Review Cafe UAK ( Ustaz Abdullah Khairi )

Bismillah,

Alkisahnya kitorang Tahun 3 Jabatan Syariah Undang-Undang Universiti Malaya kena anjurkan satu majlis makan malam untuk meraikan senior tahun 4 yang bakal keluar dari dunia belajar ni. So, dalam pada tu kitorang duk tercari-cari juga kedai yang sesuai untuk dibuat dinner disitu.

Ada 3 kedai kitorang survey area Shah Alam ni.

Almaklumlah Shah Alam adalah syurga makanan selain Bangi syurga shoping untuk wanita-wanita diluar sane. Aca buat ucapan pulak ann.

So lepas dah survey segala bagai akhirnya kami sepakat untuk memilih Cafe UAK sebagai tempat untuk kami adakah majlis makan malam yang bertemakan 'klasik retro'.

Alamat : Waze Cafe UAK Shah Alam ( Insyallah akan jumpa )
No tel019-445 4544
Link fbhttps://web.facebook.com/pages/Cafe-Uak/1038329369626409

Kedainya memang sangat kemas dan lawa. Dia diperbuat daripada kontena dan korang jangan risau tak panas pon dalam tu. Kat situ ada view tol ( haha ) dan juga go kart kat bawah tu. 

Kita mulakan dengan team hiasan ; 






Hiasan ni telah disediakan hasil kerjasama antara pelajar dan pekerja cafe ini sendiri. Yang lukis dekat dinding tu adalah hasil pekerja cafe. Cantik kan ? Kitorang hanya tambah-tambah yang ringkas je.


Masa ni ada sedikit pertikaian antara owner dengan kami atas salah faham. Kitorang 90 orang book semua tempat tapi dia suruh guna separuh je. Tapi dan settle dan berdamai sudah. Peaceee!



Benda alah ni pon dilukis oleh owner dia.  Cantik kan ?




Kat atas tu ada model tak berbayar pulak. Cantikkan dia? Tapi sorry dah berpunya. Kiki. Ni view dekat luar memang lawa boleh feeling2 romantik gituw.


Ini hasil dari team makanan & cenderahati ; 



Bukan nak puji ke apa ke, tapi dadih tu sedap taw buat sendiri oleh gegadis tahun3 ( amani , liyana , aina ) nampak tak effort dorang? Sila la pinang...
Cookies pon sedappp


Ni hadiah cabutan bertuah.. Iolls tak pernah bertuah sepanjang hidup . kahkah







Sejujurnya aku tak ingat apa menu makanan kitorang masa ni sebab aku bukan uruskan bahagian mkanan tapi pengangkutan. Tapi apa yang aku boleh cakap masakan dia memang superb dan sedap nak matik cumaaaa sikit sangat portion dia. Macam tak puas nak makan. 

Tapii.. setelah aku search dalam group, akhirnya ketemu ; 

  • Garlic Bread
  • Home made Mushroom soup
  • Mediterranean rice
  • Grill chicken
  • Sauteed baby potatoes
  • Spegeti aglio 
  • Sago gula melaka
  • Classic Creme Caramel
  • Mixed fruits
  • Ice lemon tea
  • Sirap Rosy
Bayaran untuk buffet ni satu kepala RM25.



 Kasi la chance lah sikit aku nak aca-aca function walaupun benda tu dah elok dah pon. kikiki.

Gambar sekitar sepanjang majlis berlangsung;



Ini kembar tak seemak dan sebapa. Boleh pula pakai sepesan je baju. Cermin mata pon sama tapi pakaian terbaik dimenangi oleh yang baju biru, tahun 4.



Kalau berkenan mana-mana gegirl ni boleh PM. Rasanya major single letops kari ayam.


Senior tahun empat kitorang. Dorang antara yang sporting lah tapi macam mana pon tak boleh lagi lawan senior masa aku tahun 1. Dorang paling best sekali diantar semua senior.


Auchhh! Basket girls. Ni yang bagi goddies dekat tetamu yang hadir. Punya lawa macam ni memang terpesona la tetamu yang ada. Senyuman pon dah manis apatah lagi isi yang ada dalam tu.


Ini meja pensyarah kitorang. Iya, dorang memang cun melecun muda dan baik plus tegas kadang-kadag tapi kitorang sayang kot..


Hmmm kan dah kata makanan dekat kafe UAK ni memang sedap-sedap belaka tahap jilat jari kaki tangan jilat hidung bagai. Tengok budak ni sampai dua pinggan dia amik, belum lagi aku rakam dia tambah makanan lagi. Hmmm


Ini geng penyambut tetamu VVIP. Tanpa dorang terkontang kanting la kitorang padahal kalau takde pon, lagi aman tanpa dorang ni. Heee



Masa ni juga ada lantikan jawatankuasa untuk tahun 2017//2018  So ini lah muka-muka yang bakal menerajui tapuk pemerintahan baru.


Tahun 4 2017


Tahun 2 2017


Tahun 1 2017


Daaaaann kami tahun 3 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar JSU yang sudi hadir ke majlis makan malam untuk meraihkan kepergian tahun 4 buat selamanya. Kahkah. Apa yang kurang harap dihalalkan dan apa yang lebih, rezekiii lah tu.

Semoga tahun depan kita boleh berjumpa lagi..
Love, xoxo

Rate untuk Cafe UAK : 4/5 Memang terbaik !

No comments: