Trip to Singapore [3]

Part 1
Part 2
Part 4
Part 5

1- Madarasah Al Junied
2-Pasar Bugis
3-Sentosa Island (Station Imbiah)
4-Luge and Skyride (station Imbiah)

Alhamdulillah,

After we get a breakfast ( Mee goreng) . Hana picked up us to to Sentosa Island.

So kitorang amik monorel berhenti ke Imbiah Station. Hari kedua ni kitorang nak pergi ke Skyride and Luge je sebenarnya tapi tak tahu macam mana boleh tersesat naik banyak benda.

So here we go..

First place tu kitorang pergi sekolah Hana dulu. Dia ada benda nak pas dekat x schoolmate dia. Nama sekolah dia Madrasah Al-Junied. Kira sekolah antara the best student ah. Budak dalam ni bukan biasa-biasa. Kau jangan nak mencoba cakap bahasa arab dengan dorang pasti kau akan terdiam kelu tak mampu nak balas balik. Haks.


Okay lepas tu tak sah kalau gi Singapore tak turun ke Bugis. Bugis ni lebih kurang macam masjid india la. Barang kat sini sangat murah and senang kalau nak beli ole-ole untuk sedara mare.

t-shirt kat sini ada yang harga 3 :10 Dolar ada jugak yang 4 :10 Dolar. Ada yang 3 : 20 Dolar. Tengok jenis kain ahh korang beli.

Ada beg kat sini yang harga 4 : 10 dolar. Kalau nak beli untuk sedara mare okay la. Aku beli 8 beg. Lepas tu Keychain, 24 buah 10 dolar. Murah kan? Beli banyak boleh bagi ole-oleh.Gambar tak sempat nak amik gambaran Bugis. Tapi sempat amik satu je.

Okay ni masa baru gila sampai dekat Sentosa Island. Baru nak tercari-cari baru nak tertengok-tengok mana destinasi kitorang.

Next.. masa nak mencari ternampak kedai eskrim. eskrim dia lebih kurang macam magnum design sendiri la. Harga dia 4.30 dolar kot. Lebih kurang macam tu la. depend on your design.



Then, pergi la yang tempat ni. Kitorang main Skyride and Luge. Luge ni kira macam go-kart la lebih kurang tapi permainan ni lagi fun taw. Sebabnya dia macam alaaa turun bukit and memang best ah.






Okay, nak main Luge ni kena pakai topi dulu. Harga dia tak silap aku pakej Luge dan Skyride ada dalam 15 Dolar lah macam tu for 1 round je. Nak merasa je okay ler tu. Korang jangan la amik 3 round sebab mesti lagi mahal. datang ke negara yang currencynya tinggi kena buat sehabis jimat. Cukup merasa ok.

Lepas tu kita naik skyride yang lebih kurang macam cable car tadi dia terbuka. So tak tertutup sangat. keganasan sikit.



So macam ni la korang boleh tengok permandangan yang luas. Kejang juga la kaki walaupun tak tinggi kat Langkawi tu. Sebab dia open kan? Kawan aku yang hujung tu memang tak buka mata habis. ahha. ala mucuk-mucuk.

Ada lagi tempat yang kitorang pergi. Banyak sangat sebab tu pelik orang kata nak gi Singapore sehari pun cukup. No ! For me never enough! haha.  aku duk 4 hari pun banyak tempat kena skip. Sedihh aww.

K guys, Next post ada cerita lagi kat mana kitorang jalan lagi. Ini baru 40% punya aktiviti untuk hari kedua. Lagi 60%? Stay tuned...

Trip to Singapore [2]

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5

First day selepas sampai

Okay, Masa kitorang sampai je dekat airport Changi, terus bergambar kejap dekat tempat yang banyak bunga-bunga tu.


Lepas tu masa nak lepas imegresen tu kitorang ada masaalah sikit. Naib baik ada pak cik tu tolongkan. Kalau tak memang berejam la duk kat situ.

Lepas tu kitorang keluar duk tunggu Hana kawan kitorang yang akan amik jam 3 petang. Padahal masa tu baru pukul 1.30 camgitu la.

So, kitorang gi tanda and beli makan dengan burger king. Well, very cheaper.

1 botol float around Dolar 0.96 kalau convert kepada RM dalam 2++. Sedangkan kalau kat Malaysia harga float je hampir RM5. So memang betul la kata orang makanan dekat singapore sangat la murah. Tinggallah di singapore. Hew.


Changi airport ni memang bersih dan agak menakutkan sikit sebab banyak pula akar bergelimpangan. Seram aku kalau tetiba dia tembak aku. Hiks.


So yang tudung hitam tu la coursemate aku namanya Hana. Dia singaporean. Masa ni kitorang dalam bas nak menuju ke TM ( Tampines Mall ) 

Hari pertama memandangkan memasing penat so kitorang hanya cuci mata dekat Mall tu je. So masa kat sana aku sempatlah rembat spek dalam harga 10 dolar. Hana pun sama ambil satu.


Okay lepas tu dalam jam 8 malam kitorang gi foodcourt dekat rumah flat tu. Penginapan kitorang dekat rumah makcik kawan aku tu. Alhamdulillah, dah jimat sedikit duit.


