Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Mendaki ke puncak air terjun gunung ledang

Alhamdulillah minggu lepas, selepas habis Dinner Jabatan Syariah Undang-undang, iolls terus gerak balik melaka.

Yang menariknyaaa ( tak lah menarik sangat sebenarnya, choiii ) Ada Nisa and Aina ikut. Macam biasa Husna dah kerap datang so tak menarik dah. HAHA.

Sabtu gerak pagi tu terus sampai Melaka dalam jam 10 lebih macam tu and tu first time aku rasa aku bawak paling laju sehingga aku hanya perlukan 1 jam sahaja untuk sampai ke Melaka. Terkejut kot sbb mengantuk kot tu pasal aku tak boleh bawak slow.

Toksey dah buat lagi lepas ni. Takut. HAHA.

So hari ahad tu rancangan family, a big family nak gi Sagil dekat Johor tu. Alaaaa tipu la hampa tak tahu yang dekat dengan Gunung Ledang tu.

Nothing special sebenarnya sbb tempat biasa mandi air terjun and berkelah bagai. Tapi yang membuatkan aku nak update sebab ni adalah first time aku mendaki gunung okayyy. Mendaki air terjun sampai ke puncakknyaaaa uolls. FIRST TIME tauuu sebab last pergi masa aku darjah berapa entah tu pun hujan. Sejak tu tak pernah pergi k!

Ketaqqq lutut akak oi! tertinggal punggung kat belakang.

K, tak lawak !

Memang heaven gilaaa la mandi air terjun sebab sejuk walaupun lepas tu akan kena gatal-gatal terutama jenis kulit aku yang agak sensitif yang akan kena gatal2 hampir seminggu kauuu.

Ingatkan akak sedar aku ajak panjat gunung sikit-sikit je rupanyaaa sampai ke puncak and aku 2 kali kot rehat sedangkan yang lain semua dah sampai. Penatt oii nak bawak lemak yang degil ni. Pancit aku dengan akak sepupu aku.

At last, kitorang sampai juga dekat puncak !

Huarghhh ! Tak menyesal daki sebab cantik sangat and nyaman and air dia sangat bersih and lawa gilaaa kot. Siap ada mamat-mamat main gelonsor dekat batu-bata tu. Comeeeyyy je tengok.

Peliknyaaa aku yang mudaa ni bagai nak nangis tobat tak nak naik dah. Tapi ada makcik2 ni atau aku kira tahap nenek kot boleh steadyy je naik tak de muka letih. Cis !

Ini tidak adil !

So gais... Lets enjoy dengan gambars.


Okayyy ni memang air dia jernih sangat sampai korang boleh nampak tangan iolls. Sejuk dia tak payah cakap la cuma lambat nak feel sejuk tu sebab dah berpeluh pecahkan lemak.


Dah sejuk-sejuk praktis nak jadi beruk pulak. Banyaaakk benda boleh buat kenapa harus perkara ini yang dipilih. Sebab bestt




Gambar-gambar ni diambil supaya untuk menampakkan pada airterjun yang deras mengalir. Rasa macam nak lorot je dekat situ tapi belum kahwin lagi.

Plesss la, dosa pun banyak lagi :'(


My girlsfriends. Lobanggg hidungmu tetap menjadi pojaaaan hatiku.


So itu masa kali kedua berhenti sebab pancit. So kita snap gambar dulu. Gais korang kalau stress ke hapee ke boleh datang sini daki sampai puncak lepas tu bertambah lagi stress korang sebab penat menanti puncak dia tak muncul2. 

But at last korang akan " Wow ! lepas stress korang dengan automatik.

Tamat takat sini. Jumpaaa lagi. Harap ada yang baca agar aku tak syok sendiri. HAHA.

But its okayyy boleh tatapan anak cucu nanti. Muachhhooo

Bukan kali pertama dan akhirnya berjaya

Hari ni aku telah berjanji untuk berjumpa atau dating dengan girlfriends aku iaitu Hanan, Mun dan juga Pizah.

Actually ni memberi masa aku pernah cuba mengambil STPM sekerat jalan je.

So we start our journey ( la sangat ) dengan pergi ke Sekolah Sultan Muhammad. Sekolah ni adalah sekolah lelaki sahaja terbaik di Melaka. Nak masuk sini kalau tak ada 5A tak payah simpan perasaan nak apply la kan.

Tapi kat sini sebilangan kecil gegadis hanya 5% sahaja untuk golongan yang nak amik STPM tu. So itu sahaja untuk gegadis . Yang lain memang lelaki sahaja. Just imagine yang 800++ student boys. perempuan hanya 30++ macam tu je. Bukan 300++ ye tapi 30++

Oh ya, nasib baik aku pergi sekolah ni. Kalau aku tak join dorang mungkin sampai bebila aku tak tahu yang my 13years bestfriend(tudung oren) dan berpunya. I mean she already have a boyfriend. Menyampah tak cite kat aku nasib baik aku tak ngajuk

Back to the highlight story.

Lepas jumpa cikgu dorang yang super sporting habis, kitorang pergi makan dekat area situ. Lepas makan kitorang pergi masjid la nak solat dulu sebab dah zohor kans.


 Okay lepas tu kitorang terus bergerak menuju ke main point nya. Kitorang nak main kayak sebenarnya and aku memang tak suka main benda alah ni sampai aku kena paksa dengan tiga gadis ni.


