Ha ! sebabnya dulu aku penah simpan perasaan dekat dia ! sumpah malu kot bila ingat balik. Eh , bukan cinta atau sayang tau , tapi kata orang suka je. Kalau suka tu memang ramai la aku pernah suka, cuma cinta tu ade yang terkena je.
"Belajar dekat mana ?"
"Belajar dekat Kelantan"
"Ye la dekat mana? Kolej mana? U mana?"
"Dekat UM la"
"Berapa tahun?"
"Bulan 2 ni kot habis"
"Habis terus?"
"Ha la , lepas tu kalau ade rezeki sambung degree pulak dekat UM KL pulak"
"Yang tu berapa tahun pulak?"
"Hm , 3 tahun"
Dengan selamber badaknya dia gelak kemudiaan cakap " Umur tua la nanti kahwin"
Cis ! Ini memang mendatangkan kemarahanku. Allow abang sedareku yang handsome melecun nie , aku nak kahwin awal keyyh ! tak semestinya aku habis belajar baru aku nak kahwin. Niat hati ha, aku habis asasi je terus aku nak kahwin tau !
Dia ni memang tau ! macam tahu-tahu je aku ni nak kahwin cepat-cepat boleh pulak usik aku cakap kalau sambung lagi lambat la kahwin. Senang-senang aku kahwin dengan kau je lah ! hehe. Gurau je.
Bagi aku tak semestinya untuk orang yang sedang belajar ni perlu kahwin selepas tamat belajar. Kalau dah berkemampuan dan dah ade pilihan , kahwin je lah kan. Tengok macam dena bahrin tu , still study kot,tapi kahwin siap ade anak lagi.
Kalau tak mampu ? Hek Eleh ! tu Mira dengan Muhsin tu belajar jugak , ilex je kahwin awal. Boleh je kahwin sambil study. Perkahwinan tu tak menghalang pun seseorang itu untuk belajar. Malah aku rasa orang yang kahwin masa belajar ni , lagi la semangat tau.
Aku pernah la sekali terbaca satu entry blogger Aisyah Humaira 'Munirah Zahari' tu. Dia cerita pasal result dia baik. Katanya dia dapat buktikan perkahwinan bukanlah penghalang untuk dia berjaya. Malah dia rasa apa yang dia buat lepas tu semuanya umpama berkat,sebab tu alahamdulillah keputusan dia pun makin cemerlang sebab diredhai Allah.
Seorang lagi tu, Mira dengan Muhsin tu , lagi gempakk! kalau nak fikir pasal rezeki , bukan ke Allah dah janjikan rezeki bagi setiap insan. Jadi tak payah takut. Dari apa yang aku baca , melalui pengalaman dorang berdua, memang super letop la !
Suami dia boleh dapat biasiswa dari dua tajaan tau. Itu namanya rezeki. Rezeki itu dari Allah. Jangan takut lah, kalau kita buat untuk dapat keredhaan Allah , Allah tak kan beri jalan sempit pada kita.
Aku tak marah pun abang sedare aku cakap macam tu, sebab aku tahu dia mengusik je. Sebab dia suka mengusik la dulu aku pernah tersuka dekat dia. Haks. sumpah loyar tekak dia kalau baca benda nie!
Kalau korang tu dah ade cewek kan , boyprengg ke , kahwin jelah terus. Kalau fikir pasal tak mampu nak sara. Tak ape , islam memudahkan penganutnya. Kita boleh nikah gantung. Ianya dah menghalalkan segalanya. Kiranya kata orang nikah gantung ni macam tiket untuk korang nak bersentuhan la. Tapi jangan la buat nikah ni macam mainan. Cuma kalau korang fikir takade duit nak tanggung, nikah gantung la dulu. Usaha lelebih , nanti inshaa Allah rezeki akan datang.
Aku ni cakap lebih , Heyy ! aku pun nak kahwin awal , tapi inshaa Allah kalau ade orang nak nanti , aku akan terima je. Cuma aku tak faham , kenapa bila orang datang merisik aku, mak aku mesti tolak ataupun tak nak dulu. Alahai ! bukan aku tak nak tunggu yang sorang tu , cuma aku tak pasti hati dia untuk siapa.
Kbaiii. Aku tahu nanti mula la orang nak mengata aku kata aku nie gatal la miang la ape la. Hallo! aku tahu apa yang aku cari dan apa yang aku nak dalam hidup aku . Jadi kalau tak suka , jangan tengok nanti buat tambah bengkak hati je.
Inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama..
3 comments:
SELAMAT HARI RAYA :) jemput join
http://walkstatic.blogspot.com/2013/08/pelancaran-2nd-giveaway.html
Selamat hari raya.. ;)
smoga dapat kahwin cepat..
Post a Comment