Travel Partner To Perhentian Island

Hallo!

Assalamualaikum eberiwannnn-- 

Okey so bebaru ni aku ada pergi ke Kelantan. First tu sebab kenduri kawan aku kahwin. So, dah book flight with my travel pratner yang super duper cute iaitu Wardah bunga-bunga cinta.


Yeayyyyy! So flight booked-- 
Kitorang duk rumah kawan kitorang je iaitu Shuhada ( terimakasih santan ) untuk satu malam. Lagi satu malam duk hotel sebab dapat point tunetalk ( mari gunakan tunetalk ) flight pun redeem dari tunetalk jugak. 

Eh, terpromote pulak.


AIRASIA
( harga basic sebab lagi dua minggu nak gi )
KL-Kota Bharu-KL : RM170

So back to the topic--

Pagi tu flight ke Kelantan-- Gedebak gedebuk kitorang pergi makan dekat Nasi Ulam Cikgu Kelantan yang sangat terkenal kalau melancung kat sane. Tapi ingat guys, Nasi Ulam ni tutup hari jumaat tau! Jangan salah datang pula nanti.

Link : https://web.facebook.com/nasiulamcikgu/

Tapi ni honestly review eh, sekarang macam tak mantap sangat. Lauk tak banyak pilihan dan rasa tak aum macam dulu lagi. Tak tahu la kalau kitorang datang tak kena masa sebab masa tu kitorang datang kol 1 lebih kurang macam tu. Tapi harga masih murah dan berpatutan.



Ini lah mek dah kitew yang jadi driver sepanjang weolls dekat kelate. Tapi dah berpunya jadi jangan nak mengorat ya. Kawasan ni amcam kraf-kraf dan istana kejadah apa semua tu.


Yang ni dekat depan istana apa ntah nama dia lupa plak nak snap gambar. ini lah partner I dari hari pertama sampai hari ketiga. Partner yang baik rajin dan comel sangat. Tapi dah berpunya jugak. hehee

Disebabkan masa aku datang ni ada pesta wau antarabangsa. So kita ambil lah kesempatan untuk datang. Pesta ni berlangsung dekat Pantai Genting Tumpah Kelantan. Berlansung dari pagi sampai lah ke petang.


So tempat ni okay lah kalau nak bergambar. And mujur tak kena bayar. Kalau kena bayar , macam membazir je pergi. Tapi okay lah not bad ada banyak kedai boleh makan-makan. Pameran wau dia gantung je so korang gi la amik gambar.

So malam tu just rest je and gi beli barang untuk bawak ke Pulau Perhentian esoknya.

HARI KEDUA--

Pepagi lagi dah keluar rumah gerak ke Jeti Besut dari rumah Shu. Yang pergi ke Perhentian ni hanya aku dan Wardah sebab Shu baru balik dari Sabah so takde feel sangat nak main pantai. Lagipun kulit dia terbakar ( katanya lah ) 

8.30 pagi dah kena ada kat jeti besut weyy! Tapi kitorang gerak dari umah kol 8.30 so kau rasa kitorang sampai kol bapa? hahahhaa. Memang lambat lah kol 9.30 baru sampai wey. Sampai agent tu kena call tahu tak! 

Link : Instagram 
whatsapp 019 - 2527610 / 017 9158329

Note : Bagi aku agent ni tak leceh sangat sebab even kitorang datang lambat pun dia takde marah-marah ke apa ke. Dorang sempoi je call tanya kat mana and tunggu je walaupun patut janji 8.30 tp sampai kol 9.30. Kitorang tunggu jelah next boat. Lepas tu orang yang bawak kitorang naik boat masa snorkling pun baik giler peramah. sama dengan budak kecik tu rajin je layan aku yang x pandai berenang ni. So far-- untuk sehari memang takde masalah. Recommended. 

Korang boleh deal dengan dorang harga murah punya. Kitorang day trip dapat RM88 kira murah lah bagi aku. Tapi sungguh memang tak puas gi sehari. Sebab patutnya banyak check point tapi dapat gi 3 je wey. Dengan Wind Mill pun tak dapat gi. Sedih , dia suruh datang lagi sekali la maksudnya. 

So kat bawah ni bagi gambaran kecantikan tempat dia. Kitorang ke Pulau Perhentian Kecil aw. Sempat gi 3 check point -- Baby Shark - Turtle - White house ( kalau x salah dengar )














Masa ni dah otw jalan balik semula ke jety. Sedihnya tak dapat gi romantic beach sebab tak cukup masa. Last boat ke jetty pukul 4 petang. Masa tu pun dah pukul 4.15 petang. 

So -- malam tu dapat tidur tune hotel sebab guna point and pengantin sponsor duit sikit--. yeayy! 
Tidur tak ingat dunia wey. 

HARI KETIGA 

Ini barulah punca kenapa kitorang datang Kelantan. Pulau perhentian tu saringan je. Sebenarnya datang Kelantan sebab kawan kahwin. Dah mengandung pun dia, ni belah lelaki-- 

Sebelum gerak ke Putra Valley, Tanah Merah. Kitorang singgah tempat lama belajar. Disini kasih pernah berbunga. Cewahhh... Dulu foundation dekat sini ah.




Ini lah pengantinya- yang menyebabkan kitorang datang ke Kelantan. Comel kan tapi tu la aku pelik kenapa aku sorang je gemuk padahal aku dah diet dah. hehee. Tahniah hakimah-- Moga kekal ke anak cucu ke syurga, ameen


 Budak ni tak padan dengan mengandung melompat. Aihhh... Sungguh lah..



Ni kat dalam airport Kota Bharu sebab lapar giler ttbe. 
Malam tu mujur delay so dapat tengok semi-final Malaysia dengan Indonesia. 
Byeee--



1 comment:

Najah Mustapa said...

Saya yang duk kelantan ni tak pergi pergi pesta wau tu, kadang tak taupun dia pestnya.Dan bestnya dapat pergi pulau perhentian tu. teringin juga nak pergi tapi selalu xdapat.