Daytrip dubai [ transit ]



Assalamualaikum,
First tak nak cerita pasal turkey lagi memandangkan destinasi pertama kitorang adalah Dubai. Kitorang naik emirates dan transit di dubai untuk 10 jam. Memula search blog, transit 4 jam keatas boleh dapat free meals. Rupanya bila tanya kaunter, ianya dah ditamatkan pada november yang lalu. Sedih tak? HAHA. of course lah transit 10 jam kot.


Mujur, luggage tak muat so banyak makanan telah diletakkan ke dalam beg sandang. So merasa lah kitorang nak makan masa transit 10 jam dekat dubai tu. Makan lah benda ringan-ringan ntuk isi perut tu. 

So sampai dalam jam 4 pagi, kat dubai azan dalam jam 5 lebih. Kitorang lepas imigresen dalam jam 5 lebih juga. So pung pang pung pang, salin pakaian dan solat bermekap apa bagai pergi tandas semua kitorang siap tepat jam 6.30 pagi. 

So lepas tu terus keluar ke stesen metro dubai. Oh ya, transit di dubai tak perlukan visa ok. Free of charge in arrival for malaysian.  And please behave sikit masa dekat kaunter imigresen tu sebab orang arab ni korang faham-faham je lah dia punya garang tu macam mana kan. Jangan lah nak merakam pula dekat situ, nanti sia-sia je malu dekat situ bila kena marah. K stop panjang pula bebelnya. 

Alkisahnya, salah seorang kawan kitorang kena marah sebab merakam kawasan imigresen. HAHAHA

Tempat untuk dituju di Dubai

Di dubai ni, seperti yang korang tahu di Dubai ni antara yang menjadi landmark dorang adalah Burj Khalifah & Burj Al- arab. So kat sini, aku nak share seperkara yang memudahkan kan korang supaya benda yang terjadi kat kitorang tak terjadi kat korang. 

Memandangkan transit cuma 10 jam, tolak pung pang semua adalah tinggal dalam 6 jam je kitorang nak buat semua benda ni. So take note, jangan banyak leka kalau pergi ramai-ramai atas 2 orang. Kalau sorang atau dua, tak makan banyak masa.





1- Burj khalifah ( station 25 )
2- Burj Al-arab / Dubai Mall ( station 37 / transit naik tram ke station 11 paling hujung dan ambil bas pergi ke burj al-arab.
3-Menara emirates ( station 23 ) kitorang takgi. 
4- Palm tree resort (station 37 / transit naik tram ke station 7 / tukar naik train palm tree tu yang akan buka jam 9 ) tak pergi memandangkan bayaran dia asing )
5- Masjid Jumeirah ( Station 21/ naik bas kata nak ke masjid tersebut tapi kena jalan kaki sikit lah ) tak pergi.

Tu je kot yang sempat untuk 7 jam tu. Kalau transit time balik, aku akan tambah lagi kalau ada lah.

Kad daily pass



Harga 22 Dirham, boleh pakai sampai 12 tengah malam. Boleh guna untuk train, tram, bus metro dan sewaktu dengannya. Tak boleh untuk teksi.

Noted !

Kalau pergi Burj Al-arab, time pergi okay dah naik train dengan bus. But please sediakan duit lebih sebab masa balik takde bas so korang tak boleh nak guna kad taw. Teksi bayar cash and harga dia lain. Tapi, harga paling maksimumnya adalah 12 dirham tak silap orang tu cakap. So korang tukar lah lebih sikit, untuk masa balik.

Kalau transit lama sampai malam, boleh lah try gi airterjun menari tu.

NO FREE MEALS DURING YOUR TRANSIT. 

Apa lagi yang penting ya?
Bawak jelah makanan kornag sendiri, orang pandang pun buat tak tahu je. hehe

Sebarang soalan, boleh ajukan sahaja dilaman komen. Atau email di aliaaliahmad.3003@gmail.com. Pasti akan dibalas dengan cepat.

So, nak kasi layan sikit gambar kitorang serba sedikit. Ada yang tak amik gambar.




Ni keadaan dekat dalam lapangan terbang dekat Dubai. Cantik dan style lah. Kitorang ni jenis jakun sikit, memang semua sudut nak amik gambar. Tandas dia pon bersih gila. Boleh dikatakan cleaner dia tu duk dalam tandas 24 jam kot. HAHA, setiap kali kau masuk tandas dia tunggu je dekat luar. Kau langkah je setapak dari pintu, dia dah nak masuk dalam tandas tu mop lantai yang memang dah kering. Aku pn tak faham.

Ni aca-aca sikit masa naik tramnya.  Dorang ni macam kurang berbual sikit. Negara maju kan so buat hal masing-masing je memang tak mesra alam sangat lah. Lepas tu dorang kasar and lantak kau lah sakit pnggang ke , perempuan tua ke, kalau dia dapat tempat duduk, haram dia takkan bagi korang duduk. HAHA, Tapi ni pengalaman aku lah, orang lain mungkin kenal yang baik-baik.




Ni pula surau dorang memang kemas lah dan cantik, tapi kalau ramai orang tu faham-faham nauzubillah awal-awal lah. Tapi buat masa ni memang kitorang jumpa surau yang ok wangi luas dan cuma dikelolai oleh kitorang sahaja.

Tempat mandi pun ada, tapi dalam kawasan nak transit sahaja. Kalau korang dah keluar dari imegresen memang haram lah nak jumpa tempat mandi nya. Tndas dia pula memang tak boleh nak mandi sebab tande lubang mengalir air. Dia flat je memang segala jenis air kena buang dalam mangkuk tandas tu juga sebab tu cik cleaner selalu mop kot.







Nampak tak kegigihan nak amik gambar yang lawa. Tapi disebabkan mataharinya menghadap jadi lah gambar tu gelap gak.



Gambar ni teredit over sangat. Biasa lah kawan aku ni dramatic sikit orangnya. Boleh la follow ig dia yg penuh dengan gambar edit jenis macam ni @fahmid5s