Mak... [bab 1]

komen masih diperlukan untuk saya perbaiki dari masa ke samasa. Komen yang membuat saya perbaiki lagi karya saya. TOLONG komen ya

BAB 1


Mak sambut aku dengan senyuman yang cukup lebar. Aku tahu mak memang dah lama rindu aku. Begitu juga dengan aku yang terlalu rindukan mak. Aku pandang tubir mata mak yang sudah berkaca.

Sikit masa lagi, pasti empangan yang ditahan akan pecah. Bisikku.

Setapak demi setapak aku melangkah merapati mak. Dia tidak penat senyum sejak dari aku keluar dari teksi 2 minit yang lalu.  Besar sungguh kasih sayang mak. Aku tidak mengecewakan mak, lalu aku mengenyitkan 
mata agar mak bahagia dengan kenakalanku.

Aku nampak ayah dibelakang mak sedang menahan hati. Aku tahu ayah sebak melihat aku pulang setelah 4 tahun tidak pulang belajar diperantauan. Ya, 4 tahun aku berada di Melbourne tanpa pulang.

Aku bukan dari golongan orang senang. Mujur, aku ditaja belajar kalau tidak pasti mak dan ayah akan bergadai tanah demi mahu melihat impianku tercapai. Aku tidak tahu perkara itu berlaku.

Ayah. Dia sangat ego. Dia tidak akan sesekali menitiskan airmata untukku. Tambahan lagi, aku adalah anak lelaki.  Wajah ayah sarat dengan kerinduan.

Kampung, sungguh aku rindukan kampung halaman. Kampung tak jauh berubah mana walaupun hampir 4 tahun aku pergi. Apa yang aku lihat, halaman rumahku semakin banyak pokok cili padi dan serai. Pasu bunga pun makin bertambah.

Mak memang suka tanam pokok bunga. Banyak bunga kertas, bunga matahari, bunga raya dan lain-lain lagi. Mak memang sangat jaga dengan keadaan pokok bunga. Selalu dibaja dan disiram untuk tubuh subur.

Sekarang, aku berada betul-betul dihadapan tubuh mak. Aku tak tahu samada aku nak menjerit atau menangis. Apa yang aku rasa sekarang, aku sangat sebak dan teramat rindu pada mak.

“Mak…”

“Amirul, anak mak.” Mak tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Aku tahu, sikit masa lagi mak tidak akan mampu berkata-kata lalu terus memelukku. Betul tekaanku, tidak 
sampai 5 saat aku berfikir begitu, mak terus menarik tubuhku untuk didakap. Hangat terasa pelukan mak.

“Mak rindu dengan anak mak ni”. Airmata mak sudah mengalir.

“Saya pun rindu mak. Apa khabar? Mak sihat?”. Aku kekok.

Aku sangat rapat dengan mak sebelum aku melanjutkan pelajar ke luar Negara. Bila sudah bertahun tidak bertemu, hari ini kami dipertemukan semula, aku berasa agak sedikit kekok. Sebab mungkin kami boleh sekata lagi. Barangkali.

“Mak sihat, sayang. Mak sihat sangat. Anak mak sihat? Nampak berisi ye?”. Mak meraba-raba wajah dan tubuh aku.

“Sihat je mak. Makan kena banyak, kalau tak nanti mak susah hati”. Aku berseloroh.

Mak gelak. Lega hati aku.

Walaupun begitu, airmatanya masih tetap mengalir. Dia benar-benar rindukan aku. Tak dapat aku nak bayangkan kerinduan seorang ibu bagaimana banyaknya. Kalau sebuah balang yang bocor diisikan air, maka balang itu selalu akan mengalirkan air dari lubang-lubangnya. Begitulah kasih seorang ibu yang sentiasa mengalir.

“Makin kacak anak mak”.

“Sebab tu saya bangga dengan kecantikan dan kekacakan mak dan ayah. Akhirnya mewarisi pada saya”.

“Amirul ni.. pandai bergurau lagi”. Pipiku diusap lagi.

Aku melepaskan tangan mak yang sedang mengusap pipiku. Lembut. Lantas, aku melangkah kearah ayah yang sedang duduk ditangga dibelakang mak. Dari tadi, aku lihat ayah hanya memerhati sahaja.

