sahabat baik selamanya



aLLow !!!!
bermula kisah seorang sahabat yang sudah dikenali hampir 10 tahun . lama kan ? hahha .. dia lah kawan sejati aku .. bak kata KAMI " apa engkau itu lah aku".. kami sama tapi tak serupa..   aku amat sayangkan dia.. and aku tahu dia pun sayangkan aku.. kalau dia tak sayang aku.. dia tak akan nangis sebab aku.. haha ... persan sudah .. huhu ...


gambar ni kurang jelas lah, tak tahu kenapa.


sahabat baik selamanya .. aku nak story morry pasal kawan baik aku ni . kau orang tahu ? aku kawan dengan dia dari umur aku 9 tahun .. tapi time tuh kami tak rapat lagi.. setakat kawan biasa. haha .. but satu benda yang aku ingat psl dia time sekolah rendah .. ialaha.. dulu-II aku ni rajin tau melukis.. then dia ni la yang selalu beli lukisan aku ..opps .. aku lupa pulak nak kenalkan nama dia.. namanya NUR HANAN BIN ABDUL AZIZ.. dia sama umur dengan aku ..orangnya kurus kerempeng macam papan . haha .. sory2 hanan .. dia ni kecek kelantan la .. makbapak dia orang kelantan .. tapi dia msh bangga menjadi orang melaka... aku poon bangga jadi orang melakka.. sebab melaka bestt !!

hanan ...
dia seorang gadis yang mansi.. sweet sgt muka dia... mesti korang suka tgk muka dia.. dia ni tak putih..hitam-II manis.. tapi msh terserlah kecantikan dia.. yaww!! bangga awek ni ni kalau baca.. haha .. sudah la anan.. kau memang cantik..sebab uh dak anwar hakim msh tergila-gila kan kau.. untung la kau kan .. haha .. sekarang ni hanan kerja kat hopital melaka... kalau korang nak jumpa dia. datang la kat kedai runcit dpan hospital tuh... HSPIMART .. ye lah tak silap aku hanan sebut nama tuh.. haha .. dia selalu jugak la cerita dekat aku pasal sorang minah ni dok jeles-II anan kena kerja dengan pakwe dia. alaa.. kalau dah tahu diri tu kuat cemburu.. tak payah la kerja satu tempat yerr... buat diri sendiri terseksa.. kawan aku tuh dah la cantik.ayu !! manis..
ni la awek manis tuh . cantik kan ?

haha .. anan kembang la tuh .. hakks !  aku sayang dia sgt-II . bagi aku dia memang kawan sejati .. walaupun dia kadang-II menyakitkan hati..normal la tuh kan .. kekadang pon aku ada sakitlkan hati dia.. bukan semua perhubungan tak dilanda badai .. cm aku gak dengan dia.. kitorang pernah gado besar... pernah mengumpat satu sama lain.. but.. akhirnya kami bersama.. sebab citarsa aku dan anan sama tau.. aku minta novel pon dari dia.. dia yang hasut aku baca novel..dia yang hasut aku minum susu.. kalau tak aku tak pandai mnm tuh ..dia ni minta korea.. aku tak minat .. sekarang dia duk sibuk ajak aku minat korea.. pless la.. haha

tapi kalau hindustan kami serasi.. aku minat hindustan .. dia pon minat .. kalau setiap hari sabtu kan .. mesti dia akan hantar msg ingatkan psl hndstan . haha .. kekadang rasa lwak jer.. tapi ni la rahsia pengikat hubungan kitorang.. haha .. walaupun masing-II ada kekurangan . tapi kami terima seadanya...kami tak mahu jadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk kami kekal. hakks ! jiwang pula... aku ingat.. dia selalu kata yang aku ni ego !!! aku tak ego lah !! tapi dia tetap kata .. last-II bapak aku pon kata aku ni ego.. ego ?? ye kot.. entah la..org yg menilai kita kan.. citarasa aku , peranagi aku hampir lebih saa dengan anan.. korang tak tengok reaksi kitorang kalau tengok mamat nsem.. paling best kalau kat fb kitorang ada teradd mamat nsem mst kitorang akan share... sweet kan. walaupunkawan ...



