Kisah hari raya *ngantuk

Bismillah..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Hari ni dah masuk raya ke-empat. Biasa kalau aku raya sampai ke 3 zulkaedah. Lepas syawal pun masih raya lagi. Haks. Semangat punya raya.


Macam biasa, raya pertama lepas solat raya kami akan gerak balik ke Pahang untuk beraya dekat rumah tok belah umi pula. Dekat Melaka ni tak ada tok dah, tapi makcik-makcik yang macam tok dah cukup mengheppykan. Bahagia.

Itu kali pertama kami balik kampung semua mengantuk.

Bayangkan..

Mula-mula umi tidur, lepas tu adik beradik. Aku masih menahankan mata tak bagi tidur sebab aku tengok walid macam dah mengantuk je bawa kereta tu. Ah la, mata kejap katup kejap buka. Risau gak, kang tak memasal tak sampai pahang sampai ke hosp.

Gasak punya tahan, tak dopek den nak nahannya, terus aku tidu--

Alih-alih aku rasa kereta macam tak bergerak.

Aku buka mata--

Sah ! Walid pun tak dapat nak menahan mata. Dia benti kerete dekat bahu jalan, terus kami tidur dalam satu jam gak ah masa tu. Memang mata tak larat. Rasanya itu kali pertama kami balik Pahang waktu siang betul-betul tak larat nak buka mata. Tu kali pertama tidur tepi jalan.

Lepas satu jam, bergerak..

Lepas tu aku rasa kereta berhenti lagi.
Rupa-rupanya walid tak tahan lagi sekali. Aku rasa walid betul-betul tak tahan ngantuk. Sebab biasanya walaupun kami tidur, dia masik watlek watpes je jalan tak kisah sambil kunyah jajan.

Bila kali kedua benti, umi pun bangun.

kenapa berhenti? *amboi, orang dah dua kali berhenti, ni baru sedar ke benti? betul tidur tak ingat dunia.

Mengantuk

Hm, Meh umi bawak.

Tak mengantuk ke?

Taadi je, ni dah okay sikit. Larat kot nak bawa 

Jadi bertukar la driver.

Alkisahnyaaa....

Walid pun tidur, umi bawak kereta.

Ting.. *menandakan ada wassap masuk.

Walid steady lagi tahan mata tak mau bangun tengok pengirrim.

Beberapa minit.. Tingg.. Tahan hati lagi tu.

Ting * Kali ketiga, walid terus tak tahan hati nak tengok nset dia, terus dia buka nset dia cek wasap yang dihantar. Ha kau, mata dah tak tahan nak buka pun, masih dilaratkan buka hanya sebab wasap. Gasak ler kau memasing.


Umi pun geli hati. Wasap punya pasal. Ngantuk pula sebab malam tu tidur dah la lewat, bangun pula jam 5 pagi. Kol 6 setengah nak gerak gi raya. Memang ah penat dengan makan memacam. Huh.

Sekian.

Tak rela dimadu (racun)


Bismillah..

Ini kisah bukan benar. 

Aku bukan tidak percayakan takdir, 
Cuma aku tertanya, layakkah aku menerima madu,
Sedangkan aku sedang menelan racun,
Tuhan itu tahu,
Ya, aku sedang mati dalam cintamu,
Aku ikhlas tulus namun gantianmu adalah kecurangan,
Aku tak rela dimadu, kerana pati madumu adalah racun.

(PART 1)

"Saya tak boleh hidup tanpa dia. Awak mesti faham apa jiwa seorang perempuan bila dia dah jatuh cinta. Tolong Sara, saya merayu pada awak sebagai seorang teman, bukan seorang musuh". Gadis yang mengakui dia bernama Juwita memandang sayu kearahnya.

"Minta la sendiri pada dia". Sara sakit hati.

"Awak perlu tahu yang dia sayangkan  saya, dia juga sayangkan awak. Saya merayu pada awak, benarkan la kami berkahwin. benarkan la semuanya berlaku dengan baik. Tolong jangan hampakan saya. Saya rela bermadu, Sara". Katanya lagi.

Sara diam. Dia berfikir sejenak. sejak dari tadi, puas Sara menahan airmata. Berita tentang kecurangan suaminya, benar-benar menyakitkan. Dia tidak sangka teganya suaminya itu?

"Baik lah, saya benarkan awak kahwin dengan dia". Tutur Sara lembut dan tenang.

