Entahlaaaa .


Pertama sekali. Alhamdulillah . Aku baru je lepas habis baca yassin dengan kak cik , Najiha , Nadirah , Najiha dan cik Ukhti (Gadis selalu salah sebut nama  sesuatu benda)  . Aku minta dorang buat air yassin untuk aku , terus dia ajak aku buat solat hajat terus . HAHA . takpeee la. 

Btw . aku tengah menaip dalam keadaan ketensionan yang amat melampau-malampau.  Heyyy kesing ! kau jangan sampai aku sumpah semua keturunan kau taw ! baik kau nyahh sekarang dari laptop dan tubuh badan aku sekrang ! grr . aku marah nie !

Bila sekali aku dan membebel memang tak lah aku berhenti !Jadi tolonglah blaaa sekrang wahai kesing oi dari katil aku !bla  la weh ! ganggu mood aku jee la.

Hari nie cukuplah , genaplah 10 hari aku nie terpaksa menahan hati dan rindu . okay, sebenarnya tadi ada je peluang aku nak tengok muka dia . Akan tetapi, aku tidak menghadirkan diri ke Bengkel Murajaah . Bukan aku tak nak datang . Masaaalahnya dorang kata tak ade tempat . So, malaslah aku .

Hari nie pergi ambil Madiha balik dari Terengganu . Memang sesak ah nafas gelak sebab pergi dengan ukhti dan Najiha. Dimana ade Ukhti disitu ade ketawwa dan ade salah sebut perkataan . HAHA . Ukhti seorang yang amat kelakar .

Tadi petang baca blog Aishah . Kat sini aku tak mampu nak cakap apa . Aku tak reti nak bagi kata semangat . Kalau setakat nak membebel tu , aku memang pandai lah kan . err . Aishah , sabar okayy. Lukman tu nanti esok lusa sihatlah tu . Aku sedih jugak lah baca blog kau tu . Tapi funny pon ade . dan mengalahkan mak dia jee siap nak selimut bagai . Tapi apa pun aku faham , kau risau sebab kau sayang dia kan . okayy, okayy . Aku doakan kau bahagia . HiHi .

Petang tu jugak , Aida cakap dengan aku yang dia dah rasa apa yang aku rasa . Apa ? apa ? ouh , pasal si Saiful . Aida keciwa sebab Saiful sekrang digosipkan dengan Amalina. Relax lah weh ! kumbang bukan sekor . Tu Mad kan tengah tunggu kau tu . Janganlah pergi jauh-jauh amik yang lain . Mad kan ok ! hihi . Biarkan jeee saiful tu .

Ingat nie aida dan Aishah ! Sabar itu penting ! macam korang selalu cakap dekat aku bila aku sedikit terluka dengan "dia" . Kalau kita ikhlas sayangkan seseorang itu , Biarlah seribu kali dia mencintai orang lain , kita masih tetap boleh tersenyum . Dan melihat orang yang kita sayang itu dalam kesusahan itu amat menyakitkan dan menyedihkan . Melihat orang yang kita sayang itu dalam keadaan payah dan tak berdaya memang memeritkan . Kalau kau kuat , I.Allah orang itu juga akan kuat . Aku faham okayy . Sabar itu indah . Sama-sama kita rasa . Aku pun akan sabar walaupun kekdang hilang sabar tu . HiHi .

Ingat nie ! Untuk menunggu seseorang memang sangat mudah , Tapi untuk setia dengan seseorang amatlah payah . Kita boleh jee tunggu seseorang dengan kecurangan , tapi kesetiaan mustahil terselit dengan kecurangan . Aku berusaha menjadi seorang penunggu yang setia agar kelak setia aku akan dihargai . itu impian aku .

O-D-Y-W-B-M 

I dont know why




Si bunga dan Kumbang . Orang selalu kata " Kumbang bukan seekor" "Bunga bukan sekuntum" . Tapi sedarkah kita bahawa bunga yang sekuntum tuh la susah nak petik . Kumbang yang seekor tuh la susah nak tangkap .  Betul tak ? tak betul takpee la. Bagi aku semua ini betul .

Kalau tak betul , macam mana boleh keluar istilah macam tu , mesti kita tak dapat orang tu , jadi keluarlah benda itu kan . Yelah , salah satu sebab keluarnya istilah bunga kumbang tu .

