Percutian ke Turkey ( Part 2 )

Alhamdulillah beberapa hari ini dapat ilham untuk teruskan perjalanan menulis blog. Acegituw. Disebabkan dah habis exam dan kita sekarang berada dalam mood raya dan happy-happy makan secara happynya aku akan cerita sebagai koleksi peribadi atau mana tahu boleh bantu siapa-siapa yang bakal ke turkey ke kan?

LINK TURKEY
LINK TURKEY

So pagi tu bangun-bangun je kitorang pergi sarapan. Ya rabbi korang kena bangun awal dalam 7pagi untuk breakfast kalau nak nampak view osem gila. Kalau lewat macam kitorang nampak gayanya mereput lah. Budak lelaki rajin bangun  awal so dorang selalu dapat rakam view terbaik tu.

Selepas breakfast kitorang ada book satu agency ni untuk bawak kitorang round-round sepanjang cappadocia tetapi kitorang amik pakej red line. Kat capp ni dia bahagi kepada 4 line. So korang boleh pilih ikut kemahuan.

Harga ; 90 lira per pax

geen-nevsehir-map1

Melalui gambar ni korang boleh nampak kan kat mana kitorang pergi tapi aku tahu mesti korang tak faham kahakajakah sebab dia tulis bahasa turkey. Dasar betul !

So, aku akan tulis je lah eyy kat bawah ni ( Sebenarnya aku dah lupa nama tempat2 dia tapi main masuk je mana-mana yang ingat. kahkahakaha. ni pun aku google lain. Tapi insyallah betul ni )

  1. Ancient village of Cavusin
  2. Pasabag
  3. Valley Devrent
  4. Love Valley
  5. Pigeon Valley
  6. Rose Valley
  7. Urgup
  8. Buat tembikar 
  9. Batu permata ( tak ingat namanya )
  10. Capp underground cities 
  11. Buat jubin
Trip ni termasuk dengan lunch sekali. Konsepnya adalah buffet dan memang mewah gila makanan dia cumanya sesuai ke dengan tekak belacan cencalok korang tuhhh? 

Jadi saya nak memperkenalkan dulu mutawwif kitorang. Kurlasss kau jah mutawif bagai. Retis sangat bahasa tu.


Haaaa nama dia pon aku tak ingat sebab rasanya dia tak sebut. Ke dia sebut tapi aku ingat dia sedang bercakap bahasa turkey ? Gituw la gamaknya. Tapi dia boleh cakap english cuma gigih lah.

Destinasi pertama adalah;





Destinasi seterusnya,  kami dibawa adalah underground cities. Cadangan aku untuk mana-mana yang sejenis size macam aku ni toksah lah korang pergi sampai bawah sekali. Cuma kalau dah sampai dan nak berbaloi lebih baik masuk dan gi sampai bawah sekali kan?


Cuma masa nak naik balik tu, bawak mengucap banyak-banyak sebelum nafas korang putus ditengah jalan. Ya Allah tangga di jenis curam dan penat kot nak naik balik. Sumpah menyesal aku masuk walaupun harga dia dah include and tak mahal sangat. Cis !


So ini rupeee tiket dia dan sekarang kita dah berada di muka pintu untuk meneruskan perjalanan dan pengembaraan ke zaman purba. Huarghhh sumpah menyesal turun ni sebab sesak nafas weyy.

Untuk itu, aku akan sertakan beberapa keping gambar untuk korang view dan bayangkan keadaan dia. Boleh lah enjoy dulu gambar-gambarnya ya.




Image may contain: 1 person, outdoor and indoor

Baiklah, setelah berat turun 3 kilo meronda sepanjang bangunan bawah tanah ni. Kita kembali bersuka ria dengan salji dibahagian luar plak. sebab memang kat luar tu sangat cantik. Sementar amenunggu ahli yang lain sampai. Padahal rupa-rupanya kitorang paling last sekali sampai kena panggil sebab tak sudah-sudah bergambar. Kemmooonnn seumur hidup sekali kot.


So selepas kitorang dh kena bebel dengan mamat tadi, kitorang naik van dan kita semua akan bergerak menuju ke destinasi abadi. Ceyyy taklah kita akan menuju ke kilang buat jubin kaca tu.

Image may contain: outdoor and text

Apa yang menariknya, dekat tempat buat jubin kaca tu ada awek turkey ni boleh cakap melayu indon. Comel sangat.



