Family Day Di Sabah

Assalamualaikum, 

Masih adakah pembaca blog ni? Nampak gayanya macam dah takde. Tak mengapalah kalau takde pun yang penting aku nak tulis juga untuk diri sendiri ataupun anak cucu nanti. Gitu, boyfriend pon tak nampak bayang dah cerita pasal anak cucu. Agituwww.

Baiklah tanpa membuang masa , saya menjemput.. eh? Aku nak cerita sedikit pasal Family Trip ke Sabah ni. Untuk pengetahuan korang, ini kali kedua aku ke Sabah. First time 5 tahun yang lalu dengan member tapi masatu gambar semua hilang sebab handset aku rosak.So tak dapat nak cerita banyak sangat dekat blog. 




Trip ni dah rancang setahun dari Oktober last year lagi. Alhamdulillah selepas beria rancang, akhirnya seramai 49 orang selamat mendarat ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah. 

Baiklah, aku cerita serba sedikit kos dan itinery k. 

First day 10 Oktober 2019
Flight sepatutnya petang tapi delayed jadi jam 8 baru gerak. 
Sampai tempat penginapan dalam jam 11.45 juga lah so malam tu memang tak gerak ke mana-mana pun. Makan pun tidak since kitorang ambil meal dalam flight. 
Total Flight RM240 return exclued meals and luggage.


AR RESIDENCE <- Tekan Link untuk book.

Masa aku book guna booking.com dapat RM160 satu malam. Kitorang ambil 9 bilik keseluruhannya. Bilik dia besar 2 katil queen dan selesa. Konsep dalam bilik dia pun memang cantik dan kemas lah senang kata. Dapur dia pun lawa dan room services pon boek. 

Cumeeeee..

Masa kitorang datang tu nasib tak berapa nak baik sebab pump air tu rosak. So air memang slow gilos sampai orang kedua mandi dah takde air. So kat situ spoil jadi aku mmg tak boleh 9 kat booking.com. Terpaksa rate 8. Haaa aku mmg susah sikit nak rate apa-apa  full. memang akan kurang 1 star. gituww.

So malam tu makcik-makcik aku ngan mak aku sekali dia punya excited tu sampai tak tidur malam k guys. Jam 2 lebih baru dapat lelap. Punya la punya lahai..

Esoknyaa--

11 Oktober 2019

Bangun je pagi sarapan and siap-siap terus gerak pergi ke Jeti untuk naik boat pergi ke Pulau. So kitorang just sewa 2 boat untuk 49 orang. Total kena bayar satu kepala RM22 exclude snorkling dll. Murah sikit sebab kite carter boat je so masa hak milik kita  dan tak bercampur dengan orang lain. 


Ketua rombongan tu yang duduk atas wheelchair, Aggituwww.


Okay ni semua total 49 orang yang pergi tu.


Kalau rasa macam nak beli macam-macam beli lah dulu dekat jetty ni. Kalau nak beli penyangkut macam kat leher untuk masuk dalam air tu boleh beli kat jeti juga jangan beli kat pulau sebab kat jeti RM5 je tapi kat pulau RM45 k... 



TEAM SATU


TEAM DUA


Dalam jam 11 macam tu dia dah panggil siapa yang nak main parasailing. Memang best tapi sumpah aku menyesal naik sorang kat atas tu. Takut nak mati wehh menggigil kepala lutut mak, nak. Masa ni tengah tunggu turn boleh senyum. Bila dah naik, pucat lesi baru terfikir kenapa aku bodoh eh.




Mak-mak macam biaslaah duk makan dan membawang je kerja dorang ni hahaha.




Aktiviti boleh ambil -- 

  • Snorkling RM10 ( life jacket + goggle )
  • Parasailing RM45 ( 10 minutes )
  • Banan boat RM35
Actually ada banyak lagi tapi ni tiga jenis aktiviti yang kitorang ambil so yang lain tu tak tanya harga pun sebab malas and memang takkan ambil. 

Boat ni hanya membawa ke 2 pulau sahaja. Iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Dua pulau pun dah cukup penat weh. Makanan apa semua beli dekat jeti sesiap. Walaupun tak sedap mana boleh la nak isi perut tu.

Dah petang tu balik bilik untuk mandi siap solat apa semua. 

Tapi tulaaa air tade weh sakit betul hati. Tapi serius tempat tu memang best cume spoil masa aku datang air dia takde. Kalau tak berbakul la aku duk puji guesthouse ni. 

Malam pulak kitorang just pergi cuci mata kat pasal Filipina. Cuci mata ke cuci poket? 


Malam gi Pasar Filipin sempat lah ambil apa-apa yang patut sebab tujuan sebenar nak makan seafood je tapi kat sini mahal lah. Better makan kat Todak ( Recommendation from kak Aisyah sababa)





Ikan tak tahu nama masa 4 rasa


Sotong celup tepung.


Udang butter basah


Kerang rebus yang kerang giant tu dapat free


Udang biasa butter kering. ( better butter basah sedap lagi lah )

And terlupa ambil gambar ketam masa salted egg. Sebab dah lapar sangat masa tu terlupa bila ketam sampaii. 

End for second day. 

Third day post lain k. 
Byeee uolls.
Goodnight.