Mudah orang untuk kata "Lupakan je lah dia " . Tapi , orang tak pernah fikir macam mana susahnya kita untuk pertahankan perasaan itu , macam mana susahnya pada awal kita nak elak perasaan yang datang bertandang itu . Namun , semua ini adelah ketentuan yang kita tak boleh nak elak.  Kata orang semakin lari, semakin kejar. Semakin kita elak tak nak jatuh hati semakin ianya umpama memanggil .

Manusia ini selalu akan kata "Aku faham apa yang kau rasa, aku tahu apa yang kau rasa itu sakit" . okay , Untuk pengetahuan semua . Kita tak akan pernah dapat rasa apa yang orang lain lalui . Kalau kita rasa kita dapat tahu sakitnya mengalami sesuatu situasi . Sebenarnya kita silap. Kita hanya dapat rasa hanya suku ataupun paling banyak separuh . 

Tak akan sama sekali kita dapat rasa kesemuanyaa. Setiap orang mempunya ketabahan yang berbeza tahapnyaa . Ada yang mungkin sangat tinggi kekuatannya . Jadi kita tak akan dapat same rasa perasaan itu .

Perasaan itu adelah satu perkara yang sangat sukar untuk digarapkan dalam bentuk kata-kata ataupun lukisan mahupun tulisan . ianya sesuatu yang sangat halus dan hanya orang merasainya sahaja mampu rasa apa sebenarnya perasaan itu .

Jadi jangan terus meluru menghukum dan meletakkan sesuatu perkara sebelum kita belum pernah rasa berada ditempat orang itu . :)

Btw . Hari nie lega dah . Malam nie dah nak gerak balik melaka. huh ! tadi baru je selepas selesai buat Majlis penutupan tobour dengan Majmuah Satu . Alhamdulillah . . 



We are NILA . Satu , dua ,tiga, empat,Lima, enam, TUJUH . klikk !



We are Majmuah Empat and Satu , University Malaya Nilam Puri, Kelantan.



Cerita aku hari nie

Untuk pertama sekalinya aku nak cerita dekat sini apa yang terjadi pagi tadi . Pagi tadi aku bangun nak pergi ambil air semayang taw . untuk solat subuh lah kan . lepas tu aku sangkut tudung aku dekat atas pintu tu . Kebetulan pintu tu dah penuh dengan pakaian . Jadinya aku sangkut jelah tudung aku atas "kakak" dan "adik" si gadis yang yang ade dalam shower tu .

Okay , aku pun ambil lah wuduk macam biasa . masa dah sudah tu , aku nak pakai tudung lah kan . aku pon tarik lah tudung aku . Dengan kebanggaannya si tudung aku menarik sekali "kakak" dan "Adik" orang tu . terus barang-barang dia jatuh pedepeekkk kena kat lantai basah . Alamak . seram aku . Aku tak tahu nak buat apa . aku sangkut balik aku terus mencicit lari. krikk kriikk . 

Jujur lah . Aku memang sangat tidak tahu milik siapakah "kakak" dan "adik" itu yang telah basah dikerjakan oleh aku . tapi aku dapat rasakan siapa punya melalui tudung yang tersangkut dekat pintu tu . HAHA . bukan aku yang bersalah okay . tdung aku tu yang mengada2 nak menggatal tarik barang kau tu . hihi .

Hari ni juga test oral speaking bermula. Debar la. esok turn aku . Esok juga ade macam-maca . Syafawie la. ni la. tu la. seram akak . Ya Allah , permudahkanlah segala urusanku . Permudahkanlah aku untuk jawab . Otak aku nie pun bukan cerdik . Jadi payah sikit . err .

Btw . Dunia !!!!!!!!!!! dunia !!!!!!!!!!!!! aku happy sangat hari nie sebab aku dapat chat dengan dia . Walaupun hanya guna fb fakhrul Muiz . Aku rasa nak senyum sepanjang tahun jeee . Erghh ! aku rasa nak pengsan je bila dapat chat dengan dia . huh ! tu baru chat tu , belum dia melamar aku lagi . mati terkejut aku agaknya . haha  .. Dunia ! bagitahulah ummi walid aku , aku dah jatuh cinta !!!!! walid ummi , akak nak kawen ! amboi ! lebih-lebih gatalnyaaa . padahal setakat chat jer kot , Huh ! alia-alia.  insaff lah !


