Tenggelamnya Kapal Van Der Wijack


Kalau tengok tajuk banyak orang telah samakan filem ni dengan cerita Titanic. Tapi kalau dah tengok memang tak ada sama langsung. Kalau ada pun mungkin dalam 10% sahaja.

Tenggelamnya membawa maksud tenggelemnya kisah cinta antara Hayati dan Zainuddin
Kapal merujuk kepada kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang kesudahannya nasib tak menyelebelahi mereka berdua
Wan Der Jick adalah merujuk kepada adat budaya dan keturunan yang diagungkan.

*Pendapat aku la. Ngeh ngeh

Kisah ini mengisahkan Zainuddin yang datang ke tempat yang kuat adat resamnya. Ke Padang (tak silap) Disitu Zainuddin sering dipulaukan sebab mereka tidak sama keturunan. Minangkabau tak silap. Mereka kan utamakan adat dan keturunan yang baik-baik sedangkan asal usul Zainuddin pun malap.

Zainuddin terpukau dengan kacantikan Hayati, iaitu anak saudara tok siak dekat kampung tu. Tujuan Zainuddin datang kampung tu adalah sebab dia nak belajar agama selepas kematian mak ayah dia. Lepas dah duduk situ, lama kelamaan dia berkenan dengan Hayati.

Hayati juga merupakan kebanggan keluarga mereka.

Lantas, Zainuddin telas utuskan surat kepada Hayati. Ayat dia memang sangat puitis dan berbunga. Satu surat pun Hayati tak balas walaupun Hayati juga sukakan Zainuddin. Sampai 4 hari kemudian, Hayati terserempak dengan Zainuddin. Hayati rupanya bukan tak nak balas, tapi dia tak reti nak buat ayat puitis.Hayatilah satu-satunya manusia yang sudi berkawan dengan dia dekat kampung tu.

Bermula saat itu, adalah saat manis dan indah buat Hayati dan Zainuddin. Sampailah pak cik dia dapat tahu jadi dia halau Zainuddin keluar dari kampung tu. Hayati meratapi tapi pak cik dia tetap berkeras.

Senja sebelum Zainuddin meninggalkan kampung, Hayati jumpa Zainuddin.

Antara dialognya

"Aku akan tunggu kamu walaupun setahun, dua tahu , sepuluh tahun atau sehingga kampung ini tak ada aku tetap akan tunggu kamu" - Hayati

"Aku bersumpah bahawa aku hanya akan menjadi isteri kamu sahaja. Aku tak akan berbohong didepan tuhan dan nenek moyangku akan menjadi saksi"- Hayati

"Berat sungguh sumpahmu, Hayati". - Zainuddin

"Biarkan kerana itu adalah yang aku rasa" - Hayati

"Aku akan pastikan diriku suci sewaktu kita bertemu semula" - Hayati

Banyak lagi la sumpah dan janji yang telah Hayati taburkan untuk Zainuddin.

"Cinta itu adalah semangat, cinta itu adalah kekuatan. Justeru, kamu harus kuat dan semangat untuk membina dan mencapai cinta kita".- Hayati

"Kalau tadi aku lemah dan tidak bersemangat. Tapi sekarang semangatku sudah datang semula. Aku berjanji akan membina cinta kita" - Zainuddin

Maka mereka pun berpisah.

Masa berlalu,

Hayati datang ke kampung yang didiami oleh Zainuddin untuk melihat pertandingan kuda. Masa tu Hayati tinggal rumah kawan dia, Khadijah. Masa tu juga abang Khadijah iaitu Aziz berkenan dengan dan terpesona dengan kecantikan Hayati walaupun dia tahu Hayati dan ada kekasih.

Tambah pula mak Aziz berkenan. Maka Hayati telah dipinang.

Akhirnya dengan berat hati Hayati telah terima lamaran Aziz. Zainuddin kecewa dan dia utuskan surat buat Hayati. Dia cakaplah yang Aziz tu bukan orang baik.

