Tips belajar bahasa urdu [ Beginner ]

Siapa peminat cerita hidustan? Angkat tangan !!!

Yeah, ada ketidak sebenarnya ni? Hew.


Okay pertama sekali nak share sikit tips nak belajar bahasa urdu for beginner. Aku pun baru-baru lagi jadi nak share macam mana cara nak belajar cakap urdu.

Pertama 

Tengok movie hindustan. Dari situ cuba korang belajar sikit  perkataan yang mudah-mudah. Jangan la nak belajar yang perkataan panjang dah susah.

Contoh

Salam namaste  :  Selamat sejahtera
Syukriah : Terima kasih
Suno : Dengar ni
Acha : Yeke? Betul ke?
Kaha hey? : Kemana? Dimana? Nak kemana?
Apse milkar hushi hui : Gembira bertemu dengan awak
Okay itu untuk yang basic.

Kedua

Bila dah layan movie hindustan korang boleh la layan sekali lagu dia. Cuba cari maksud tajuk lagu dia tu. Kat situ dan sedikit perkataan boleh belajar.

Contoh

Kuch Kuch Hota Hai : Terjadi sesuatu dalam hati
Anjaana Anjaani : Sengaja ataupun tidak sengaja
Humko Hami Sey Cura lo : Kemari dan curilah hati saya
Chammak Challo : Perempuan yang seksi

Ketiga 

Okay cuba cari makna untuk satu-satu perkataan. Contohnya kalau cinta apa maksudnya? Cuba berkawan dengan orang Pakistan, India. Tanya apa maksud untuk sesuatu perkataan. Gunakan perkataan tu untuk berbicara dengan kenalan korang.

Contoh

Dil : Hati
Callo : Jom
Moti : Gemok
Pyar / Prem  : Cinta
Mey : Saya
Tum : Awak
Pagel : Gila
Ladkhi : Perempuan
Ladkha : Lelaki
Nehi : Tidak
Ha : Ya

Keempat 

Walaupun peekataan dia agak mudah. Tapi ada sesetengah ayat perlu dibezakan untuk lelaki atau perempuan. Macam English dan Bahasa Arab juga la. She/ He untuk beza laki dan perempuan هو/ هي untuk lelaki atau perempuan.

Jadi make sure kita kena tahu.

Contoh

Meh urdu seekne ki koshish kar rahi hoo ( Perempuan ) : Saya sedang belajar bahasa urdu
Meh urdu seekne ki koshish kar raha hoo ( Lelaki ) : Saya sedang belajar bahasa urdu

Okay yang aku bold kan tu adalah perbeazaannya tau. Macam Ladkha (Lelaki ) / Ladkhi (perempuan) juga la. 

So jum kita sama-sama belajar bahasa urdu. Sebab amat kurang jumlah nak belajar bahasa urdu berbanding korea and english. So lets make some different.

Okay lepas ni aku akan update setiap perkataan baru yang aku dah belajar. Boleh kita belajar sama-sama. Nanti nak jumpa Shah Rukh Khan boleh ngorat dia dengan kepandaian kita berbahasa urdu. Acha? hehe.

Khuda Hafez ( Selamat tinggal ) See you again 

3 comments:

AnnaQurattuL'ain said...

Perempuan bodoh dalam bahasa urdu apa ya?? Sebab ada seorang perempuan cakap saya bodoh dalam bahasa urdu cuma kawan saya seorang sahaja faham apa dia cakap.,

BELAJAR BAHASA said...

Saya dari Indonesia, jadi mengetahui tentang bahasa Urdu. Terima kasih banyak

uzair said...

@AnnaQurattuL'ain

Bewakuf/ahmak.... Bodoh
Aurat.... Perempuan