Trip ke Bandung, Indonesia ( Part 3 )



So ini adalah sambungannya memandangkan i sakit hati dengan paper tadi yang sangat sumpah lah susah nak matik. Disebabkan mood dah terbang melayang jadi I nak update blog je lah sekarang ni sementara menunggu nak buka puasa.

So sambungannya lepas kitorang makan dekat Kampung Daun Pisang, kitorang request nak ke floating market dekat bandung. Tempat dia best dan cantik dan makanan dia pun boleh tahan sedap tapi aku takde lah beli sangat makanannya pun.

Masa dekat awal-awal nak masuk korang akan diberikan air minuman pecuma. Sekali je boleh pilih lah nak yang sejuk ataupun yang panas.

So, kita enjoy sedikit gambar-gambar ya. Buat yang bertanya; Saya bukan pergi sendiri ya tapi pakej TONY BANDUNG TRANSPORT BANDUNG sebab saya bawak mak ayah saya. Cuma kalau pergi dengan kawan-kawan kitorang akan uruskan sendiri.

So, hereeeee..



Sebelum nak round dekat dalam ni, korang boleh lepak dulu kat depan ni menikmmati secawan minuman yang diberikan secara percuma. Masa ni memang panas gila-gila lah. Depan tasik tu korang boleh lah nak main kayak ataupun kayak kaki tu. Harga not sure tapi family aku ada je yang naik.


Sooooo floating marketnya terus ke kanan ya pak. Jangan pergi ke tempat lain pula ya. Jauh juga nak berjalan bergerak kesana ya uolls.





Masa ni 2 tahun yang lalu tengah fames pisang cheese. Tapi percayalah yang pisang cheese dia memang kebabommm sedap nak matiik. Cara dorang jual kena tukar duit kepada token taw kat tempat tu bukan bayar pakai cash. Tapi tak sure lah sekarang masih macam tu ke tak. Ni kisah 2015 yang baru sekarang terasa nak update.




Kat dalam ni juga ada taman arnab. Tapi tak silap aku nak masuk ke dalam tu kena bayar lah tapi disebbakan aku jenis tak minat haiwan2 ni just tengok je lah dari luar. Tapi memang banyak and comel-comel bagi peminat haiwan. 


Jangan pertikaikan yang kenapa banyak sangat gambar aku dalam ni sebab orang yang tukang amik gambar ni masa tu katanya tudung dia buruk so dia just nak tukang amik je taknak duk dalam gambar.  Kat atas ni muka orang yg amikkan gambar.


Okay yang ni pulak gambar familyy iolls depan pintu masuk floating market. 

Lepas benda ni kitorang pergi ke kedai-kedai kain yang murah daaaann cantik. Bayangkan korang boleh dapat telekung siti khadijah dengan harga RM70 sedangkan masa tu harga kat malaysia RM200 kot. Wow !



Ini situasi normal yang dilalui oleh bapa-bapaa ya. 



Siap duduk bersila lagi kau rasa ? Memang lama dan banyak pilihan lah sampai rambang mata dan botak kepala dibuatnya. Alahaiii ~

Kat sini kalau korang nak siap buat baju pon boleh. Kiranya beli kain then dia terus ukur badan dan siap jahit sebab sulam dia sulit juga la tailor sini nak buat. So bila dia buatkan, senang je lah tadan badan je. Lepas tu dia boleh siapkan dalam masa 1 hari je dan hantar terus ke bilik korang. 

Kau rasa? Apa lagi yang tak nikmat? HAHA


So , masa ni dah penat shoping kain sampai x boleh nak pegang sebab berat. Jadi ni amik gamabr kat depan rumah kain tu. Memang dorang punya layanan pon baik sangat. Nanti aku kawen memang nak cari barang kat sini lah. Gituwwwww padahal jodoh pon takde.

Malam tu kitorang jalan-jalan juga kat tempat-tempat kedai yang jual seluar baju apa semua. Kat situ boleh lahhh korang nak membeli belah tu. 

Trip ke Bandung, Indonesia ( Part 2 )

Lama betul ya sampai aku pun dah lupa nak update pebenda dekat trip ke bandung ni. Tak mengharap sangat pun orang baca sebab apa benda yang aku tulis dekat blog ni sekadar bacaan peribadi untuk masa hadapan. Lebih kurang diary ringkas umum boleh dibaca umum.

So, kalau ada yang baca, bagus lah takde aku syok sendiri sangat.