"Betul ke Sara? Saya tahu dia tak akan tinggalkan awak. Dia terlalu sayangkan awak, tapi kami dah terlanjur mencintai. Dia sayangkan saya juga, Sara. Saya harap sangat awak faham. saya datang dengan cara baik. Saya nak minta cara baik".

"Hm". Sara sakit hati.

"Maafkan saya, Sara". Juwita serba salah.

"Awak jangan risau, saya tak akan ganggu perkahwinan awak. saya sendiri akan pastikan yang Ardan daftar perkahwinan dengan awak. Saya juga akan pastikan masa majlis akad nikah awak, diri saya tak akan membuat onar.

I keep my promise, Juwita. Tak sangka masih ada manusia yang boleh minta bermadu dengan cara baik kan. Hm, mesti awak terfikir kalau semudah ni boleh minta bermadu dengan saya, agaknya dah lama awak buat dajal je kan belakang saya". Sinis kata-kata Sara.

"Sara..." Bibir Juwita bergerak-gerak.

"Its okay Juwita. awak dah dapat lelaki yang awak cinta. please make sure jangan ada gadis lain yang MERAMPAS dia dari awak macam mana awak RAMPAS dia dari orang lain". Sekali lagi Sara mengeluarkan ayat pedas.

Juwita terasa. Tapi, dia peduli apa? cukup dia dapat bersama dengan Ardan, itu sudah membahagiakan. Bukan semua perempuan tegar macam dia minta izin dari isteri pertama. Pasti Ardan gembira bila dapat tahu yang Sara sudah membenarkan.

Kalau la dia tahu semudah ini untuk meminta Ardan dari Sara, sejak dua bulan yang lalu lagi dia dah jumpa Sara. kenapa la Ardan begitu payah nak tanya Sara? tengok.. mudah sahaja.

"Sara, saya janji akan jadi madu yang baik untuk awak. saya akan hormat awak sebagai isteri pertama. Kebenaran awak untuk benarkan saya berkahwin dengan Ardan sudah cukup bermakna buat saya. Terima kasih Sara". Juwita tersenyum.

---------------------------------------------------------------------------------

"Besok kita pergi Jabatan Agama Islam". Kata Sara tiba-tiba sewaktu mereka hendak beradu. Ardan yang sudah terbaring itu terus bangun dan duduk memandang isterinya dari belakang. dahinya sedikit berkerut memikirkan kata-kata Sara sebentar tadi.

"Buat apa?". Tanya Ardan.

"Untuk daftarkan perkahwinan abang dengan Juwita la". Tenang sahaja keadaan Sara.

"Apa Sara cakap ni?". Ardan terkejut. dia tidak sangka Sara akan tahu semua ini. tetapi, bagaimana Sara tahu? Ardan jadi kecut perut. Dia risau tiba-tiba.

"Abang jangan berlakon depan Sara kalau hari tu abang takut nak pergi ujibakat pilih kasih tu. Cukup la bang, Juwita jumpa Sara siang tadi". Masih mendatar suara Sara.

Jiwanya meronta-ronta untuk mengetuk kepala Ardan dengan lampu tidur yang ada berdekatan dengannya. biar Ardan hilang ingatan dan semuanya settle. Sara marah dan rasa macam hendak menjerit. 

"Sara.. abang.."

"Lepas daftar perkahwinan, kita akan daftarkan perceraian kita". Tambah Sara sebelum Ardan meneruskan kata-katanya.

"Sara..." Sekali lagi Ardan tergamam.

"Kenapa? abang tak sabar ke?". Sinis kata-kata Sara tanpa memandang suaminya.

Ardan terdiam.


Bersambung... HAHA. Aku pun masih tertunggu update yang no dua.

Nasi punya pasal, bangla dapat nama




Alkisahnyaaa minggu lepas pergi bukak puasa dengan familyyy da babombbb. Gituwww.

Lagi beberapa minit nak azan..

Kak, isi nasi

Dengan sopan alsantun dengan bersifat budaya timur *la sangat. Lalu, aku mengisi nasi dalam pinggan walid. Nasi yang tak terlalu banyak dan sikit. Lalu, aku serahkan pada walid. Tiba-tiba..

Kau ingat ni anak kucing makan? *Kata walid yang memang tak biasa makan nasi sikit.

HAHA. Aku gelak besor dengan adik beradik lain. Aku terus amik pinggan tu dan aku tambah nasi bagi banyak dan penuh. Kemudian, aku serahkan pada walid.

