Family Day Di Sabah

Assalamualaikum, 

Masih adakah pembaca blog ni? Nampak gayanya macam dah takde. Tak mengapalah kalau takde pun yang penting aku nak tulis juga untuk diri sendiri ataupun anak cucu nanti. Gitu, boyfriend pon tak nampak bayang dah cerita pasal anak cucu. Agituwww.

Baiklah tanpa membuang masa , saya menjemput.. eh? Aku nak cerita sedikit pasal Family Trip ke Sabah ni. Untuk pengetahuan korang, ini kali kedua aku ke Sabah. First time 5 tahun yang lalu dengan member tapi masatu gambar semua hilang sebab handset aku rosak.So tak dapat nak cerita banyak sangat dekat blog. 




Trip ni dah rancang setahun dari Oktober last year lagi. Alhamdulillah selepas beria rancang, akhirnya seramai 49 orang selamat mendarat ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah. 

Baiklah, aku cerita serba sedikit kos dan itinery k. 

First day 10 Oktober 2019
Flight sepatutnya petang tapi delayed jadi jam 8 baru gerak. 
Sampai tempat penginapan dalam jam 11.45 juga lah so malam tu memang tak gerak ke mana-mana pun. Makan pun tidak since kitorang ambil meal dalam flight. 
Total Flight RM240 return exclued meals and luggage.


AR RESIDENCE <- Tekan Link untuk book.

Masa aku book guna booking.com dapat RM160 satu malam. Kitorang ambil 9 bilik keseluruhannya. Bilik dia besar 2 katil queen dan selesa. Konsep dalam bilik dia pun memang cantik dan kemas lah senang kata. Dapur dia pun lawa dan room services pon boek. 

Cumeeeee..

Masa kitorang datang tu nasib tak berapa nak baik sebab pump air tu rosak. So air memang slow gilos sampai orang kedua mandi dah takde air. So kat situ spoil jadi aku mmg tak boleh 9 kat booking.com. Terpaksa rate 8. Haaa aku mmg susah sikit nak rate apa-apa  full. memang akan kurang 1 star. gituww.

So malam tu makcik-makcik aku ngan mak aku sekali dia punya excited tu sampai tak tidur malam k guys. Jam 2 lebih baru dapat lelap. Punya la punya lahai..

Esoknyaa--

11 Oktober 2019

Bangun je pagi sarapan and siap-siap terus gerak pergi ke Jeti untuk naik boat pergi ke Pulau. So kitorang just sewa 2 boat untuk 49 orang. Total kena bayar satu kepala RM22 exclude snorkling dll. Murah sikit sebab kite carter boat je so masa hak milik kita  dan tak bercampur dengan orang lain. 


Ketua rombongan tu yang duduk atas wheelchair, Aggituwww.


Okay ni semua total 49 orang yang pergi tu.


Kalau rasa macam nak beli macam-macam beli lah dulu dekat jetty ni. Kalau nak beli penyangkut macam kat leher untuk masuk dalam air tu boleh beli kat jeti juga jangan beli kat pulau sebab kat jeti RM5 je tapi kat pulau RM45 k... 



TEAM SATU


TEAM DUA


Dalam jam 11 macam tu dia dah panggil siapa yang nak main parasailing. Memang best tapi sumpah aku menyesal naik sorang kat atas tu. Takut nak mati wehh menggigil kepala lutut mak, nak. Masa ni tengah tunggu turn boleh senyum. Bila dah naik, pucat lesi baru terfikir kenapa aku bodoh eh.




Mak-mak macam biaslaah duk makan dan membawang je kerja dorang ni hahaha.




Aktiviti boleh ambil -- 

  • Snorkling RM10 ( life jacket + goggle )
  • Parasailing RM45 ( 10 minutes )
  • Banan boat RM35
Actually ada banyak lagi tapi ni tiga jenis aktiviti yang kitorang ambil so yang lain tu tak tanya harga pun sebab malas and memang takkan ambil. 

Boat ni hanya membawa ke 2 pulau sahaja. Iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Dua pulau pun dah cukup penat weh. Makanan apa semua beli dekat jeti sesiap. Walaupun tak sedap mana boleh la nak isi perut tu.

Dah petang tu balik bilik untuk mandi siap solat apa semua. 

Tapi tulaaa air tade weh sakit betul hati. Tapi serius tempat tu memang best cume spoil masa aku datang air dia takde. Kalau tak berbakul la aku duk puji guesthouse ni. 

Malam pulak kitorang just pergi cuci mata kat pasal Filipina. Cuci mata ke cuci poket? 


Malam gi Pasar Filipin sempat lah ambil apa-apa yang patut sebab tujuan sebenar nak makan seafood je tapi kat sini mahal lah. Better makan kat Todak ( Recommendation from kak Aisyah sababa)





Ikan tak tahu nama masa 4 rasa


Sotong celup tepung.