Aku tahu, dia sabar menanti aku mara kearahnya. Ayah ego. Dia nak aku datang salam dan cium tangannya. 

Dia nak aku peluk dia, sebab aku tahu dia rindu aku. Tapi dia tetap buat muka keras hati. Ayah..ayah.. tak pernah berubah.

“Assalamualaikum, ayah. Sihat tak?”. Soalku.

Sungguh, aku boleh katakan yang suasana sekarang amat janggal. Aku terasa macam mereka orang asing. 

Oh ya, mungkin baru lagi.

“Sihat”.

Tengok, dia tak nak tanya aku balik samada aku sihat atau tidak. Ayah memang berbeza dengan mak. Kalau mak, seboleh-boleh dia nak tanya apa yang aku makan sampai aku nampak berisi.

“Makin kacak ayah”.

“Alhamdulillah. Ayah bangga kau dah tamat belajar. Lepas ni boleh tolong ayah dekat sawah”.

Sawah? Ayah mungkin bergurau.

“Insyallah, ayah. Mana boleh ditolong, saya akan tolong”.

Aku baru sampai, dan ayah sudah memberi kerja padaku. Ayah tak sensitif langsung. Tapi tak apa, aku tak kisah.

“Awak ni.. anak baru sampai, sudah disuruh kerja pula. Dia lulusan luar negara. Tak kan la dia nak kerja dengan awak!” Mak memarahi ayah.  Berkerut-kerut dahi dia.

“Hakikat, dia anak kampung juga. Tak begitu?”. Ayah mengangkat kening padaku.

Aku cuma tersenyum.

“Ish...” Mak nak sambung lagi.

“Sudah la mak. Apa yang saya boleh bantu ayah, saya akan bantu”. Aku cuba meleraikan. Aku baru sampai, jadi tidak mahu mereka berkelahi. Tapi aku tahu, mereka bergurau manja.

“Betul tu. Mari.. kita masuk rumah. Mak ada masakkan kamu ayam masak kurma. Mari masuk. Kamu mesti dah lama tak makan kan?”. Mak menarik tanganku, menggesa aku masuk kedalam rumah. Berdebar pula rasanya.

Satu.. dua.. tiga.. aku sudah berada betul-betul didalam rumah. Rasa macam hendak tumpah airmataku. 
Rasa macam tidak percaya aku sudah sampai ke tanah air dan rumahku sendiri. disebuah rumah yang dahulunya aku bemain lari-lari dengan kakakku.

Ya, aku hanya mempunyai seorang kakak. Kami hanya dua adik beradik. Mak tak boleh mengandung lagi selepas aku dilahirkan kerana rahimnya terpaksa dibuang. Kasihan mak kerana dia masih inginkan anak.

Tapi tak apa, aku bakal beri mak cucu yang ramai. Tunggu la mak. Jangan sampai tak larat nak jaga je. 
Nakal suara hatiku.

“Betul mak. Lapar sangat”.

“Lapar tapi duduk sini. Mari..mari kita terus ke dapur. Letak beg situ nanti ayah bawa kan masuk dalam bilik”. Mak kerling ayah yang sedang membontoti kami berdoa.

Aku memandang ayah yang sedang mencebik.  “Mak kau..” Tutur ayah perlahan.

Tercuit hatiku. Aku rindu suasana ini.

“Mak nak manja dengan anak kesayangan dia la, ayah”. Balasku.

“Ayah kamu cemburu la tu tak dapat nak bermanja dengan mak bila kamu dah balik”. Kata mak pula.

Memang mak dengan ayah tak pernah berubah.

“Jangan cakap lebih, tua-tua ni makin kuat merajuk.” Kata ayah.

Aku geleng kepala. Tak nak cakap apa-apa. Mak kuat merajuk. Nanti jadi hal pula. Aku terus memaut bahu mak dan menuju ke dapur. Aku mula terasa okay dari tadi. Tak rasa kekok lagi. Tak sabar nak rasa masakan mak.


Ayam masak kurma adalah kegemaran aku. Dulu, mak susah nak masak kalau aku minta. Bila dah berpisah, mesti mak menyesal selalu tak tunaikan keinginan aku kan. Aku rasa la.