Hari kedua-

So pagi tu selepas serapan pagi dekat hotel dan kitorang gerak. Baiklah, apa yang aku boleh share disini adalah hotel yang disediakan oleh pihak agensi pelancongan.

Hotel yang disediakan kepada kami adalah TEBU HOTEL. Hotel ni 3 bintang tapi bagi aku dah cukup bagus dan sangat selesa. Tak ada apa-apa yang cacat sangat cuma tandas dia jenis berkaca so agak seksi sikit. Tapi bukan lah kaca yang telus terus nampak. Dia kabur namun masih nampak warna kulit kita. Tapi dia ada balut warna lain, so tak lah nampak seratus peratus. Ah, takde lah nampak sangat pon.

Bilik dia sangat bersih dan cantik bagi pandangan peribadi aku.
Include breakfast dan makanan dia pada pandangan aku sangat sedap. Kira, nak cerita dekat sini, boleh masuk tekak aku. Tak ada lah aku tertekan sebab bayar include breakfast tapi tak sedap kan?

So, Alhamdulillah sangat kenyang dan puas hati.

Link : http://www.booking.com/hotel/id/tebu-bandung.en-gb.html?aid=311984;label=tebu-bandung-IG2zYlAm5BD1ZYD04Fw6PwS162165410082%3Apl%3Ata%3Ap1%3Ap2%3Aac%3Aap1t2%3Aneg%3Afi%3Atikwd-106856861061%3Alp1010274%3Ali%3Adec%3Adm;sid=e9d4df95875b5417548715875e1753ac;dest_id=-2671576;dest_type=city;dist=0;hpos=1;room1=A%2CA;sb_price_type=total;srfid=0f1e2566acf7c132340e5bb99b51f917f839dbcfX1;type=total;ucfs=1&

So, destinasi pertama kami adalah Gunung Tangkuban Perahu. Akan tetapi sebelum bergerak ke destinasi utama, pak supir membawa kami ke kebun Strawberry dan tea park dulu. actually dekat situ tak buat apa-apa pun. Just urut-urut dan membeli barang yang ada strawberry. Ada lah orang tawar naik kuda kejadah apa semua. Kalau nak naik, boleh je harga dia takde lah mahal sangat.

So dengan itu, iolls akan senaraikan semua tempat yang kitorang pergi untuk hari kedua ni. Diikuti dnegan gambar-gambar yang korang boleh tengok dekat bawah ni ;

- Gunung Tangkuban Perahu
- Kebun Strawberry & Tea Park
- Lunch di Kampung Daun Restaurant
- Floating Market Bandung
- Membeli belah di Jalan Dago , beli kain pasang dan lain-lain. ( kat sini yang lamanya )



Ni masa kita mula-mula sampai strawberyy farm. Tapi tak ramai orang sangat pon dan kitorang tak masuk pon just lepak-lepak je kat laur tu sebab kat cameron highland pon adoi.


Kalau nak berurut boleh lah murah-murah je harga dia tapi sumpah aku tak ingat sebab ni 2 tahun yang lalu punya cerita. Kikiki















Kalau tak kena goda beli dengan abangabang sado ni tak bererit la kita ke tangkuban ni ya. Baca la seribu blog pon nasihat kebalkan hati sbb dorang jual mahal. Tapi percayalah korang mesti akan beli gak. Mudah terpedaya macam aku! HAHAHA



Nia antara kitorang yang pergi. makcik-makcik aku je ni semua.

Okay lepas tu kau dah jalan-jalan , lemak dah dibakor mesti lah terasa lapar kan. Memang lapar nak mati tahap nak pengsan lima belas kali. Aiish, request dekat driver nak makan dekat Kampung Daun yang viral masa tu. So dapat lah merasa makan kat sane.



Soryy lah zaman ni aku rasa pos aku yang ni paling stylo. HAHA padahal aku tgk balik kejadah haram apa yang aku buat ni. HAHA.





Yang ikan kaloi ni sedap gila weyyyy!





Jangan lupa try benda ni juga nama dia telur kerak memang sangat sedap!



So buat masa ni berhenti setakat ni dulu sebab esok ada paper nak exam. Tak boleh nak update banyak-banyak nanti otak asyik nak fokus dekat blog je. Ada lagi sambungan untuk hari kedua ni selepas makan tengahari so harap2nya ada yang sudi baca ye.

Boleh tinggalkan komen atau email untuk sebarang pertanyaan ; aliaaliahmad.3003@gmail.com