Showing posts with label Bukan Sementara. Show all posts
Showing posts with label Bukan Sementara. Show all posts

Teaser #6 Bukan Sementara


“Alaaa Kak Long.. orang tau macam ni memang tak guna. Lelaki pengecut memang gaya macam ni la. Mengharapkan duit perempuan. Sendiri tak nak berusaha.
Orang macam orang tua ni patut mati je dari awal. Dia tak jadi bapak aku pun bagus. Aku doa-doakan biar dia mati kena cincang dengan Ah Long tu. Puas hati aku”. Fariza yang bermulut lancang itu bersuara.
“Achik !!!!”. Marah Azizah.
“Kenapa mak? Mak nak marah achik? Ini lah silap mak.. mak lembik sangat dengan orang tua tak sedar diri ini. Kesudahannya kita yang susah mak. Kita yang merana.
Mak tengok je la sendiri.. dia boleh nak ambil duit mak tu sebab nak bayar hutang dia. Kerja malas mak, tapi hidup suka susahkan orang. Tak salahkan achik kata dia patut je mati”. Balas Fariza dengan marahnya.
“Dia tetap baba achik”. Balas Azizah.
“Baba mak? Itu la mak ! setiap kali achik bersuara, mak akan kata dia baba achik. Kawan-kawab achik semua ada ayah, tapi ayah dorang tak kejam macam baba achik. Kejam mak tahu tak?”. Tengking Fariza.
“Tak guna kau perempuan!!! Kau dengan mak kau same je. Menyusahkan aku. Lebih baik kau mati dari dilahirkan. Menyesal aku besarkan kau”. Marah Abdul Halim dan terus menarik rambut Fariza.
Fariza mengerang kesakitan. Airmata Azizah kembali menitis apabila melihat seorang ayah memperlakukan perkara kejam terhadap anak kandungnya sendiri.
“Abang !! jangan buat achik macam ni bang!!!”. Jerit Azizah. Dia cuba menarik tangan suaminya dari terus mengasari anak perempuan mereka.
“Hei ! kau tahu tak? Anak-anak ni semua hanya membebankan aku. Aku rasa lebih baik dorang ni mampus”. Kata Abdul Halim yang seperti sudah hilang kewarasan.
“Apa abang cakap ni? Dia anak kita bang”. Kata Azizah.
“Dia anak kau je bukan aku!!!”. Balas Abdul Halim pula.
“Baba… jangan buat achik macam tu baba”. Rayu Farina pula.
“Ketepi !! nak ! kau ambil duit kau yang sikit ni. Budak ni kalau aku jual , aku boleh dapat lebih dari nak bayar hutang aku”. Kata Abdul Halim yang perangainya sudah serupa bintang.
Semua terkejut. Saat itu, Fariza takut. Airmata sudah mengalir. Sampai hati babanya mahu menjual dirinya? Ayah jenis apa ini?
“Baba… jangan buat macam tu baba”. Halang Farisa pula.
“Kau peduli apa? Korang semua ni bawa malapetaka je dekat aku. Budak ni pun mulut dia boleh tahan. Meh sini aku ajar kau!!!”. Kata Abdul Halim dan terus menampar pipi halus anak gadisnya.
Fariza terjatuh. Airmata diseka.
“Mak.. tolong achik mak..” ratap Fariza.
Abdul Halim sekali lagi menarik rambut Fariza. Lengan Fariza digenggam kuat.

“Tadi kau tunjuk hebat sangat kan? Sekarang kita tengok siapa lagi hebat? Jom.. kau ikut aku. Kau ni boleh bagi untung banyak dekat aku”. Ujar Abdul Halim dengan tawa iblisnya.

