Bismillah, Ini mini novel yang mungkin akan muncul tidak lama lagi dalam bentuk cetak. Tak pasti keluar bulan berapa. Guys, siapa yang baca tolong komen ya. Saya nak anda komen untuk saya perbaiki lagi mutu penulisan saya.
Tolong komen pada kekurangan sebab saya cuma nak tengok kekurangan pada penulisan saya sahaja. Saya nak tahu apa kekurangannya lagi. Terima kasih.
BAB 1
Suria
Priya duduk duduk bersila diatas kerusi. Hidangan sarapan pagi dipandang.
Sekilas melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 11 pagi.
Ayam
dah berkokok seratus lima puluh juta kali dah bak kata lagu Fynn Jamal. Suria
Priya tetap dengan keenakan tidur.
“Engkau
Priya, selagi matahari tak terpacak, selagi tu kau tak nak bangun. Aku kalau
baling kau dengan periuk ni. Memang sia-sia je hidup kau”. Marah Puan Bitah.
“Mak
ni..orang dah bangun pun kan? Tak payah la nak bising-bising”. Masam muka Suria
Priya apabila ditegur begitu.
“Eh..Eh..
kau melawan pun cakap aku eh Priya. Mana aku tak bising, anak orang lain, lepas
subuh tu tak tidur lagi. Engkau ni pula, nak kata duduk asrama pun tidak.
Aku tak
faham apa yang kau letih kan. Nak kata kau kerja dengan Perdana Menteri, aku
rasa tak pula. Kau punya penat mengalahkan mak la.
Kau
tu dah besar tau Priya, dah jadi anak dara bukannya budak kecil lagi. Umur kau
dah masuk 20 tahun. Esok lusa ada orang meminang kau, memang mak terima je”.
Bising mulut Puan Bitah.
Sambil
itu tangannya sibuk membilas periuk nasi untuk ditanak nasi bagi hidangan makan
tengahari.
“Mak
ni…”
“Mak
ni..Mak ni.. aku cakap betul ni, kalau macam ni perangai kau , memang mak
kahwin kan je kau ni. Kau dengar tak ni Priya?”. Puan Bitah menghentikan
kerjanya.
Wajah
Suria Priya dipandang geram.
Ish,
budak ni.. kecil besar kecil besar je aku pandang. Kalau aku ni tak ada akal, memang aku gosok muka kau dekat
ketiak aku ni. gumam Puan Bitah sendirian.
“Mak
ni.. Priya-priya. Orang tak suka tau mak letak nama tu. Orang malu tau
kawan-kawan orang panggil orang dengan nama Priya tu. Lain kali letak la nama
sedap sikit.
Mak
sebut orang Priya pun, orang rasa macam jadi heroin cerita mann tu pulak.
Mak minat Hindustan sampai nama orang pun mak letak nama Hindustan.
Budak
lelaki kat sekolah orang tu dulu suka sangat ejek nama orang Suria Priya. Kalau
letak Suria Aminah ke, Suria Khadijah ke, okay la juga sebab ada nama
melayunya,
Orang
tak nak la kahwin la. Orang mudah lagi tau. Baru umur 20 tahun, mana boleh
kahwin. Mak pun cakap dengan orang kan yang orang ni pemalas. Kalau orang
kahwin, macam mana nak jadi isteri baik.
Mak
ni, suka sangat nak selesaikan masaalah dengan kahwin. Dah la mak tu yang nak
tentukan jodoh orang. Orang tak nak kahwin dulu. Suka hati je nak tentukan”.
Rungut Priya.
Mukanya
masam mencuka sama seperti jeruk mangga asam boi. Terliur sekejap. Suria Priya
memasukkan seketul jemput-jemput kedalam mulutnya.
“Eh-eh
kau ni, mak dah letak nama kau cukup cantik tau. Kau bayangkan kalau mak minat
cerita orang putih tu, apa rupanya kalau mak letak nama kau Angelina Jolie,
ataupun Janefier Lopez.
Tak
ke haru jadinya nak menyebut nama kau Jolie-Jolie tu? Lagi sati, nama Janefier
tu macam dah nama kucing siam Mak Cik Miah kau tu tau. Bersyukur la sikit”.
Balas Puan Bitah.
“Memang
la, orang tak suruh pun mak letak nama orang macam nama orang putih tu. Cuba
mak tengok nama kawan orang tu, semuanya nama melayu tau.
Tu..
si Sarah, Alina, Iman, Madiha, Farah, Ekyn. Semua nama mereka tu sedap-sedap
tau. Nama melayu tulen. Orang tak kira, kalau orang dapat suami nanti, orang
nak nama dia betul-betul melayu”. Priya menyuapkan lagi jemput-jemput ke dalam
mulutnya.
Makin
sakit hati makin sedap pula jemput-jemput ni. Bisik hati Suria Priya.
