Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Trip to Singapore [5]

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

So after a month baru nak update yang terakhir.

Hari terakhir macam orang lain juga kitorang jejalan dekat USS. Memang superb best katekoo. Enjoy gila masa tu. Kalau kau rasa kau baru putus cinta, sila la datang kesini dan jeritlah sepuasnya.

Tapi the worst thing adalah beratur. Benci sungguh aku nak beratur. Beratur sejam dapat main 5 minit je pun. Tak ke kurang hajor namanya tu?  So please buy an express ticket. So korang boleh potong barisan orang lain. Bayar pun mahal la.


Tempat yang biasa orang amik gambar bila sampai ke USS. Kat sini memang penuh. kalau kau feeling nak ambil gambar tanpa gangguan manusia dibelakang. Kirim salam maut jela. Manusia memang tak akan habis.


Aku tak tahu dia ni siapa dan kenapa orang beratur nak bergambar dengan dia. Aku just follow kekawan aku je. Haks.


Dia pun sama aku tak tahu siapa dia ni. Agak2 orang ramai beratur so aku agak mesti tarikan. Jadi aku relakan jiwa amik gambar dengan dia.


White house ke ni? -- Entah la..


Yeahh ! Ini tranfomers. Aku tak minat sangat tapi disebabkan kawan2 aku minat so aku terpaksa minat. Tapi aku minat game dia. Memang luruh jantung ah. Aku minat gak tengok cite dia. Padahal baru tengok yang latest punya. Yang awal2 aku xpernah tengok.

 \
Aku puas fikir haiwan apakah ini? Tak pernah jumpa. Nak kata manusia, tak kan baby boleh ganas macam tu. Rupanya Hana cakap dalam tu dia buh haiwan juga. Sebab tu liar semacam. Gatal doe haiwan ni. Geram je aku pandang.


Ini adalah tempat game mummia tak silap aku. Ini kalau kau ada sakit jantung kau jangan naik. Tapi kalau kau dah frust tak nak hidup lagi boleh sila main. Memang 3 kali tak silap aku kitorang main benda alah ni. Tapi kau beratur ler berjam-jam. Haks.


Sayang seribu kali sayang. The biggest roller coaster tak berfungsi. Dia berpusing tapi no one can ride it. Sebab bila ada manusia dia akan stuck macam tu. Sedih dinda tau!


Dia ni pun lebih kurang macam haiwan kat atas tadi. Gatal bukan main. Kalu perempuan bukan main dia aumm aumm.. Nasib baik aku gemuk, dia tak pandang. haha


Kat sini pulak adalah entah apa benda nama dia. Tapi main air je la kau. Kau nak duk depan boleh tapi siap sedia la nak basah. Memang dia simbah je keje dia. Kau pakai rain coat pun dia simbah juga. janji dia puas.




So memang seharian ktorang dekat sini la. Memang buang masa habis bergelak menjerit bagai nak gila tak ingat dunia kau.

Malam tu family Hana belanja makan dekat restorang super mewah. Family Hana memang best gila dan sangat sporting.


Ini baru separuh je sebenarnya. Kakak2 and ipar dia tak masuk pula. Sebab dorang dah berjalan kehadapan dahulu.

Memang bergelak tawa masa makan ni. Dok gelakkan pasal video dekat USS tu la.

Lepas tu esok tu kitorang dah otw nak balik. Tapi family Hana bawa kitorang dekat tempat yang namanya Marina-marina tu. apa kebenda ntah.

View yang super duper cantik dan free. Memang ramai orang duk kat sini. main layang-layang photoshot and others else.






Such a great memories i had with them.  Insya Allah kalau ada jodoh nak datang lagi tau. Tapi masa tu datang nak cari jodoh . HAHA.

Tapi apa-apa nak tanya pasal tempat atau harga boleh je PM fb ( Alia Ali Ahmad )

The end


Otw balik KL. Dalam flight Fire Fly. Muchhoo

Trip to Singapore [4]

Okay...

Part 1
Part 2
Part 3
Part 5

1- Madame Tussauds (Station Imbiah)
2- MegaZip advanture (Station Imbiah)

Day 2 .. sambungan
Lepas kitorang onjoy ourslef dengan bermain skyride dan juga Luge. Kitorang bergerak terus ke nak keluar acah-acah nya. Tapi dalam perjalanan tu ternampak pula satu tempat ni namanya Madame Tussauds.

Madame Tussauds ni adalah tempat yang aca-aca korang boleh jumpa orang hebat secara live la. Actually ni tak tersenarai dalam tempat yang kitorang bakal pergi. Kebetulan je ingat nak survey harga kalau mahal. toksey la pergi. Tapi rezeki kami memang untuk masuk kot walaupun mahal.