Balasan Hayati amat memeranjatkan. Dia suruh Zainuddin lupakan semua janji dan apa yang pernah berlaku antara mereka. Dia kata dia terima Aziz tanpa paksaan. Dia cakap, dia dan Zainuddin sama-sama orang susah. Macam mana nak bina rumah tangga?

Selepas tu Zainuddin merana. Dia sakit terlantar 2 bulan. Dia meracau rindukan Hayati. Dia lemah dan asyik nampak semua orang adalah Hayati. Dia terlalu rindu dan merana. Part ni memang kena sediakan tisu banyak-banyak. Sedih mak oi.

Jadi doktor minta Hayati datang walaupun cuma sekali untuk bantu Zainuddin. Masa tu hancur hati Zainuddin bila tengok Hayati dan berinai dan jadi milik orang lain. Hayati masih cintakan Zainuddin tapi dia relakan je hati dia merana dia berjuarai airmata dia tengok seksanya Zainuddin rindukan dia.

Selepas tu, Abang Muluk beri nasihat pada Zainuddin. Dia suruh Zainuddin bangkit dari kekecewaan. Jangan jadi lemah kerana wanita. Ramai orang pandai jatuh kerana cinta. Dia suruh Zainuddin berjaya sehingga dipuncak nanti perempua tu sendiri akan mendongak memandang Zainuddin.

"Bangkit dari kecewa. Jangan biarkan dia lihat kamu lemah kerana dia. Cinta itu semangat. Kamu harus semangat"- Abang Muluk

Masa tu Zainuddin bangkit. Dia berpindah ke Surabaya. Dia ni pula ada kelebihan menulis ayat sastera. Jadi dia telah terbitkan sebuah buku kisah benar yang bertajuk "TERUSIR". Buku ni dapat sambutan hangat sebab pembaca menjiwai dan sampai ke hati.

Akhirnya, Zainuddin diberi kepercayaan jadi bos sebuah syarikat penerbitan. Dia terbitkan banyak buku sampailah dia dah kacak dan berjaya. Masa tu Hayati terkejut bila dapat tahu penulis buku sebenar adalah Zainuddin.

Karma itu ada sesuai dengan ost (KARMA-Nidji)

Hayati dan suami jatuh susah. Ceti ramai cari dan akhirnya mereka tinggal dirumah Zainuddin. Dia masih sudi bantu walaupun hati dia hancur tapi hati dia sangat keras untuk Hayati. Dia bantu atas dasar sahabat. Sampai Aziz dan malu dan dia minta diri untuk cari kerja tapi minta Hayati tinggal sementara dengan Zainuddin.

Sampai surat, Aziz telah ceraikan Hayati dengan kata-kata dia kembalikan Hayati semula kepada Zainuddin. Dia minta maaf sebab rampas Hayati dulu dari Zainuddin. Rupanya lepas tu Aziz bunuh diri sebab malu.

Maka lepas tu Hayati minta maaf dan nak hidup dengan Zainuddin. Tapi hati Zainuddin penuh dengan dendam. Bila Hayati kata Zainuddin kejam sebab masih tak maafkan dia atas silap lama. Lantas, Zainuddin ungkit satu persatu kisah lalu. Dia ungkit setiap perbuatan Hayati dan persoalkan siapa lebih kejam.

Hayati menangis dan minta ampun. Hatinya masih cintakan Zainuddin. Tapi kerana dendam Zainuddin hendak hantar Hayati pulang ke kampungnya menggunakan Kapal Van der Wijack. Masa tu la kapal tu tenggelem semasa Zainuddin baca surat Hayati. Lepas baca dia baru tersedar yang dia masih cintakan Hayati. Dia menyesal tapi terlambat sebab Hayati ditimpa malang.