kalau aku sedih ..dia kadang-II kata.. hal yang kecik aku tengok dah macam besar dah .. haha .. dia tu sengal la.. dia baik dengan aku .. dia selalu bela aku .. dia bnyak tlg aku .. dari darjah 3-6 aku sekolah dengan dia dekat sekolah gangsa.. baik form 1-3 kami sekolah dekat sma jaim as-sayidah khadijah... 4-5.. aku sekolah ehya el karim.. dia sekolah ehya el karim sampai tingkatan4 jer ..tingkatan 5 dia pnda munsyi.. tu yang dia kenal dengan aniq iskandar too.. hahaha .. dia sedih gak la pnda munsyi..sebab mst la tade kawan sgt kan.. budak baru la katakan.. ada budak pengkid mnt kat dia .. maklum lah org cantik kan.. haha.. . dia tetap best . dia baik , cantik, molek ,, dan manis...dia minta kaler merah tau .. haha . aku lak kaler pink . hakks !

oke lah ,, ni jer kot story-II tentang hanan .. lain kali kita tambah lagi .. yang penting aku sayang diagila-II ..



#kitakawanselamanyapromiseyaw#

DIA kakak AKU~

hellow dear kekawan..hehehe..
kita jumpa lagu yuk.hehe . aku ada post istimewa tentang seseorang yang aku sayang selain daripada umi,walid,sipot sedut dan juga aniq iskandar...opps tak lupa juga buat adik beradik aku yang comel, handsome dan bijak sekali. aku juga tak patut lupakan insan yang banyak menghabiskan masanya bersama aku.. kala aku senang mahupun susah..itulah dia NUR hanan..tapi kali ni aku bukan nak cerita tentang gadis manis tuh.. tapi aku nak cerita tentang gadis ayu yang banyak berjasa jugak la kat aku..siapa di tu?. haa.. kalau nak tahu baca la yang next punyer nie..hehe..

akak aku yang tudung biru tau aaw!. kat sebelah tuh pon akak aku gak, tapi kami jarang jumpalah..dia kak suhada.
dia la akak aku NUR AFILAH.. dia juga merupakan akak sepupu aku lah.sekarang umur dia 22 tahun .. mungkin korang akan cakap dia tak secantik siti nur haliza.. tapi nilai peribadinya...kalah ustazah siti nurbaayah..hahah ..over lah pulak..heee.. tak la wei.setiap insan ada kekurangan..begitu juga dengan akak aku tu.. dia memang baik.baik sangat-II.. dia lebih baik dari aku..dia ni anak yatim tau. ayah dia dah meninggal..kesian..tapi dia duduk dengan makcik aku yang sekarang dia panggil IBU. aku panggil IBU tuh mak jah. hehe..akak aku tuh seorang yang rajin sangat-II.. dia memang rajin.. dia kalau bab-II memasak ni..perrhh.. memang sedap lah aku cakap kau..dia masak memang sedap lah..cef wan pon KALAH. ha.. ni lagi over kan. haha . 

ni time raya haji la nie.. aku , akk aku yang tengah..dan tepi tuh sepupu aku gak.k.leha
akak aku ni dah 3 kali gagal dalam percintaan.. dah !! sudah.. aku nak promote kisah sedih dia pulak an.. hehee.. bukan nak promote.. just nak share jer aw.. hehe .. pakwe pertaa dia tuh..namanya abang SAFWAN.. for abg safwan..."kalau aku daapt kau,siap kau, aku doakan apa kau buat kat akk aku, tuhan akan balas balik.".. kedua tuh ..dengan u.ikhsan yaw..haaa..story-II tentang u.ikhsan ni pon syok jugak.. u.ikhsan ni kecil molek aja orangnya.raut wajah cukup bersih dan suci..kalah SAFI BALQIS.. aaww! haha .. redup mata cukup mempersona.. lebih-II pulak aku puji dia.. eah .. tapi ni lah kenyataan tau.. kau apa tahu? tapi akhirnya percintaan ni kecundang la... aku ingat lagi..time uh akak aku mengadu kat aku yg u.ikhsan ni cm menjauhkan diri..so, aku geram la... aku try hantar msg kat u.ihsan knon akk aku minta clsh..akk aku tanak..time tuh akk aku tengah memandu.. so, aku dan akak aku rebut la nset tuh...aku tak nak bagi..akak aku nak juga...