So harga untuk masuk ke Madame Tussauds ni aku kurang ingat sangat but around 35++ Dolar macam tu la. Mahal juga la kalau masuk sini. Tapi boleh amik pakej untuk 2orang so dapat murah sikit.

Kat sini korang memang boleh nak feeling gegreat mana sekali pun. Aca-aca jumpa orang hebat padahal korang tu jiran pun tak kenal punya la duk dalam rumah je.

Bak kata Hana "You must enjoy yourself here. I suggest everyone must have their own camera"

Maafkan andai Englishku salah sebab English dia superb. Lebih kurang macam tu la ayat dia. Tapi malangnya Husna dan Nisa tak bawa nset. So we need to share the camera. Gituww kau speaking.

Enjoy the pictures first


Ini adalah keychain yang telah dihadiahkan tuan tanah kepada kami. Hana hadiahkan kepada kami benda ni. Oh ya, masa memula je masuk akan ada orang yang sudi nak ambil gambar korang. Alah, macam biasalah nanti kalau cantik mesti berkenan. Benda ni tak silap aku 10 dolar. If tak salah ler.


Okay nak feeling pandai main drum pun boleh. Kalau korang ada awek yang nak pakwe pemain muzik. Amik je gambar ni sebagai bukti. Kalau dia suh main live depan korang cakap la korang malu nak tunjuk kehebatan depan orang yang korang sayang.


So cer teka apa binatang yang kat depan aku tu? Cerita apa benda tu ada ?Cer teka.. Cer teka..



Kalau korang nak tahu inilah salah satu sebab Dato' Jackie Chan dapat anugerah Dato' haritu sebab kitorang la. Seba kitorang jumpa dia untuk kembangkan lagi bisnes belaCHAN untuk rakyat Malaysia. Tu dia dapat anugerah tu.


Sepatutnya letak gambar suami kitorang ni dulu. Abang Pau Kacang ni sebab memasuk je terus terserempak dengan dia terus jatuh cinta dan terus kahwin terus dapat madu 3. Dasyat kau Abang Pau Kacang..



Miss Hana our guider yang comel lagi cantik lagi suka usik dan buli kami. Ape ler nasib kami yang begini baik ini. Mentang-mentang dah naik pangkat terus buli kami ye ! Tunggu !




Sejak berat badan makin naik ni terus jadi King Of Food. Dapat takhta terus siap kerusi emas lagi. Kelas kau jah. Diapit Pemaisuri lagi..

Ada lagi beberapa mamat kacak tak bergerak yang ktorang jumpa uolls. Heaven gila dapat jumpa Hirtick Amitha dan else.

Lepas keluar ni kitorang terpandang la pulak Megazip dan permainan kasar yang lain. Niat hati untuk lain kali je nak la survey harga jugak. Alasan macam kat atas.

Lepas tu pergi survey.. "You Should enjoy yourself here. Main apa yang you nak main. Dont ever think about tomorrow"

Udah diroyak gitu.. Kita okay je la. Tapi siap asing-asing duit untuk masuk USS esok hari. Kitorang save 50 dolar dulu. Itu yang penting.

Kalau nak main MegaZip ni pun mahal juga. Around 45 Dolar. HAHA. semua tempat bagi aku sangat mahal. Yelaaa... attractions place kan.. memey la mahal.


Nanti bila dah beli je tiket akan dapat gelang macam biasa tu la. So korang kena pakai menandakan korang dah beli tiket. Okang!


Sebelum main kena la snap gambar dulu. Hana belikan juga gambar ni untuk kitorang sebagai kenangan sebab dia rasa cantik. Aku pun rasa cantik walaupun ada pau selindung disebalik dagu aku. haha

Mega Zip ni lebih kurang macam Flying Fox dekat Malaysia je pun, bezanya pada nama sahaja. So nasihat aku better tak yah naik sebab membazir satu korang leh mainkan kat Malaysia jauh lebih murah. Cuma kalau nak rasa pengalaman kat Singapore.. your pleasure to feel it.


So masa ni dah selamat sampai ke perhentian. Malu kot punggung menghadap ke lelaki. Punggung kalau 
macam kucing takpe. Ni macam badak. Kuruskan badan cepat ! haha


Okay benda ni adalah lebih kurang macam shutter. ending Megazip tu kat pantai. So dari pantai nak naik kat tempat utama dia memang jauh. Tapi takde la jauh gila. Tapi penat gak ahh. So benda ni akan amik orang kat setiap perhentian yang korang akan nampak. tunggu je situ sampai dia amik.

Nak jalan kaki boleh tapi berbukit punggung kau tercicir je la nanti takutnya la. haha. gurau je.

So the end of our day for second day. Tapi serius itu pun banyak lagi mainan tak sempat nak tengok. Tengok sempat la cuma nak merasa je tak sempat sebab masa ni pun dah pukul 6 lebih.