Nah, I dah tambah. Ni nasi bangla *Aku dah geram. Tapi masih gelak.

Bapak aku terus gelak besar dengan ayat aku.

Alkisahnyaaaa dua minggu lepas pulak. Ish, aku ni ceghita tak ikut turutan tarikh betui la. Lantak la, aku dah tertaip baru teringat. Malas pula nak betulkan.

Kak, isi nasi untuk acap *kata umi pula.

Lalu aku pun isi la nasi dengan banyak sama macam biasa dia isi. Adik aku ni makan tak bertambah. Jadi sekali dia makan, dia akan isi penuh ah. Alaaa.. bak kata bapak aku macam bangla makan. Haks.

Mak aku hulur balik pinggan tu dengan berkata..

kau ingat ni bangla makan ke?

Adik aku sengih, aku bantai gelak. Aku buang sikit nasi pas uh aku bagi balik dengan berbunyi..

Nah.. ni orang melayu makan *geram. Aku hulur balik pinggan yang dah bebaki sikit.

Adoi.. Aku pun pelik, ada juga beza orang bangla, anak kucing , orang melayu makan. Macam-macam hal la bapak and mak aku nie.

Alkisahnyaaa yang ketiga pasal bawak kereta.

Letih la nak bawa kereta. Nanti siapa nak bawa kereta.

Alaaa.. akak boleh bawa kereta la. walid ingat akak tak power lagi ke? *Aku mendabik dada.

Huh ! Tak kuasa aku nak bagi. Kau bawak kereta macam keling dapat motor

Erk? apa kaitan kereta dengan motor?

HAHA, walid bawak kereta macam kera dapat bunga. 

*Terus bapak aku gelak.

Lawak atau tidak, hanya aku merasa lawak sebab tu aku coret disini. Aku tidak pernah memaksa sesiapa membacanya. Jadi terpulanglaaa. Sebab aku merakam dialog dalam blog. Sekian..

Perasaan masa tu.. #mh17


Motif kenapa aku letak gambar ni? sebab kapal terbang ni la, aku telah merasa 'agaknya macam tu perasaan para mangsa kapal terbang terhempas'. Sadisss

Etihad.. from Abu Dhabi to world..

Masa aku naik flight ni otw dari Jeddah ke Abu Dhabi, then transit ke Kuala Lumpur. Gilaaa ko masa ni pengalaman yang paling berharga yang tak akan aku lupakan sampai bebila. Gila babikk gituu.

Sempena kes #mh370 dan #mh17 ni, aku nak la share pengalaman aku masa naik flight ni otw pergi ke Abu Dhabi. Serius, tengok kapal terbang dia, okay je tapi bila dia dah gerak, kriuk-kriuk bunyinya. Aduiih, seram kak long masa tu dek non.

Okay, jalan punya jalan ada la dalam 5 atau 6 jam atau aku pun tak ingat berapa jam perjalanan dari jedaah ke abu dhabi ni. Atau tak silap atas kesalahan aku makan semut banya, 3 atau 2 jam. Mhuahaha. Serius, aku tak ingat. Tu.. agak-agak la.

Masa memula tu okay jer cuma kriuk-kriuk tu je la. Pas uh bila dekat skrin dah tulis dalam 20 minit akan landing, masa tu dah lega ah. Lepas jugak azab takut-takut dengan kriuk-kriuk asli bak iklan maggie tu.

Masa dah nak landing, melalui skrin tengok dia dah terlajak ke depan. Serta merta kapal terbang dalam keadaan laju tu, dia turunkan kapal terbang tu sekali zuppppp.. kau bayangkan kau lari laju-laju sekuat hati kau, tiba-tiba kau terjatuh dari atas gaung. Masa tu apa perasaan kau. aku rasa jantung macam nak terkoyak broo.

Kes dia macam ni.. Pilot ni dah nak landing tapi mungkin dia terlebih aggaran dari jarak sepatutnya dia kena rendahkan kapal terbang. Bila dah dah terlajak dia perlu gunakan jumlah jarak yang banyak untuk turunkan kapal terbang tu dalam kelajuan yang laju agar dia boleh landing dengan baik.

Huh, baik atok ler.. Bukan sekali, dua kali tiga kali empat kali. Dia macam nak terjunam rasa masa tu. Orang dalam terbang semua dan menjerit dan sebut 'Allahuakhbar' 'subhanallah' Dan mengucap segala bagai.

