Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Our trip to Langkawi

Hallo assalamualaikum,
Selamat petang semua orang,
Alhamdulillah, sekarang tak ada mood untuk update pergi China, tapi update pergi Langkawi baru-baru ini. Untuk trip kali ini ke Langkawi kitorang satu family cover tenpat yang tak pernah pergi dulu.


Macam kali pertama datang, tak sempat pergi pulau dan percutian lebih ikut macam pakej. Tak bebas sangat tapi kali ini pergi dengan family and memang waktu fix namun puas. Kali ini banyak main air berbanding mengering. Ah, shoping pun kalah no 2 berbanding air.

So, nak bagi sedikit maklumat.

Tiket Ferry dari Kuala Kedah - Kuala Kuah- Kuala Kedah ( One way RM23 adult/ RM17 child )


Kitorang menginap di Dawn Challet Langkawi.
Harga untuk dua malam bagi challet adalah RM320 tapi deposit RM100 tapi untuk rumah sebijik RM740 bersamaan deposit RM200.

Kitorang amik 5 challet dan juga sebijik rumah.

Okey untuk challet Dawn ni memang okey je, depan chalet ada kolam dan tahap keselesaan dia okey je cuma dia takde room service. Takde orang nak bersihkan bilik bila kita keluar dan paling sakit hati dia punya air kecil nak mati. Memang nak buang air besar tu kena subuh time orang tak ramai baru air dia besar sikit.

So terus je lah kepada jadual kitorang punya perjalanan.

Kitorang dari Kuala Kedah sampai ke Langkawi dalam jam 11 pagi. Sedangkan booking kereta dalam pukul 12 so tunggu jelah. Tak lama pun gedebak gedebuk kejap tu dah naik kereta.

Harga kereta bergantung lah kat korang naik kereta apa.  Biasa Rm150 tu kira harga 3 hari dua malam lah. Kalau nak van mahal lah sikit dalam Rm300 kalau tak silap. Iolls ni tk ambil tahu sangat pasal harga sebab pergi dengan family kan? hehe

Sampai je ke challet budak-budak bantai dah mandi. Sampai yang lemas tu satu cerita. Dia ingat ni main hujan dekat kampung gamaknya. haha macam biasa lah nenek-nenek akan menjerit marah dan kanak-kanak makin riang menerjun kolam. Agituwwww.




Selepas bermandi manda dan kemudiannya bersiap sebab jam 2.30 tu nak pergi ke cabel car. Okey cabel car ni ramai tak naik sebab dulu dorang pernah naik and serik sangat. Tapi aku memang minat benda alah ni semua. So, tetap naik juga.

Dua gendola je lah kitorang yang gerak.

Harga dia takde ala carte heh. Semuanya kombo dan memang diorang untung sangat. Macam kitorang kena harga RM40 untuk 4 tempat. Tapi dia tahu lah kkdang kita malas nak tunggu ada tempat tak best, so burn jelah macam tu. Cis !










Okey untuk hari pertama je memang sampai maghrib juga lah menghadap benda alah ni. So dalam maghrib lepas habis main benda alah ni. Balik untuk bersiap keluar ke Shoping Haji Ismail Group pulak. Bershoping ler ape lagi uolls.

Tapi sayangnya tak sempat nak snap gambar makcik2 iolls rambang mata nampak coklat dan pinggan mangkuk. Yang ada gambar nenek ni je dengan kain batik. Itu pun diambil setelah dipaksa.

Giys, ini je setakat untuk Hari pertama. Memang takde apa-apa aktiviti sebab start tengahari so dah habis masa tu juga. Esok gi pulau! Yeay!

Teunggu next post ya.
Malas nak buat banyak-banyak sebab nanti korang bosan. Ah, bukan korang baca pun.
Byeeeeeeee.
Nantikan gambar dan video dari anak menantu waris ali.
Wuuuuu

Bercuti di kedah : (mahsuri , pantai chenang)

PART 1
PART 2
PART 3

Assalamualaikum, Lepas je kekitorang pergi naik cable cari tu, kitorang gerak pergi makam mahsuri. Tapi memang tak masuk pun. Sebab dorang kata tak ada apa-apa pun. Lagipun tak seperti yang aku bayangkan pun. Just turun situ amek gambar then beli minyak angin yang wangi tu. Tu je.