Kita haruslah bergambar dulu sebelum kayak. Nasib baik masa kitorang datang ni cuaca baik punya. Seakan meredhai kami untuk main mende alah ni. Tak majuk atau nangis pun jauh sekali marah.

Ini yang aku nak cerita. Main kayak ni bukan kali pertama. Tak silap aku dah 3 kali kot aku main bende alah ni tapi aku langsung tak pandai main. Setiap kali naik tempat yang aku akan selalu tuju adalah ke tepian tasik. Aku mesti akan menuju kesitu.

Aku tak faham kenapa kesitu adakah kerana angin menolak tubuhku yang begitu ringan sekali. haha.


Masa ni kitorang dah berwelfie tenga-tengah tasik tu. Dasyat kau seriau mak nak. Masa ni aku tak power lagi naik main.

Nak jadikan cerita, kitorang tak sedar kayak kitorang ni dah nak sampai ke satu tempat yang agak bahaya apabila ktorang dah lepasi tahap dia.  Silap-silap boleh terbabas dalam lobang besar. Oh tidak ! Aku belum miliki cinta hati lagi. hehe

Tetiba penjaga tu datang kat kitorang suruh kitorang ketengah sikit. Ayat dia berbunyi macam ni.

"Dik.. Asal awak bergambar sampai tak sedar nak masuk lobang. Kalau awak masuk lobang apa pun tak jadi. Saya tak dapat nak bantu. Tengok lobang belakang awak tu kalau dia sedut awak"

Tiba-tiba tangan aku jadi menggigil bila dia cakap macam tu. Aku jadi sedar akal dan aku baru sedar aku kat tengah tasik n kalau aku jatuh.. Oh tidak ! Aku tak sanggup nak bayangkan. Aku takut.

Serta merta aku terus mengayuh dengan laju sehinggakan aku tak sedar aku mengayuh seorang diri dan meninggalkan orang lain dibelakang. Punya dasyat tahap ketakutan aku tu sampai aku boleh jadi juara kalau ada pertandingan kayak. Aku pun tak sedar sampailah member aku ni tegur.

"Pergh dasyat Alia. Tahap takut kau sampai kau dah maju kedepan. Laju gila"

Baru aku sedar aku dah tinggalkan dorang. So sekarang aku dah faham cara nak main kayak ni macam mana. kayuh kanan kiri untuk maju terus kehadapan. Untuk pusing ke kanan haruslah kayuh sebelah kiri dan begitu sebaliknya.


Muka dah mual kat belakang tu. Amboi gadis tudung pink tu takut terbalik je mende alah tu. Berat badan kau dah la dua kali ganda dari orang depan. haks.

So balik tu kitorang gi makan cendul. Yuhuuu. sedap and go back home.

Taman Botanikal Bersama Mereka

Seharian berjalan dan membuang masa dengan Atiraf . Sempena dia datang ke teratak indahku   . Makanya beliau hendaklah dilayan dengan sebaik mungkin . Bawa Si Atiraf ni berjalan-jalan agar dia tidak bosan duduk Melaka . Hope so la.
Ni mase nie Majlis bertunangan Naziera . Kakak kepada budak comel yang ade depan aku nie . Nazira telah bertunang seawal umur 18 tahun . Bila la turn aku nie ?
Taraa ! nie Atiraf a.k.a Kak cik . Amboi dia same jugak ambil gambar dengan Nurin . Nampak penyayang tak ?
Ini barisan ibu-ibu sedunia . tapi ? bagaimana Anak dara sorang tu tersepit dekat tepi ? bakal kot.
Okay . Masa nie duk masukkan barang dalam beg plastik untuk diberi pada tetamu . Dimana Atiraf ?
Alia- buah hati yang dah lama tak jumpee . Nuha dan akil 
Kami gila kuat perasan . Kak cik tak habis-habis nak melentuk dekat aku . bak kata ummi , kak cik dah macam anak aku dah ! tahulah dia cekeding . HiHi .

Antara yang same ikut kami . Nurul-Alia-Atiraf-Masitah-Izzah-Atul
Tiga dara pingitan . Aqidah-Izzah-Atul.

Ade sedikit gaya bajet dan poyo . Inilah adek sedara aku .
Okay . Ni pulak Naik buggy . Aku drive sendiri taw . jangan tak percaya .
Eksited tak muka mereka semua ?
Amacam ? ade style tak ? same sibuk je dua minah tu nak bergambar sekali .
Walaupun gambar ini agak kabur dan blurr . tapi aku tetap nak masukkan . Sebabnya betapa eksitednya muka kami semua kan ?
Ade gaya model tak ? oh tidak ! terlebih lemak la ! 
Ni naik basikal. Niat hati memang nak naik basikal . tapi tu, tolong tengok tu, I pakai baju kurung la youu
Amboi kak cik . kemain lagi yee Gila kamera kaww ! Ni kalau aida tengok . habis dia bahankan kak cik :)




Pemandangan yang sangat indah . err ,,Panas giler kot .

Manjanya dia tu . Dekat semua orang dia nak meletok 

Setakat disini sahaja . lain kali diupdate lagi yee, aktiviti yang saya dan Atiraf akan lakukan sepanjang seminggu dia menginap dirumah saya .
Gambar terakhir . Err . Apa kisah disebalik gambar ni ? Rxz . Hihi .. Act , aku rindu , sebab tu aku amik gambar dengan motor rxz adek aku :'(