Udang butter basah


Kerang rebus yang kerang giant tu dapat free


Udang biasa butter kering. ( better butter basah sedap lagi lah )

And terlupa ambil gambar ketam masa salted egg. Sebab dah lapar sangat masa tu terlupa bila ketam sampaii. 

End for second day. 

Third day post lain k. 
Byeee uolls.
Goodnight.

Trip to Krabi ( Part 2 )

Ya Allah dah berzaman tinggalkan kisah krabi. Kak Aisyah pon entah-entah dah start buat pembayaran PTPTN. muahaha. 

Salam tahun baru guys! 

So iku perancangan harini kite semua akan ke 7 pulau. Pulau apa je? Kena senaraikan ke? Macam malas lah pulak. 

K jap nak google. Lupa dah.

Hmm dah cari 5 minit tapi tak jumpa so malas lah nak letak. Nanti korang pergi Krabi tu, dia bagitahu lah pakej siap pulau apa. Takkan semua benda nak suapkan. Malas betul korang nak usaha sendiri kan? 

Nanti dia akan amik kite kat hotel, then naik bas/ van pergi ke tempat berkumpul. 


Okay guys, ini adalah tour guide kitorang. Dia ni kelakar dan baik. Dulu ingat nama dia sekrang tak ingat lah weh, makan semut banyak sangat bagi nak lupakan kenangan yang menyakitkan tiberr.


Ni masa tengah tunggu boat plus sambil tu bergambar plus dia tgh bagi arahan bla bla. Pensyarah mengajar pun kitorang tak dengar apatah lagi dia bagi arahan. Hmm


So memang reramai ni dah naiklah benda alah ni. Kitorang dapat bahagian bontot best sebab angin and tak bersesak sangat reramai dengan orang lain. Sepanjang ni memang dapat air free je boleh tambah sampai perut kembung air. 

Ada gambar lain, sengaja aku pilih yang sangat intim supaya orang salah faham atas hubungan mereka berdua. wkwkwkw
Alololo tomey tak kakak kite ni? hahaha cermin mata tajam tak menahan. Masa ni first checkpoint eh. Tak ingat pulau apa, ikut suka dia la nak benti pulau mana se.



MASYALLAH cantik kan? Breathtaking sangat viewnya. 

Ni pulau seterusnya  kot....


Then lepas tempat ni dah tengahari kitorang pergi ke tempat lain. Tak tahu juga apa namanya sebab dah lupa tapi untuk makan dan solat dll apa sahaja yang anda nak buat. 








JUST NAK TUNJUK KAT KORANG BETAPA CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH. PULAU NI SEMUANYA CANTIK MASYALLAH. MUST GO K!

So ni masa last check point snorkling. Tak silap ada 2 tempat je boleh snorkling, kitorang paling lama sekali nak naik tu sampai dah hujan. 


 Malam tu main kolam pulak. HAHAH tak cukup dengan kebasahan di pulau. Malam tu jugak kak aisyah and wardah demam. K smabung nanti lah penat nak nulis untuk hari ketiga nye aktiviti.

Malam tu i keluar berdua dengan sayang cari makanan sebab kak esah dan wardah dah tewas ke katil. hahaha

Trip to Korea [ Part 2 ]

Olla!
Dalam kesoronokan nak update blog memandangkan ada benda yang masih segar dalam otak, muahaha padahal tak ingat sangat pun banyak tolong Shu je ingatkan maklum ler makan semut tak ingat lah teman semua benda.

Boleh check PART 1 KOREA

--

So ni nak kisah sikit pasal hotel story yang kitorang duduk tu memang best. Pekerja dia pun bagus cuma breakfast dia awal naw jam 7-9. Kau bayangkan lah kitorang sejenis bangun pukul berapa and tempat makan dia kecik je and tak banyak makanan. Just ada roti ngan biskut and susu je weh. Sebab tu aku memang bawak BRAHIM tapi sekali je makan. Tapi boleh la kenyang makan roti tu.

First destinasi wealls adalah--

MASJID ITAEWON--
(Amik subway dari hotel Bomun ke Itaewon Line 6 dan exit 3 )

Nanti bila dah sampai tu kat tepi tu ada maps untuk korang jalan-jalan dekat area itaewon tu. Amik je maps tu sebab free and orang tu pun banyak membantu.


Haaaa tengok ni aca je kan minah ni bermap bagai. Kat area sini la kitorang carik simkad harganya 10k won tak silap untuk sepanjang kitorang kat sane. Beli satu je then share la hotspot berdua.

Letih sikit lah nak ke masjid ni sebab dia berbukti haha tapi boleh lah dari tak pergi dah rugi pulak an. So kat sini kitorang bergambar sampai la pukul 1 lebih alang-alang menunggu zohor sekali.



Okay kalau masjid ni tak perlu bayar apa pun, then lepas tu berlapar la pula budak dua ketul ni. Maklum ler makan apa je breakfast tadi. then disebabkan sebelum ni dorang ada suggestkan kedai makan kat area sini yang sedap. Jadi kami pun try lah.

Okay, direction untuk ke Restoran Eid -- ( halal ) ingat aku kafir ke nak makan benda tak halal.