Ada tu kita bergambar la sikit kan sambil beli sebundle minyak gamat.



Lepas je bergambar dengan penuh feeling nak mampus jadi dan maka kami pun berangkatlah ke Pantai Chenang. Tapi tak pun sebenarnya, Before tu kitorang ada gerak kejap ke kedai gamat yang memang banyak gila gamat ya rabbi. Siap kita boleh masak sekali.


Ha , ini la maksud aku siap kita boleh masak sekali. Aku masa memula tengok terkejut juga bila abang sepupu aku tu masukkan tangan dia dalam kolah tu, rupanya tak panas. Betapa lambatnya aku tahu. HAHA.


Lepas tu baru la kitorang gerak betul-betul ke Pantai Chenang tu kan.  Aku memang tak plan pun nak mandi kat situ. tapi bila mata aku dah nampak banana boat , kau memang tak tahan la. Aku nak naik jugak.



Mula-mula tu nak naik jet ski tapi kan aku ingat kan murah tau. Rupanyaaaa kan , tobat tak mau tanya lagi. Lepas ni aku kahwin aku nak ajak laki aku naik jet ski. dia yang bayar. HAHA.


Sebelah aku tu pakai baju biru tu boleh kira macam anak sedare aku la. Bapak aku punya anak buah punya anak. Kiranya yang si kecik tu adalah cicit bapak aku. Ha ! Tua dah kooo Haji Ali, dah ade cicit. Kau pun tua Alia dah ade cucu. HAHA.

Benda tu tak pandai naik pun, baru diri je dah gedebik jatuh. Gasak berat terlebih pula.

Sepupu aku dah ade cucu dah. Aku ni kahwin pun belum. Bila akan tiba masanya ya?


Adik aku yang tetengah tu memang gatal sikit. Hai senang nya dalam hati kalau berisiteri dua. Seperti dunia anak yang punya. kalau beristeri empat , boleh kurus la lelaki tu. Btw , itu semua mak sedare.


Serius ni doe !  masa kali pertama aku tengok gambar ni gelak terbahak-bahak aku sampai tak tahan nak terkentot. Memang nampak gilak ah muka gatal-gatal memasing.

Yang baju oren tu adalah sepupu aku yang dah ade cucu. Yang tengah tu sepupu aku yang dah ade anak. Yang baju cokelat tu adalah makcik aku. Aku ni hanya anak dan belum ade anak. Lambatnyaaaaa. Ini kerana bapak ku anak bongsu dari 20 orang adik beradik. Memey la lambat kan.

Aku tak boleh nak tahan ah tengok gambar nie. Entah kenapa aku rasa lawak nak mampuih. Dorang tengok sendiri pun dorang gelak awww. Katanya panas sebab tu rembat je spek aku tu ha.. Adui !


Kenangan yang tak akan aku lupakan naik banana boat. Gasak kemain payah lagi nak naik benda tu balik bila dia dah jatuhkan kitorang dekat tengah-tengah pulau tu. Dah la tak sampai. Dia ingat aku tinggi sangat ke apa ha? ish.

Memang payah ah nak naik balik. Nasib baik ad dua hero yang keding meleting sudah tarik kitorang naik atas. Itu pun bukan main payah lagi sebab berat terlebih kan. Sampai tiga orang tarik aku dengan sepupu aku yang sebelah aku.

Sah Alia , turunkan berat badan.

Serius kisah pasa banana boat ini lah yang menjadi bualan hangat family kami. Rasanya tujuh hari tujuh malam tak menghabis duk ulang kisah banana boat nie. Waduh ! kbaiii

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Bercuti di kedah : cable car

PART 1
PART 2

kisahnya bermula pagi tu bangun sarapan pagi kan, lepas tu memang patutnya memasing ada kereta sewa sendiri. Tapi tak ku sangka tak ku duga yang ownernya telah menipu kami semua. Apa la nasib badan kan. Redha je la.