Cinta ini melemahkan atau menguatkan?



Kuat aku , Kuatkan hati aku . Berikan aku semangat , Berikan aku keberanian . Aku mencoret bukan dari ayat orang lain tapi ini adalah kata-kata yang keluar dari hatiku sendiri . Biacaraku mungkin tak seindah A.Samad Said . Namun apa yang ingin aku luahkan lahir dari hati aku sendiri .

Aku cuma wanita yang tidak kuat dalam merempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran . Kadangkala aku kelihatan begitu kuat sehingga ada kawan-kawan yang tertanya-tanya dimana aku dapat kekuatan itu sehingga aku langsung tidak melatah apabila berlaku sesuatu yang mengakiti hati aku. Namun juga kadangkala , apabila tumpahnya airmata ke pipiku ,mereka meminta aku agar kuatkan hati tabah dengan ujian. Siapa sebenanya aku ? siapa ?

Adakah aku seorang wanita yang kuat ataupun seorang wanita yang hanya tahu menangis dan terus menangis. Ingin sekali aku menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah . Aku tak ingin airmataku jatuh hanya kerana terluka dengan setiap yang berkaitan dengan insan yang aku amat sayangi. Aku cuma wanita yang bukan inginkan belas kasihan . Tapi aku seorang wanita yang inginkan kasih sayang dan perhatian darimu.

Kadangkala bila aku terluka, rasa hati ingin sekali aku berlari dan terus berlari meninggalkan semua ini . meninggalkan apa yang aku cuba pertahankan selama ini . Aku lari bukan kerana aku takut, bukan kerana aku benci , tapi kerana perasaan ku terlalu besar untuk aku garapkan lagi buat si dia . Hati aku terlalu terluka. merintih sedih dan sakit hati .

Adakala, terlintas juga dibenak fikiranku , alangkah bagusnya kalau aku hilang ingatan . Aku tidak mahu terluka dan terus terluka dek kerana insan yang langsung tidak mencuba untuk menghargai aku . Aku ingin melupakan si dia  , bukan kerana aku benci, tapi kerana sayang . kerana sayang itulah aku lemah dan jugak kerana sayang itu jugak lah kadangkala aku kuat .

Ada manusia yang lemah kerana cinta . Ada juga mansia yang kuat kerana cinta . Dan aku ? aku kuat kerana apa ? kerana cinta ? Benarkah aku kuat ? atau sekadar lakonan sahaja ?Semua orang ingin menjadi wanita yang kuat , yang tabah dengan segalanya . Sebenarnya cinta ini perkara yang remeh , namun hatiku terlalu sakit apabila terbayangkan setiap lirikan matanya dipersembahkan untuk orang lain . Aku cuma wanita yang tahu rasa cemburu yang aku sendiri tak pernah nak mengundang ianya hadir. 

Allah , Aku bukan seorang wanita yang setia . Akan tetapi kesetiaanku boeh bertahan andai hati aku masih ikhlas mencintai dia . Aku mencintai dia tanpa sebab . Malah aku mencintai segala kekurangannya . Nampak macam bohongkan ? tapi itulah kenyataa nya . Sehingga kini, aku masih tidak tahu apa yang ada padanya yang membuat aku masih berdiri teguh setia menanti dia. Aku tidak tahu apa yang aku lihat yang istimewa padanya sehingga kali pertama aku melihatnya, aku sudah jatuh hati .

Ya Allah , hatiku pilu, hati sedih saat dia tiada disisi. Aku terlalu mengharapkan dia setiap detik. Aku selalu mengharapkan nafasnya dihembuskan di udara yang sama aku gunakan . Aku ingin dia melangkah di atas tanah yang sama aku melangkah , Aku ingin dia melihat sesuatu yang aku juga lihat . Aku ingin segalanya bersama dia . tapi layakkan aku ?