Mini novel [ Jodoh pilihan mak ] #1

Bismillah, Ini mini novel yang mungkin akan muncul tidak lama lagi dalam bentuk cetak. Tak pasti keluar bulan berapa. Guys, siapa yang baca tolong komen ya. Saya nak anda komen untuk saya perbaiki lagi mutu penulisan saya.

Tolong komen pada kekurangan sebab saya cuma nak tengok kekurangan pada penulisan saya sahaja. Saya nak tahu apa kekurangannya lagi. Terima kasih.

BAB  1


Suria Priya duduk duduk bersila diatas kerusi. Hidangan sarapan pagi dipandang. Sekilas melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 11 pagi.

Ayam dah berkokok seratus lima puluh juta kali dah bak kata lagu Fynn Jamal. Suria Priya tetap dengan keenakan tidur.

“Engkau Priya, selagi matahari tak terpacak, selagi tu kau tak nak bangun. Aku kalau baling kau dengan periuk ni. Memang sia-sia je hidup kau”. Marah Puan Bitah.

“Mak ni..orang dah bangun pun kan? Tak payah la nak bising-bising”. Masam muka Suria Priya apabila ditegur begitu.

“Eh..Eh.. kau melawan pun cakap aku eh Priya. Mana aku tak bising, anak orang lain, lepas subuh tu tak tidur lagi. Engkau ni pula, nak kata duduk asrama pun tidak.

Aku tak faham apa yang kau letih kan. Nak kata kau kerja dengan Perdana Menteri, aku rasa tak pula. Kau punya penat mengalahkan mak la.

Kau tu dah besar tau Priya, dah jadi anak dara bukannya budak kecil lagi. Umur kau dah masuk 20 tahun. Esok lusa ada orang meminang kau, memang mak terima je”. Bising mulut Puan Bitah.

Sambil itu tangannya sibuk membilas periuk nasi untuk ditanak nasi bagi hidangan makan tengahari.

“Mak ni…”

“Mak ni..Mak ni.. aku cakap betul ni, kalau macam ni perangai kau , memang mak kahwin kan je kau ni. Kau dengar tak ni Priya?”. Puan Bitah menghentikan kerjanya.

Wajah Suria Priya dipandang geram.

Ish, budak ni.. kecil besar kecil besar je aku pandang. Kalau aku ni tak ada akal, memang aku gosok muka kau dekat ketiak aku ni. gumam Puan Bitah sendirian.

“Mak ni.. Priya-priya. Orang tak suka tau mak letak nama tu. Orang malu tau kawan-kawan orang panggil orang dengan nama Priya tu. Lain kali letak la nama sedap sikit.

Mak sebut orang Priya pun, orang rasa macam jadi heroin cerita mann tu pulak. Mak minat Hindustan sampai nama orang pun mak letak nama Hindustan.

Budak lelaki kat sekolah orang tu dulu suka sangat ejek nama orang Suria Priya. Kalau letak Suria Aminah ke, Suria Khadijah ke, okay la juga sebab ada nama melayunya,

Orang tak nak la kahwin la. Orang mudah lagi tau. Baru umur 20 tahun, mana boleh kahwin. Mak pun cakap dengan orang kan yang orang ni pemalas. Kalau orang kahwin, macam mana nak jadi isteri baik.

Mak ni, suka sangat nak selesaikan masaalah dengan kahwin. Dah la mak tu yang nak tentukan jodoh orang. Orang tak nak kahwin dulu. Suka hati je nak tentukan”. Rungut Priya.

Mukanya masam mencuka sama seperti jeruk mangga asam boi. Terliur sekejap. Suria Priya memasukkan seketul jemput-jemput kedalam mulutnya.

“Eh-eh kau ni, mak dah letak nama kau cukup cantik tau. Kau bayangkan kalau mak minat cerita orang putih tu, apa rupanya kalau mak letak nama kau Angelina Jolie, ataupun Janefier Lopez.

Tak ke haru jadinya nak menyebut nama kau Jolie-Jolie tu? Lagi sati, nama Janefier tu macam dah nama kucing siam Mak Cik Miah kau tu tau. Bersyukur la sikit”. Balas Puan Bitah.

“Memang la, orang tak suruh pun mak letak nama orang macam nama orang putih tu. Cuba mak tengok nama kawan orang tu, semuanya nama melayu tau.

