Malam Anugerah kolej

Alhamdulillah. Selamat sudah malam anugerah kolejnya. Malam anugerah untuk orang lain bukan untuk aku. Satu anugerah tak dapat, satu cabutan bertuah pun tak dapat. Aku ni memang tak pernah bertuah.

Malam anugerah kolej tu dekat hotel R ( tak tahu nak tulis macam mana) . Start jam 8 malam.


Gambar pertama sekali. Gambar ni diambil sebab nak hantar dekat ummi. Kan ummi nak sangat buat baju aku pakai ni baju tunang. Tak nak ! haha. Baju tunang yang lain tau.


HAHA. Ni geng block B. Tapi ada dua orang tersesat iaitu Farah Aida dnegan Pikah. Dari block B. Kemain memasing posing. Nyahhh kauuuu.


Masa dalam bas pulak. Kitorang tertinggal bas jadi kena la naik dengan golongan budak sem2. Kitorang je kakak-kakak yang bising. Nasib baik dapat duduk.

Enjoy the photos







Malam tu bila dah tamat, dekat luar memasing bergambar lagi la. Kita ni baik lelaki atau perempuan tak pernah lari dari rasa nak bergambar. Seronok sebab ianya kenangan yang terindah. Terima kasih kawan..


Kami meja no 25. Meja yang tak bertuah langsung. Makan makanan china. Tapi, aku cakap betul ah, kalau tak ada pengalaman makan kat hotel pun tak apa la. Ni la terakhir aku makan kat hotel. benci aku !!! Aku tidur dalam kelaparan malam tadi sebab makanan dia takleh nak telan.

Sudah la kena bayar sampai RM50 sekepala. Kesian dekat tukang sponsur kelas kitorang tu. Tapi, nak buat macam mana, terima kasih la pada tukang sponsur tapi sumpah ! memang tak boleh blaaa ah dengan lauk dia tu. Macam tak masak je.



Orang suruh kahwin cepat tak nak, lepas tu tak boleh blaaa ah nak berangan duduk atas pelamin. Heyyy kau nie Alia oiii ! berangan tinggi bebenawww.




Ni masa ni dah nak balik dah. Sumpah ! kalau hari ni korang tak sedih dan rindu saat ini, aku yakin satu saat nanti pasti korang akan merindui saat ini.  Malam tadi pun dah sebak bila Hajar salam dan minta maaf segala bagai. Menciiikkkk.

Apa yang terjadi malam tadi benar-benar menggembirakan aku, tapi jujur ianya juga perkara yang menyakitkan hati aku sebab kau tak pernah zahirkan apa kau rasa. Kau buat macam tu seolah-olah kau bagi aku harapan sedangkan kau dah ada orang lain. Sadddd :'(

Terima kasih.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Kamu berdua, sudahlah !



Sudah-sudah la tu kau menyakiti hati perempuan.

Post ini tiada kaitan dengan diri penulis ini. Tapi ianya untuk semua orang yang rasa dia ada kaitan dengan post ini. Aku harap sangat kau terasa dan tolonglah terasa dan insaf la.

Aduhai lelaki yang baik dan ku anggap sangat baik,

Sudah-sudah la tu kau menyakiti hati perempuan, sudah-sudah la tu kau mempermainkan hati perempuan. kenapa susah untuk kau bersikap jujur? kenapa perlu kau melakukan hal ini? kenapa perlu memutar belitkan cerita?

Kalau kau tak suka, berbicaralah secara terus terang. Biarpun sakit, tapi lebih baik sakit kerana kejujuran daripada sakit kerana penipuan. Apa untung kau menipu semua perempuan? apa untung kau menyakiti dia? kau menggunakan agama demi kepentingan kau sendiri.

Semoga Allah beri balasan.

Aduhai wanita yang aku kasihi dan ku anggap sahabatku,

Berhentilah kau mempermainkan hati wanita. Berhentilah kau membuat temanmu takut untuk memperkenalkan seseorang kepadanya. Berhentilah dari kau merasa diri kau sempurna dan sangat baik. berhentilah melakukan hal itu. Berhentilah..

Kenapa kau suka memutar belitkan cerita? kenapa kau tak bicara yang jujur? kenapa kau tak terus terang? kenapa kau selindungkan semua? kenapa kau melukakan hati temanmu sendiri? kenapa kau bersikap kejam? Kenapa kau hadir sebagai teman kami? kenapa?

Kau yang aku anggap teman kini telah melukakan hati aku. Bukan setakat aku, tapi dia,dia,dia,dia,dia,dia,dia dan dia.. kenapa???

Ubah sikapmu kerana perlahan-perlahan aku sudah mula membencimu..

Ingat ! Dunia ada hukum karma.

Jangan meluahkan cinta kalau tak bersedia nak berkahwin. Jangan minta jawapan kalau hanya mahu bercinta Luahkan jika kau benar-benar sudah bersedia hendak berkawin. Allah akan memudahkan jalanmu..

Atas izin Allah..


'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Powerbank Pineng Murah

Assalamualikum. Hari ni aku tolong member jual powerbank. Aku tak minat sangat nak berniaga tapi tolong orang kan. hihi




Assalamualaikum 
Powerbank Original Pineng
pn968 10 000mahpn929 
15 000mah
Waranty 1 year on manufacturing defects

Kelebihan :Original capasity
Kualiti terjamin Original
Tidak seperti powerbank yg murah2 n ttapi mah tggi yg x real capasity
complete set dalam kotak
*Kualiti terbaik*
Boleh cas dua phone sekaligus
*ade torchlight dan lcd screen

CONTACT NUMBER : 0195174803

Hargapn968 rm90 sahaja 10Kpn929
rm120 sahaja 15K

POS ADD RM5

study week weh !

Exam ! Exam ! Exam !

Kenapa dia adalah antara benda yang suka kejar dan syok dekat aku? Aku tak suka dan tak jatuh cinta langsung dengan dia. Tapi dia suka usha aku. Menci ah !

Sekarang ni musim study week. Ya rabbi, malasnyaaa lahai. Malas sungguh aku weh ! tak ada mood langsung nak baca hafal apa-apa. Ada la sikit-sikit tu. Tengok mood ah. Dengan assimen tak setel lagi. letih aku pikir ah. Letih !

Ni berikut jadual nanti untuk exam.


Terima kasih pada Farah Aida sebab dia dari sem 1 selalu tolong buatkan jadual untuk kami nie. Baru semangat 1% tengok jadual lawo macam nie. Kalau tak kosong putih je. Ni baru dapat 1% je semangat. mana lagi semangat 99% ? tunggu dia yang msg aku suruh aku semangat. Terus 100% dapat semangat belajar. Memang mimpi je la.

Semangat belajar.. ohh semangat belajar. Datanglah kepadaku. Datanglah kepadaku sekarang. i tunggu you , i nak kahwin dengan you semangat belajar. kahwin kontrak je. Sampai 17 .2 je. Plesss datang..

kbaiiii


'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'