Keluar je dari perkarangan masjid ni ( turun bukit ) terus ke kiri dia macam turun bukit and kedai tu belah kiri. Korang berhati je memang akan nampak kedai tu tapi dia kecik jelah tak besar sangat.


nampak macam tutup je kan? tapi ternyata kami hampir berpatah balik. Tapi tak pun, dia tak ramai sangat pun sebenarnya tapi kedai tu kecil. Kitorang makan belah belakang-belakang sikit. Makanan dia not bad kena dengan selera kitorang. Side dishes dia tu boleh tambah kalau nak.


Ni kitorang amik daging sorang ayam sorang. Áyam tak silap 12k won dan daging 10k won tak silap. Maafkan andai lupa sebab dah sebulan lebih balik.  Tapi memang sedap ah taktipu. Atau mungkin lapar ? atau mungkin sejenis tolak batu dan pasir je? entahlah nak...


Ni bukan cina muallaf ye kawan-kawan. Tapi nanti last post ni nak kenalkan ngan korang sorang kawan baru kitorang kenal kat korea ni and sebilik ngan kitorang korean muallaf.

Okay lepas makan masani dah pukul 2 lebih jugak.
So kitorang decied nak pergi dongdaemon Design Plaza.

Subway--
Amik subway line 2,4,5 untuk ke Dongdaemun History & Culture Park. Lepas tu keluar exit 1. Masa keluar exit 1 ni DDP ni memang sebelah je. Dia connecting antara satu sama lain. So memang terus akan nampak je. Tak susah pun. Free tak kena bayar k.






Sebenarnya kalau malam lagi cantik kot sebab dia ada yang bunga lampu-lampu tu. Kat sini tak tahu lah apa dia tapi untuk amik gambar jelah then sebenarnya kitorang nak jenjalan lagi tau kat area sini sebab nak explore lah apebenda yang ada kat DDP ni tapikan...

Waktu malang mula menjelma... (ahaks)


apabilaaaa kami bertemu dengan dua makluk Allah ni. HAHA, aku tak tahu kenapa kitorang ikut dia tapi sumpah menyesal sbb aku boleh kurus dibuatnya.

Dia datang tawarkan kitorang untuk tenguk dorang punya culture la apa lah and dapat pakai hanbok dorang free demi tolong dorang. So kitorang follow jelah kan.

Sekali mmg pun tgh culture dorang bla bla tapi kejadahnya lahai kena ikut contoh dorang bapak penat siot. Aku menyumpah je sepanjang satu jam. Dah la kitorang nak kejarkan Namsan Towerr takut dah gelap. sbb kitorang plan nak gi dua keadaan la terang ngan siang. last-last---

Lepas tu, kitorang gi plak Namsan tower.

K niat sebenarnya nak naik cable car. Memandangkan harga cable car one way 7k won ( return 9500 ) so okay lah nak try kan? Kitorang plak gi malam so memang cantik la kan.

Tapi sayang....

Kitorang tak jumpa kat mana nak naik cable car untuk ke Namsan Tower tu.

Yang kitorang tahu naik subway pergi ke Myeondong then what? Terkulat-kulat kat situ tanya cable car ade ke patut disuruhnya kita naik teksi.

Last-last ada sorang ni suruh naik bas untuk ke tempat cable car. Rupanya bas tu bukan ke cable car tapi terus ke Namsan Tower. BAPAKKKKK AHHHH! Frust betul patut lah pelik sangat asal lama naw nak ke cable car station padahal baca blog kata sekejap je.

takpe la ada hikmah jimat 7k won. Tpi rugi lah sbb dah sampai kan? Mungkin next time ngan suami? acah..
Ni baru turun bas kemahin lagi mek kelate ni. Btw, ni la partner I sepanjang trip. Tapi rasanya dah bagitahu kat Part 1. Incase lah korang ni sejenis pembaca lompat kan. bagitahu la balik.



Masyallah cantik kan guys ? Dengan kepekatan malam. Kalau tak sejuk ni memang lepak dah kat sini. Tapi sebab sejuk tahap perangai tak bawak sweater sbb yakin boleh tahan sejuk. HAMIKKK KAU! Nasib baik tak mati kesejukan.





So ini apa yang sempat ditangkap dan dimasukkan ke dalam oppo lah, mungkin ada lagi kot tempat cantik tapi sejenis pemalas kan, jalan mana yang dekat ditambah sejuk dan lapar. Kirim salam jelah nak berjalan banyak.

Masuk sini tak kena bayar pon tapi kalau nak naik menara namsan tu boleh je tapi kena bayar lah untuk observation dari tingkat atas. Tapi sbb sejenis miskin hina kan kami ni jadi cukup lah kat bawah je. hahaha. '

Lepas Namsan Tower kitorang terus balik sebab dah sejuk.


HAHAHAHA ni la korean muallaf yang aku bawa balik hotel.
KBAIIII...

Bertemu lagi di Part 3 kalau rajin.