Maknya kamu the geng telah ambil bas. Kesian..


Maka semuanya bermula bila kami singgah di taman haiwan liar. Tapi tak turun pun sebab memasing dah malas kan. Hati teruja nak pergi dekat cable car je kan. Jadi setakat turun amik gambar.

Perjalanan lebih kurang macam 20 minit macam tu sampai la we all dekat cable car tu.

Sampai dalam jam 11 pagi tapi kau tahu dapat masuk kat situ pukul berapa? Pukul 2.30 petang kau tahu? Memang gasak la nak menunggu. Jadi untuk menunggu beberapa jam itu maka kami pun menghabiskan masa dan duit dekat tempat-tempat area situ jugak.

Tempat je jam 2.30 , kami dah terpacak dekat depan tu.


Okay ni muka masa mula-mula naik. Sumpah aku cakap aku memang tak la takut sangat tapi bukan la sampai tahap tak takut langsung. Tapi biasa je perasaan tu tapi kaki aku ni kemain menggigil lagi tanpa aku tahu sebab apa ia menggigil.


Ingat lagi masa ni walid kemain lagi dia pegang tangan acap dengan amar tau.Ia-ia je dia cakap yang acap dengan amar takut tapi kalau tengok gaya dia macam walid yang over takut. diam terus semua kecuali aku siap berdiri lagi. Ha kawwww


SubahanaAllah. Indah sungguh ciptaan Allah. Memang luas dan besar serrta sangat cantik. Teruja gila dapat duduk atas gunung yang sungguh tinggi lihat sekeliling alam. Allah.










Memang masa nak turun tu aku rasa sayang sangat. Semua orang cakap yang ni pertama dan terakhir tapi bagi aku ni pertama yang akan menyusul lagi. HAHA. takut memang takut tapi best dan mencabar. Gituwwww. HAHA.

Kat cable car ni ada dua perhentian. Kalau nak turun turun ah, tapi kalau tak nak, duduk la dediam dalam tu, tapi kalau tak turun tak rock ah sebab tak dapat nak nikmati nikmat alam nie. Whoaaaa.

Kita bertemu di lain entry. Walaupun sudah lapok , aku tetap nak share sebab aku menulis apa yang aku rasa dan apa yang aku hadapi. aku tak cerita kisah orang lain k. Assalamualaikum.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Bercuti di kedah : Naik Feri

PART 1

Bila mana kita sampai je dekat Kuala Kedah terus kejar gi beli tiket. Almaklumlah musim cuti sekolah kan. kengkorang fefaham la sendiri kan?

Then, kitorang dapat turn feri jam 2.30 petang. Masa tu baru pukul 1 kot. Memang banyak masa lagi la. So pergi la tandas bila dah masuk waktu gi la solat ada yang gi makan. Aku duk lelepak je kat tempat duduk tu. Rutin macam biasa la beb. Dok bergambooo je.


Ni aku bergambo dengan pengantin ala-ala baru nie. Hikhik >.< . Muka biasa la bila dapat berjalan kan bahagia la memasing kan.


Yang dekat depan pakai kopiah putih tu pak Anjang aku. Dia ni sebenarnya ada dekat hosp sebab sakit paru-paru berair. Tapi semangat dia sangat nak gi bercuti. Alhamdulillah doc bagi dia keluar. Dapat la dia bercuti. Pak cik aku ni memang suka suasa reramai keluarga ni.





Okay masa ni dah tunggu dekat balai pelepasan dah. Tengah tunggu orang keluar dari Feri then kami lak nak masuk. Sambil tu bergambar lah kan.


Yang gedik tuh adek aku. Yang pakai beg pink merah tu. HAHA . Aku nak amik gambar sama lorat dia nak tayang belakang dia. Ingat aku suka agaknya ? HAHA. Otw nak naik feri dah.