Awek yang boleh cakap melayu tu yang tak pakai tudung tu bukan yang sopan berelok jilbab. Yang tu awek malaysia jordan. Kikiki.


Ini dia tunjukkan cara-cara buat jubin dan dia ada tanya soalan. Siapa dapat jawab boleh la dapat jubin tu dengan percuma dan yang dapat adalah kawan kitorang fahmid.




Macam biasa boleh dikatakan kat semua kedai korang akan dapat apple tea secara percuma. Tapi jangan nak demand yang sejuk plak musim2 salji ni. Kahkah.

Dapat gak lah aku beli seketul batu dia. Aku tak ingat lah apa nama batu dia ni tapi memang ori sebab memang kilang dia dan ada warranty card. Kalau dia tipu pun aku idok ler tahu.

Selepas itu kami dibawa ke satu kedai yang menjual perlbagai manisan turkey termasuk kacang dan segala tok nenek kau sebut jelah apa pon memang ada. Lepas tu ada free tester ahh kitorang free tester pon dah kenyang. Ca Aliff but lah lepas tu.

Takkk, kitorang tak sekejam tu macam-macam kitorang beli..



Amboi sheemak meriahnya dia nak merasa mkanan sampai rambang mata. HAHAH. Masa ni lah duk rapat berkenalan dengan budak-budak jordan ni.





Kita berhenti setakat ini sebab penat nak kerah otak bagi ingat kat mana kitorang pergi. Sebab lepas ni kitorang makan dulu secara buffet. Nanti aku akan sambung lagi cerita yang selanjutnya. Byeee uolls

Resepi Maruku ketam

Assalamualaikum..

So harini disebabkan bosan dan hati mendesak untuk update blog. Makanya, petang tadi aku ada buat maruku ketam. Ini antara makana faveret dan wajib ada time raya sebab bapak aku suka and aku pon memang minat gila.

So dengan itu kita start dengan bahan-bahannya dulu okay.Untuk sukatan, terus terang aku katakan yang aku main agak-agak je ikut naluri. Ceeyy naluri tak boleh bla. Sebab aku jenis takkan buat something ikut sukataann

Bahan-bahan : 





  • Tepung Beras 
  • Tepung Jagung ( sunat ) 
  • Daun Kari 
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari 
  • Crab stick
Sooo.. step pertamanya adalah;


Korang kena buka lebbar-lebar ketam tu supaya senang nak hiris bagi kecik-kecik carik macam tu.


Then lepas tu boleh hiris-hiris dia macam tu. Jangan lah buat 1 layer je boleh letak 5 layer untuk cepat. Jangan besar sangat dan jangan halus sangat. Selepas potong halus-halus korang biarkan setengah jam supaya dia kering demi memudahkan masa goreng nanti. 


Selepas tu korang boleh satukan bahan-bahan atas tadi ( tepung beras, tepung jagung, daun kari, serbuk cili dan serbuk kari dalam satu mangkuk dan sebatikannya. Better pakai tangan dari sudi supaya sebati.


So ini lah hasilnya nanti lepas korang dah gaulkan jejari stick scrab dengan tepung yang telah digaulkan sebati.


So masa untuk dimasukkan ke dalam kuali untuk digorengkan. Dia akan kembang jadi macam keropok lepas tu dia akan nipis balik.


Goreng sampai kaler macam ni. Tadaaa dah siap dah maruku ketam. Mungkin ramai dah tahu tapi ini sekadar simpanan peribadi je. Tapi sumpah memang sedap sangat tak puas makan daripada tadi. 

Byeee semua :)

Review Cafe UAK ( Ustaz Abdullah Khairi )

Bismillah,

Alkisahnya kitorang Tahun 3 Jabatan Syariah Undang-Undang Universiti Malaya kena anjurkan satu majlis makan malam untuk meraikan senior tahun 4 yang bakal keluar dari dunia belajar ni. So, dalam pada tu kitorang duk tercari-cari juga kedai yang sesuai untuk dibuat dinner disitu.

Ada 3 kedai kitorang survey area Shah Alam ni.

Almaklumlah Shah Alam adalah syurga makanan selain Bangi syurga shoping untuk wanita-wanita diluar sane. Aca buat ucapan pulak ann.

So lepas dah survey segala bagai akhirnya kami sepakat untuk memilih Cafe UAK sebagai tempat untuk kami adakah majlis makan malam yang bertemakan 'klasik retro'.