jeng..jeng...

teka apa yang berlaku ?. aku dan akak punya lah rebut-II nset..akhirnya kami tak nampak kereta yang lalu kat depan tuh.. kitorang pon kemalangan.. dussshhh! .. PANCING!!! ..aku tipu jer nie.. heheh.. mana ada kemalngan.. gimik jer tuh. haha .. aku rebut-II .. then akk aku punya mulut berbunyi macam gini ...."alia ! kalau akak clash dengan dia sekarang, akak tak kan tegor kau". baik.. aku tak berdiam diri.. aku lak lawan ..lawan-II ..orang melaka mana boleh kalah kan. haha.. "eh akk ! kalau lepas ni akk clash dengan dia..orang tak akan tegor akk, faham?". time tuh marah tahap cipan dan semut la... haha .. but at last..tegur juga..poyo jer masing-II..for u.ikhsan, bila nak bawak kes kita ke makhamah..i tunggu u nie budak tua tak matang!!
ni lagi penting,,.pix ni diambil sewaktu kitorang hang out dengan pkwe no2 akk aku..u.ikhsan

last...
akak aku sekarang etnga bermadu asmara dengan a.shafiq.. he really not nsem, but have some sweet on his face..wow ! ,he put sugar ke ? . haha . tak lah. tapi mungkin wajahnya yang sentiasa senyum dan buat lawak tuh menampakkkan dia manis semanis madu,, so, sekarang dia dengan a.shafiq tengah berbahagialagi la..so, my wish to them is "orang harap akk kekal dengan dia, and cepat-II naik pelamin oke... kalau sesiapa yang namnaya ada disebut tuh...sory and pergi naik lory lah..tak hingin i nak bersory-lory dengan kau !! haha ,, insaf lah wahai manusia.dan CEPAT pergi mnta maaf kat akk aku !!!




the END of story torry ~

MY SUPERB . .

acha !!
assalamualaikum...
olla ... selamat bakal TAHUN BARU CHINA... awal sudah aku ucap..
terharu tak ? terharu tak ?. haha ... jeng..jeng... "my superb"... TEKA ?.
my superb ?. siapa pulak tuh my superb ?. haha . ni la dia. my superb . my HERO.. my HEROIN..
they ARE my parents.. "ALI AHMAD BIN WARIS ALI dan SHAARIAH BTE OMAR..
tanpa mereka, siapa lah aku kan .. TANPA parents korang, siapa lah korang kan. HAHA .

nak naik buggy-II tuh..
look friends, 
kalau nak cerita tentang pengorbanan makbapak ni, terlalau banyak yaw. tak terkira dan tak terbalas.
kalau nak aku salin dan senaraikan satu per satu. alahai.. nampaknya memang sampai ke esok hari lah..
sejak aku dilahirkan, umi yang begitu banyak berkorban . tak juga lupa pada walid. dorang jaga aku waktu malam. bagi susu, bagi makan cukup -II , sampai dah besar la ni. hehe . kekadang tuh, bekerja lewat malam sebab nak carik rezeki untuk bagi aku makan la.. maklum la aku kan kuat makan.. banyak tau aku makan. hehe ..

tni la walid aku yang de best in the world yaw!
walid ni seorang yang periang. dia kacukan taw.. nenek aku orang malaysia. tapi datuk aku orang india pakistan. so, kami ni kacukan la. darah india pakistan tuh masih mengalir tau dalam darah bapak aku dan juga aku. sebab bapak aku ni teliti sikit. aku maksud kan macam korang tengok cerita hindustan kan, macam mana bapak dia jaga perihal keluarga. macam tuh la bapak aku. bapak aku jenis yang kedekut anak-II. dia tak akan mudah nak bagi aku keluar-II dengan kawan-II macam tuh jer. dia akan fikir bukan-bukan. biasa lah tuh kan. dia risau anak-II perempuan kan. macam-II boleh berlaku kan. haha . bapak aku ni anak yang ke-20 daripada 20. banyak kan adik berdik dia?. satu mak satu bapak tau. haha . erm. bapak aku mepunyai raut wajah yang garang. sombong. anak buah dan juga cucu bapak aku semua takut dengan bapak aku,biasa lah tuh budak kecik kan...