Teaser #5 Bukan Sementara


Kereta mewah dipandu laju menuju ke kampus Farisa. Afiq menuju ke tempat biasa yang selalu Farisa menunggu dirinya. Hatinya lega apabila ternampak kelibat seorang gadis yang sedang duduk menyangkung.
Huh ! nasib baik tak hilang. Kata Afiq dalam hati.
Nasib baik tak hilang? Hey Afiq. Budak tu menunggu kau dari siang tadi macam orang gila, kau cuma fikirkan nasib baik tak hilang? Apa punya manusia lah kau ni.
Kereta diberhentikan betul-betul dihadapan Farisa. Farisa terus berdiri memeluk tubuh. Afiq membuka tingkap.
“Masukla..apa tunggu lagi..”. Marah Afiq.
Farisa mengesat airmata yang jatuh. Macam tu je dia cakap dekat aku? Tak ada minta maaf ke cakap lembut ke, terus dia marah je. Dia ingat aku ni tak ada hati ke?
Aku macam orang gila tunggu dia dari siang tadi, seorang diri macam puntianak dah, dia sampai je boleh cekodok dia je marah aku macam ni?
Dasar lelaki tak ada hati dan perasaan. Marah Farisa dalam hati.
“Kau nak masuk ke tak nak ni? Kalau tak nak.. aku jalan dulu”. Afiq bersuara lagi.
Tanpa berkata apa-apa, Farisa terus membuka pintu kereta. Tapi bukan pintu depan, sebaliknya pintu belakang. Dia duduk dan hanya mendiamkan diri.
“Eh-eh..macam bos pula nak duduk belakang. Kau duduk depan sekarang”. Arah Afiq sambil memandang kearah Farisa.
Dengan perasaan geram, Farisa keluar dan duduk didepan.
“Ha..macam tu la. Asal kau tak balik lagi?”. Afiq tidak menggerakkan kereta lagi. Wajah isterinya dipandang.
Diam.
“Iam asking you. Asal kau tak balik je siang tadi? Asal kau mengada-ngada sangat nak aku yang ambil kau? Kau memang sengaja kan nak susahkan aku?”. Afiq sudah mula membebel.
Farisa masih seperti tadi. Dia hanya memeluk tubuh dan tidak bersuara.

“Kau dengar tak aku cakap ni?”. Afiq naik berang.

Teaser #4 Bukan Sementara



“Alasan je semua tu, ye la, ye la, I cakap sekarang”. Azura mula beralah apabila dia merasakan perkara yang dia ingin katakan ini sangatlah penting”.
“Apa dia?”. Soal Afiq tidak sabar.
Azura menarik nafas panjang. Rasa berat dan kecut perut dengan apa yang ingin dia luahkan sebentar lagi. Terasa seperti urat dan tali usus dalam perut ditarik-tarik.
“Macam ni, I nak tanya you sayang I tak?”.
“Soalan apa ni Zura, mestilah I sayang”
“Besar mana cinta you untuk I ? You sanggup tak berkorban untuk I ?” soal Azura lagi dengan penuh berhati-hati.
Afiq menarik nafas panjang. Wajah cantik Azura ditenung penuh kasih sayang sedalam lautan China. Ish ! hiperbola je lebih ni. Tangan Azura dielus-elus lembut. Cinta kasih rindu sayang semuanya bercampur menjadi satu.
“I rasa nak tangguhkan our wedding”. Kata Azura satu persatu.
“What?”. Soal Afiq dengan suara yang tidak sengaja ditinggikan. Matanya membulat sebesar bola golf, sekali lagi hiperbola betul ayat ni. Afiq benar-benar terkejut.

Eish ! kenapa pula nak batalkan ni? Bukan Azura ke perempuan yang beria-ria nak nak kahwin cepat? Tak takut ke kalau batalkan nanti tak dapat harta. Melepas nanti. Ke Azura ada agenda lain? Macam mana tu?

Teaser #3 Bukan Sementara


Teaser #3 ( Bukan Sementara )