Antara isi surat:

"Apabila aku tiada disisi kamu, maka kamu akan kehilangan satu kekayaan. Kerana pada jiwa aku terletak satu kekayaan kau. Kekayaan itu adalah kekayaan cinta. Aku tak pernah memberi hak ini kepada sesiapa walaupun suamiku Aziz, iaitu hak cinta. Aku tak pernah mecintai suamiku seperti aku mencintaimu. Kalau kamu tak mencintaiku lagi, kenapa ada gambarku dikamar kerjamu? Kamu akan menemukan gadis yang lebih suci dan cantik serta kaya dariku. Kamu akan bertemu semula dengan PERMATAMU YANG HILANG. Apabila aku tiba dikampung, hanya dua benda yang aku tunggu. Pertama, aku tunggu kau datang kepadaku dan membawa aku pulang untuk jadi isterimu, Kedua aku menunggu mati apabila kamu tak menjemputku. Aku tahu Zainuddin, dalam hatimu, kau masih mencintaiku tetap kerana dendam kau menutupi perasaan itu"

Lebih kurang ya semua dialog yang aku letak. Nak kasi feel sikit.

Akhirnya, Hayati mati walaupun Zainuddin sempat jumpa dia dekat hospital dan mengatakan dia masih cintakan Hayati. Hayati mati sebab paru-paru dan penuh dengan air, kurang darah serta banyak tulang patah. Selepas ucap dua kalimah, Hayati mati dalam pelukan Zainuddin.

"Dua kali aku jatuh dan dua kali aku bangkit. Aku bangga meskipun aku diuji tapi aku tetap kuat dan teguh berdiri" - Zainuddin.

Akhirnya, Zainuddin makin berjaya. Rumah besarnya telah dijadikan rumah anak yatim.

Kisah ini memang kisah cinta tapi banyak ketengahkan KARMA, ADAT, KETURUNAN, DENDAM, CURANG, SETIAKAWAN dan banyak lagi pengajaran dalam kisah ni selain cinta.

Tak rugi pun tengok.

Aku baru je tengok. Siapa yang dah tengok, kita geng. Siapa yang belum silalah tengok disini..

https://www.youtube.com/watch?v=vN9XpA3qtK0&feature=youtu.be

Perjalanan tanpa henti


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


"Masa bergerak dan berlalu. Kalau hati sakit, yakin dan pasti kelukaan itu akan bergerak dan berlalu meninggalkan kita.  Sakit itu tak kan berhenti."

"Aku tak pernah menyesal dengan semua yang aku buat, tapi aku akan menyesal kalau aku tak lakukan benda tu"

"Aku tak akan pernah mengalah. Aku akan usaha walaupun cuma tinggal 2 bulan. Doa senjata orang islam. harapan sangat tipis tapi kalau yakin dengan ketentuan Allah, aku pasti akan perolehi"

Moga Allah perkenana dan permudahkan.

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Lets join the contest from LAZADA. Mana tahu leh dapat barang free macam ZALORA bagi dekat costumer ke.

Lets click the banner


Kalau aku la dapat duit bernilai RM1212, apa yang aku nak buat adalah beli barang-barang dibawah nie. Sebab benda ni dah lama mengidam cuma tak dapat beli sebab kekangan wang. Stroller baby tu adalah yang utama sebab kawan aku yang kahwin muda umur 19 tu nak dapat baby dah. Kahwin masa belajar. Best




1- Sebab aku nak hadiahkan dekat member aku yang kahwin muda masih belajar. Dia dah tunggu hari je nak bersalin. Dia selalu sebut-sebut pasal stroller baby sebab  dia teringin tapi dia kahwin masa belajar jadi agak payah. Aku harap boleh hadiahkan dia nanti. Tapi alang-alang ada contest ni, Kalau dapat bagi dia melalui macam ni okay gak. Tapi kalau tak menang, aku tetap akan belikan hadiah ni untuk dia. Cuma bentuk lain la murah sikit sebab aku tak mampu nak beli mahal. HAHA.



2- Sebab aku nak luggage ni aku memang dari dulu teringin nak bentuk yang plastik ni. Aku suka sebab dia ringan dan senang aku nak tarik. Nak beli, mahal naw maklumlah student lagi.  Warna dia comel.