So lepas tu kitorang balik dan sampai food court dalam pukul 7 lebih. kitorang makan nasi briyani dan pratha (roti canai) kat sini. memang sedap makanan dekat sini.

Dalam pukul 9 macam tu lebih kurang kitorang balik. Really tired taw. Berdengkor pun tak sedar kau.

Trip to Singapore [3]

Part 1
Part 2
Part 4
Part 5

1- Madarasah Al Junied
2-Pasar Bugis
3-Sentosa Island (Station Imbiah)
4-Luge and Skyride (station Imbiah)

Alhamdulillah,

After we get a breakfast ( Mee goreng) . Hana picked up us to to Sentosa Island.

So kitorang amik monorel berhenti ke Imbiah Station. Hari kedua ni kitorang nak pergi ke Skyride and Luge je sebenarnya tapi tak tahu macam mana boleh tersesat naik banyak benda.

So here we go..

First place tu kitorang pergi sekolah Hana dulu. Dia ada benda nak pas dekat x schoolmate dia. Nama sekolah dia Madrasah Al-Junied. Kira sekolah antara the best student ah. Budak dalam ni bukan biasa-biasa. Kau jangan nak mencoba cakap bahasa arab dengan dorang pasti kau akan terdiam kelu tak mampu nak balas balik. Haks.


Okay lepas tu tak sah kalau gi Singapore tak turun ke Bugis. Bugis ni lebih kurang macam masjid india la. Barang kat sini sangat murah and senang kalau nak beli ole-ole untuk sedara mare.

t-shirt kat sini ada yang harga 3 :10 Dolar ada jugak yang 4 :10 Dolar. Ada yang 3 : 20 Dolar. Tengok jenis kain ahh korang beli.

Ada beg kat sini yang harga 4 : 10 dolar. Kalau nak beli untuk sedara mare okay la. Aku beli 8 beg. Lepas tu Keychain, 24 buah 10 dolar. Murah kan? Beli banyak boleh bagi ole-oleh.Gambar tak sempat nak amik gambaran Bugis. Tapi sempat amik satu je.

Okay ni masa baru gila sampai dekat Sentosa Island. Baru nak tercari-cari baru nak tertengok-tengok mana destinasi kitorang.

Next.. masa nak mencari ternampak kedai eskrim. eskrim dia lebih kurang macam magnum design sendiri la. Harga dia 4.30 dolar kot. Lebih kurang macam tu la. depend on your design.



Then, pergi la yang tempat ni. Kitorang main Skyride and Luge. Luge ni kira macam go-kart la lebih kurang tapi permainan ni lagi fun taw. Sebabnya dia macam alaaa turun bukit and memang best ah.






Okay, nak main Luge ni kena pakai topi dulu. Harga dia tak silap aku pakej Luge dan Skyride ada dalam 15 Dolar lah macam tu for 1 round je. Nak merasa je okay ler tu. Korang jangan la amik 3 round sebab mesti lagi mahal. datang ke negara yang currencynya tinggi kena buat sehabis jimat. Cukup merasa ok.

Lepas tu kita naik skyride yang lebih kurang macam cable car tadi dia terbuka. So tak tertutup sangat. keganasan sikit.



So macam ni la korang boleh tengok permandangan yang luas. Kejang juga la kaki walaupun tak tinggi kat Langkawi tu. Sebab dia open kan? Kawan aku yang hujung tu memang tak buka mata habis. ahha. ala mucuk-mucuk.

Ada lagi tempat yang kitorang pergi. Banyak sangat sebab tu pelik orang kata nak gi Singapore sehari pun cukup. No ! For me never enough! haha.  aku duk 4 hari pun banyak tempat kena skip. Sedihh aww.

K guys, Next post ada cerita lagi kat mana kitorang jalan lagi. Ini baru 40% punya aktiviti untuk hari kedua. Lagi 60%? Stay tuned...

Trip to Singapore [2]

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5

First day selepas sampai

Okay, Masa kitorang sampai je dekat airport Changi, terus bergambar kejap dekat tempat yang banyak bunga-bunga tu.


Lepas tu masa nak lepas imegresen tu kitorang ada masaalah sikit. Naib baik ada pak cik tu tolongkan. Kalau tak memang berejam la duk kat situ.

Lepas tu kitorang keluar duk tunggu Hana kawan kitorang yang akan amik jam 3 petang. Padahal masa tu baru pukul 1.30 camgitu la.

So, kitorang gi tanda and beli makan dengan burger king. Well, very cheaper.

1 botol float around Dolar 0.96 kalau convert kepada RM dalam 2++. Sedangkan kalau kat Malaysia harga float je hampir RM5. So memang betul la kata orang makanan dekat singapore sangat la murah. Tinggallah di singapore. Hew.


