Our trip to Langkawi

Hallo assalamualaikum,
Selamat petang semua orang,
Alhamdulillah, sekarang tak ada mood untuk update pergi China, tapi update pergi Langkawi baru-baru ini. Untuk trip kali ini ke Langkawi kitorang satu family cover tenpat yang tak pernah pergi dulu.


Macam kali pertama datang, tak sempat pergi pulau dan percutian lebih ikut macam pakej. Tak bebas sangat tapi kali ini pergi dengan family and memang waktu fix namun puas. Kali ini banyak main air berbanding mengering. Ah, shoping pun kalah no 2 berbanding air.

So, nak bagi sedikit maklumat.

Tiket Ferry dari Kuala Kedah - Kuala Kuah- Kuala Kedah ( One way RM23 adult/ RM17 child )


Kitorang menginap di Dawn Challet Langkawi.
Harga untuk dua malam bagi challet adalah RM320 tapi deposit RM100 tapi untuk rumah sebijik RM740 bersamaan deposit RM200.

Kitorang amik 5 challet dan juga sebijik rumah.

Okey untuk challet Dawn ni memang okey je, depan chalet ada kolam dan tahap keselesaan dia okey je cuma dia takde room service. Takde orang nak bersihkan bilik bila kita keluar dan paling sakit hati dia punya air kecil nak mati. Memang nak buang air besar tu kena subuh time orang tak ramai baru air dia besar sikit.

So terus je lah kepada jadual kitorang punya perjalanan.

Kitorang dari Kuala Kedah sampai ke Langkawi dalam jam 11 pagi. Sedangkan booking kereta dalam pukul 12 so tunggu jelah. Tak lama pun gedebak gedebuk kejap tu dah naik kereta.

Harga kereta bergantung lah kat korang naik kereta apa.  Biasa Rm150 tu kira harga 3 hari dua malam lah. Kalau nak van mahal lah sikit dalam Rm300 kalau tak silap. Iolls ni tk ambil tahu sangat pasal harga sebab pergi dengan family kan? hehe

Sampai je ke challet budak-budak bantai dah mandi. Sampai yang lemas tu satu cerita. Dia ingat ni main hujan dekat kampung gamaknya. haha macam biasa lah nenek-nenek akan menjerit marah dan kanak-kanak makin riang menerjun kolam. Agituwwww.




Selepas bermandi manda dan kemudiannya bersiap sebab jam 2.30 tu nak pergi ke cabel car. Okey cabel car ni ramai tak naik sebab dulu dorang pernah naik and serik sangat. Tapi aku memang minat benda alah ni semua. So, tetap naik juga.

Dua gendola je lah kitorang yang gerak.

Harga dia takde ala carte heh. Semuanya kombo dan memang diorang untung sangat. Macam kitorang kena harga RM40 untuk 4 tempat. Tapi dia tahu lah kkdang kita malas nak tunggu ada tempat tak best, so burn jelah macam tu. Cis !










Okey untuk hari pertama je memang sampai maghrib juga lah menghadap benda alah ni. So dalam maghrib lepas habis main benda alah ni. Balik untuk bersiap keluar ke Shoping Haji Ismail Group pulak. Bershoping ler ape lagi uolls.

Tapi sayangnya tak sempat nak snap gambar makcik2 iolls rambang mata nampak coklat dan pinggan mangkuk. Yang ada gambar nenek ni je dengan kain batik. Itu pun diambil setelah dipaksa.

Giys, ini je setakat untuk Hari pertama. Memang takde apa-apa aktiviti sebab start tengahari so dah habis masa tu juga. Esok gi pulau! Yeay!

Teunggu next post ya.
Malas nak buat banyak-banyak sebab nanti korang bosan. Ah, bukan korang baca pun.
Byeeeeeeee.
Nantikan gambar dan video dari anak menantu waris ali.
Wuuuuu