Alamat : Waze Cafe UAK Shah Alam ( Insyallah akan jumpa )
No tel019-445 4544
Link fbhttps://web.facebook.com/pages/Cafe-Uak/1038329369626409

Kedainya memang sangat kemas dan lawa. Dia diperbuat daripada kontena dan korang jangan risau tak panas pon dalam tu. Kat situ ada view tol ( haha ) dan juga go kart kat bawah tu. 

Kita mulakan dengan team hiasan ; 






Hiasan ni telah disediakan hasil kerjasama antara pelajar dan pekerja cafe ini sendiri. Yang lukis dekat dinding tu adalah hasil pekerja cafe. Cantik kan ? Kitorang hanya tambah-tambah yang ringkas je.


Masa ni ada sedikit pertikaian antara owner dengan kami atas salah faham. Kitorang 90 orang book semua tempat tapi dia suruh guna separuh je. Tapi dan settle dan berdamai sudah. Peaceee!



Benda alah ni pon dilukis oleh owner dia.  Cantik kan ?




Kat atas tu ada model tak berbayar pulak. Cantikkan dia? Tapi sorry dah berpunya. Kiki. Ni view dekat luar memang lawa boleh feeling2 romantik gituw.


Ini hasil dari team makanan & cenderahati ; 



Bukan nak puji ke apa ke, tapi dadih tu sedap taw buat sendiri oleh gegadis tahun3 ( amani , liyana , aina ) nampak tak effort dorang? Sila la pinang...
Cookies pon sedappp


Ni hadiah cabutan bertuah.. Iolls tak pernah bertuah sepanjang hidup . kahkah







Sejujurnya aku tak ingat apa menu makanan kitorang masa ni sebab aku bukan uruskan bahagian mkanan tapi pengangkutan. Tapi apa yang aku boleh cakap masakan dia memang superb dan sedap nak matik cumaaaa sikit sangat portion dia. Macam tak puas nak makan. 

Tapii.. setelah aku search dalam group, akhirnya ketemu ; 

  • Garlic Bread
  • Home made Mushroom soup
  • Mediterranean rice
  • Grill chicken
  • Sauteed baby potatoes
  • Spegeti aglio 
  • Sago gula melaka
  • Classic Creme Caramel
  • Mixed fruits
  • Ice lemon tea
  • Sirap Rosy
Bayaran untuk buffet ni satu kepala RM25.



 Kasi la chance lah sikit aku nak aca-aca function walaupun benda tu dah elok dah pon. kikiki.

Gambar sekitar sepanjang majlis berlangsung;



Ini kembar tak seemak dan sebapa. Boleh pula pakai sepesan je baju. Cermin mata pon sama tapi pakaian terbaik dimenangi oleh yang baju biru, tahun 4.



Kalau berkenan mana-mana gegirl ni boleh PM. Rasanya major single letops kari ayam.


Senior tahun empat kitorang. Dorang antara yang sporting lah tapi macam mana pon tak boleh lagi lawan senior masa aku tahun 1. Dorang paling best sekali diantar semua senior.


Auchhh! Basket girls. Ni yang bagi goddies dekat tetamu yang hadir. Punya lawa macam ni memang terpesona la tetamu yang ada. Senyuman pon dah manis apatah lagi isi yang ada dalam tu.


Ini meja pensyarah kitorang. Iya, dorang memang cun melecun muda dan baik plus tegas kadang-kadag tapi kitorang sayang kot..


Hmmm kan dah kata makanan dekat kafe UAK ni memang sedap-sedap belaka tahap jilat jari kaki tangan jilat hidung bagai. Tengok budak ni sampai dua pinggan dia amik, belum lagi aku rakam dia tambah makanan lagi. Hmmm


Ini geng penyambut tetamu VVIP. Tanpa dorang terkontang kanting la kitorang padahal kalau takde pon, lagi aman tanpa dorang ni. Heee



Masa ni juga ada lantikan jawatankuasa untuk tahun 2017//2018  So ini lah muka-muka yang bakal menerajui tapuk pemerintahan baru.


Tahun 4 2017


Tahun 2 2017


Tahun 1 2017


Daaaaann kami tahun 3 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar JSU yang sudi hadir ke majlis makan malam untuk meraihkan kepergian tahun 4 buat selamanya. Kahkah. Apa yang kurang harap dihalalkan dan apa yang lebih, rezekiii lah tu.

Semoga tahun depan kita boleh berjumpa lagi..
Love, xoxo

Rate untuk Cafe UAK : 4/5 Memang terbaik !