Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tips belajar bahasa urdu [ Beginner ]

Siapa peminat cerita hidustan? Angkat tangan !!!

Yeah, ada ketidak sebenarnya ni? Hew.


Okay pertama sekali nak share sikit tips nak belajar bahasa urdu for beginner. Aku pun baru-baru lagi jadi nak share macam mana cara nak belajar cakap urdu.

Pertama 

Tengok movie hindustan. Dari situ cuba korang belajar sikit  perkataan yang mudah-mudah. Jangan la nak belajar yang perkataan panjang dah susah.

Contoh

Salam namaste  :  Selamat sejahtera
Syukriah : Terima kasih
Suno : Dengar ni
Acha : Yeke? Betul ke?
Kaha hey? : Kemana? Dimana? Nak kemana?
Apse milkar hushi hui : Gembira bertemu dengan awak
Okay itu untuk yang basic.

Kedua

Bila dah layan movie hindustan korang boleh la layan sekali lagu dia. Cuba cari maksud tajuk lagu dia tu. Kat situ dan sedikit perkataan boleh belajar.

Contoh

Kuch Kuch Hota Hai : Terjadi sesuatu dalam hati
Anjaana Anjaani : Sengaja ataupun tidak sengaja
Humko Hami Sey Cura lo : Kemari dan curilah hati saya
Chammak Challo : Perempuan yang seksi

Ketiga 

Okay cuba cari makna untuk satu-satu perkataan. Contohnya kalau cinta apa maksudnya? Cuba berkawan dengan orang Pakistan, India. Tanya apa maksud untuk sesuatu perkataan. Gunakan perkataan tu untuk berbicara dengan kenalan korang.

Contoh

Dil : Hati
Callo : Jom
Moti : Gemok
Pyar / Prem  : Cinta
Mey : Saya
Tum : Awak
Pagel : Gila
Ladkhi : Perempuan
Ladkha : Lelaki
Nehi : Tidak
Ha : Ya

Keempat 

Walaupun peekataan dia agak mudah. Tapi ada sesetengah ayat perlu dibezakan untuk lelaki atau perempuan. Macam English dan Bahasa Arab juga la. She/ He untuk beza laki dan perempuan هو/ هي untuk lelaki atau perempuan.

Jadi make sure kita kena tahu.

Contoh

Meh urdu seekne ki koshish kar rahi hoo ( Perempuan ) : Saya sedang belajar bahasa urdu
Meh urdu seekne ki koshish kar raha hoo ( Lelaki ) : Saya sedang belajar bahasa urdu

Okay yang aku bold kan tu adalah perbeazaannya tau. Macam Ladkha (Lelaki ) / Ladkhi (perempuan) juga la. 

So jum kita sama-sama belajar bahasa urdu. Sebab amat kurang jumlah nak belajar bahasa urdu berbanding korea and english. So lets make some different.

Okay lepas ni aku akan update setiap perkataan baru yang aku dah belajar. Boleh kita belajar sama-sama. Nanti nak jumpa Shah Rukh Khan boleh ngorat dia dengan kepandaian kita berbahasa urdu. Acha? hehe.

Khuda Hafez ( Selamat tinggal ) See you again 

Trip and Tips to Singapore [1]

First of all, aku tahu memang major manusia dalam ni dah pernah terbang ke Singapore. Aku mungkin yang terlambat but Iam still not the last person, right? Mesti ada lagi yang tak pernah pergi and going to be.

Tipsnya mudah bangat, kalau aku tak bagi pun korang dah tahu tapi saje nak share.

1- Passport
The most important thing yang kita perlu ada before nak ke luar negara. Make sure check korang punya expired day passport tu. Ada kes kenalan aku, dia dah bayar segala bagai. Hari nak berlepas baru perasan lagi seminggu expired pasport dia. So, make sure  atleast 2 month before ya.

2- Booking ticket
There are many ways to go there. Guna aeroplane or car. But Iam not sure samada boleh guna laluan air ataupun tak. So kitorang guna plane la. Masa aku pergi tu harga pergi balik around RM150.

Pergi guna AirAsia : RM50
Balik guna FireFlyz: RM100

Kitorang check dekat http://www.skyscanner.com.my/ ni. Kat sini paling mudah dan senang. Korang boleh cek harga paling murah dalam semua syarikat penerbangan. So korang boleh cari tiket flight paling murah kalau guna bendani.

3- Tukar duit
Serius ni, memang duit ringgit malaysia jatuh gila. Masa kitorang tukar, memang dua kali ganda bukan sikit-sikit taw. Member aku tukar RM1100 convert ke Dolar Singapore dapat around 400 je. Gila ketapang ah. Nak shooping apa weh? ahaha.

4- Barang secukupnya. Kitorang gi dalam 4 hari baju pun 4 helai je. Satu hari sehelai je. Malas nak tukar lagipun memang seharian keluar tak balik-balik.

5- Set alarm tarik dan masa. Jangan terlajak tarikh nanti merana.

So, tepat 22 January selepas kitorang menunggu dengan seksa habis paper exam lagi. Kitorang bertiga je pergi berkumpul dekat KLIA2. Masa tu aku dengan Husna dah sampai dulu sebab kitorang dari Melaka, While Nisa ada kat N9 so dia datang lambat sikit.

