Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Review Hanbing Korean Dessert Cafe

Bismillah

Alhamdulillahx99


Kali ni kali kedua makan dekat Hanbing Korean Dessert Cafe. Memula dengar-dengar kawan ajak je lepas tu iolls pergi sendiri ahh

Kali pertama sebab kawan ajak.

Okay disebabkan masa kali pertama datang tu kitorang datang malam so memang takde offer yang set murah sikit tu.

Kitorang amik set RM88 termasuk ramen apa ntah namanya sekali dengan nasi nya. Aku memang bab nama makanan fail sikit cuba bagi gambar makanan, memang menang ah.



Okay ni setnya. Korang akan dapat mende alah ni kat atas ni sekali dengan satu kuali nasi goreng-goreng dia sebab aku taktahu nama dia. Sedapp gak ah. Makan untuk 4 orang tapi tipuuu tak cukup pun. 2 orang okayy ah.

Then korang akan dapat standard size untuk ice snow ni. Dapat 2 lah benda alah ni. Sumpah memang sedap gila tahap nak pengsan nak menangis banyak kali masa dapat rasa benda alah ni. Sumpah sedappp sangat.



Satu perisa Maggo dengan satu lagi blueberry cheese. Ya rabbi dua-dua sedap korang tak kan menyesal kalau tryyy. Mesti akan menjerit kesukaan.  Kalau beli asing-asing satu benda alah ni RM24.


Okay tu set lain.

Tadi aku pergi sekali lagi, disebabkan kali ni pergi before jam 8 malam so ada lah set yang murah-murah sikit.


Okay pinggan yang ada nasi tu kawan aku yang order tapi aku tak tahu namanya apa. Yang aku ingat ada perkataan beef je. Muahahaha. Dia amik set tu sekali dapat ice snow maggo dengan tea korea ah. Tea korea tu rasa dia macam tea bunga sikit. Harganya RM28



Ni aku punya pulak aku amik yang maggie-magiie tu dengan spicy chiken then dapat ice snow cheese blueberry (+RM2)  dengan tea korea tu. Harga RM32

Sedap !

Serius semua makanan sedap. Aku ni tak minat makanan luar tau. Tapi kalau aku kata sedap tu memang sedap lah sebab memang sedap. Kalau taknak makan benda lain makan ice snow je pun dah pengsan limapuluh kali bangun balik still nak ice snow dia . Over tak ? HAHa

Korang patut try bagi siapa yang tak pernah try.

Takpe datang makan dessert dia je pun dah okay ah.

Details :

https://www.facebook.com/hanbingmy/?fref=ts
Buka : 12 teghari -12 malam
Alamat :  33 Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala lumpur ( sebaris dengan Dip n Dip )
no tel : 03-2202 0238



Asam pedas sedap versi melaka di KL

Bismillah,

Alhamdulillah tadi berakhirnya paper yang pertama dengan rasa sedikit hampa kerana soalannya agak susahlah jugak. Soalan senang adalah soalan teerakhir jer.

Sebelum exam perut aku memang  jamah apa-apa and mula lah aku dah lapar nak-nak aku gi teroka gambar makanan and tiba-tiba hati terdetik perkataan asam pedas.

Terus aku google kedai asam pedas yang sedap dekat area KL ni,

and hasil jumpanya adalah

ASAM PEDAS MELAKA dekat setiawangsa.

Details

http://asampedasbest.blogspot.com/

Restoran ini di Jelatek, Tmn Setiawangsa, KL.
Lokasi berhadapan Pejabat KRU berdekatan Stesen LRT Taman Setiawangsa.
Dibuka jam 11 pagi hingga 11 mlm setiap hari kecuali hari Ahad.
hubungi : 03-425 25 645 atau 012-228 1112


Kalau malas nak drive naik je LRT and betul-betul dekat dengan LRT setiawangsa. Korang turun je LRT setiawangsa terus nampak kedai tu warna putih.




Harganya kalau korang nak ambil satu set ( nasi + ulam + ikan masin + telur masin + asam pedas ( pari , tenggiri , daging ) RM 11

Kira okay la sebab asam pedas dia memang masakan orang melaka. memang sedapp cukup masam cukup pedas. Ha.. masa aku tulis entry pun terliur aku terus. Aih !

Basah keyboard aku terliur padahal baru makan siang tadi.

Dasar !

Tapi serius memang sedap sangat nak-nak jenis aku kalau teringin aku akan pergi cari masa tu juga walaupun duit tinggal kenangan jerk.

Alhamdulillah dapat merasa asam pedas tu.

And terjumpa Elfira Loy lagi. Gambar ? takde pun sebab malas ah nak ambil. Tak caya cuba tanya Elfira ada tak dia jumpa perempuan muslimah ayu soleha tiga orang siang tadi. Mesti ada, dia siap jeling kitorang makan apa. Teringin lah tu !

So kalau nak try asam pedas versi melaka dekat area KL cer try. Memang sedap sangat.