3- Aku ni gemok jadi nak cari baju cantik-cantik dress lawa-lawa memang la susah nak jumpa. Jadi kalau aku dapat duit tu, ini juga antara barang yang aku nak grab. Bajunya cantik dan ada size untuk aku. Yehaa. I like. Yuhuu.. Lagipun aku jarang ada baju cantik-cantik ni sebab susah nak cari.

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


Jum join guys.

Keputusan UM8

Selepas 12 jam melalui proses prosiding makhamah universiti, tadi dah keluar keputusan.

Aku punya over berdebar tangan kaki selaga bagai sejuk tahap meninggal.

Berikut adalah keputusannya :


Keputusan Penuh Perbicaraan AUKU UM8


1) Syamimi Munira : Amaran dan Didenda RM150
2) Abraham : Digugurkan pertuduhan
3) Khairul Anwar : Amaran dan Didenda RM150
4) Haw Yu Hong : Amaran dan Didenda RM150
5) Adam Festival : Amaran dan Didenda RM150
6) Khairol Najib : Amaran Keras
7) Safwan Shamsuddin : Digantung Pengajian 1 Semester, Didenda RM300 dan Amaran.
8 ) Fahmi Zainol : Digantung Pengajian Dua Semester, Didenda RM600

"Kalau kamu penakut, jangan lahir generasi pengecut".

Ayuh Mahasiswa bangikit ! Jangan biar suara kita disekat. Jangan biar kita mengikut telunjuk pemerintah. Kita mahasiswa ! Kita ada hak ! Kita perlu bersuara !

Kebebasan berakademik perlu dituntut.

#MansuhAUKU
#SaveUM8

Insyallah, dugaan Allah datang pasti bersebab. Kalian sangat beruntung kerana diuji. Kalian bukti mahasiswa bangkit. Sedih kot. Tapi Alhamdulillah dari kena buang.

Semoga terus tabah dalam lalui ranjau hidup,

Masa depan cerah menunggu.

Kau melangkah bermula dari lembah. Kau mendaki setangga ke setangga. Semakin hampir menjejaki pucak, semakin sering kau ditikam onak. Namun 
kerana, kau lelaki... derita dapat diselindungi

Solidiraty UM8

Bismillah,


Esok pagi bersamaan dengan 9 disember 2014 pada jam 8 pagi akan bermulanya prosiding kedua untuk UM8. UM8 merujuk kepada 8 orang pelajar Universiti Malaya yang terbabit dalam penganjuran Pidato Umum Anuar Ibrahim : 40 tahun dari UM ke Penjara.

Esok merupakan prosiding kedua.

Jadi, minta pada semua pelajar UM atau bukan UM pun boleh turut crowdkan KPS esok tanda solidiraty untuk UM8.

Mereka 8 orang terdiri daripada :

1. Fahmi Zainol(Mantan Presiden PMUM)
2. Khairol Najib( Presiden PMIUM)
3. Safwan Shamsuddin( Pengerusi Pro-Mahasiswa UM).
4. Adam Festival( Mantan PMUM)
5. Abraham Au( Mantan PMUM)
6. Khairul Anwar( Mantan PMUM)
7. Yu Hong (Mantan PMUM)
8. Syamimi Munira( Mantan SU PMUM).



Sistem AUKU untuk melemahkan pergerakan pelajar Universiti. Mansuhkan AUKU. Datanglah esok reramai sebab aku tak dapat datang sebab kelas aku full dari 9 pagi sampai 4 petang.

Harap sangat dorang tak kena apa-apa tindakan seperti gantung jauh sekali buang. Insyallah, Allah akan membantu hamba-hambanyak yang teraniaya. Keadilah pasti akan muncul.

Doakan yaaaa kekawan yang lain --

Risau-
Sedih-
Takut-

Moga Allah permudahkan segalanya. Apa yang bakal terjadi pada esok hari pasti akan ada hikmah. Rezeki ada dimana-mana. Semoga terima dengan hati terbuka. Saya sentiasa doakan yang terbaik.

Fighting !