Showing posts with label thailand. Show all posts
Showing posts with label thailand. Show all posts

Trip to Krabi ( Part 2 )

Ya Allah dah berzaman tinggalkan kisah krabi. Kak Aisyah pon entah-entah dah start buat pembayaran PTPTN. muahaha. 

Salam tahun baru guys! 

So iku perancangan harini kite semua akan ke 7 pulau. Pulau apa je? Kena senaraikan ke? Macam malas lah pulak. 

K jap nak google. Lupa dah.

Hmm dah cari 5 minit tapi tak jumpa so malas lah nak letak. Nanti korang pergi Krabi tu, dia bagitahu lah pakej siap pulau apa. Takkan semua benda nak suapkan. Malas betul korang nak usaha sendiri kan? 

Nanti dia akan amik kite kat hotel, then naik bas/ van pergi ke tempat berkumpul. 


Okay guys, ini adalah tour guide kitorang. Dia ni kelakar dan baik. Dulu ingat nama dia sekrang tak ingat lah weh, makan semut banyak sangat bagi nak lupakan kenangan yang menyakitkan tiberr.


Ni masa tengah tunggu boat plus sambil tu bergambar plus dia tgh bagi arahan bla bla. Pensyarah mengajar pun kitorang tak dengar apatah lagi dia bagi arahan. Hmm


So memang reramai ni dah naiklah benda alah ni. Kitorang dapat bahagian bontot best sebab angin and tak bersesak sangat reramai dengan orang lain. Sepanjang ni memang dapat air free je boleh tambah sampai perut kembung air. 

Ada gambar lain, sengaja aku pilih yang sangat intim supaya orang salah faham atas hubungan mereka berdua. wkwkwkw
Alololo tomey tak kakak kite ni? hahaha cermin mata tajam tak menahan. Masa ni first checkpoint eh. Tak ingat pulau apa, ikut suka dia la nak benti pulau mana se.



MASYALLAH cantik kan? Breathtaking sangat viewnya. 

Ni pulau seterusnya  kot....


Then lepas tempat ni dah tengahari kitorang pergi ke tempat lain. Tak tahu juga apa namanya sebab dah lupa tapi untuk makan dan solat dll apa sahaja yang anda nak buat. 








JUST NAK TUNJUK KAT KORANG BETAPA CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH. PULAU NI SEMUANYA CANTIK MASYALLAH. MUST GO K!

So ni masa last check point snorkling. Tak silap ada 2 tempat je boleh snorkling, kitorang paling lama sekali nak naik tu sampai dah hujan. 


 Malam tu main kolam pulak. HAHAH tak cukup dengan kebasahan di pulau. Malam tu jugak kak aisyah and wardah demam. K smabung nanti lah penat nak nulis untuk hari ketiga nye aktiviti.

Malam tu i keluar berdua dengan sayang cari makanan sebab kak esah dan wardah dah tewas ke katil. hahaha

Trip to Krabi ( Part 1)

Perancangan dalam 3 minggu hanya disebabkan pergi Midvalley try cermin mata hitam dengan topi pantai. Terus berangan nak pergi Krabi. Dan tak sangka perancangan tiba-tiba itu akhirnya menjadi. Ya Allah, tak sangka sangat.

Lagi tiga mingu nak pergi ad promo plak pergi krabi dalam 120 RM, so terus rembat ah. Jadi bergerak la kami pagi tapi I tak ingat jam berapa. Yang pasti wealls naik grab / kwn hantar pergi ke KL sentral and amik bas ke KLIA2.




So albermula lah kisah kami tu. Kalau nak pergi Krabi ni takde benda penting sangat nak ingatkan. Kalau ada, korang fikir lah sendiri malas nak ingat balik dah lama trip ni.  Tahun lepas bulan 9 kau rasa?

Kami pergi empat orang. Masa ni pagi-pagi dalam jam 6 pagi tak silap. Muka pun sembap lagi masa ni. kuang kuang.

Lepas dah check in so berlepas lah kami ke krabi. Sampai awal juga lah dalam 11 mcm tuh. Dari aiport ke hotel dalam kol 12 smpa. Dr KL kitorang ada request untuk check in awal tp sebabkan tu bilik family tak banyak so terpaksa tunggu orang sebelum keluar dari bilik tu.




Masa niWardah dan Kak Aisyah baru sampai kitorang naik flight yang berbesza sebab masa ni gaduh haha takde la gurau je. 


Kami sangat beruntung untuk gambar sebab kak esah sejenis rajin gila nak amikkan gambar walaupun gambar macam ni. 

Baiklah, berbalik semula kepada hotel. Di Krabi kami tinggal di hotel Baywatch Boutique Hotel Ao Nang. Bagi kami ok selesa dan berbaloi dan cantik hotelnya. Kami bayar sorang RM180. untuk 4 hari 3 malam. 

Masa tu aku sampai dulu dengan syg shahidah awal. So disebabkan hotel kitorang betul-betul dekat dengan pantai. Jadi kami jalan-jalan lah sekitar tu. Orang kata, amik hotel area ao Nang sbb mmg meriah tak kira malam ke siang.  Jalan-jalan pekena dia punya banana coklat pankcake. Smuanya halal insyallah.
Tak ingat lah apa beza dua perisa ni. Rasanya coklat je.. ahh ingat dah beza dia coklat ngan nuttela. Ingat pun akhirnyaaaa...
Hari pertama tak buat apa sana sebab semua memaisng penat dan banyak jalan area sini je. Lepas melantak penkek ni pkul 2 baru dapat masuk hotel citenya mmg tidur lah sbb kak esah dan wardah tak sampai lagi. Ni lah biliiknyaaaa...







Dalam pkul 4 lebih akhirnyaaa mereka berdua pun sampai ke hotel Alhamdulillah... nak tengok wajah ceria mereka ? Nahhhh!
 Lepas tu Kak Aisyah dan Wardah pula sambung tidur. Kesudahnya memang tak pergi mana pun petang tu. Malam lepas siap apa semua kitorang aim nak pergi makan kat tempat yang orang kata wajib datang kalau ke Krabi. Sedap dan berbaloi lah walaupun bayar mahal siikit. BAMBOO HALAL SEAFOOD.

 Macam-macam kami order tau. Ni tak amik full sbb bila semua makanan dah sampai terus makan je. Sbb memasing lapar woii.




 Inilah rahsia cantik sis ni walapuun tudung keremot tapi confident tu kena ada yang kawan-kawan.
 Kami dihadapan kedai ni kalau korang duduk area tepi pantai jauh juga lah nak berjalan tapi takde lah jauh sampai patah kaki. Sekadar merungut je .sekali je kitorang makan kat sini bukan tak sedap tapi nak jimat duit kahkah.

Lepas balik dari makan tu, kitorang just jalan-jalan je kat tempat ni dan juga membeli lagi penkek sampai perut meletup. haha, tapi mmg kat sini syurga makanan lah. Kami pergi singgah 7e beli roti and air untuk mkan esok hari untuk breakfast.

And kitorang survey juga untuk beli pakej ke pulau. So akhirnya kami dapat juga beli dengan harga 1700bhatt sorang. Bagi kami murah lah setelah survey semua tempat. Tu termasuk 7 island makan boat dll serta hari ketiga ke kolam mende ntah dengan naik gajah. Kiranya tu pakej untuk 2 hari lah 1700 tu. Nanti yang setersnya sy cerita di entry yang seterusnya.
Jumpaaa nanti ya sbb malas penat nak taip dan mlas nak ingat balik. Tunggu ada mood nak paksa otak ingat balik, baru I update baru okeh!