Aku sering duduk dan tertanya-tanya . Kejamkah aku menyusahkan dia dengan perasaan aku sendiri ? adakah aku telah banyak membebankan dia dengan perasaan aku ini ? Adakah aku telah banyak merosakkan kisah hidupnya dengan perasaan ku ini ? Adakah cemburu yang sering bertandang dihati aku ini, Layakkah aku merasaainya ? Layakkah aku ? sedangkan aku cuma wanita yang duduk dan hanya menyimpan perasaan terhadapanya. Cintaku tak terbalas . Malah dilukakan .

Kadangkala terlintas juga difikiranku . Adakah kerana fizikalku , aku ditolak olehnya ? Jika itu jawapannya , Aku akan berhenti berharap , kerana kecantikan adalah tarikan utama seorang lelaki, dan aku tidak memilki "Tiket" untuk memiliki hati seorang lelaki. Aku cuma hanya mampu memberi kesetiaan dan kasih sayang . namun bukan kecantikan .

Sahabatku, Jika hatimu tidak diisi dengan cinta , bersyukurlah , kerana hatimu langsung tidak disakiti dengan cinta yang palsu ini . Sesungguhnya sakit kerana cinta lebih perih dari dihiris pisau dan belati tajam. Jika hatimu masih suci dari cinta lelaki, peliharalah , jangan kau biar hatimu sepertiku yang hanya tahu menunggu , mengunggu dan terus menunggu tanpa aku tahu bila ianya akan berakhir.

Cinta itu indah jika disemai dengan iman oleh dua hati yang saling mencintai . namun aku ? cintaku indah seorang diri . cintaku indah tanpa dia disisi . cintaku indah dengan hatiku sendiri . cintaku indah tapi terlukaaa. dan aku akan terus begini sehingga cintaku tersambut .

Cinta itu memang fitrah , setiap rasa yang bertandang dihati ini adalah fitrah , sama ade cinta, rindu , kasih , benci , meluat dan segalanya adalah fitrah . Fitrah inlah yang aku harus jaga dan pelihara , Agar aku akan memiliki apa yang aku mahu . Aku merinduimu  :'(

*Jiwa kacau , beginilah jadinya , hatii resah , inilah hasilnya . 

Haiwan yang paling aku benci

Hai , Hari ni aku rasa nak cerita pasal haiwan yang sangat dan palinglah aku benci ? setiap dari kita mesti ade haiwan yang kita bencikan ? kan ? baik mengaku cepat . Kita benci sebab kita takut kan .korang ingat korang tu berani sangat ke sampai tak ada haiwan yang korang takut dan benci ? mesti ade kan . tak payah nak kerek berani sangat lah kan .

Okay , Yang pertama aku cukup benci dengan lipan . Lipan tau , bukan lipas . Lipan tu , aku takut sebab ianya sangat menyengatkan . err . Aku ingat lagi zaman muda-muda dulu, aku dengan kawan aku (kecik-kecik dulu tak guna mber, guna kawan je) . Kitorang join satu kem ni . Masa pagi tu, aku nak pergi lah mandi dalam tandas dengan kawan aku tu, namanya Asyikin. Aku punya syok mandi, time tu pulak part tengah syampu rambut, tetiba aku nampak benda merah duk lalu dekat celah kaki kawan aku tu . err . AKu pun apa lagi la, aku menjerit sekuat jiwa dan raga bakul aku la. terkejut kot ( sebenarnya bukan terkejut, tapi takut )  HIHI . lepas tu , si syikin tu pun terkejut dengan jeritan aku tu, dia trus lari ke sebelah aku tu .


Mesti tegang-tegangkan kaki dan badan korang tengok gambar haiwan yang suka menyakiti tubuh manusia nie kan . Kalau lah aku ade kekuatan aku nak je bunuh semua haiwan spesis cam nieh . tapi apa kan daya , kekuatan aku telah dicolek oleh cik lipan nie .

dia pun naik kejang lah tengok lipan tu . dah la merah . Huyaaai . kalau kena sengat tu, memang sekarang aku tak ade lah jadi wanita paling setia dekat APIUM nie ( takade kena mengena langsung)  Memang dah la merah , lepas tu menyala-nyala lak tu merahnya. seram akak . Aku menjerit tu habis lagi, sepanjang lipan tu duk jalan nak ke kitorang aku duk jerit je sekuat hati Aku ni kalau bab menjerit bagi je lah dekat aku. kompem aku boleh menang . HaHa .

