Bukan kali pertama dan akhirnya berjaya

Hari ni aku telah berjanji untuk berjumpa atau dating dengan girlfriends aku iaitu Hanan, Mun dan juga Pizah.

Actually ni memberi masa aku pernah cuba mengambil STPM sekerat jalan je.

So we start our journey ( la sangat ) dengan pergi ke Sekolah Sultan Muhammad. Sekolah ni adalah sekolah lelaki sahaja terbaik di Melaka. Nak masuk sini kalau tak ada 5A tak payah simpan perasaan nak apply la kan.

Tapi kat sini sebilangan kecil gegadis hanya 5% sahaja untuk golongan yang nak amik STPM tu. So itu sahaja untuk gegadis . Yang lain memang lelaki sahaja. Just imagine yang 800++ student boys. perempuan hanya 30++ macam tu je. Bukan 300++ ye tapi 30++

Oh ya, nasib baik aku pergi sekolah ni. Kalau aku tak join dorang mungkin sampai bebila aku tak tahu yang my 13years bestfriend(tudung oren) dan berpunya. I mean she already have a boyfriend. Menyampah tak cite kat aku nasib baik aku tak ngajuk

Back to the highlight story.

Lepas jumpa cikgu dorang yang super sporting habis, kitorang pergi makan dekat area situ. Lepas makan kitorang pergi masjid la nak solat dulu sebab dah zohor kans.


 Okay lepas tu kitorang terus bergerak menuju ke main point nya. Kitorang nak main kayak sebenarnya and aku memang tak suka main benda alah ni sampai aku kena paksa dengan tiga gadis ni.


Kita haruslah bergambar dulu sebelum kayak. Nasib baik masa kitorang datang ni cuaca baik punya. Seakan meredhai kami untuk main mende alah ni. Tak majuk atau nangis pun jauh sekali marah.

Ini yang aku nak cerita. Main kayak ni bukan kali pertama. Tak silap aku dah 3 kali kot aku main bende alah ni tapi aku langsung tak pandai main. Setiap kali naik tempat yang aku akan selalu tuju adalah ke tepian tasik. Aku mesti akan menuju kesitu.

Aku tak faham kenapa kesitu adakah kerana angin menolak tubuhku yang begitu ringan sekali. haha.


Masa ni kitorang dah berwelfie tenga-tengah tasik tu. Dasyat kau seriau mak nak. Masa ni aku tak power lagi naik main.

Nak jadikan cerita, kitorang tak sedar kayak kitorang ni dah nak sampai ke satu tempat yang agak bahaya apabila ktorang dah lepasi tahap dia.  Silap-silap boleh terbabas dalam lobang besar. Oh tidak ! Aku belum miliki cinta hati lagi. hehe

Tetiba penjaga tu datang kat kitorang suruh kitorang ketengah sikit. Ayat dia berbunyi macam ni.

"Dik.. Asal awak bergambar sampai tak sedar nak masuk lobang. Kalau awak masuk lobang apa pun tak jadi. Saya tak dapat nak bantu. Tengok lobang belakang awak tu kalau dia sedut awak"

Tiba-tiba tangan aku jadi menggigil bila dia cakap macam tu. Aku jadi sedar akal dan aku baru sedar aku kat tengah tasik n kalau aku jatuh.. Oh tidak ! Aku tak sanggup nak bayangkan. Aku takut.

Serta merta aku terus mengayuh dengan laju sehinggakan aku tak sedar aku mengayuh seorang diri dan meninggalkan orang lain dibelakang. Punya dasyat tahap ketakutan aku tu sampai aku boleh jadi juara kalau ada pertandingan kayak. Aku pun tak sedar sampailah member aku ni tegur.

"Pergh dasyat Alia. Tahap takut kau sampai kau dah maju kedepan. Laju gila"

Baru aku sedar aku dah tinggalkan dorang. So sekarang aku dah faham cara nak main kayak ni macam mana. kayuh kanan kiri untuk maju terus kehadapan. Untuk pusing ke kanan haruslah kayuh sebelah kiri dan begitu sebaliknya.


Muka dah mual kat belakang tu. Amboi gadis tudung pink tu takut terbalik je mende alah tu. Berat badan kau dah la dua kali ganda dari orang depan. haks.

So balik tu kitorang gi makan cendul. Yuhuuu. sedap and go back home.

Trip to Singapore [4]

Okay...

Part 1
Part 2
Part 3
Part 5

1- Madame Tussauds (Station Imbiah)
2- MegaZip advanture (Station Imbiah)

Day 2 .. sambungan
Lepas kitorang onjoy ourslef dengan bermain skyride dan juga Luge. Kitorang bergerak terus ke nak keluar acah-acah nya. Tapi dalam perjalanan tu ternampak pula satu tempat ni namanya Madame Tussauds.

Madame Tussauds ni adalah tempat yang aca-aca korang boleh jumpa orang hebat secara live la. Actually ni tak tersenarai dalam tempat yang kitorang bakal pergi. Kebetulan je ingat nak survey harga kalau mahal. toksey la pergi. Tapi rezeki kami memang untuk masuk kot walaupun mahal.