“Ouh minta maaf. Boleh kau lakonkan balik macam mana kau minta maaf dekat aku tadi?”.
Afiq memegang rambutnya yang terpacak itu. Afiq menelan air liur. Geram hatinya melihat sikap perempuan yang macam ratu rimba je ni. Nak mengamuk tak tentu pasal. Ni mesti baru lepas clash dengan boyfriend ni.
“Tak memasal aku nak lakonkan balik. Tak kuasa aku”. Balas Afiq dengan jelingan maut dihadiahkan sekali pada Farisa.
Apa? Ingat aku takut dengan jelingan kau? Mata dah sepet, tajam mana je kau boleh jeling aku? Lain la mata aku yang bundar dan cantik ni, memang mati la kau kalau kena jeling dengan aku.
“Baik, kau tak nak minta maaf kan. Tak apa, aku pun tak mati tanpa ucapan maaf kau tu. Tapi yang aku nak sekarang adalah lima ringgit”. Farisa menghulurkan tangan seraya habis mengucapkan ayat tersebut.
Dahi Afiq sedikit berkerut. Apa hal pula minah ni nak duit lima ringgit dari aku?
“Apasal?”. Tanya Afiq pelik.
“Kau tu kan dah macam bagus tak nak minta maaf dekat aku. Okay, itu aku malas nak fikir. Tapi kau tetap kena ganti cool blog aku yang kau jatuhkan tadi”. Jawab Farisa.
“Apasal pula aku? Kau yang tak pandang jalan”.
“Kau tu yang buta”.
“Aku ni celik lagi, aku nampak muka kau asyik sangat sedut air tu , sampai tak nampak aku nak jalan. Yang salah tu kau, bukan aku”. Afiq masih tidak mahu mengalah.
Aku pula disalahkan? Suka hati laki tiri mak kau je eh. Ada yang kena pelangkung ni karang. Dia yang lari tak cukup tanah tak pandang kanan kiri, kita pula disalahkan.
“Lantak la, kau yang salah”.
“Aku tak nak ganti”. Afiq meneruskan langkahnya. Namun langkahnya mati apabila Farisa berdiri betul-betul dihadapannya. Geram betul Afiq melihat. Rasa macam nak sepok je muka perempuan ni.
“Aku akan ikut kau selagi kau tak ganti”. Kata Farisa.
“Tepi la..”. afiq menolak tubuh kecil Farisa. Farisa terdorong sedikit ke tepi.
Farisa sakit hati dan geram. Dia tak kira , hutang harus dituntut hatta dia terpaksa bergadai nyawa sekali pun. Amboi, macam tu sekali tekadnya Farisa. Ala, aca-aca je tu.
“Weh ! tunggu , ganti balik la”. Suara Farisa sudah seakan merengek.
Rimas Afiq mendengarnya.
“Tak nak la”. Langkah diatur dengan laju. Farisa tidak berputus asa. Pantas langkah Afiq dikejar. Dapat sahaja hujung baju Afiq , Farisa terus menarik dengan sekuat hati agar Afiq mati disitu.
Zraaappp. Elok sahaja Farisa menarik baju Afiq, terdengar satu bunyi seperti sehelai kain dikoyakkan. Farisa menelan air liur. Alamak baju dia koyak ke? Mampus aku. Fikir Farisa. Apa la nasibnya lepas ni.
Adakah lelaki itu akan campak dia dari dari escalator ni? Atau lelaki ini akan pijak perutnya sampai keluar tahi hijau. Atau lelaki ini akan menarik-narik rambutnya macam orang perempuan rebutkan lelaki. Aduh , macam-macam Farisa fikirkan.
Afiq merengus geram. Sakit hatinya bila melihat butang bajunya sudah tercabut, kemudian, bahagian bawah butang yang tercabut tu, kainnya sudah terkoyak sedikit.
Afiq membetul-betulkan baju t-shirt yang dipakainya. Dia memusingkan badan. Wajah Farisa dipandang kecil je. Rasa macam nak telan masa tu juga. Ish , macam drakula la pulak.

Farisa perasan , muka Afiq sudah merah menahan marah. Farisa memukul perlahan kepalanya. Apa la kau ni Farisa, elok-elok boleh dapat ganti cool blog tu, ni kau pula kena gantikan baju dia pulak. Farisa menyalahkan diri sendiri.

Teaser #2 Bukan Sementara


Teaser #1 ( Bukan Sementara )