Aku rasa duk teruja sangat aku nak menyerlahkan bakat aku yang memang power menjerit tu, alih-alih , aku tengok Makcik Lipan tu pun kedepan sikit dan terus pusing , seterusnya masuk ke dalam lobang dia balik. Aku rasa lah kan si lipan tu pun cakap macam nie 

sakit telinga aku dengar minah nie menjeri, dari aku mati dengan jeritan dia , baik aku masuk balik lobang ajaib aku tu ( ni dialog aku je la) 

Haiwan seterusnya aku  takut   bukan takut okayy , aku cuma geli dekat kucing , aku memang pantang dengan kucing , sebabnya asalnya aku suka jugak lah dengan kcuing . Alkisah satu hari , si kucing ni telah mengigit tangan aku , makanya aku mula membenci kucing sejak tu . Aku kkdang bersikap kejam bilamana aku akan menendang kucing yang perasan nak bermanja dengan aku tu .errr --


Macam mana ? mesti korang geramkan tengok kucing nie ? haha . tapi aku tak geram  . eh tak-tak . aku geram jugak . tapi aku geram rasa nak tendang je . Jahatnya aku kan . nak buat cam mana . aku geli sgt :(

Haiwa seterusnya ? entah la . Buat masa ni , dua ekor nie je yang aku ingat . Sebenarnya ade je lagi , tapi yang paling top sekali , dua ekor nie la . HiHi .klaa . byeee . Malam ni buat entry jiwang pulak la. HAHA

Perasaan rindu

Apabila kita merindui seseorang , apa biasanya kita akan buat ?  meluahkan rindu itu pada insan tersebut ? Mengadu pada Allah ? mengadu pada laman sosial ? mengadu pada teman ? mendiamkan diri sahaja ? tidak melayan langsung perasaan itu ? atau menangis sehingga lega ? Lain orang lain cara kan ?

Rindu itu satu perkara yang amat menyakitkan . Rindu itu juga tidak semestinya pada kekasih . Ada yang merindui cinta Allah , ada yanag merindui kedua ibubapa. Ada yang merindui adik-beradik sanak saudara , kekasih , suami / isteri . kawan-kawan dan juga mungkin cinta dalam hati . Rindu yang sangat menyakitkan adalah cinta pada manusia, dan manusia itu adalah manusia yang kita tak dapat nak rasa rindu dia . 


Kalau kita merindui Allah, sudah pasti rindu itu berbalas. kerana Allah sentiasa merindui hambanya . Sebab itu Dia selalu turunkan ujian pada hambanya agar hambanya tahu untuk bertemu dan kembali padaNya . Kalau kita merindu pada manusia , apa yang kita akan dapat ? kita akan dapat kelukaan hati . ye, aku sedar, aku salah satu dari mangsa rindukan manusia. 

Saat kita merindui seseorang , kita pasti akan tertanya-tanya dalam hati, adekah orang itu juga merindui kita . Tak kira lah siapa pun yang dirindui itu, pasti kita mengharapkan balasan yang sama kan ? dan apabila jawapannya negetif kita pasti akan kecewakan ? kan ?. kerana apa ? kerana memang fitrah manusia ingin dirindui oleh insan yang mereka sayang dan rindu .

Rindu itu amat menyesakkan dada bilamana rindu itu bukan diatas jalan yang betul Segala yang aku coretkan  adalah untuk diriku sendiri . Aku tujukan semua ini khas untuk diriku sendiri. Aku terlalu rindukan manusia, sehingga aku tak lihat Allah sedang merindui aku . Aku sering menangis kerana rindukan manusia, tapi aku lupa Allah mengharapkan aku menangis kerana rindukan Dia . 

Ya Allah , Aku pohon keampunan padamu  . Aku tahu aku terlalu melayani rindu yang tak seberapa ini terhadap manusia yang bukan ditakdirkan untuk aku (walaupun aku harap dia ditakdirkan untuk aku, hihi) . okay  , kembali mood serius ye . ehem-ehem .


Betul, aku terlalu melayani perasaan rindu ini , menangis kerana rindu , tapi aku tak sedar, orang aku rindu tu, langsung tak fikirkan aku walaupun  sedetik. Aku dapat rasakan yang aku terlalu banyak buang masa dengan fikirkan manusia itu , dan malayani rindu manusia itu . Aku sedih ya Allah , aku tahu , aku terlalu jauh ingatkan dirinya dariMu. aku berdosa.

