Bercuti di kedah : Naik Feri

PART 1

Bila mana kita sampai je dekat Kuala Kedah terus kejar gi beli tiket. Almaklumlah musim cuti sekolah kan. kengkorang fefaham la sendiri kan?

Then, kitorang dapat turn feri jam 2.30 petang. Masa tu baru pukul 1 kot. Memang banyak masa lagi la. So pergi la tandas bila dah masuk waktu gi la solat ada yang gi makan. Aku duk lelepak je kat tempat duduk tu. Rutin macam biasa la beb. Dok bergambooo je.


Ni aku bergambo dengan pengantin ala-ala baru nie. Hikhik >.< . Muka biasa la bila dapat berjalan kan bahagia la memasing kan.


Yang dekat depan pakai kopiah putih tu pak Anjang aku. Dia ni sebenarnya ada dekat hosp sebab sakit paru-paru berair. Tapi semangat dia sangat nak gi bercuti. Alhamdulillah doc bagi dia keluar. Dapat la dia bercuti. Pak cik aku ni memang suka suasa reramai keluarga ni.





Okay masa ni dah tunggu dekat balai pelepasan dah. Tengah tunggu orang keluar dari Feri then kami lak nak masuk. Sambil tu bergambar lah kan.


Yang gedik tuh adek aku. Yang pakai beg pink merah tu. HAHA . Aku nak amik gambar sama lorat dia nak tayang belakang dia. Ingat aku suka agaknya ? HAHA. Otw nak naik feri dah.


Tempat duduk masa ni aku duduk dengan ummi and izzah. Nak dijadikan cerita satu kerusi tu terselit pula dengan satu family nie. Agak-agak ah kan. Dah adik aku tu seorang je orang asing ko bagi la dia duduk tepi. Mesti la dia tak selesa kena duduk tengah. Tambah-tambah no kerusi dia memang tepi sekali. Kembali la pada no tiket sendiri. Akhir adik aku tak selesa dia pun berdiri je la.


Ni laks bapak aku raja bergambar. Dia tu acha-acha candid jer tu. Padahal kemain cover macho lagiii youuu. HAHA . setiap helaian gambar terselit wajahnya. banyaaaakkk ya Rabb.


Masa ni maybe memakcik aku tengah cari nombor kerusi kot. Amboi Busu sai (tudung biru) kemain macam tak puas hati je.

Agak-agak dalam dua jam jugak la kitorang dalam feri tu. Ini kali pertama aku gi Langkawi. Btw, aku ni memang loya duduk dalam feri tu. Tapi aku tak mabuk laut. Sebab masa otw balik okay jerk.

Masa dua jam berjalanan tu aku tidur je sebab tak tahan. Bila tetiba tersedar alamak ! mualnya. Nasib baik tak lama sangat.

Finallyy

Kami sampai juga ke tanah Langkawi. Antara sedar dan tak sedar percaya atau tidak. Untuk korang yang dah pernah pergi mungkin rasa biasa je bila aku cerita. Tapi untuk aku yang first time nie. Teruja nak mati ah nasib baik tak arwah jer.

Tersenyyummm lebar memasing masa menjejak kaki ke Jeti langkawi. Alhamdulillah.


Syukur. Ini baru naik naik feri dalam feri and sampai Jeti. Esok bebesok aku cerita lain eh. Kalau nak cerita sekali gus nanti macam cerpen pulak. Pendek. Tak syokkkk. HAHA. aku tak pat nak lepaskan kebahagiaan aku. Yuhuuu. Byeeee.

1 comment:

Cik Nadyya said...

wah pi Langkawi jugak. xjumpa pon?hikhik
oh sy naek feri dari perlis.

#Xsempat lak nak buat entri pasai bercuti kat langkawi, sbb kurang bergamba -_-