So harga untuk masuk ke Madame Tussauds ni aku kurang ingat sangat but around 35++ Dolar macam tu la. Mahal juga la kalau masuk sini. Tapi boleh amik pakej untuk 2orang so dapat murah sikit.

Kat sini korang memang boleh nak feeling gegreat mana sekali pun. Aca-aca jumpa orang hebat padahal korang tu jiran pun tak kenal punya la duk dalam rumah je.

Bak kata Hana "You must enjoy yourself here. I suggest everyone must have their own camera"

Maafkan andai Englishku salah sebab English dia superb. Lebih kurang macam tu la ayat dia. Tapi malangnya Husna dan Nisa tak bawa nset. So we need to share the camera. Gituww kau speaking.

Enjoy the pictures first


Ini adalah keychain yang telah dihadiahkan tuan tanah kepada kami. Hana hadiahkan kepada kami benda ni. Oh ya, masa memula je masuk akan ada orang yang sudi nak ambil gambar korang. Alah, macam biasalah nanti kalau cantik mesti berkenan. Benda ni tak silap aku 10 dolar. If tak salah ler.


Okay nak feeling pandai main drum pun boleh. Kalau korang ada awek yang nak pakwe pemain muzik. Amik je gambar ni sebagai bukti. Kalau dia suh main live depan korang cakap la korang malu nak tunjuk kehebatan depan orang yang korang sayang.


So cer teka apa binatang yang kat depan aku tu? Cerita apa benda tu ada ?Cer teka.. Cer teka..



Kalau korang nak tahu inilah salah satu sebab Dato' Jackie Chan dapat anugerah Dato' haritu sebab kitorang la. Seba kitorang jumpa dia untuk kembangkan lagi bisnes belaCHAN untuk rakyat Malaysia. Tu dia dapat anugerah tu.


Sepatutnya letak gambar suami kitorang ni dulu. Abang Pau Kacang ni sebab memasuk je terus terserempak dengan dia terus jatuh cinta dan terus kahwin terus dapat madu 3. Dasyat kau Abang Pau Kacang..



Miss Hana our guider yang comel lagi cantik lagi suka usik dan buli kami. Ape ler nasib kami yang begini baik ini. Mentang-mentang dah naik pangkat terus buli kami ye ! Tunggu !




Sejak berat badan makin naik ni terus jadi King Of Food. Dapat takhta terus siap kerusi emas lagi. Kelas kau jah. Diapit Pemaisuri lagi..

Ada lagi beberapa mamat kacak tak bergerak yang ktorang jumpa uolls. Heaven gila dapat jumpa Hirtick Amitha dan else.

Lepas keluar ni kitorang terpandang la pulak Megazip dan permainan kasar yang lain. Niat hati untuk lain kali je nak la survey harga jugak. Alasan macam kat atas.

Lepas tu pergi survey.. "You Should enjoy yourself here. Main apa yang you nak main. Dont ever think about tomorrow"

Udah diroyak gitu.. Kita okay je la. Tapi siap asing-asing duit untuk masuk USS esok hari. Kitorang save 50 dolar dulu. Itu yang penting.

Kalau nak main MegaZip ni pun mahal juga. Around 45 Dolar. HAHA. semua tempat bagi aku sangat mahal. Yelaaa... attractions place kan.. memey la mahal.


Nanti bila dah beli je tiket akan dapat gelang macam biasa tu la. So korang kena pakai menandakan korang dah beli tiket. Okang!


Sebelum main kena la snap gambar dulu. Hana belikan juga gambar ni untuk kitorang sebagai kenangan sebab dia rasa cantik. Aku pun rasa cantik walaupun ada pau selindung disebalik dagu aku. haha

Mega Zip ni lebih kurang macam Flying Fox dekat Malaysia je pun, bezanya pada nama sahaja. So nasihat aku better tak yah naik sebab membazir satu korang leh mainkan kat Malaysia jauh lebih murah. Cuma kalau nak rasa pengalaman kat Singapore.. your pleasure to feel it.


So masa ni dah selamat sampai ke perhentian. Malu kot punggung menghadap ke lelaki. Punggung kalau 
macam kucing takpe. Ni macam badak. Kuruskan badan cepat ! haha


Okay benda ni adalah lebih kurang macam shutter. ending Megazip tu kat pantai. So dari pantai nak naik kat tempat utama dia memang jauh. Tapi takde la jauh gila. Tapi penat gak ahh. So benda ni akan amik orang kat setiap perhentian yang korang akan nampak. tunggu je situ sampai dia amik.

Nak jalan kaki boleh tapi berbukit punggung kau tercicir je la nanti takutnya la. haha. gurau je.

So the end of our day for second day. Tapi serius itu pun banyak lagi mainan tak sempat nak tengok. Tengok sempat la cuma nak merasa je tak sempat sebab masa ni pun dah pukul 6 lebih.

So lepas tu kitorang balik dan sampai food court dalam pukul 7 lebih. kitorang makan nasi briyani dan pratha (roti canai) kat sini. memang sedap makanan dekat sini.

Dalam pukul 9 macam tu lebih kurang kitorang balik. Really tired taw. Berdengkor pun tak sedar kau.