Allah bukan tak tahu apa yang kau rasa , cuma nak uji sejauh mana perasaan kau-Madiha

Untuk Cik Najah yang selalu dan rajin singgah ke blog saya , saya harap awak boleh buat satu entry khas untuk saya , dan agak sedikit berkaitan dengan post saya kali ini :) Terima Kasih ..

Destinasi Pilihan

Destinasi Pilihan . Btw , Saya baru je balik dari penganbaran untuk filem , (Bajet macam dah jadi pelakon je, padahal untuk kerja dalam kelas) . Asalnya saya malas nak join , tapi cik Nisa dah siap call bagai , terpaksa lah saya untuk turun . Sebenarnya saya malas nak turun sebabnyaaa. ha, ni lah sebabnyaaa, sebabnnya dah la hujan , lepas tu saya tengah sekodeng gambar "Taj Mahal" taw, taw.

Okay , Entah kenapa tetiba saya datang miang nak fikir pasal destinasi "Honeymoon" . Sebelum ni just pernah fikir pasal kahwin je , Pasal honeymoon tak pernah lagi . tapi ade satu malam tu, saya terpikir , Taj Mahal adelah tempat dimana Shah Jehan mempersembahkan cintanya kepada Mumtaz kan ?

Ikut yang saya tahu , Mumtaz mati, mekanya si Shah Jehan ni sedih la konon-kononnyaa. eh  ? bukan konon-konon taw , tapi real punyaaa . Sampikan dia duk mogok dan bersedih duduk je dalam istananyaa . Yelah , mungkin cintanya pada Mumtaz terlalu besar sehingga dia tak boleh nak terima tamparan bahwa isterinya yang tercinta telah pergi meninggalkannyaa .

Makanya , Dia telah membina "Taj Mahal" ini tanda cintanya pada Mumtaz . Apa yang saya tahu , mengambil masa yang sangat lama untuk membina "Taj Mahal" ini . Dan setiap orang dan arkitek yang membina "Taj Mahal" ini diarahkan memotong tangannya kerana dia tak mahu ade bangunan yang lebih hebat lagi dari "Taj Mahal" ini . Sungguh besar cintanya pada Mumtaz kan ?

ade ke lagi lelaki macam tu zaman sekarang  ? cinta pada isterinya yang sebesar itu . Kenapa saya jadikan "Taj Mahal" sebagai tempat  pilihan saya untuk berbulan Madu . Memang nampak agak keterlaluan kan , belum ade calon , baru umur 19 . baru asasi tapi dah fikir pasal kawen dah fikir pasal tempat berbulan madu . Heyyy You ! blog nie i yang punyaaa , sukahati lah . hakhak  .

Aku dah janji dengan diri aku . Tempat pertama untuk aku berbulan madu , adelah India , "Taj Mahal " . aku ingin sangat pergi tengok bangunan Taj Mahal tu , rasa sangat teruja okayy . aku ade juga tempat kedua dan ketiga , tapi itu semua tunggulah kalau ade duit. Bukan aku nak kata , sekrang ni aku dah ade duit , tapi itu matlamat aku , jadi aku akan kumpul duit la untuk kesana.

Aku nak bawa suami (Macam lah ade orang nak kahwin dengan aku) aku pergi sane . Aku nak bawak ke tempat dimana mereka menyampaikan besarnya cinta mereka pada insan yang mereka sangat cintai . Aku nak dia tahu tempat ini amat bererti bagi aku . Aku ni dah macam lelaki lah pulak. Sepatutnya suami yang bawa isteri, ni aku yang beria-ia nak bawak suami aku kesane . itulah tanda cinta aku pada dia . werrk . cinta lah sgt .