Tu.. si Sarah, Alina, Iman, Madiha, Farah, Ekyn. Semua nama mereka tu sedap-sedap tau. Nama melayu tulen. Orang tak kira, kalau orang dapat suami nanti, orang nak nama dia betul-betul melayu”. Priya menyuapkan lagi jemput-jemput ke dalam mulutnya.

Makin sakit hati makin sedap pula jemput-jemput ni. Bisik hati Suria Priya.

“Apa nama melayu tu sangat?”.

“Orang nak cari suami nama Abdullah ke, Muhammad ke, atau paling best kan mak, orang nak nama Abdul Muqit. Ha.. nama macam tu kan nampak melayu arab-arab sikit”. Priya tersenyum.

Mencebik muka Puan Bitah.

“Perangai pemalas tahap Firaun, ada hati nak cari jodoh sendiri. Jantan malang mana la agaknya yang akan terpikat dekat dia ni”. Rungut Puan Bitah perlahan.

“Apa mak cakap?”.

“Aku cakap.. kau tu nak cari lelaki yang nama macam lelaki soleh. Lelaki baik macam tu mana nak kan isteri pemalas macam kau ni. Bangun pagi pun dah terik, kebulur la Muqit Abdullah kau tu nanti.

Ni.. kejap lagi kau bukan nak basuh pinggan ni. Kalau dah muka pemalas tu, memang pemalas la. Berangan nak nak lelaki baik konon. Meluat aku dengar.

Eh Priya, kau dengar cakap mak ni tau, jodoh kau biar mak yang tentukan. Mak nak cari la ala-ala lelaki yang sesuai dengan nama Suria Priya yang mak susah payah letak dekat kau.

Mak dah cadangkan nak cari lelaki yang namanya macam Rohit ke, Rohan ke, Rahul ke, Raj ke, Aryan ke. Ha, macam tu barulah sesuai dengan nama kau yang Priya ni.

Kau jangan mengada-ngada. Mak tak kira, kau kena juga kahwin dengan pilihan hati mak dengan ayah. Kau tu bukannya bagus sangat pun nak cari sendiri.

Muka kalau lawa macam Preity Zinta tak apa juga. Muka macam senduk nasi je. Perangai pun macam bontot kuali.”. Bebel Puan Bitah tidak puas hati.

Berdentang dentum bunyi pinggan mangkuk dihentaknya Puan Bitah. Dia bukan marah, tapi sudah sabar hati dengan perangai anak daranya itu.

“Mak ni.. sukahati je nak cari kan jodoh untuk orang. Orang tak nak la. Orang dah ada sendiri tau”. Berkerut dahi Priya.

Suria Priya sendiri geram dengan kata-kata maknya. Ish, macam la kita ni teruk sangat sampai tak laku. Menyakitkan hati betul.

Kalau tadi, Puan Bitah memandang anaknya kecil-besar-kecil besar sahaja. Kini, Suria Priya memandang maknya gemok pendek-gemok pendek je.

Suria Priya melepaskan rengusan. Bergerak-gerak bibirnya kerana menahan amarah dihati. Hendak dilawan melampau, tak cium bau syurga nanti.

“Amboi ! dah ada pilihan sendiri konon. Loya tekak mak dengar Priya oi! Muka pemalas macam kau ni dah berangan ada pilihan sendiri. Ish ! mimpi ngeri la mana lelaki jatuh hati dekat kau tu”. Sedikit tinggi suara Puan Bitah.

“Ala.. biasala tu”.

“Apa yang biasanya? Tak ada yang biasanya la. Kau tengok cerita Hindustan tu, semua jodoh mak bapak yang tentukan. Kau pun kena ikut telunjuk mak dengan ayah kau ni.

Tu la, dulu aku hantar sekolah kau malas. Kau asyik nak memain je kan. Kau bercinta sana sini. Sekarang, kau duduk je la rumah ni elok-elok. Jodoh kau biarkan mak yang cari.

Menggatal dah ada sendiri. Ei , kau biarkan.. mak bagitahu dengan ayah baru kau tahu. Taik mata pun ada lagi, berangan nak bercinta bagai. Ei, meluat aku dengar la kau ni”.