Tempat duduk masa ni aku duduk dengan ummi and izzah. Nak dijadikan cerita satu kerusi tu terselit pula dengan satu family nie. Agak-agak ah kan. Dah adik aku tu seorang je orang asing ko bagi la dia duduk tepi. Mesti la dia tak selesa kena duduk tengah. Tambah-tambah no kerusi dia memang tepi sekali. Kembali la pada no tiket sendiri. Akhir adik aku tak selesa dia pun berdiri je la.


Ni laks bapak aku raja bergambar. Dia tu acha-acha candid jer tu. Padahal kemain cover macho lagiii youuu. HAHA . setiap helaian gambar terselit wajahnya. banyaaaakkk ya Rabb.


Masa ni maybe memakcik aku tengah cari nombor kerusi kot. Amboi Busu sai (tudung biru) kemain macam tak puas hati je.

Agak-agak dalam dua jam jugak la kitorang dalam feri tu. Ini kali pertama aku gi Langkawi. Btw, aku ni memang loya duduk dalam feri tu. Tapi aku tak mabuk laut. Sebab masa otw balik okay jerk.

Masa dua jam berjalanan tu aku tidur je sebab tak tahan. Bila tetiba tersedar alamak ! mualnya. Nasib baik tak lama sangat.

Finallyy

Kami sampai juga ke tanah Langkawi. Antara sedar dan tak sedar percaya atau tidak. Untuk korang yang dah pernah pergi mungkin rasa biasa je bila aku cerita. Tapi untuk aku yang first time nie. Teruja nak mati ah nasib baik tak arwah jer.

Tersenyyummm lebar memasing masa menjejak kaki ke Jeti langkawi. Alhamdulillah.


Syukur. Ini baru naik naik feri dalam feri and sampai Jeti. Esok bebesok aku cerita lain eh. Kalau nak cerita sekali gus nanti macam cerpen pulak. Pendek. Tak syokkkk. HAHA. aku tak pat nak lepaskan kebahagiaan aku. Yuhuuu. Byeeee.

Bercuti di Kedah

Masa cuti midsem hari tu family guwe ada rerancang nak ke Langkawi kedah. dah lama dorang rancang. Ada la dalam dua bulan sebelum tu. Selagi tak pergi duk cerita je dekat kedai. Hari-hari.

Makanya, tiba la saat yang dinanti. Hari jumaat semua keluarga mula bertolak ke kedah dulu. Kitorang kumpul dekat Yan, Kedah tempat sorang akak sedara aku ni duduk. Kebetulan dia buat kenduri kan. Jadi jumaat tu kitorang kumpul situ dulu.


Aku pulak tak balik Melaka. Dari Kelantan aku naik bas terus ke Kedah. Samai Sg Petani ada makcik aku yang dah sampai ni tolong amik kan aku.

Malam tu buat aktiviti sendiri. Bapak aku gerak dari Melaka kol 7 malam tu. Dia sampai sabtu pagi tu.Tapi pepagi lelagi kitorang dah gerak gi mandi air terjun titi ke titian hayun. Aku pun tak ingat mana satu namanya.


Ha.. Ni la kerja bapak aku. Takde kerja nak carik kerja. Suka sangat mengaco cucu buah dia si Adilah yang baju pink tu. Budak tu lak memang takut dengan bapak aku.


Entah apa la yang ditengokkan tu Cik Yah oi dengan Cik Bada oiii. Khusyuk tengok gambar sendiri weh !


Lepas je memandi ni semua , balik ah rumah. Dalam jam 12 macam tu kitorang dah gerak keluar dari Yan nak gi Jeti pulaks.


Memase ni ada kat depan lorong nak masuk rumah sedare. Sementara tunggu kereta lain kan kita bergambar la dulu kan. kiki


Gemokkkk iolls. HAHA . Tu la dak Adila yang walid suka sangat sakat tu kan. Dah la cute comel pulak tu.  Alahai !

Maka bermula la berjalanan kami bergerak ke Jeti kemudian ke Langkawi. Tapi kisah tu aku citer dalam entry lain la. Sebab panjang sangat pula nanti. HAHA. tak syokkkk. kbaiiii