Sedihnya rindunya :'(


Hampir setengah tahun aku duduk rumah lepas habis asasi bulan 2 hari tu,

hampir 7 bulan juga la,

hampir semua masa aku hanya terluang untuk umi dan walid,

And now, aku akan berangkat ke KL. bunyi macam 'lerk, dekat je kot KL-Melaka.'

Tapi aku yang hidup dengan mak bapak aku, aku yang membesar, aku yang gelak tawa dan curah perasaan semua dengan mereka. Sedih kot Isnin ni dah masuk UM.

Memang la aku pernah berpisah lagi jauh, Kelantan-Melaka. Aku pernah rasa perasaan ni semua. Sebab tu aku benci dengan perpisahan. Sobs Sobs.

Masa tulis entry  ni pun bergenang airmata siap boleh kentut lagi. *ter.

Sedih,
Sedih,
Sedih,
Sedih,
Sedih,

Argh! tak tahu apa motif aku update blog sebab aku hanya dapat rasakan yang jiwa aku sunyi, kosong dan aku akan merindu kekasih aku iaitu ayahanda dan bonda. klasik gitu. tskk.

Umi walid, akak tak nak duk Kl. akak nak duk melaka. sedihnyaaaaa lahai... nanti rindu.. nanti siapa nak gaduh dengan umi kalau akak takde, siapa nak main balas-balas pukul dengan umi kalau akak takde, siapa nak kutuk-kutuk walid kalau akak takde. tskk.

Nanti dah belajar 4 tahun dekat KL tu, masa nak pisah sedih lagi lepas 4 tahun bersama dengan kawan-kawan. Argh! kenapa harus ada perpisahan yang menyentap jiwa! Cis.

Perubahan selangkah

Nak berubah bukan senang.

Mula slow-slow.

First, aku tengah padam gambar dekat facebook, instagram yang entah apa-apa tuh. Rupa yang agak berselfie dan agak tak elok padam ler. Tapi apa pun masih ada gambar aku cuma start padam sikit-sikit mana yang nampak macam budak baru nak up.

putus hubungan dengan lelaki.

Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. Aku niat, aku dapat kekuatan dan aku dapat lepaskan seorang kawan lelaki aku yang selalu temani aku selama ni. Seorang yang aku ada post and kerap juga cerita pasal dia lately nie. Seorang yang kelakar tapi cuma seorang kawan walaupun aku akui aku suka dan senang berkawan dengan dia.

Cuma, mungkin aku masih terikat dengan hati aku.

Aku bukan nak setia pun, sebab aku tak minta.

Aku bukan nak tutup hati pun, sebab aku tak nak.

Aku juga tak nak lupakan dia, sebab hakikatnya aku terseksa.

Lantas, aku buat keputusan untuk lupakan semua kawan lelaki dan sapaan cinta monyet nie. Aku tahu hati aku masih tetap dekat dia walaupun dah dua tahun tapi sekarang aku nak lepaskan dia dari hati aku juga. Aku nak tumpu pada Allah, family, and future.

Seriously,

Aku buka tumblr and aku ternampak satu quotes yang buat aku tekad dan ada semangat nak berubah.

"She found Allah and lived happily ever after".

Serius k, hati aku tersentap and masa tu aku buat keputusan. Lepas ni aku nak didik diri supaya tak fikir pasal cinta buat masa sekarang. No man, no tears.

Slow-slow juga nak jaga aurat yang selama ni amik remeh. Banyaknya dosa aku.

Slow-slow nak lakukan ibadah dengan istiqamah.

Tak, aku tulis dalam blog ni bukan sebab nak bangga sebab aku pun bukan irine nadia yang ada ramai peminat. Aku tahu blog aku ni setakat seorang dua je yang datang jengok. Lagipun, memang dari hari pertama aku buat blog semuanya aku tulis disini.

Aku nak abadikan apa yang terjadi dan aku rasa dalam ni. Tak kisah tak berkongsi dengan orang lain asalkan aku berkongsi dengan milik aku.

Doakan aku mampu lakukan apa yang aku inginkan.

Aku ingin aku yang baru.

Sebenarnya aku sangat kagum dengan seorang sahabat aku iaitu Najah Abd Razak. Sebenarnya bagi aku Najah banyak beri aku kesedaran yang selama ni aku banyak tak sedar.

Jodoh akan datang sendiri. Percayalah Alia.

Lupakan kejap dan kejar impian kau. Semuanya semakin hampir. Kejar cinta Allah dan kau pasti akan bahagia. Insyallah.

*Terima kasih Cik Nadya Shafiqa sebab sudi edit blog. Terima kasih bebanyak. Terharu :'(


RESULT UPU- Dapat kos law

Syukur.. syukur.. Alhamdulillah.

