Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Trip ke Bandung, Indonesia ( Part 3 )



So ini adalah sambungannya memandangkan i sakit hati dengan paper tadi yang sangat sumpah lah susah nak matik. Disebabkan mood dah terbang melayang jadi I nak update blog je lah sekarang ni sementara menunggu nak buka puasa.

So sambungannya lepas kitorang makan dekat Kampung Daun Pisang, kitorang request nak ke floating market dekat bandung. Tempat dia best dan cantik dan makanan dia pun boleh tahan sedap tapi aku takde lah beli sangat makanannya pun.

Masa dekat awal-awal nak masuk korang akan diberikan air minuman pecuma. Sekali je boleh pilih lah nak yang sejuk ataupun yang panas.

So, kita enjoy sedikit gambar-gambar ya. Buat yang bertanya; Saya bukan pergi sendiri ya tapi pakej TONY BANDUNG TRANSPORT BANDUNG sebab saya bawak mak ayah saya. Cuma kalau pergi dengan kawan-kawan kitorang akan uruskan sendiri.

So, hereeeee..



Sebelum nak round dekat dalam ni, korang boleh lepak dulu kat depan ni menikmmati secawan minuman yang diberikan secara percuma. Masa ni memang panas gila-gila lah. Depan tasik tu korang boleh lah nak main kayak ataupun kayak kaki tu. Harga not sure tapi family aku ada je yang naik.


Sooooo floating marketnya terus ke kanan ya pak. Jangan pergi ke tempat lain pula ya. Jauh juga nak berjalan bergerak kesana ya uolls.





Masa ni 2 tahun yang lalu tengah fames pisang cheese. Tapi percayalah yang pisang cheese dia memang kebabommm sedap nak matiik. Cara dorang jual kena tukar duit kepada token taw kat tempat tu bukan bayar pakai cash. Tapi tak sure lah sekarang masih macam tu ke tak. Ni kisah 2015 yang baru sekarang terasa nak update.




Kat dalam ni juga ada taman arnab. Tapi tak silap aku nak masuk ke dalam tu kena bayar lah tapi disebbakan aku jenis tak minat haiwan2 ni just tengok je lah dari luar. Tapi memang banyak and comel-comel bagi peminat haiwan. 


Jangan pertikaikan yang kenapa banyak sangat gambar aku dalam ni sebab orang yang tukang amik gambar ni masa tu katanya tudung dia buruk so dia just nak tukang amik je taknak duk dalam gambar.  Kat atas ni muka orang yg amikkan gambar.


Okay yang ni pulak gambar familyy iolls depan pintu masuk floating market. 

Lepas benda ni kitorang pergi ke kedai-kedai kain yang murah daaaann cantik. Bayangkan korang boleh dapat telekung siti khadijah dengan harga RM70 sedangkan masa tu harga kat malaysia RM200 kot. Wow !



Ini situasi normal yang dilalui oleh bapa-bapaa ya. 



Siap duduk bersila lagi kau rasa ? Memang lama dan banyak pilihan lah sampai rambang mata dan botak kepala dibuatnya. Alahaiii ~

Kat sini kalau korang nak siap buat baju pon boleh. Kiranya beli kain then dia terus ukur badan dan siap jahit sebab sulam dia sulit juga la tailor sini nak buat. So bila dia buatkan, senang je lah tadan badan je. Lepas tu dia boleh siapkan dalam masa 1 hari je dan hantar terus ke bilik korang. 

Kau rasa? Apa lagi yang tak nikmat? HAHA


So , masa ni dah penat shoping kain sampai x boleh nak pegang sebab berat. Jadi ni amik gamabr kat depan rumah kain tu. Memang dorang punya layanan pon baik sangat. Nanti aku kawen memang nak cari barang kat sini lah. Gituwwwww padahal jodoh pon takde.

Malam tu kitorang jalan-jalan juga kat tempat-tempat kedai yang jual seluar baju apa semua. Kat situ boleh lahhh korang nak membeli belah tu. 

Trip ke Bandung, Indonesia ( Part 2 )

Lama betul ya sampai aku pun dah lupa nak update pebenda dekat trip ke bandung ni. Tak mengharap sangat pun orang baca sebab apa benda yang aku tulis dekat blog ni sekadar bacaan peribadi untuk masa hadapan. Lebih kurang diary ringkas umum boleh dibaca umum.