umi dan walid
jangan tak tahu, aku juga ikut raut wajah bapak aku.. haha ., aku memliki wajah yang sombong dan juga garang.. garang sangat.. bukan sikit taw aku ikut. banyak giler aku ikut fizikal bapak aku . hehe .


tapi kalau nak cerita pasal mak aku lak. umi seorang yang periang dan sangat becok. i meant dia seorang yang peramah. dia boleh masuk dengan siapa-II sahaja. kalau umi bercakap macam dah kenal lebih sepuluh tahun yaw.!! haha . ni bukan ngutuk tau . tapi ni la kelebihan mak aku. dia mudah bergaul dengan sesiapa jer. sebab tuh la bapak aku tersangkut. bapak aku ni lak jenis pendiam.. masuk lak mak aku yang agak riang hidupnya kan.. so, dah tersangkut paut lah pulak. haha . walid aku orang melaka tau. mak aku orang penang but stay at PAHANG .. umi aku ni oke tau. dia tak kisah . tapi satu kelemahan dia. dia ak boleh bercakap depan orang ramai. dia tak reti nak berucap.. hehe . tak pe umi.. nanti boleh la tuh kan..

kat sini aku nak satu DUNIA tahu yang aku sayang GILER-II kat mereka berdua.. walaupun akak degil tapi umi dan walid tetap sabar dan juga tabah..tetap layan kerenah akak ni..siapa tak syang anak oii?. haha.. dan siapa tak sayang mak bapak oii? AKU SAYANG SANGAT-II kat umi dan walid. tahap mati.. tiada siapa boleh lawan..oke !! aku degil pon sebab itu aku...so, korang tak yah sibuk.. bajet kan  aku ? . haha . apa kau nyer hal ? tak kan ?. just shut UP !!!.. bajet kan ?. kau susah apa ? . haha ..


oke sayang-II semua.. all STORY about my superb is OVER...only story in this post oke.. but for reality, its never become over!!!! ...


sayang sangat-II kat walid and umie




JALAN-II carik pasal

HALLO !
assalamualaikum..apa khabar anda ? .. jumpa lagi la kita kan . hari ni aku ada story mory ngn korang . semalam aku pergi TESCO CHENG yaw. aku pergi sana sebab akak aku ada mesyuarat kat sana. mesyuarat untuk pogram "kem anak solehah". so, aku dengan anak buah aku yang berumur 11 tahun jalan-II lah kat situ . mula-II kami makan dekat KFC. sedap tuh~ jangan jeles U~ hehe . tapi kan ada satu aku tak puas HATI . aku baru abis sekolah kan .and aku ni pula masih penganggur terHORMAT!! . so, opcoz lah aku tak ada duit kan .


aku memang la kalau boleh tak nak berkira. tapi akak aku tu takan lah tak boleh pikir. aku mana ada duit nak kasik goreng sumer makanan kat KFC tuh . aku ni lah yang terkial-II kene belanja anak buah aku tu. dia yang bawak , aku lak yang kene belanja. tapi aku kene ikhlas kan juga hati ni kan . so, sekarang aku dah ikhlas walaupon agak sdikit terkilan. tak pe AKAK ! aku dah ikhlas kan oke .


so, masuk fasa kedua lak. time aku jalan-II  dekat dalam TESCO uh . aku singgah kat kedai buku lah kan . aku singgah tengok-II NOVEL . aku ni peminat novel. penulis yang aku MINAT ialah SITI ROSMIZAH dan juga DAMYA HANNA. DAMYA HANNA ni aku minat sebab dia hasil novel BICARA HATI. novel yang paling aku giler2 kentang minat ah. aku suka watak tengku shahran tuh . dia memang panas baran , tapi dia penyayang dan juga romantik. aku paling suka sebab tengku shahran tuh mempunyai kening lebat . I LOVE it. waa~ . aku tak boleh la nak cite pasal tengku shahran. nanti aku boleh jadi giler yaw !! . haha , sebab aku sedang mencari tengku shahran aku .siapa lah agaknya kan ?


