agarkan dapat lihat dia bahagia disisi aku :'(


Himpunan Kebangkitan Rakyat

Assalamualaikum . huh ! penat masih belum hilang lagi bila kepenatan berjalan jauh untuk Perhimpunan Kebangkitan Sejuta Rakyat 112 :) memang terbaikkk dari Ladanglah ! syokk giler ! memang amat menyesal kalau saya Tak pergi.

okay , bermula malam tu saya gerak jam 10 malam naik bus dengan cik Husna . sampai dalam jam 6 pagi , terlewat satu jam mungkin . huh ! sampai sane dekat hentian Putra memang ramai lah . terserempat kak MPPJTK . lepas solat , saya dengan Husna gerak ke masjid jamek. dah jalan tu, gerak pulak ke masjid negara sebab walid suruh gerak dekat sane :)kumpul sane je lah . okayy


okay nie mase dah berjalan menuju ke Stadium Merdeka  . walid dengan pakcik Azmi


okay , ni mase awal lagi. baru-baru sampai . dekat masjid negara la. time nie dah mula hujan renyai-renyai. tapi tak lebat , diselangi dengan panas yang terik. ni aku ummi dengan husna.


ni pulak walid pakcik azmii dan izza




ni masa lepas habis solat zohor lah kan :)


suasana selepas solat zohor. orang dah mula nak berhimpun . ramai kan ?ni baru satu sudut .



perjalanan ke stadium





macam nie berita kata tak ramai ! 









ni masa awal-awal lagi . azmin ali dah sampai. best giler aku dengan husna dapat tengok dia depan2 .. kitorang je perempuan . yang lain semua lelaki. hihi


ni pulak suasana dalam stadium  btw aku tak dapat masuk, ni ambil dari orang je :)


Aku merindui Dia

Semalam saya telah tanya jugak fakhrul Muiz mana hilangnya si dia ? asalnya saya malu lah jugak nak tanya . tapi akhirnya saya telah meluahkan apa yang bermain-main dihati saya . Allah , gembiranya hati saya bila dapat tahu dia ada dimana. Walaupun tak dapat tengok muka dia , sekurang2nya saya tahu dia ade dimana. itu yang penting.

Hari ni kelas dia ade. Syukur, sekurang-kurangnya hilang sedikit rindu saya pada dia . saya tahu saya tak layak nak simpan perasaan besar ni dekat dia , tapi nak buat macam ne , saya tak mampu nak buang rasa tu, bukan tak mampu tapi mungkin saya yang taknak barangkali. ye, memang saya taknak .saya janji akan lupakan dia kalau dia yang minta , dan kalau dia dah ade pilihan hati. :'(

ye, memang nampak macam bodohkan . tapi nak buat mcam ne . Sekrang ni perasaan tu datang kembali. saya kembali sunyi dan riindukan dia. kenapa setiap minggu dia nak balik. saya nak dia ada disisi saya . takde disisi saya pun tak apa, yang penting saya tahu dia ade dekat-dekat dengan saya. saya betul-betul sayangkan dia.


Kerana aku wanita yang lemah

Hatiku berceleru sekarang nie . Ya Allah , aku benar berperasaan pada dia . tapi sejauh mana ? adakah perasaan aku sekadar nafsu sahaja . Ya Allah , aku tidak kuat sekali . Hari ni kak Niyana telah tunjukkan aku satu blog. yup , aku memang insaf sekejap. blog tu soal hati. bila baca blog tu , aku terfikir, apakah perasaan aku cuma nafsu semata ?

aku takut, kalau cuma nafsu, kenapa aku perlu bersabar bila perasaan aku tak dibalas. kalau benar ianya nafsu, aku patutnya terluka bila si dia tak mahu membalas perasaan aku . tapi kenapa aku masih duduk membiarkan diri aku berterusan ditertawakan oleh mereka kerana perasaan bodoh aku nie . kenapa ? kenapa aku tak pernah belajar untuk sedar hakikat semua ni.


Ya Allah , aku cuma wanita , aku lemah segalanya . aku takut ya Allah dengan perasaan aku sendiri . kenapa aku begitu lemah sekali. kenapa aku tak mampu kuat? 

memang betul kata lelaki itu, hakikatnya wanita memang lemah , tapi sedaya upaya mereka cuba beraksi kuat . Allah ! hnacur sekali hati aku .

setiap kali aku lihat wajahnya , mesti jantung aku berdebar, ya , ini bukan kisah dongeng atau kisah lawak, tapi ini realiti. Apabila aku melihat wajahnya , aku rasa tumpah rasa sayang pada dia . aku rasa lemah segala urat sendir aku . aku rasa aku lemah , aku rasa aku tak mampu nak terus melihat dia .


setiap kali aku berperasaan macam nie, aku terus menundukkan pandangan . ya Allah , apakah ini cinta yang turut ada nafsu . Kalau benar ianya turut ada nafsu, kau buangkanlah perasaan ini jauh2 . ya Allah, sesunggunya hati aku ni cukup sudah tidak terpelihara. aku lemah dan aku alpa.

Aku benci dengan perasaan ini . kenapa dia hadir dalam hidup aku ? ya , aku tak boleh nak salahkan dia . aku tak boleh nak salahkan takdir, tapi salah siapa ? salah aku . aku terlalu leka membiarkan hati aku terus mencintai dia . , aku terlalu leka dalam terus melayan perasaan terhadap dia . betul kata ukhti, aku yang tak cuba nak lupakan dia. aku yang terus biarkan hati aku hanyut.

aku sepatutnya cuba sedaya upaya untuk lupakan dia . bukan terus melayan perasaan ni. Allah , seandainya dia memang jodohku . kau peliharalah hati aku dari segalanya. biarkah hati aku tetap untuk dia. :) Amin ..