Dataran Raba'ah sesak, himpunan raksasa hari ini

MESIR:Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.

Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan empat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.

Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.
(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)

Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".

Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.

Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.

Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.

Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.

Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah.

Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.

P/s : Ya Allah , kau selamatkanlah islam ni dunia ini . Kau hancurkan kekejaman kafir laknat . Kesian Dr Morsy :'( . Perbanyakkan doa . Amin.

Cincin bertakhtakan batu meteor

Baru-baru ni kan aku ade singgah ke Muzium Rakyat dekat Melaka. Bajet macam lah aku ni bukan orang Melaka. Alahai , walaupun aku ni dah 18 tahun duduk Melaka , tapi tak la semuanya aku rantau . Ade yang tak datang seru nak jengah .

Nasib punya nasib la kan , Aku pergi ke Muzium rakyat , jumpa la pulak ade satu bilik yang dipamerkan semuanya batu meteor.
Aku try la usha makcik dekat situ yang jagakan bilik kecil tu . Kalau nak buat cincin kahwin boleh tak ? Ohh MyGoshhh ! memang boleh pun. Rupanya memang ade pun . Kat tepi tu tersusun cincin untuk orang beli la. Aku belek punya belek , tetiba datang idea miang keladi aku tuh ha .

Macam nie la , aku berangan la kan , kalau la, ni kalau tau , bakal suami aku tu romantik dan so sweet orangnya , aku nak la kan , cincin kahwin kami nanti guna batu meteor . Haks . Over benaw angan-angan minah jenin nie .

Bukan ape , aku nie memang nak la benda macam nie . Asyik duk guna batu permata je kan , Kali ni aku nak kelainan pulak. Guna batu meteor , aku nak suruh tukang emas ikat batu meteor tu dengan emas putih. Ha ! kelas kau Jah !! Orang kata emas putih tu beli mahal , nak jual balik murah .

Hallo kawan ! takkan la cincin kahwin korang nak jual balik kan ? ape ghupe la kan , cincin kahwin dijual balik , Tak sweet langsung. Jadi simpan la kan . Baru nampak mewah kan . angan-angan je nie . Hehe.
Cuba la korang bayangkan . Ini angan-angan plus cita-cita baru aku tau . ha , kalau bapak aku tahu la cita-cita aku buruk benar macam nie , mahu di sekat duit perbelanjaan aku ha . Orang hantar belajar , dia duk berangan bagai cincin kahwin la ape.

Stop! cincin emas putih tu bakal suami aku yang belanja dan belikan .Ape ghupe la kalau aku beli sendiri kan , lepas tu sarung dekat jari aku sendiri . Baik aku xpayah ade cincin kahwin kan . Dia lah yang belikan yang bayar semua tu . Batu meteor tu ade kat Muzium rakyat tu aje . Kat tempat lain takde pun .

Tak kan aku je kan nak cincin tu , suami aku pun nak jugak kan ? kalau dia tak nak pun , aku tetap akan paksa dia pakai cincin yang aku beli tu . ha ! cincin bertakhtakan batu meteor jugak eh ! tapi bukanlah emas putih , tapi perak . So sweet . Hakss.
Ini hanya gambar hiasan sahaja . Ade la ala-ala tiru sikit macam nie kan . 
Warna dah ala-ala same dah tu . Nak la kelainan sikit kan . Asik-asik emas dengan batu permata je .Aku nak guna batu meteor . Baru ade kenangan indah . Puih !tahi kucing la indah . Duit mana nak cari ? Hang duk berangan je kalau tak belajar rerajin mana nak cari duit nanti nak beli cincin perak bertakhtakan batu meteor la sangat . Angan lebih si Alia  nie !

Ini cita-cita yang akan aku usahakan untuk jadikan kenyataan . Yeyaaah! ye-ye je aku nie kompiden je ha ! sekali amik kau !!! cincin lidi je la mampu pakai ! Nantikan je la kalau realiti . Doa je la aku cepat kahwin dengan orang yang aku sayang. Aww .kbaiii