Kitorang makan ni sedap sangat. Korang boleh la order mee goreng mamak dia. Lain sangat dari Malaysia sebab kalau kat sini mee goreng dia kaler merah pekat tu. Merah dia bukan pedas tapi korang boleh request la kalau nak pedas.

Lepas makan kitorang terus naik tidur. Masa balik kitorang guna taxi. Kalau dekat singapore, taxi yang berwarna hijau maksudnya tak ada penumpang. Tapi kalau kaler merah maksudnya ada penumpang.

So nasihat aku kalau uollss nak datang Singapore dan tak ada kenalan dekat sini, mungkin RM1000 pun belum tentu cukup melainkan korang nak pergi sehari atau makan dan tinggal dekat area johor. Macam kitorang 100% singapore . Mujur tempat tinggal dan makan pagi orang sediakan. Kitorang hanya gunakan untuk makan tengahari dan malam sahaja.

So, the end of first day. We alls tidur lepas tu.

Trip and Tips to Singapore [1]

First of all, aku tahu memang major manusia dalam ni dah pernah terbang ke Singapore. Aku mungkin yang terlambat but Iam still not the last person, right? Mesti ada lagi yang tak pernah pergi and going to be.

Tipsnya mudah bangat, kalau aku tak bagi pun korang dah tahu tapi saje nak share.

1- Passport
The most important thing yang kita perlu ada before nak ke luar negara. Make sure check korang punya expired day passport tu. Ada kes kenalan aku, dia dah bayar segala bagai. Hari nak berlepas baru perasan lagi seminggu expired pasport dia. So, make sure  atleast 2 month before ya.

2- Booking ticket
There are many ways to go there. Guna aeroplane or car. But Iam not sure samada boleh guna laluan air ataupun tak. So kitorang guna plane la. Masa aku pergi tu harga pergi balik around RM150.

Pergi guna AirAsia : RM50
Balik guna FireFlyz: RM100

Kitorang check dekat http://www.skyscanner.com.my/ ni. Kat sini paling mudah dan senang. Korang boleh cek harga paling murah dalam semua syarikat penerbangan. So korang boleh cari tiket flight paling murah kalau guna bendani.

3- Tukar duit
Serius ni, memang duit ringgit malaysia jatuh gila. Masa kitorang tukar, memang dua kali ganda bukan sikit-sikit taw. Member aku tukar RM1100 convert ke Dolar Singapore dapat around 400 je. Gila ketapang ah. Nak shooping apa weh? ahaha.

4- Barang secukupnya. Kitorang gi dalam 4 hari baju pun 4 helai je. Satu hari sehelai je. Malas nak tukar lagipun memang seharian keluar tak balik-balik.

5- Set alarm tarik dan masa. Jangan terlajak tarikh nanti merana.

So, tepat 22 January selepas kitorang menunggu dengan seksa habis paper exam lagi. Kitorang bertiga je pergi berkumpul dekat KLIA2. Masa tu aku dengan Husna dah sampai dulu sebab kitorang dari Melaka, While Nisa ada kat N9 so dia datang lambat sikit.

Masa tunggu nak pukul 12 aku dengan husna lepak ah dekat KFC.

Flight kitorang dalam jam 12.45 tghari macam tu. K.

So lepas nisa sampai weolls terus masuk ke dalam.


Okay, ni passport kami bertiga. Oh ya, sekarang dah tak ada pasport untuk 2 tahun RM100. Sekarang passport RM200 for 5  tahun. Untung bagi yang memang kaki travel every year. Tapi amat rugi yang travel sekadar mampu je. Mahal kot/

 Okay masa ni dekat Balai Perlepasan dah nak masuk.  Aku dengan Husna dan Nisa.


Over terlebih eksited macam ni la jadinya. Kitorang memang macam rusa masuk kandang sikit.  sepanjang berjalan ke bilik tu asik duk selfie jerk.

So, next story for next post ya. Tq

Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

Contest menang hadiah lumayan giler !

Assalamualaikum.

Bismillah, hari ni nak share pasal satu contest anjuran satu publisher dekat Malaysia ni. Kalau korang pernah dengar publisher "October". So korang wajib join contest yang hadiah dia super duper terbaik ah.

K,

Before tu aku nak kena bagi senarai nama novel yang telah dikeluarkan oleh October.