Terus Priya diam apabila Puan Bitah bersuara begitu. Dia tahu maknya pasti tidak suka dia mempunyai pilihan sendiri. Sebenarnya ,Suria Priya belum ada pilihan pun. Saja nak mengusik Puan Bitah.

Tapi apa salahnya jika dia mempunyai pilihan hati sendiri? mak tu terlalu memandang rendah terhadap dirinya.

Kadang-kadang Suria Priya merasakan terlalu tidak yakin dengan diri sendiri hanya kerana sikap maknya yang suka mengutuk dirinya.


Tapi apa boleh buat, mak kan? Redha je la.

Review Dendam Orang Mati


Tajuk : Dendam Orang Mati
Pelakon : Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana
Keluaran : KRU studius
Tarikh : 23 Oct

Semalam dok godek instagram ternampak Lisa Surihani post pasal cerita nie. Terus teringin nak tengok. Walaupun cerita ni agak tergempar sebab si Miera Liyana berseksi dalam ni, tapi itu bukan tujuan asal aku tengok. Sebab dan sampai dekat wayang baru aku perasan si Miera Liyana berlakon and baru aku sedar cerita ni la yang dok gempar si Miera Liyana ni seksi.

Okay,

Cerita ni mengisahkan Lena (Lisa Surihani) yang baru tersedar dari koma. Macam-macam kejadian menimpa diri dia. Dia sering diganggu di flat rumahnya yang bertingkat 4 tetapi telah ditukar menjadi 3A sebab bagi kepercayaan orang cina, 4 membawa kepada kematian.

Shahrul ( Fizz Fairuz) ni pula berkahwin dua dengan Min ( Miera Liyana) . Memang berjaya gila bawa watak perampas ah. Memang aku sakit hati gila dalam wayang ni.

Lena ni sering dihantui dengan bayangan anak dia Afiq dan sering berlaku macam-macam dekat rumah dia. Paling sakit hati, laki dia dah tahu dia tu macam tension, tapi laki dia sibuk nak luangkan masa dengan bini kedua. Biasalaaa.. menghasutkan..

Lena ni pula kahwin tak dapat restu bapak dia. Selama ni Lena ingat suami dia yang bagi dia makan yang kononnya ubat penenang rupanya racun. Suami dia tinggal dengan bini kedua dekat rumah peninggalan bapak si Lena ni tanpa pengetahuan Lena. Kiranya laki dia ni nak rebut harta si Lena ni la.

Kisah ni macam banyak kisah psiko. Triller pun boleh tahan. Memang kerja aku dok menjerit je dalam tu sampai terhantuk-hantuk kepala. Bagi aku memang seram dan sangat mendebarkan ditambah pula sound bagai nak pecah gegendang telinga.

Seriously, memang best ah citer dia. Cite ni pula mengelirukan kita semua. Sebenarnya siapa yang jahat dan siapa pula yang baik? Siapa yang bersalah dan siapa dipihak benar?

Kisah ni sebenarnya berkenaan dengan diri kita sendiri. Keyakinan dan keberanian dalam bermain dengan emosi. Kisah ni nak suruh penonton sendiri yang bagi anggapan siapa jahat dan siapa baik. Jawapan pada tangan masing-masing.

Aku boleh bagi 4.5 bintang ah cerita nie. Superb terbaikkkk

Jum tengok !

Order Novel karya Alia Ali Ahmad


Nama Penuh
Nombor telefon
Alamat penuh
Tajuk Novel Bukan Sementara (RM21+ RM6 postage)
Kekasih kembali pulang
Kalau dah jodoh
Bilangan novel
Email Address:








This HTML form was created by Freedback.

my first novel. guys, please get one ya

Alhamdulillah,

Novel pertama #bukansementara dah selamat diterbitkan. Syukur sangat ke hadrat Ilahi atas rezeki ini. Novel aku ni tak pernah sekali pun aku harap dan berangan ianya meletup macam novel lain. Tapi cukup la orang yang mendapatkan novel ni berpuas hati dan boleh terima.

I also a reader.

Aku faham kadang-kadang kita boleh terima novel tu, kekadang kita tak boleh terima and sometime kita macam 'not bad' la novel ni. Cerita yang sama tapi masih boleh dibaca dan boleh dihadapan malah boleh diterima oleh segala lapisan masyarakat.