So, kalau ada yang baca, bagus lah takde aku syok sendiri sangat.

Hari kedua-

So pagi tu selepas serapan pagi dekat hotel dan kitorang gerak. Baiklah, apa yang aku boleh share disini adalah hotel yang disediakan oleh pihak agensi pelancongan.

Hotel yang disediakan kepada kami adalah TEBU HOTEL. Hotel ni 3 bintang tapi bagi aku dah cukup bagus dan sangat selesa. Tak ada apa-apa yang cacat sangat cuma tandas dia jenis berkaca so agak seksi sikit. Tapi bukan lah kaca yang telus terus nampak. Dia kabur namun masih nampak warna kulit kita. Tapi dia ada balut warna lain, so tak lah nampak seratus peratus. Ah, takde lah nampak sangat pon.

Bilik dia sangat bersih dan cantik bagi pandangan peribadi aku.
Include breakfast dan makanan dia pada pandangan aku sangat sedap. Kira, nak cerita dekat sini, boleh masuk tekak aku. Tak ada lah aku tertekan sebab bayar include breakfast tapi tak sedap kan?

So, Alhamdulillah sangat kenyang dan puas hati.

Link : http://www.booking.com/hotel/id/tebu-bandung.en-gb.html?aid=311984;label=tebu-bandung-IG2zYlAm5BD1ZYD04Fw6PwS162165410082%3Apl%3Ata%3Ap1%3Ap2%3Aac%3Aap1t2%3Aneg%3Afi%3Atikwd-106856861061%3Alp1010274%3Ali%3Adec%3Adm;sid=e9d4df95875b5417548715875e1753ac;dest_id=-2671576;dest_type=city;dist=0;hpos=1;room1=A%2CA;sb_price_type=total;srfid=0f1e2566acf7c132340e5bb99b51f917f839dbcfX1;type=total;ucfs=1&

So, destinasi pertama kami adalah Gunung Tangkuban Perahu. Akan tetapi sebelum bergerak ke destinasi utama, pak supir membawa kami ke kebun Strawberry dan tea park dulu. actually dekat situ tak buat apa-apa pun. Just urut-urut dan membeli barang yang ada strawberry. Ada lah orang tawar naik kuda kejadah apa semua. Kalau nak naik, boleh je harga dia takde lah mahal sangat.

So dengan itu, iolls akan senaraikan semua tempat yang kitorang pergi untuk hari kedua ni. Diikuti dnegan gambar-gambar yang korang boleh tengok dekat bawah ni ;

- Gunung Tangkuban Perahu
- Kebun Strawberry & Tea Park
- Lunch di Kampung Daun Restaurant
- Floating Market Bandung
- Membeli belah di Jalan Dago , beli kain pasang dan lain-lain. ( kat sini yang lamanya )



Ni masa kita mula-mula sampai strawberyy farm. Tapi tak ramai orang sangat pon dan kitorang tak masuk pon just lepak-lepak je kat laur tu sebab kat cameron highland pon adoi.


Kalau nak berurut boleh lah murah-murah je harga dia tapi sumpah aku tak ingat sebab ni 2 tahun yang lalu punya cerita. Kikiki















Kalau tak kena goda beli dengan abangabang sado ni tak bererit la kita ke tangkuban ni ya. Baca la seribu blog pon nasihat kebalkan hati sbb dorang jual mahal. Tapi percayalah korang mesti akan beli gak. Mudah terpedaya macam aku! HAHAHA



Nia antara kitorang yang pergi. makcik-makcik aku je ni semua.

Okay lepas tu kau dah jalan-jalan , lemak dah dibakor mesti lah terasa lapar kan. Memang lapar nak mati tahap nak pengsan lima belas kali. Aiish, request dekat driver nak makan dekat Kampung Daun yang viral masa tu. So dapat lah merasa makan kat sane.



Soryy lah zaman ni aku rasa pos aku yang ni paling stylo. HAHA padahal aku tgk balik kejadah haram apa yang aku buat ni. HAHA.





Yang ikan kaloi ni sedap gila weyyyy!





Jangan lupa try benda ni juga nama dia telur kerak memang sangat sedap!