Changi airport ni memang bersih dan agak menakutkan sikit sebab banyak pula akar bergelimpangan. Seram aku kalau tetiba dia tembak aku. Hiks.


So yang tudung hitam tu la coursemate aku namanya Hana. Dia singaporean. Masa ni kitorang dalam bas nak menuju ke TM ( Tampines Mall ) 

Hari pertama memandangkan memasing penat so kitorang hanya cuci mata dekat Mall tu je. So masa kat sana aku sempatlah rembat spek dalam harga 10 dolar. Hana pun sama ambil satu.


Okay lepas tu dalam jam 8 malam kitorang gi foodcourt dekat rumah flat tu. Penginapan kitorang dekat rumah makcik kawan aku tu. Alhamdulillah, dah jimat sedikit duit.


Kitorang makan ni sedap sangat. Korang boleh la order mee goreng mamak dia. Lain sangat dari Malaysia sebab kalau kat sini mee goreng dia kaler merah pekat tu. Merah dia bukan pedas tapi korang boleh request la kalau nak pedas.

Lepas makan kitorang terus naik tidur. Masa balik kitorang guna taxi. Kalau dekat singapore, taxi yang berwarna hijau maksudnya tak ada penumpang. Tapi kalau kaler merah maksudnya ada penumpang.

So nasihat aku kalau uollss nak datang Singapore dan tak ada kenalan dekat sini, mungkin RM1000 pun belum tentu cukup melainkan korang nak pergi sehari atau makan dan tinggal dekat area johor. Macam kitorang 100% singapore . Mujur tempat tinggal dan makan pagi orang sediakan. Kitorang hanya gunakan untuk makan tengahari dan malam sahaja.

So, the end of first day. We alls tidur lepas tu.

Trip and Tips to Singapore [1]

First of all, aku tahu memang major manusia dalam ni dah pernah terbang ke Singapore. Aku mungkin yang terlambat but Iam still not the last person, right? Mesti ada lagi yang tak pernah pergi and going to be.

Tipsnya mudah bangat, kalau aku tak bagi pun korang dah tahu tapi saje nak share.

1- Passport
The most important thing yang kita perlu ada before nak ke luar negara. Make sure check korang punya expired day passport tu. Ada kes kenalan aku, dia dah bayar segala bagai. Hari nak berlepas baru perasan lagi seminggu expired pasport dia. So, make sure  atleast 2 month before ya.

2- Booking ticket
There are many ways to go there. Guna aeroplane or car. But Iam not sure samada boleh guna laluan air ataupun tak. So kitorang guna plane la. Masa aku pergi tu harga pergi balik around RM150.

Pergi guna AirAsia : RM50
Balik guna FireFlyz: RM100

Kitorang check dekat http://www.skyscanner.com.my/ ni. Kat sini paling mudah dan senang. Korang boleh cek harga paling murah dalam semua syarikat penerbangan. So korang boleh cari tiket flight paling murah kalau guna bendani.

3- Tukar duit
Serius ni, memang duit ringgit malaysia jatuh gila. Masa kitorang tukar, memang dua kali ganda bukan sikit-sikit taw. Member aku tukar RM1100 convert ke Dolar Singapore dapat around 400 je. Gila ketapang ah. Nak shooping apa weh? ahaha.

4- Barang secukupnya. Kitorang gi dalam 4 hari baju pun 4 helai je. Satu hari sehelai je. Malas nak tukar lagipun memang seharian keluar tak balik-balik.

5- Set alarm tarik dan masa. Jangan terlajak tarikh nanti merana.

So, tepat 22 January selepas kitorang menunggu dengan seksa habis paper exam lagi. Kitorang bertiga je pergi berkumpul dekat KLIA2. Masa tu aku dengan Husna dah sampai dulu sebab kitorang dari Melaka, While Nisa ada kat N9 so dia datang lambat sikit.

Masa tunggu nak pukul 12 aku dengan husna lepak ah dekat KFC.

Flight kitorang dalam jam 12.45 tghari macam tu. K.

So lepas nisa sampai weolls terus masuk ke dalam.


Okay, ni passport kami bertiga. Oh ya, sekarang dah tak ada pasport untuk 2 tahun RM100. Sekarang passport RM200 for 5  tahun. Untung bagi yang memang kaki travel every year. Tapi amat rugi yang travel sekadar mampu je. Mahal kot/

 Okay masa ni dekat Balai Perlepasan dah nak masuk.  Aku dengan Husna dan Nisa.


Over terlebih eksited macam ni la jadinya. Kitorang memang macam rusa masuk kandang sikit.  sepanjang berjalan ke bilik tu asik duk selfie jerk.

So, next story for next post ya. Tq

Part 2
Part 3
Part 4
Part 5