“Apa
nama melayu tu sangat?”.
“Orang
nak cari suami nama Abdullah ke, Muhammad ke, atau paling best kan mak, orang
nak nama Abdul Muqit. Ha.. nama macam tu kan nampak melayu arab-arab sikit”.
Priya tersenyum.
Mencebik
muka Puan Bitah.
“Perangai
pemalas tahap Firaun, ada hati nak cari jodoh sendiri. Jantan malang mana la
agaknya yang akan terpikat dekat dia ni”. Rungut Puan Bitah perlahan.
“Apa
mak cakap?”.
“Aku
cakap.. kau tu nak cari lelaki yang nama macam lelaki soleh. Lelaki baik macam
tu mana nak kan isteri pemalas macam kau ni. Bangun pagi pun dah terik, kebulur
la Muqit Abdullah kau tu nanti.
Ni..
kejap lagi kau bukan nak basuh pinggan ni. Kalau dah muka pemalas tu, memang
pemalas la. Berangan nak nak lelaki baik konon. Meluat aku dengar.
Eh
Priya, kau dengar cakap mak ni tau, jodoh kau biar mak yang tentukan. Mak nak
cari la ala-ala lelaki yang sesuai dengan nama Suria Priya yang mak susah payah
letak dekat kau.
Mak
dah cadangkan nak cari lelaki yang namanya macam Rohit ke, Rohan ke, Rahul ke,
Raj ke, Aryan ke. Ha, macam tu barulah sesuai dengan nama kau yang Priya ni.
Kau
jangan mengada-ngada. Mak tak kira, kau kena juga kahwin dengan pilihan hati
mak dengan ayah. Kau tu bukannya bagus sangat pun nak cari sendiri.
Muka
kalau lawa macam Preity Zinta tak apa juga. Muka macam senduk nasi je. Perangai
pun macam bontot kuali.”. Bebel Puan Bitah tidak puas hati.
Berdentang
dentum bunyi pinggan mangkuk dihentaknya Puan Bitah. Dia bukan marah, tapi
sudah sabar hati dengan perangai anak daranya itu.
“Mak
ni.. sukahati je nak cari kan jodoh untuk orang. Orang tak nak la. Orang dah
ada sendiri tau”. Berkerut dahi Priya.
Suria
Priya sendiri geram dengan kata-kata maknya. Ish, macam la kita ni teruk sangat
sampai tak laku. Menyakitkan hati betul.
Kalau
tadi, Puan Bitah memandang anaknya kecil-besar-kecil besar sahaja. Kini, Suria
Priya memandang maknya gemok pendek-gemok pendek je.
Suria
Priya melepaskan rengusan. Bergerak-gerak bibirnya kerana menahan amarah
dihati. Hendak dilawan melampau, tak cium bau syurga nanti.
“Amboi
! dah ada pilihan sendiri konon. Loya tekak mak dengar Priya oi! Muka pemalas
macam kau ni dah berangan ada pilihan sendiri. Ish ! mimpi ngeri la mana lelaki
jatuh hati dekat kau tu”. Sedikit tinggi suara Puan Bitah.
“Ala..
biasala tu”.
“Apa
yang biasanya? Tak ada yang biasanya la. Kau tengok cerita Hindustan tu, semua
jodoh mak bapak yang tentukan. Kau pun kena ikut telunjuk mak dengan ayah kau
ni.
Tu
la, dulu aku hantar sekolah kau malas. Kau asyik nak memain je kan. Kau
bercinta sana sini. Sekarang, kau duduk je la rumah ni elok-elok. Jodoh kau
biarkan mak yang cari.
Menggatal
dah ada sendiri. Ei , kau biarkan.. mak bagitahu dengan ayah baru kau tahu. Taik mata pun ada
lagi, berangan nak bercinta bagai. Ei, meluat aku dengar la kau ni”.
Terus Priya diam apabila Puan Bitah bersuara begitu. Dia
tahu maknya pasti tidak suka dia mempunyai pilihan sendiri. Sebenarnya ,Suria Priya
belum ada pilihan pun. Saja nak mengusik Puan Bitah.
Tapi apa salahnya jika dia mempunyai pilihan hati
sendiri? mak tu terlalu memandang rendah terhadap dirinya.
Kadang-kadang Suria Priya merasakan terlalu tidak yakin
dengan diri sendiri hanya kerana sikap maknya yang suka mengutuk dirinya.
Tapi apa boleh buat, mak kan? Redha je la.
3 comments:
wah terbaik.. suka sangat2.. xsbar nak beli gini :)
Terlalu pnjang sesi bergaduh fan dialog, jd cpat bosan baca
@Anonymous yup terlalu lama sesi pergaduhan.. pembaca cpt rasa bosan n skip the story...but good job alia.. stu permulaan yg baik...
Post a Comment