So buat masa ni berhenti setakat ni dulu sebab esok ada paper nak exam. Tak boleh nak update banyak-banyak nanti otak asyik nak fokus dekat blog je. Ada lagi sambungan untuk hari kedua ni selepas makan tengahari so harap2nya ada yang sudi baca ye.

Boleh tinggalkan komen atau email untuk sebarang pertanyaan ; aliaaliahmad.3003@gmail.com

Trip ke Bandung, Indonesia ( Part 1 )

BANDUNG PART 2
BANDUNG PART 3
HONG KONG PART 2
MESIR PART 2
TURKEY PART 1


Bismillah

Alhamdulillah x99

Entry hong kong dengan sabah tergantung kejap. Sebab nak bagi laluan pada entry pergi ke Bandung, Indonesia. Yeayy! Pergi bandung tahun lepas punya cerita tapi gambar hilang so ni baru jumpa balik sebab tu update. Weolls pergi masa tu bulan 11 and sejuk mujur tak hujan. Sekali je hujan tu pun renyai.

Sepanjang ke Bandung ni tak buat sendiri. Semuanya gunakan khidmat pemandu pelancung. Alhamdulillah godek-godek dekat blog orang lain jumpa pulak Pak Tony punya pakej.

Contact Pak Tony


MBTS Mutiara Bandung Transport Solution
https://www.facebook.com/MBTS-Holidays-Mutiara-Bandung-Tour-Transport-Solution-holidays-1493366850890933/

+62 858-6137-8328
tonytransportbandung@gmail.com

Pakej Pak Tony ni kebanyakkannya adalah free and easy. Kitorang punya pakej adalah free and easy untuk 11 orang. So satu kepala kena bayar RM 159 satu kepala 

Jangan risau sebab Pak Tony ini adalah orang islam and memang pekerja dia pun orang-orang islam. Paling best adalah tak perlu bayar deposit ke apa ke , bayar last masa hari terakhir tu masa korang dah naik flight. Servis dorang yang terakhir then korang boleh lah bayar and bagi tips dekat pemandunya. 

Iyalaaa kalau servisnya tiptop korang boleh lah bagi lebih. Kalau hampeh korang bagi lahh celah gigi jer. Tapi alhamdulillah kitorang punya pak supir memang best sangat. So aku rekemen Supir Ridwan dia muda je tapi dia kelakar. Dia buat lawak yang krik-krik tapi mesti last2 korang akan gelak.

Tapi sayang pulak hari terakhir Ridwan takde sebab dia ada keje lain so ganti dengan pak Agus. Pak Agus ni pun baik sangat. Dia banyak cakap and peramah. Pokok kata supir yang kitorang dapat semuanya baik-baik belaka.

Terus kepada intipati.


Flight kitorang masa tu beli dalam Rm200 lebih kurang macam tu. Iolls tak ingat sangat lah sebab dah berbulan kans. Kitorang gerak memula Jam 1 lepas tu diawalkan jam 12. Naik Malindo. Yuhuuu! And berlaku lah adegan lari melari sebab masa tu dah nak berlepas That moment masa tu ada lagi 20 minit . Mujur dorang call iolls nak pastikan weolls pergi ataupun tak.


Weolls just eksited giler sampai lepas pagar je bergambar.


Alhamdulillah berlepas dan selamat sampai di Bandung, Indonesia. Family iolls happy giler. Iolls pun happy sangat lah. Tengok turun2 je terus bergambar sampai ke tegur dengan staf dorang tu. ish!



Okay kalau korang dah turun sampai ke negara orang. Biasanya memang korang akan kena isi satu kad untuk kemasukan negara asing kan. So masa ni kitorang eksited kot isi setiap orang borang. Nasib ada cowok ganteng datang dekat kitorang and bagitahu 1 family just satu kad sahaja. So tak payah pening2 nak isi banyak-banyak. Masa korang turun flight memang kena jalan kaki nak keterminal dia. Kira macam dekat aiport subang ah.

So kita mulakan..

Kitorang memang nak tunggu beg agak senak sikit. Ramai orang and tempat dia tak sistematik sangat. Kata orang ala-ala ada jer lah.

