"Sofi.." Panggil Mek Na.
"Hm.."
"Ada orang call". Beritahu Mek Na.
"Siapa?". Tanya Sofi mula teruja.
"Azam". Jawab Mek Na pendek.
Terus berubah wajah Sofi. Kalau benarlah Azam
yang menelefonnya saat ini, tak ingin langsung Sofi nak jawab. Sudah Sofi benci
dengan sikap Azam yang kedekut. Ada hati nak jadi kekasih Sofi.
Nak jadi kekasih Sofi senang sahaja. Syaratnya
cuma sanggup berkorban wang ringgit. Cukup!
"Malas la". Jawab Sofi.
"Hello boy. Sorry, Sofi tengah masak. Dia
tak suka orang ganggu". Kata Mek Na dah terus mematikan panggilan
tersebut.
Tergelak besar Sofi mendengar alasan Mek Na.
tak masuk akal langsung kalau difikirkan balik. Tak kan la tengah masak tak
boleh ganggu. Lain la kalau sedang memandu. Mek Na-Mek Na.
"Siapa pula sekarang?". Tanya Mek Na.
Dia memandang tepat wajah Sofi.
Mek Na sudah faham sangat dengan perangai kaki
kikis Sofi ini. Dia akan menggoda mana-mana lelaki yang banyak duit meskipun
lelaki itu tak mempunyai rupa. Apa nak jadi dengan Sofi ni? Menggeleng Mek Na.
"Malam ni aku ada candle light dinner
dengan Azfar. Jom kita keluar shopping cari dress". Ajak Sofi.
“Candle light dinner la sangat”. Mek Na
mencebik menyampah. Tapi dia tidak mula membenarkan Sofi dengar dan lihat
ungkapan dan wajahnya.
Lalu, Mek Na memandang wajah teman baiknya.
Kemudian dia tersenyum. Mek Na tahu Sofi ni mudah benar dapat pengganti.
Pengganti Sofi ni pula bukan calang-calang lelaki. Mesti yang berduit. Prinsip
Sofi senang. Biar tak berduit, tapi pandai menggoda.
"Malas la kalau kau seorang je beli
baju". Mek Na sengaja memberi hint.
Sofi mencebik kerana dia tahu apa yang cuba
disampaikan oleh Mek Na. Mek Na sedang katakan yang dia juga turut sama mahu
membeli baju baru. Sama sibuk la Mek Na ni.
"Kau nak ke tak nak?". Soal Sofi.
"Okay-okay. Nak la. Belanja sekali
tau." Kata Mek Na.
"Beb.. aku dah aim seorang mamat ni
tau. Rupa boleh tahan la, tapi poket dia memang tebal bak almari la aku cakap
dengan kau". Beritahu Sofi.
Mek Na seakan berminat dengan apa yang Sofi
sedang cerita. Dia tahu Sofi ini kalau dah ada mangsa baru ada la drama yang
bakal dia lakonkan tak lama lagi. Sabar kan je la Sofi ni.
"Siapa? Kerja apa? Mana kau jumpa?".
Macam-macam Mek Na tanya.
"Ha! Itu kita tunggu je la ye".Jawab
Sofi. Dia memandang lurus kehadapan. Dikotak fikirannya sudah terlayar wajah
seseorang. Seseorang yang telah Berjaya mencuri hatinya dalam sekelip mata.
3 comments:
wah.. msti best novel ni. nt nk beli laa :)
Wow... menarik blog ni.. lepas ni akan kerap datang la sbb ada e novel.. minat awk sama dgn KM...
first time singgah sini :D
waa berbakat dalam menulis ;)
Post a Comment