Masa tunggu nak pukul 12 aku dengan husna lepak ah dekat KFC.

Flight kitorang dalam jam 12.45 tghari macam tu. K.

So lepas nisa sampai weolls terus masuk ke dalam.


Okay, ni passport kami bertiga. Oh ya, sekarang dah tak ada pasport untuk 2 tahun RM100. Sekarang passport RM200 for 5  tahun. Untung bagi yang memang kaki travel every year. Tapi amat rugi yang travel sekadar mampu je. Mahal kot/

 Okay masa ni dekat Balai Perlepasan dah nak masuk.  Aku dengan Husna dan Nisa.


Over terlebih eksited macam ni la jadinya. Kitorang memang macam rusa masuk kandang sikit.  sepanjang berjalan ke bilik tu asik duk selfie jerk.

So, next story for next post ya. Tq

Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

Tanda wanita jatuh cinta

Assalamualaikum. Mimpi tadi memanggil aku untuk membaca entry-entry pasal cinta. Eh , bukan muka ni memang duk gasak je ke asyik cari artikel pasal cinta. Almaklum lah , orang mencintai , bukan bercinta, sebab aku cinta bertepuk sebelah tangan. Orang tu tak suka aku.

Macam menarik nak kongsi dengan awek cun diluar sane. Mungkin ada yang dah tahu , mungkin juga ada yang belum tahu kan. Ada juga yang tahu , tapi buat-buat tak tahu , dan nak tahu lagi. Ada juga tu, macam aku la ye kan.

Kenapa la aku lorat sangat nak post entry nie , sebab semuanya kena dengan diri aku. Hakss . Apa yang aku rasa , semuanya kena dengan tanda-tanda nie. Memang superterbaik la. Jum baca.

  • sering memberi komen pada status di laman sosial lelaki itu. Bila lelaki itu update status di facebook atau twitter atau apa-apa laman sosial , mesti dia akan komen. Soal aku , ye , aku tak leh komen , tapi aku akan komen guna acc kawan-kawan aku. Hakss.
  • ada banyak tingkah laku yang dilakukan. Contohnya dia menatap lelaki dengan melilit rambut kan. Aku tak la, sebab aku bertudung. Lain , dia meletakkan jari digigi. dan matanya akan sedikit membesar ketika bercakap dengan lelaki. Amat dalam pandangan matanya. Yang ni, aku tak perasan sangat ade ke tak dalam diri aku. Hakss.
  • mendekati teman baik lelaki itu. Bila kita suka dekat lelaki tu, mesti sedaya upaya perempuan nak cuba rapat kawan baik lelaki itu, untuk tahu prihal dan keadaan lelaki yang dicintai itu. brr , aku macam ni juga , tapi aku tak dapat nak dekati kawan baik lelaki tu ,sebab aku takut, tp aku pernah cuba.
  • sering menatap lelaki itu. Serius ! ini 100% betul berlaku dalam hidup aku. Tapi kekadang tu kena la cover kan. sebab cinta tepuk sebelah tangan je kan. Alahai kesian je la. Bila perempuan suka dekat lelaki itu , mesti dia selalu nak je tengok muka lelaki itu. Ye kan?
  • teman-teman kita tahu nama lelaki itu. Yup , bila kita suka seorang lelaki , mesti kita akan menceritakan semua pasal lelaki itu ,dekat kawan-kawan kita. Jadi kawan-kawan kita akan tahu la pasal lelaki itu. Ini pun terjadi dalam diri aku. Haks
  • wanita banyak itu banyak bertanya. Bila perempuan tu jatuh cinta, dia akan banyak  bertanya soal lelaki itu. Contohnya , apa yang lelaki itu suka , apa dia tak suka. Macam-macam la kan. Aku nak bertanya tapi aku takade kekuatan. Sebab aku takut. Jadi aku cuba mengkaji dari jauh je la. Entah betul ke tidak.
  • senang berkongsi cerita dengan lelaki itu. Bila kita suka dekat lelaki itu, mudah sangat kita nak tabur telinga kita dengar kisah lelaki itu. Apatah lagi , ringan je mulut kita nak cerita pasal diri kita dekat lelaki itu. Sebab kita suka dia. Tapi aku ? aku nak , tapi aku tak mampu :( . Aku pernah cuba , tapi tak menarik . Hakss . Kesian .
  • mudah diakses. Maksud nya kalau dia ajak berbincang , kita mudah je nak beri penjelesan dan menerangkan akan sesuatu tu. Ini aku kurang faham. Tapi aku faham sendiri la. Entah la, faham-faham je la ye. Yang pasti kalau dia ajak buat sesuatu tu, kita mudah sangat terima. Kecuali yang bebukan la.
  • tampil lebih cantik bila bertemu. Bila kita akan bertemu ke , atau tahu akan betemu ke , kita mesti nak tampil cantik didepan dia. Ye la, mana tahu dia boleh tertarik ke kan. Yang pasti memang sifat semulajadi wanita nak tampil cantik berada didepan orang dia suka. Ini aku sokong.
Taraaa ! tamat . Serius , Hampir semua kena dengan aku. Korang pulak macam mana ? kena tak ? Sampai sekarang aku  masih menunggu dan terus menunggu . Alahai sadisnya. Takpe la, watlex dah ler. kbaii