Masa kitorang keluar je 2 minit kemudian pak supir kitorang datang iaitu Ridwan. Orangnya muda dan pemalu lo.. Biasa aja aku ejas kan kalau korang nak. HAHA. gurau.


So sepanjang korang nak anik van ( sebab kitorang 11 orang guna van besar) . Jangan risau van dia besar and selesa sangat. Kalau korang 11 dia akan bawak van yang muat 15.

Sepanjangn jalan nak menuju ke van, ada lah sorang mamat ni nak jual kat kitorang simkad internet traveller. Dasar kami menipu kami ya. Harga dia 50 000 rupiah. Dia kata guna internet for 1 week. So kitorang amik sampai 6 kot. RUpanya kena tipu. Tak sampai sehari habis dah internetnya. Taik!


Ni muka dia ahhh. Ishhh! Muka kemain ganteng yang amat tapiii perangaiii! Ish! Tapi orang kata biasalah kat indonesia kena tipu ni so tahap redha jelahh korang yer semua. Halalkan jerlaaa

Lepas tu supir akan tanya kitorang samada nak makan, nak balik hotel or nak terus jalan-jalan. Ish! Kalau tak makan mcm mana nak jalan? Kalau dah makan pun tak rehat cane nak jalan. Opkos lah wealls pilih makan then balik hotel baru keluar berjalan.

Dorang tanya kitorang nak makan apa?
We want to try nasi padang!



Kedai makan nama tempat dia pun dah lupaaa lah kawe. Aku ni masa tu fikir nak makan jer dah tak heran dah nama tempat. Tapi jangan risau dorang akan bawak makan ke tempat yang korang selesa and yakin dengan kebersihannya. Tempat ni bersih and lalu lah nak makan.

Kat luar kedai makan ni pun ramai orang akan datang jual bermacam jenis keychain. Kalau niat nak membantu boleh jer beli tapi percayalah satu orang kau beli, berduyun lepas tu datang offer kat kau sampai kau dah tutup pintu pun dia akan offer. Scene atas keretapi hindustan sangat.

So next destination adalah HOTEL!!! OMG! Heaven sangat!

Kitorang ditempat di hotel TEBU. Bagi aku hotel ni okay sangat lah hai! Apa yang tak okay nya. Bersih kemas selesa and luas and cantikkk okay lah nak buat tidur. Terlebih selesa sangat walaupun bukan 5 bintang.

Gambar aku amik ni nampak buruk sikit sebab lighting tapi yang sebenar-benar okay snagta. Sangat recommend kan korang stay sini. But toilet dia aishhh! Cerminnn sangat!!! HAHA tapi jangan risau yang cermin atas dan bawah jer... tengah-tengah tu berkabur sikit so tak lah nampak sangat.

Boleh cek kat sini :

http://tebuhotels.com/

Harga dia satu bilik pun murah and makanan dia sedap sangat lagi-lagi keaw teaw. But Banyak makanan takde. Contoh takde coco crunch takde nasi takde pilihan air yang banyak. So dari segi breakfast ni aku takleh nak bagi bintang banyak sangat tapi kebersihan semua okay.

Then lepas dah rehat-rehat luruskan pinggang semua. Kitorang call supir suruh datang bawak jalan-jalan area-area dekat sini jerk.


Kalau kat  sini masa mula-mula masuk macam tak berminat sangat. Tapi lepas tu baru best. Aku beli lah juga sweatshirt sehelai kat sini. Murah jer lebih kurang 20 RM tapi best sangat kualiti dia.


KAt sini masuk-masuk sekali kedai tutup, Bergambar ajelaaaa HAHA. Nama tempat ni STAMP and ada je kedai buka tapi tak berminat. Kat situ ada TOKO TAS ( beg tangan) banyak sangat. Murah-murah tapi enjin baru nak start so tak banyak shoping sangat.HAHA

So lepas tu dah nak malam masa tu dah maghrib kitorang balik and berhenti makan malam then lepas tu balik tidur sebab weolls penat yooo!

Esok lain!

So entry ni berhenti takat ni sebab entry first ni lebih kepada info jerk. Nak promote pak supir yang best dan murah sangat,

Entry seterusnya nanti-nanti lahh yerk. Iolls dah mengantuk sangat so iolls nak tidur dulu.