“Amboi… busy apa nya?”. Soal Farah.
“Ada la sikit. Result dah keluar belum?”. Soal Farisa mula rasa debar semula.
“Pengetua baru je sampai. Kejap lagi kang cikgu panggil la tu. Eh , ni siapa? Pakcik kau ken ni? Amboi ! handsomenya pakcik kau”. Puji Farah.
Afiq terkejut. Pak cik dia kata aku? Muka aku punya la handsome kacak muda bergetah macam ni , dia boleh cakap aku ni pak cik si memerang ni? Boleh tahan juga mulut kawan minah kerek ni. Kata Afiq dalam hati.
“Saya…..”. kata-kata Afiq mati apabila Farisa mencelah.
“Ha… Farah .. ni bakal suami aku ni. Alang-alang ni aku nak jemput kau sekali la datang ke majlis perkahwinan kami. Kau tak baik tau cakap pakcik aku. Dia kan handsome kacak lagi. Ada pula kau bagi dia pak cik”. Kata Farisa dengan sengaja wajahnya diceriakan.
Afiq terkejut. Geram dihati mula bertandang. Bukankah tadi dia sudah memberi amaran pada Farisa agar tidak memperkenalkan dirinya sebagai bakal suaminya. Malah , jangan dijemput kawan-kawannya. Nampaknya Farisa melampau.
“Ha? Bakal suami?”. Soal Farah terkejut.
Farisa tersenyum meleret. Dia merapati tubuhnya dengan Afiq. Sengaja dia menyendengn untuk menyakitkan hati Afiq.
“Iye , kau tahu kitorang kenal masa dekat kedai yang aku kerja la. Ada ke patut dia beli tudung dekat kedai yang aku jaga tu lepas tu dia hadiahkan dekat aku balik.
Tapi pengecut pula tu. Bukan nak bagi sendiri, dia suruh orang lain yang bagi kan. Lepas tu kau tahu , selepas seminggu tu , dia nak takel aku lagi , aku jual mahal. Dia ajak aku makan la. Dia belikan aku bunga hari-hari tau sebab nak suruh aku suka dekat dia. Tapi aku buat tak tahu je.
Ada sekali tu sampai dia kena halau dengan bos aku sebab dia duduk je dekat kedai kami sebab dia nak usha aku. Kalau suka cakap la depan-depan. Ini setakat hantar bunga. Sampailah satu hari tu dia ajak aku kahwin , baru lah aku setuju.
Sebab masa tu pun aku dah syok dekat dia. Yelah.. kau tengok la buah hati aku ni kan handsome. Siapa tak suka kan. Aku nak je dekat dia, tapi kena la jual mahal dulu.
Bila dah tengok keikhlasan dan kejujuran dia, barulah aku terima dia. Bukan senang tau aku nak terima dia. Dia kira beruntung la sebab aku terima dia”. Kata Farisa mula memainkan peranannya membuat cerita bohong.
Farah tergelak besar mendengar cerita Farisa. Sementara Afiq sudah merah mukanya kerana menahan marah. Farisa pula malu-malu kucing kononnya. Memang berapi je Afiq tengok muka minah kemetot ni.
“Wah !! untungnya kau.. tak cakap dengan aku pun nak kahwin. Bila majlisnya?”. Soal Farah.
“Esok akad nikah”.
“Ha? Kau betul-betul ni?”. Soal Farah tidak percaya.
“Kau tengok muka aku ada tercalit sebarang penipuan ke? Ni haaa.. tengok jari aku dah merah tau”. Farisa menayangkan jarinya yang sudah diinaikan.
“Wah… bestnyaaa… dah la dapat lelaki handsome. Bestnya kau dapat kahwin.”
“Mestilah aku untung.. bakal suami aku ni pun kaya tau. Aku rasa la kan lepas kahwin ni mesti dia tak bagi aku kerja. Ye la, duit dia kan banyak. Siapa lagi nak habiskan kalau bukan aku kan?”. Farisa menyimbah minyak pada hati Afiq yang sudah terbakar dengan lakonan Farisa.
Farisa memandang wajah Afiq yang sudah kemerahan menahan marah itu. Dia mengangkat kening. Afiq pula menjeling. Kau siap kau Farisa.. kau tunggu kau. Kat sini kau tunjuk hebat. Kau tunggu nanti Farisa. Kau tunggu.
“Ha ha.. untungnya kau beb.. okay , esok aku datang. Tapi nanti bagi la alamat ye”. Kata Farah.
Farisa mengangguk. Padan muka kau mamat poyo.

Farisa melangkah masuk lagi ke dalam bangunan sekolah. Kemudiaan , dia ternampak ada papan tanda, Farisa terus menarik tangan Afiq mengikutinya.

Teaser #1 Bukan Sementara

Assalamualaikum,

Bismillah, Akhirnya hari ni publisher dah PM suruh promote and buat teaser pasal novel aku yang bakal diterbitkan tak lama lagi.

Actually, banyak juga halangan yang aku lalui, bertahun bukan berbulan.

Aku just harap penantian nak jadi penulis sudah berakhir disini. Biarlah impianku terlaksana dan tercapai. Harap korang akan support aku key. Harappp la ~






Teaser #1 '(Bukan Sementara)

Benarlah kata orang. Kalau satu perasaan yang kita luahkan itu datang dari hati kita yang ikhlas, kita akan menangis. Menangis kerana berasa lega satu perasaan yang lama dipendam dapat diluahkan.
“Farisa..kenapa jadi macam ni? Jangan utamakan orang yang menjadikan kau pilihan. Tolonglah Farisa”. Yani menggoncangkan tubuh Farisa.
“Salah ke kalau aku nak cinta dan sayang suami aku sendiri? Salah ke Yani? Bukan memang kewajiban aku ke nak sayang dia?”. Soal Farisa semula.
“Tak salah..memang tak salah. tapi yang salahnya diri kau. Kau tahu kan apa akibatnya kalau kau suka kat dia? Kau tahu kan?”. Tepat bola mata Yani memandang teman baiknya itu.
Farisa mengesat airmata yang mengalir.
“Aku pun tak nak macam ni. Tapi kau tak kan faham hidup berumah tangga ni. Kau tak kan faham. Apa perasaan seorang perempuan bila dirinya diijab kabulkan dengan seorang lelaki.

Kau tak pernah rasa semua tu. Sebab tu kau tak kan faham apa yang aku rasa.” Farisa memegang dadanya. Sakit ! sakit sangat.