Tapi macam mana kalau bukan dia yang aku maksud kan jadi suami aku ? eh ! lantak lah siapa pun . yang penting suami aku . Aku bukannya mentionkan dia pun (Walaupun dalam hati memang harap dia la suami akuu)  . Aku tak kisah , yang aku kata aku nak bawa suami aku, bukan nama dia  Jadinya siapa pun suami aku masa tu, Allah mungkin dah anugerahkan dalam hati aku satu cinta yang besar buat dia . jadinyaa tak ade ragu untuk aku bawa dia ke tempat impian cinta aku . (Fuhh !! ayat nak terkentut baca) 

Ye , Dalam diam memang aku harapkan dia yang akan aku bawa ke tempat impian aku tu , Kalau bukan dia , Aku redha dah . Aku memang teruja sangat dengan Taj mahal nie . sebab ianya sangat cantik dan menakjubkan . pergh . over giler ayat . Tapi aku memang simpan impian kesane . mana tahu dapat jumpa Shahid kapoor ke , Shah Rukh khan ke ? mana tahu kan ? krikk krikk . kbaii



Ini antara gambaran "Taj Mahal " yang diberikan oleh Haji Google 


Nampak Suci jer kan korang ? Ya Allah , Memang teringin sangat nak pergi .


Ini gambaran pada senja :) 


Ini masa mula-mula nak masuk . Ciss , bajet macam dah pergi jer kan .


Ini ? saya pon taktahu itu apa ?

Korang doakan lah supaya saya dapat tunaikan impina saya nie .


Kau Masih Bff aku laa


Tadi tiba-tiba dapat chat dari FARAH NUR HAZWANI . dapat chat dari dia perkara biasa . tapi pelik ayat yang keluar dari kotak chat tu . tiba-tiba je dia tanya aku macam nie . Aku agak terkejut jugak bila tanya aku soalan macam nie 

.

Mestilah aku ingat nama nie . Nama ni adelah gabungan nama aku dengan dia . Fara+alia= Faralia. Mustahilah aku tak ingatkan . Cuma kadang-kadang aku busy sikit sampai macam lupakan dia. (busy lah sgt, busy dgn fb dn twitter adelah)



Ish , farah nie , mustahil lah kita tak BFF lagi , kau tak ingat ke  ? aku paling banyak tolong kau dengan Kak Nadia, takkan lah aku lupa kau sebagai kawan aku . Hakhak  . lagi satu kau lah satu-satunya kawan aku yang jiwang dan romantik dekat SMASKM tu taw , taw. HiHi



Rindu dekat aku ? amboi-amboi . Malu i taw . Actually , aku pon rindu kau taw . yelaaa, dah lama kot kita tak jumpa , kan kan ? Aku ingat lagi, dulu , kita suka tulis surat-surat kalau gaduh ke, kecik hati ke, berjauh hati kee. takpun akan buat sesuatu yang mengukirkan nama kita berdua kan . FARALIA 30311 . yupss, aku ingat lagi weehh . tak mungkin aku lupakan.

Paling aku takkan lupakan kau pernah nyanyikan untuk aku lagi "izinkan aku sayang , menyentuh perasaaanmu, biar gelora cinta semalam". hakhak . kau ingat tak ? ingat tak ? tapi kau tu cemeng, kuat merajuk dan kuat menanngiss . kan ? kan ? baik mengaku ! haha



Kawin ? kau boleh lah kawen dulu ha, aku ni pilihan hati dan ade, tapi masaalah negara aku adelah, dia taknak dekat aku , puas aku menanti dia , tapi macam menanti bulan jatuh ke riba je weh . jadi aku rasa kau kot akan kawen dulu . HAHA .

okayy lah . Aku nak bagitahu semua orang nie, kau lah kawan aku , bukan satu-satunya kawan aku, sebab aku nie ramai kawan yang baik-baik macam aku, tapi  kau slah satu dari mereka. aku tahu aku dah terlambat . tapi baru lewat 11 hari jer kot . Selamat Hari lahir yang ke 19 . Semoga panjang umur murah rezeki. kau special tau,



aku wish bedayyy kau pada hari kelahiran buah hati pengarang jantung aku yang tak nak dekat aku tu, yang suka sangat jual mahal nak mampus tu, penat aku tawar menawar dengan dia, langsung dia taknak jual murah . nanti dah takde orang beli baru lah dia jual murah dengan aku kot. haha. kottt la... okayy la. aku nak mandi ni beb .. byeee

Dua Hari Cosmic

Semalam dah berakhirlah pogram Cosmic anjuran Si Budak Apids . and Timb Pengarahnya is My Friend . Aisyah Binti Samsuddin . Gadis cantik dan baik hati . Benda ni pasal ilmu falak la . Ikutkan minda dan akal , aku memang malas nak join , sebabnya ? sebabnya aku tak minat falak-memfalak nie . HAHA. maklumlah bukan dalam bidang .