Masa tu aku dah pegang tangan umi ngan walid sekuat hati. Jantung tu dah tak boleh nak cakap la. Masa tu just ingat mati. Tapi terfikir juga, alangkah bagus jika aku mati saat ini sebab kita baru pulang dari rumah Allah. tapi umurku masih panjang.

Dalam flight tu pula banyak orang indon kan? Jadi pepaham je la orang indon punya mulut kecoh macam mana kan? memang dah kecoh ah dalam tu walaupun lampu kecemasan semua dah dinyalakan. Kau tak gila kau macam tu?

Memang sumpah weh ingat mati jerk !

Pas uh... dalam 10 minit macam tu stabil sikit. Semua dah lepas tangan pandang sesama sendiri. Muka pucat lesi kau.. gila tak takut? tapi masa tu dah tawakal ah kalau apa-apa berlaku. Susah ah nak bayangkan macam mana rasa masa tu..

Yela... dalam keadaan laju macam tu , tiba-tiba dia turunkan kapal terbang tu. Itu sama la rasa macam kapal terbang terhempas mungkin. Tapi keadaan mereka lagi terus sebab kalau tehempas memang jatuh terus dalam keadaan yang sungguh laju. Cuma keadaan aku ni just laju dan tiba-tiba jatuh. Pas uh jalan elok balik.. pas uh jatuh balik.

AZAB oii nak tunggu lagi beberapa minit walaupun mata dan nampak lapangan terbang masa tu. Huh...

Syukur.. kalau tak, tak menaip ler entry aku sekarang ni.

Sungguh, lepas tu semua orang keluar dalam keadaan bising untuk membicarakan hal yang berlaku sebentar tadi. kebas kaki tangan jantung nyawa segala bagai.  Tak tahu la macam mana.

Pas uh.. Dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur naik virgin australia. Alhamdulillah okay la walaupun dia pun terlajak tapi dia buat pusingan balik. Bila landing je, semua orang dalam flight tu tepuk tangan and bernyanyi bagi non muslim and bagi muslims mereka bertakbir beberapa kali.

Meremang bulu roma.


Ya Allah, memang sedih kot tengok kisah #mh370 #prayforgaza #mh17. Aku tengok gambar je pun, kemain meleleh airmata aku ni ha. Dasar cepat tacink betul. Bila baca kisah dia, ya Allah... Tak tahu apa akan jadi pada aku kalau itu berlaku pada keluarga aku. terumata permata hati aku umi n walid.

Semoga mereka ditempat dikalangan orang soleh. amin..

Syarat Brigade Al-Qassam



Siapakah yang layak menyertai Brigade Al-Qassam? Ya  Allah, sumpah tabikk gila dengan mereka. Hebat dan kuat perjuangan mereka melindungi tanah air dan agama islam.


Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masji
d di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
\
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

SubhannaAllah..

Beberapa hari video yang dibuat oleh Hijjaz tentang lagu perjuangan tentera palestin telah menjadi viral dimedia bahagian Gaza. Jum layan.. memang la naik mulu roma. Best.. I bagi 10 bintang.

video


Baiklah.. sekarang kita layan yang asli dari tentera tanah palestine. memang naik bulu roma. Hebat semangat betul dorang. Rasa macam nak join je, tapi kita tahu tahap kemampuan kita. Kita tak sehebat mereka disana. tabah. Kalau kita boleh main senyum2, dorang mungkin langsung tak ada waktu untuk tersenyum.

Allahurabbi.. :'(

video

Rapat sebelum berkahwin



Manusia abad ni (acewah, macam karang pulaks) Almaklumla dedulu BM kita A+  yuuu. Jadi nak asah balik la buat karangan ini. Okay, larik tajuk. Stop.

Zaman sekarang orang banyak rapat sebelum berkahwin. Oh aku bukan bercakap untuk kau, kau, kau. Tapi I'am talking to myself. Yeay, from and for myself. Ergh, berteghabur ler english aku ha.. Almaklum la orang suh belajar amek Muet dia duk Muet dalam telefon. Ha, menggatal.

Paling utama sekali kita rapat dengan family pasangan. Ish, memang tak salah kalau kita rapat dengan keluarga pasangan. Iyela, sebab kita bukan berkahwin dengan dia je kan. Kita akan berkahwin dengan seluruh ahli keluarga dia. Ha kau.. kalau kau boleh terima baik buruk kekasih kau. Jangan tak leh terima buruk mak mertua, kak ipar adik ipar kau laks.

