Percutian ke Hong Kong ( Part 1 )

Bismillah, Alhamdulillah

Sudah lebih kurang 2 bulan dah berlalu trip kami ke Hong Kong. Bersyukur sangat sebab dapat menjengah negara orang.

Alhamdulillahx99

So alkisah selepas semua settled, kitorang just tak sabar giler menghitung hari nak habis last paper and after 5 days kitorang akan berlepas ke Hong Kong .

Yehaaa !!!!


Flight kitorang beli guna Airasia RM420 return. Aku tak tahu samada ia dikira level murah or mahal giler. Sebab first time pergi Hong Kong. But for me, murah dah sebab biasa survey paling2 600RM gitu.

So here we go..


Masa ni kitorang dekat KLIA2 lagi.


Flight we alls dalam jam 1.15pm. Sedikit duka cita sebab masa trip ni aku ada masaalah kaki sikit iaitu bengkak and kejang memanjang.


So ini masa dalam flight. Lapar giler guys. Almaklumlah kitorang tak makan dari pagi. So bila dapat je makan terus ngap.


Make sure setiap antara kita isi borang tu guys. Emegrisen Hong Kong ni garang sangat. Aihh saborrkan jelah.


So alhamdulillah, kitorang sampai Aiport Hong kong dalam jam 5 something. Lebih kurang masa tu dah nak gelap jugak lah.

Syukur sangat akhirnya sampai,




Ni semua masa dah nak sampai hotel.

Gambar ni jangan tak tahu. Punya la eksited kitorang ni ha sampai2 hong kong maklum ler orang kampung kan. Belum apa2 kitorang dah eksited giler bergambar dengan lampu2. padahal baru hari pertama tu dah la tu laluan yang kitorang akan lalu 4 hari. Gaiys! Gayat giler guys!

Perjalan kitorang dari Airport menuju ke Hotel kitorang. Guna train express around 21 dhk jugaklah. Something macam tuu tak ingat pulak aku tak kuasa aku nak mengingatnyaa ahaiii! hehe. sorry deh sebab bukan aku uruskan pasal tiket2 train. Almaklum acik sakit. hehe.

Kitorang guna hotel Panda.


Hotel dia best giler sebab besar and selesa and cantik gila guys. Memang berbaloi sangat guys. Rating harga boleh cek dekat booking.com and lain2.. Kitorang amik 2 bilik yang mempunyai 2 bilik. Kiranya 4 bilik lah macam tu.



Okay so malam tu disebabkan kitorang sampai hotel dalam jam 7 and dah gelap sangat. So  sampai je bilik terus baring mandi and rehat kejap. Lepas tu kitorang keluar nak beli barang maknan dekat belah bawah.

Bawah hotel kitorang duduk ni ada pasaraya eaon tau. So berbelah2 lah kat sane jap. Lepas tu kitorang jalan2 dekat kawasan hotel. Tapi jauh juga lah berjalannya.

Sebab nak pergi tempat jauh2 hmm macam susah kan. so kitorang jalan kaki kat kawasan tu. Penat jugaklah .

Lebih kurang sejam lebih kitorang naik masak makan and tidur for tomorrow activities.

suhu 15 darjah celcius.
Sejuk gaiys !

PART 1 Hong Kong
PART last Hong Kong

Daaa

Video ke Hong Kong : https://www.youtube.com/watch?v=izFXbf_o8xQ

Review NEERJA aeroplane hijacked

Bismillah,


Rasa lama sangat dah tak hapdate blog. Tiga bulan juga tinggalkan and rindu sangat nak menulis. Tulis novel pun dah tak tulis sangat dah. Hmm. Hmm.

Btw,
Hari ni nak review sikit filem 'NEERJA'.

Filem hindustan yang dilakonkan oleh Sonam Kapoor yang super duper best giler sebak sampai sakit sangat dada.

Al kisah,

Neerja memulakan hari pertama sebagai ketua pramugari. 1 day or 2 days before her birthday. This film based on true story nah. Kisahnya menceritakan bagaimana Neerja ni mengatasi pengganas yang tiba-tiba menghijack kapal terbang yang transit di Kerachi untuk ke Amerika If i not mistaken.

So dia ada 4 orang ahli dari Pakistan yang nak selamatkan saudara mereka yang ditangkap oleh Amerika. Tapi elok dorang nak hijack, Neerja ni just pandai gila bagi koordinat terrorist and pilot pun dah dapat keluar dari kokpit.

So dorang tak boleh nak terbangkan kapal terbang sebab pilot dah larikan diri.

Here her story begin..

How Neerja survive for 2 days with all passangers. Macam mana dia tenang hadapi pengganas. Macam mana seorang penumpang ditembak depan mata dia. Such a good movie.

Bila pengganas ni panggil pilot tapi dorang tak hantar. So dorang ugut if tak hantar pilot satu persatu penumpang akan dibunuh dan dimulai dengan orang amerika.

So dorang kutik semua passport penumpang. Neerja pesan kat semua pramugari lain supaya jangan kutip passport warga amerika. So bila passport amerika dorang nyorokkan.

Bila takde passport amerika, apa lagi dorang benganglah. So dorang panggil warga UK tak silap yang pasti geng2  mat saleh.

Lepas tu Neerja ni cari kekuatan.. Dia dia bagi arahan dekat someone yang duduk dekat dengan emergency door. once she give a signal, laki tu kena buka pintu tu.

Then, entah macam mana bila terrorist tu bergaduh sesama sendiri sebab salah seorang dari mereka tu panas baran gila asyik nak pukul tembak orang je. So dorang lepaskan bom and keadaan jadi huru hara tambah2 polis dah beri arahan kat luar tu.

So bila dah kelam kabut, Dorang main lepaskan je tembakan pada sesiapa sementara tu Neerja buka pintu and suruh semua slide then paksa mamat tadi buka emergency door then dorang dapat lepas. tapi ada yang kena tembak . sedih gilaa la masa ni.

Nak2 masa semua yang hidup dah selamat turun, Neerja nak selamatkan 3 budak kecil, sekali mamat yang panas baran tu tembak neerja 2 das tembakan , the end...

Masa tu memang sedih gila. Tapi Sebelum mati Neerja sempat beri pesanana kat mak dia . "I HATE TEARS" .

Sumpah seh, memang dari pertengahan sampai akhir korang akan menangis jer. Such a emotion film i even watched.

Nak tahu full.. Harus tonton.

4.5 /5

Mana lagi 0.5 ? Sebab dari awal aku expect dia hijack kat udara, rupanya dekat landasan lagi. cis ! Apa2 pun memang terbaik. Patut dapat box office


Ini adalah Neerja Bhanot yang sebenar yang telah mati kerana berkorban demi orang lain. Guys ! kena lihat guys !