my superb,.. I LOVE u . . 
haih ? dah bersimpang lah pulak dengan apa yang aku nak cakap tadi. kembali kepada topik UTAMA oke ! .


aku punya belek-II NOVEL "cinta si uda dan dara" . kaler pink novel tuh . aku belek jer , tanak beli sebab fulus tade maaa... then aku pon jalan jer lah dengan anak buah aku tuh . Kami pergi kedai nset pulak. nak tengok nset BLACKBERRY la. berkenan lah pulak. haha . aku tengok-II lepas tuh aku pon letak lah tangan atas cermin tuh .


"kak alia, akk beli ker novel tuh ? masa bila akk beli?". tetiba anak buah aku cakap.
 dah sah la nie. aku teramik novel tuh . tade sah-II lagi lah .memang sah pon . adui. aku tengok kat tanagn aku . dup. dap. dupa dap. macam mana ni ? aku takut , karang mesti orang tuh pikir aku nak mencuri. ALLAH selmatkan aku . alhamdulillah lah anak  buah aku nampak. buatnya kalau orang tuh yang nampak. aku lah kene ke BALAI.. malu-II . hehe ,. aku terus suruh anak buah aku pulangkan .sumpah beb ! wa memang takut tahap mati time tuh . nak luruh jantung waa BEB ,, lu apa tahu ? haha


terima kasih ya ALLAH ! kau selmatkan aku . tuh la alia..sape suruh kau dok tak ikhlas belanja orang . kan tuhan dah uji. eeeehh~ cerita tak abis sampai sini sayang oi. aku pon jalan sekali lagi kat kedai nset . apa pulak kali ni ? alamak !! baju !!!! . hah ! aku ada beli baju kemeja 2 helai tau . dah tetinggal kat mana ntah . dah cuak ni. macam mana ni ? dah la beli dua pasang lak tuh . aku pon cuba cari kat kedai-II yang aku pergi . huh ! TEKA ?? kat kedai buku yang aku pergi tadi rupanya . adoii! apa cuai sangat ni ALIA oii ? aku amik baju tuh . dan blaa terus . 


MACAM-MACAM .. . .


pengajaran la ni kan .lepas ni pastikan tak ada ppe kat tangan uh sebelum pergi berhijrah ke tempat lain . pengajaran untuk hidup aku .sebelum pergi ke tempat lain . kita kene buang segala yang pernah terjadi kat tempat kita . jadikan ia satu kenangan kalau kita tak mampu miliki.. bukan semua kan kita boleh miliki..macam cinta juga.. kita kene buang segala kenangan cinta lama sebelum berlaih ke cinta baru. kalau tak padah la...
 oke.. STORY MORRY tamat !