Oh, biasanya yang bermasaalah ni perempuan ah majornya.

Kenapa? kenapa? kenapa tak boleh rapat? *pandang kanan pandang kiri. Takut ada terasa gi serang nanti. buat muka cencorot bila jumpa aku. kamonnn ah, kalau terasa tahu la benda tu orang tak suka. Then, kenapa buat?

Ish, I tak cakap pun "JANGAN RAPAT".

Cube korang fikir la, semua kebenda kau nak ikut keluarga pasangan. Sedangkan kau langsung tak ada hubungan sah apa-apa. Rilex-rilex dah ler. Orang lain pun bercinta juga.

Sekarang, bukan main belum kahwin, kak ipar dik ipar. Hari-hari kalau boleh nak datang rumah nak bermesra nak masej call segala bagai.

Tapi please la.. banyak dah contoh orang yang rapat before kahwin ni, tang-tang lepas kahwin ada je yang tak puas hati dengan kak ipar dik ipar. Masa tu semua belang taring ekor semua keluar ah. Masa tu baru nampak buruk yang dulunya dah nampak tapi leh sabar. Almaklum la tengah candy crush lagi tukk.

Korang tak rasa bodoh ke kalau rapat before kawin, tiba-tiba tak jadi kahwin. Malu weh, orang kata beria sebelum perlu.

Masa kau dah kahwin, aku boleh bet, kau mesti lagi nak duk umah mak apak kandung kau dari duk umah mertua kan? tapi masa belum kahwin, rumah mak apak pasangan korang dah macam syurga dunia buat korang. Seronok betul singgah lelagi kalau keluarga pasangan layan baik.

Cube la fikir terutama mak apak sikit. Kau suh anak dara orang tidur rumah kau sebab anak bujang kau bercinta berdua. Tapi bila anak dara kau disuruh tidur rumah kekasih dia kau mengamuk? kau pandai buat anak dara orang tapi, tang anak dara sendiri. Cane?

Nanti dah kahwin, ada je tak kena. Susah ler macam nie.

Oh memang aku sedang nasihat diri sendiri tapi entry ni wujud sebab entah laaa. sebabnyaa aku je perlu tahu kot. kbaiii.


Jangan mainkan perasaan orang

Please jangan mainkan perasaan orang!

Apa kau ingat hati perempuan ni pampers? hati perempuan ni kuih pelita? Oh please la. Jangan mainkan perasaan dia. Kau tak kan tahu sakitnya sampai kau kena sula baru kau faham.

Ada orang bercakap berdasarkan pengalaman, ada orang bercakap melalui menjadi pendengar kisah orang. ada orang bercakap berdasarkan kisah orang sekeliling.

Aku? semua.

Tolonglah bilamana kau tak ada hati dekat dia, tolong jangan rapat kawan dengan dia. Jangan layan dia macam kau tu kompem memang suka dekat dia. Kau tahu tak hati perempuan ni cepat naw perasan. Kau sedar tak hakikat tu?

Kau rasa bangga la bilamana kau dapatkan mainkan perasaan orang!

Oh tak guna!

Kenapa spesis kau wujud? atau sepatutnya spesis wanita tak payah wujud agar korang boleh memainkan perasaan antara satu sama lain. Ha ! Gay !

Kau tak suka tapi kau ambil kisah. Kau tak suka tapi suka pujuk. Kau tak suka tapi hari-hari nak masej nak call macam akan mati terkojol kalau sehari tak masej atau call. Kau tak suka tapi kau raikan semua kisah dia. Apebenda ni? Kau nak makan penampar ke nasi?

tsk. Lap air mata.

Tolong ah weh ! Tolong keyh. Kau ingat dia tak tahu rasa sakit tu macam mana walaupun kau selalu dengar dia ketawa gelak macam nothing wrong. Dasar hati dia kau faham tak gelodak jiwa yang melanda. Cewah, sastera kejap. Bangga ai.

Pergi la dari hidup dia kalau kau tak suka.

Berhenti buat semua tu.
Okay, tak berfaedah.
Sakit bukan kepalang.
Kau pernah tahu kan rasa terluka.

Tapi..

kau lupa kau tak pernah rasa terluka sebelum memiliki. Kau hanya pernah terluka dan kecewa selepas kau memiliki. Mungkin kau rasa luka kau lagi perit, tapi kau tak sedar ada lagi terseksa sebab buang masa bazir masa bertahun menanti bintang jatuh dalam dakapan. Then terpaksa pergi melangkah pergi sebelum bintang tu jatuh disisi.