Jadinya , aku telah memutuskan untuk join , "berniaga by Majmuah" . Makanya aku telah ikutlah bebudak ni berniaga masa Cosmic nie berlangsung. err -- . Memang best lah walaupun tak ramai sangat . Seronok mungkin sebab kesebatiaan keikhlasan budak Apids dalam menjayakan pogram mereka ni barangkali.

Masa hari pertama tu , tak ada apa-apa yang aku nak ceritakan sangat . Sebabnya? sebabnya aku tak berapa nak sihat hari tu . Makanya aku join sampai jam 2 petang je la. Aku memang sangat tidak larat . Bukan sengaja , tapi memang betul-betul punya. Seharian tu aku duk tidur je sebab asyik makan ubat je . nasib baik ade si Aisyah , Makcik Timb Pengarah kita , masih sudi ambil berat pasal aku, masih pedulikan makan minum aku . terharu okay .

Kisah hari kedua , aku datang tetap lambat . jam 10.30 . Malas nak datang awal . aku ingatkan dia ade dekat situ, sebab Muiz dengan Safwan asyik duk kata yang dia datang hari nie . tapi tak datang .Dah la , ikut sukahati dia lah nak datang ke tak . Buat bengang aku je . hm . Mula-mula datang tu , aku tak ade lah tolong sangat , aku bnyak duduk je sebab aku tak tahu nak tolong apa . Tapi aku tengok dorang pandang macam tak puas hati je . ye lah , dah la aku datang lambat , lepas tu duduk makan . memang lah dorang bengang. HikHik .

hm . Lepas aku start tolong tu , aku macam tak nak berhenti je buat . HakHak . Si Safwan tu duk asyik mengusik dan mengutuk aku je . ha, time nak buat "Roti John" tu la , sengal mereka tu , si Mustaqim , Si Safwan , Si Amar tu dah macam chef aku je ajar aku buat roti . Cukup sajak ler aku dengan dorang je . Tapi memang jujur lah . dorang sporting sangat . Tak sangka dorang best macam nie . Amar best , Mustaqim best, Muiz , Safwan lagi lah best . Lepas tu , si Fuad dengan Amree pun lebih kurang same je rock . Wakaka.

Amar dengan Mustaqim tu pon boleh tahan duk asyik nak kenakan orang , HAHA . Sampai Husna kata "dorang penat kot nak cover alim" . siot je Husna Bergurau . Tetapi , memang ikhlas aku kata , Aku tak sangka dorang ni tak de lah teruk yang aku fikirkan selama ni . okayy je kot . Aku siap boleh mengumpat lagi dengan Fuad dan Safwan . HiHi . Sorry Amree . gurau je kan .

Semalam Amar belanja mereka float . Bestnyaaa . aku tak dapat sebab time aku nak gi solat tu lah time dak Amar nak belanja dorang float . IShh ! geram lah . tapi memang makanan lain semua laku kecuali "roti John " buatan aku tu , sobbss . sobss . sedihnyaaa . HAAHAA .

Kisah hari nie pulak , telur semalam banyak lebih taw . Jadinya , Makanya kami telah memasak sambal telur . Wakaka . Jadinya bagi lah sambal telur tu dekat Safwan, Amar , mustaqim dan Amree . HAHA . syukurnyaaa . dorang tu sekali lagi baik hati telah membelanja kitorang air tea o ais . HIHI . Yee lah . dorang kesian kot kitorang masak . HiHi . tapi sedihnyaaa sambal telur tu masin sikit .bukan sikit banyak lah jugak . Minta-minta lah dorang tak kisah sangat . HAHA . apa-apa pun aku happy snagat semalam dengan Husna , Sufi , Anis , Najiha , Najah , Nisa , Fadhilah , Nada . dan sesiapa je lah yang ade . Happy sangat .

Semoga kegembiraan dan kemesraan hubungan ini bukan seketika tapi selamanyaaa .