Alkisahnya memang ler debor gila kot. Sampaikan sepatutnya hari selasa tu aku gi ikut umi gi Seremban terus tak jadi disebabkan UPU result.

Uish, padahal nak tahu course apa je kot, yelaa.. aku risau kot-kot la tak lepas kennns.

Pagi tu bangun terus kemas rumah kecuali bahagian dapur sebab dah terbengkalai bila menghadap wassap dekat group. Memang ada yang dah cek. Dah lulus dapat course mana. Aku masih termangu-mangu. aku nak cek guna online, nternet aku masa tu tak cukup nafas.

Maka, aku pun masej. Tang tu pula tak balas-balas. Jammed kot sebab ramai sangat cek.

Dok sini cakap ekonomi, dok sini cakap dapat muamalat. Perghh, semua dah dapat.

Tak aci!

Tak aci!

Tak aci!

Maka aku minta tolong Wan Nur Ain dengan Sufi Nur Alia cek kan untuk aku. Pergh, masa tu rasa macam nak akad nikah ah, debor macam nak amik result SPM. Kenapa la ada semua benda ni? Buat darah jadi rendah jerk.

Weh, kalau aku tak lepas sambung dgree ples jangan balas masej aku. *Cewah, sejuk kot tangan masa tu

Okay Alia, insyallah dapat

Sungguh aih, aku memang dah nak pengsan. Masa tu aku doa sangat lepas sebab almaklum la MUET aku tak lepaskan, jadi risau gak. Aku doa supaya aku tak dapat pilihan pertama sebab aku dah sedar diri. Haks. Pilihan pertama aku Law, kedua ekonomi dan ketiga muamalat. Ceet.

Wasap masuk. Dup..dap..dup..dap..

:(  *Pergh, ni kurang asam. Memula wasap dia hantar macam ni punya rupa. Si ain nie la. Punya la aku rasa nak terberak masa tu. Sedih kot bila dia hantar emoticon macam tu. Sobs.

wasap masuk lagi.

Tahniah Alia,
Dapat law,
pilihan pertama ke?

Kuajak ! Kuajak ! Ain kenekan aku. Aku dah macam nak nagis masa tu. Sedih ah. Rupanya dapat law weh ! aku baru nak menjerit tetiba wasap Sufi laks masuk.

Tahniah Alia, kau dapat undang-undang. Siap bagi bukti.


Cis, cis. Tersengih aku walaupun hati aku meronta-ronta. Aku menjerit juga nak lepaskan rasa hati. Aku rasa nak menangis bila dapat law. Aku akui memang aku suka gila dapat law nie, tapi ada serba sedikit kekurangan aku yang membuatkan aku down pula.

Act aku bukan apa, aku penah kena dulu suatu ketika dahulu. waktu habis SPM.

Aku ingat kekawan pertikaikan result SPM aku sehingga aku dapat masuk UM. Jadi aku takut kalau kejadian ini berulang kembali. Orang pertikaikan kemampuan aku nak amik LAW. Aku harap sangat semuanya baik-baik.

Btw, thanks all atas ucapan TAHNIAH. Doakan saya boleh buat semampu saya dan berjaya dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Insyallah.

ni betul-betul tak ada hati



Kisahnya baru balik dari hantar adik ke asrama. Yuhuuu.. kena balik asrama.

Benti kejap solat maghrib dekat masjid melaka pindah. Dalam perjalanan balik dari tandas nak masuk ke dalam bilik wuduk.

Oh mie, N*** kirim salam. Tak tahu la dia kirim salam dekat siapa, tapi dia cakap kirim dekat semua.

Dia masej kau ke?

Akak yang masej dia. *gelak, mesti mak aku marah sebab aku terhegeh-hegeh lagi dekat dia.

Dah la, lebih baik kau tumpukan cinta pada Allah *cewah, sejak bila?

Tak la, akak pun tak nak dekat dia lagi. Hati tak terasa apa-apa lagi. Saje je masej.

Eleh, hati dah terpikat dekat tutt...

Yang tu pun akak tak ada hati ah *Nada geram.

Aik? Bagus la kalau macam tu, kau tumpukan je la dekat belajar kau kak.

Tak mau ! Tak mau ! Dekat belajar pun akak tak ada hati *Saje berseloroh.

Amboi, ni bebetul tak ada hati sampai dengan belajar pun tak ada hati.

Baru tahu rasa kecewa macam mana.

Huh, Hati tu masih ada cuma minta sangat ada penghujung. Bukan apa letih la salah suka orang. Kalau boleh nak Allah tutup hati ni sampai bertemu dengan yang betul-betul. Tapi masaalahnya sekarang hati dah terusik sikit. Nak buat gano? Hm, Biar masa penentu segalanya.