  1. Dilarang masuk ke dalam hatiku - Mia Kiff
  2. Himpunan puisi palit merah jambu - Aima Chan
  3. Nikahi aku kerana dia - Teja Elliza
  4. Dia aku punya - Izma Qahira
  5. Sepet Jodohku - Ery Aieril
  6. Melbourne, Aku ingin pulang - Dalila Sofea
  7. Cinta depan mata - Kathy Tuah
  8. Rindu bukan milik kita - Norhasnida Karia
  9. Ajarkan aku subjek cinta - Wazrul Shah
  10. Pencuri hati vs penembak cinta -Aila Diela
  11. Biasan cinta semalam - Uji Rizqi
  12. Rindu bertaut kasih - Azieana
  13. Dia isteri aku rupanya - Hash Aulia
  14. BUKAN SEMENTARA - Alia Ali Ahmad ( Wajib beli aku punya taw)
  15. Zikir cinta - NurAqilah Shuhaida
  16. Awak sangat nakal ! - Syamnuriezmil
  17. Suami tanpa cinta - Syamnuriezmil
  18. 30 hari sahaja ! - Syamnuriezmil
  19. Mamat senyum senget - Syamnuriezmil
  20. Bukan Milikku jadi milikku -Arsha
  21. Kerana engkau nyawaku - Fathi Fatim
  22. Bila hati berahsia - Norra Hassan
  23. Resepi cinta - (Gabungan 10 penulis )


K, ini ada 23 tajuk novel. Please nanti pergi kedai buku cari tajuk yang aku bold  kan dan aku tunjk gambar tuh. beli taw. (haha) Penat aku tulis. Support la sikit. K, ni nak bagi syarat nak masuk contest pula.

Syarat : 

1- Follow twitter https://twitter.com/October_Lurve ( boleh tahu update terkini )
2- Beli novel diantara 23 gambar diatas, pastikan RM50 keatas ya. Lets check it out www.october.my for order. Dapat diskaun dan penghantaran percuma lagi tu.
3- Lepas tu korang twitpic resit dan gambar korang berselfie bersama dengan buku yang korang beli. Korang boleh selfie banyak pun jangan sampai skrin pecah sebab tak tahan tanggung muka korang dah ler. Jangan lupa buh hastag  #Octobook . kalau tak buh, Guane nak check nanti.
4- Last, jawab soalan mudah yang akan dikeluarkan di acc twitter tadi. Soalan senang dan jawapan dah disediakan pada tweet yang lalu. So, korang leh check tweet lama untuk skodeng jawapan.

Mudah kan ?

Kenapa perlu beli buku sampai RM50 ?

Sebab hadiah dia pun lumayan okanggg...

Hadiah :

Tempat ketiga
Handbag jenama Charles and keith

Tempat kedua

Jam tangan jenama TISSOT

Tempat pertama



DUA TIKET KONSERT ONE DIRECTION DI SINGAPORE!!

Lumayan tak ? Kenapa tak percaya ? Contest ni juga hasil kerjasama twiitfamous. Cer korang search hasteg #Octobook. Comfirm korang akan percaya,

Lagipun ni anjuran syarikat berdaftar. Tak kan depa nak aniaya korang nak tipu bagai. Silaa la cari novel diatas dan join. Alahai korangkan rajin berselfie,

#News, Korang yang baca tak tweet seramshit? SeramShit akan diadaptasi ke naskah. Jumm dapatkan taw nanti korang !!

Jangan lupa join contest ni.

Novel Kekasih Kembali Pulang


Beria aku edit. Entah apa-apa ler. Asalkan ade ler dia punya gambar and tajuk.

K. Guys, ini adalah bakal novel kedua dibawah penerbitan Kak Fauziah Ashaari. Alhamdulillah ianya dah diterima tahun lepas lagi bulan 4 tapi memula khabar-khabar terbit pulan 12 haritu. Tetapi disebabkan novel pertama aku baru keluar dan ada masaalah sikit perlu edit tambah beberapa bab. Jadi alkisahnya, ditunda lagi.

Its okay sebab mini novel aku pun dah nak keluar tak lama lagi.

K. Baca sikit teaser la.

Btw,

Hero dia aku pilih Rambir Kapoor sebab aku minat kot kecomelan dan ketenangan wajah dia.
Katrina Kaif sebab muka dia nampak garang sikit. sesuai dengan Heroin.
Then, girl pakai tudung tu aku tak kenai. Aku just google 'Hijabista'.

Amar
Sofi
Asma
Asyraf
Mek Na
Aisyah Sofea dan ramai lagi *macam promote filem la pula.

"Walau takdir tak pasti, kau selalu dihati"- Amar

"Telah ku buang lama bibit rasa cinta"- Sofi
_______________________________
"Kerana aku yakin kita akan bertemu satu hari nanti"-Amar "Meskipun, bukan atas dasar cinta"-Sofi
________________________________
"Maaf, cintaku hanya satu"- Amar

"Lalu, hadiahkanlah kepadaku"- Asma
________________________________
"Saya cuma minta peluang sekali untuk berada dihati awak"- Asma

"Peluang tu telah saya berikan pada orang lain"- Amar
________________________________
"Selagi aku ada hayat, kita bakal bertemu"-Amar "Lantas, aku berdoa supaya matikan hatiku"-Sofi
________________________________
"Rasa tu tak pernah pulih"-Amar "Masa dan keadaan akan memulihkan segalanya"-Sofi
_________________________________
"Kita mula balik"-Amar "Tidak pernah wujud permulaan antara kita"-Sofi
_________________________________
"Susahkah untuk awak faham getir perasaan saya?"-Asma

"Sebab saya telah memilih butakan hati"- Amar

So, nanti dapatkan ya. Tunggu kemunculannyaaa tak lama lagi.