Sakit weh. Allah je tahu masa tu. Dia je jadi pendengar peneman setia malam-malam hari yang terseksa dan merana itu. Orang lain mana? tak. orang lain tak tahu.

Jadi please jangan buat dia lagi. Kau tak tahu jadi jangan beri harapan palsu.

Pergi kalau itu yang terbaik. Kau tak akan pernah faham.

'insyallah kita akan ditakdirkan bersama'

Ramadhan Kareem

Bismillah..

Rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua orang yang ada dimuka bumi ini samada yang kenali diri ini ataupun tidak. Gitu..

Kita pun baru masuk ramadhan ke SEMBILAN.

ya Allah, sekejapnya.

Macam mana amalan?

Targetku tahun ni nak dapat Ramadhan yang berkualiti. Time to change myself. Dulu, ya rabbi, kemain susah nak solat terawih. Kalau buat pun, kekadang ikhlas, kekandang tak. Baca al-quran pun masa bulan ramadhan nak tak nak je. Tak ikhlas langsung!

Malunyaaa bila fikir balik. Ramadhan datang sekali. Masa tu la nak rebut. Tapi alpanya diri ini dengan nikmat dunia sampai tak nak bersujud pada yang esa. Ramadhan hanya pada kuantiti hari sahaja tapi tidak wujud kualitinya.

Jadi, tahu ni, mari sama-sama kita betulkan niat. Fikir sejenak kenapa kita didunia nie.

Aku tak baik mana, tapi bila dah dewasa sikit, boleh fikir mana yang baik. Ramdhan ni belum tentut every year kita akan dapat. silap-silap habis je Ramdhan ni, maknanya jadi 'salam terakhir'. Cewah..

1- Lepas sahur, cuba dapatkan solat sunat. Kalau tak mampu, its okay. Lepas solat subuh. Cer mengaji at least satu mukasurat. Cuba buat benda yang kita tak buat before ni walaupun setengah mukasurat.

2- Kalau bangun awal pagi tu, cer la buat solat sunah dhuha. Aku ni memang payah ler nak bangun awal pagi. susah bebenor. Itu la kelemahannya.

3- Lepas solat zohor, cuba ambil masa sekejap untuk baca al-quran dan banyakkan berdoa. Takpe, baca setengah muka pun dah okay. Asalkan ada amalam diisi. Tapi seeloknya cuba banyakkan. Tak lama pun, tapi aku pun kekadang terlajak gak. Manusia..

4- Kalau rajin lepas asar cuba la mengaji atau baca-baca hadis. Tapi kalau dah letih, tak apa. Boleh rehat. Cuba zikir-zikir ke..


5- Sebelum buka puasa. Please banyakkan berdoa. Masa tu doa mustajab sangat. Tapi, masaalah aku ni malu sangat nak doa depan mak bapak aku. Sebab nanti depa ejek aku doa nak cepat kahwin ler tu. HAHA. tahu-tahu jerk.

6- Lepas solat maghrib, duduk la kejap baca surat al-khahfi ayat 10 pertama dan 10 terakhir. Tolong amalkan hari-hari. Aku pun tengah cuba sebab takut. Aku tak nak jadi hamba yang sesat diakhir zaman-zaman. Memang kekadang malas, tapi cuba..cuba.. Jangan lupa baca juga satu mukasurat al-quran.

7- TERAWIH jangan lupa. Itu paling penting. Meskipun ianya hanya sunat tapi make sura korang sampai ke final liga ramadhan. Pleaseee.. sama-sama kita kejar 10 malam terakhir yang banyak ganjarannya. Kalau bola ada final, ramadhan pun ada final. Masa tu memang sikit orang. Jadi rebutlah jadi antara yang sikit tu.


Aku share ni bukan aku nak bajet baik. Tapi kita nak saling kongsi ilmu. Aku ni lagi banyak kena belajar. Cuba nak betulkan hati dan diri. Kotor dan hitam dah hati aku ni. Mungkin ada kesedaran sedikit. Moga istiqmah.

Doa supaya semua amalan kita dan taubat kita akan diterima. Termasuk diri aku sekali.

ceet, rasa macam ustazah pulak hari nie.

Tu jerr nak kongsi. Assalamualaikum..

'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'