Aku cuma harap orang boleh senyum dan merasai kesedihan walaupun mereka tidak menangis atau ketawa terbahak-bahak. Bagi aku cukup mereka kata, 'oh, cerita ni okay la', dari aku dengar 'tak best langsung'. Aku pernah macam tu juga and i was think 'ergh, why publisher boleh terima cerita dia ni? bosan gila'.

But now, when i become a real writer, aku tak harapkan orang berkata begitu pada naskah yang aku buat sampai jam 5 pagi tak tidur. Sekarang baru aku menyesal kutuk novel orang. not easy la nak buat semua ni. Aku takut gak orang kutuk novel aku .. haha.. jangan dibalas ya sikap buruk aku dulu.

Actually, sekarang pun ada sikit-sikit, but i try to throw them out. haha.

One good news that my second novel will release soon.. maybe 2.. 3..4..5.. bulan lagi.. But, i think paling cepat pun bulan 12 nie, doa-doakan la ye.

Guys, please siapa yang baca post ni, tolong la dapatkan novel #bukansementara ya. Itu karya pertama saya. Jadi korang kena la support saya ye. Bagi saya tunjuk pada semua orang, yang aku juga boleh jadi hebat atas bakat aku sendiri.

on my foot.

er, akhir kata, aku cuba maju selangkah. maju dalam apa? erm, cooming soon la kan. tunggu dah settle semua hal, insyallah aku akan umumkan. Ada impian kecil di usia muda. Moga dimudahkan.. Target hmm.. everything settle dalam 2 bulan paling lama.

pray for me guys.

passt... kalau broken english tu sorry la.. actually, aku ni tengah nak improve english aku...nak yakin menulis dan bercakap dalam english... haha...


make sure, ada satu naskah dalam rumah korang ya. Boleh dapatkan di www.october.my dengan harga diskaun iaitu RM21 free postage. Kalau boleh jangan la pinjam or jangan bagi pinjam ke orang lain. Thanks guys. Kalau sudi please share ya. Blurb or sinopsis ada di fb Alia Ali Ahmad ( gambar novel ni)

teaser #7 Bukan Sementara


‪#‎BUKAN‬SEMENTARA
Order sudah dibuka. Beli dengan saya harga RM19.00 by hand only. Beli diwww.october.my RM21.00 (free postage). Beli di kedai buku RM23. Siapa nak beli dengan saya, boleh pm atau wasap 0178860277. Terima kasih.


Sedikit teaser.
     “Aku rasa kau sendiri faham apa aku cuba
sampaikan. Bukan senang seorang perempuan nak
meluahkan rasa yang hadir. Tapi aku tak nak kehilangan
kau. Mulai detik ini, kau harus tahu setiap saat aku akan
mengejar kau.“ Farisa memeluk tubuh suaminya dari
belakang.
     Kemudian tapak tangan Farisa menyentuh dada
suaminya. Dia mengusap lembut dan kepalanya
disandarkan ke belakang tubuh Afiq. Dup... dap... dup... dap.
Afiq bagai terpana. Dia seakan-akan terlena dengan
sentuhan isterinya.
     Afiq menutup mata menikmati sentuhan isterinya.
Hati Farisa terasa aman dan damai. Teringin sekali dia
memeluk seerat-eratnya namun akalnya meminta dia untuk
menunggu.
     Perlahan-lahan Farisa melepaskan pelukannya.
Afiq bagaikan baru tersedar. Dia membuka mata. Afiq
mengetap bibir, malu. Namun dia cuba mengawal riak
wajahnya.
     “Hati yang marah bila berada di samping kau,
terasa sangat tenang. Assalamualaikum suamiku.“
     Perlahan Farisa mengucup belakang tangan Afiq
dan melangkah keluar dari bilik. Hari ini dia akan pulang
ke kampung maknya.
     Setiap kali hatiku jadi gundah, kau hadir
melenyapkan rasa itu. Setiap kali aku berdebar, kau hadir
melegakan degupan itu. Setiap kali aku marah, tindakanmu
pasti membuatkan aku diam terkaku.
     Jodoh itu mudah. Saat kau lihat wajahnya, hati
jadi tenang dan damai. Maka dia la yang telah Allah
tentukan untukmu. Cinta dan lindungilah dia