mencari yang abadi


kedai buku adalah tempat yang sering aku kunjungi. Setiap hujung minggu,di
situlahtempat aku akan meluangkan masa. Mencari buku ilmiah dan novel adalah
sesuatu yang tidak membosankan. Ketika Anysa sedang ralit membelek buku ‘mencari
ketenangan’ ,terdengar satu suara yang menyapanay dari belakang.
 “Assalamualaikum”
 “Waalaikumussalam”. Aku pantas berpaling kearah pemilik suara itu. Bagai
hendak tercabut jantungku apabila melihat seraut wajah yang cukup tenang. Aku
menelan air liur,pahit. Aku memalingkan tubuh dan terus berlalu.
 “Anysa!,tunggu sebentar”. Tahan Saiful. Saiful adalah tunanganku. Kami sudah
bertunang hampir tiga tahun. Namun kami tidak pernah bersua wajah dan suara.
Cukuplah sekali kami pernah bersua di hari pertunangan.
 “Apa yang awak mahu?”. Soalku sambil menundukkan wajah.
 “Anysa,saya nak bawa awak keluar,kita pergi makan,kali ini sahaja Anysa”
 “Maaf,lain kali sahaja,saya perlu pergi”
 “Kenapa Anysa?kenapa awak tak pernak nak beri peluang pada saya untuk
berjumpa dengan awak?malahan untuk bercakap dengan awak pun payah. Saya
tunang dan bakal suami awak,sudah tiga tahun kita bertunang tapi saya tak ubah
seperti musuh awak”. Saiful meluahkan ketidakpuasan hati.
 “Bertunang bukanlah satu tiket untuk kita keluar bersama,bertunang tidak pernah
menghalalkan kita untuk bermesra. Sabarlah  Saiful,saat yang halal tiba awak pasti
akan rasainya”. Kataku tegas dan terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi kearah
wajah itu. Biarlah Saiful kecewa asalkan maruahku tidak dinodai.
 “assalamualaikum”
 “waalaikussalam”. Jawab Puan Anom. Anysa ingin berlalu namaun apa yang
terhidang dihadapannya membuatkan dia terhenti. Ayah,along,angah dan Afyra sedang
memangdang Anysa dengan pandanagan tidak puas hati.
 “kenapa umi?’
 “kenapa kau tanaya?aku tak faham la dengan kau ni Anysa,apa yang kau nak
sebenarnya?”. Herdik along.
 “apa ni along?Anysa tak faham la” 
“sudah la anysa,kau ni memang tak kenang budi langsung!. Saiful tu punya la
baik,tapi kau putuskan hubungan ini!”. Kata Encik Zamri. Dalam masa yang sama umi
meletakkan sebentuk cincin ditelapak tanganku. Duniaku terasa seolah-olah sudah
terhenti. Ya allah,apa yang sedang berlaku ini?.
 “umi,apa ni?”. Kolam air mataku sudah bertakung.
 “umi pun tak fahan dengan apa yang Anysa mahu sebenarnya. Saiful sudah
memutuskan pertunangan ni kerana kecewa dengan sikap Anysa”. Tahulah aku
bahawa lelaki ini berkecil hati denganku. Tetapi sedarkah dia bahawa apa yang aku
lakukan ini untuk kebaikan semua?. Dengan perlahan mutiara jernih jatuh menyentuh
pipiku. Aku mengangkat kaki dan terus melangkah lemah menuju kebilik. Biarlah
mereka semua menganggap aku yang bersalah.
 “tengok tuh!. Pantang sahaja orang cakap,terus angkat kaki. Aku memang tak
faham la dengan sikap kau ni Anysa,suka menyusahkan orang. Belajar tinggi-tinggi tapi
tapi bodoh,otak tu tak reti nak guna”. Entah suara sipa yang berbuyi,aku malas hendak
ambil tahu. Saat ini,aku ingin mengadu nasib kepada pencipta alam. Aku mengambil
wuduk dan dan membentangkan sejadah menghadap kiblat. Aku mendirikan solat
maghrib tiga rakaat. Selesai solat Anysa menadah tangan.

“ya allah,begitu hebat dugaan yang telah engkau berikan padaku. Ya Allah,kau
tabahkan hati hambamu ini untukl melalui segala onar dan cubaan yang telah engkau
berikan. Sesungguhnya aku begitu lemah untuk menghadapi semua ini. Hati ini terlalu
sakit untuk menghadapi penderitaan ini. Ya Allah,kau ampunkanlah dosaku,aku
berserah diri padamu”. Dengan lembut aku menyeka air mata yang mengalir. Ahh! Aku
harus tabah mengahadapi ujian ini. Bisik hati kecil Anysa.
 Tudung yang dipakai anysa diperkemaskan lagi. Anysa melangkah keluar dari
biliknya dengan wajah yang lebih bersemangat dari kelmarin. Walaubagaimanapun,
langkah Anysa terhenti  apabila telinganya dapat menangkap suara tangisan di bilik
Afyra,adik bongsunya.  Dengan perlahan,tombol pintu dubuka dan kelihatan afyrah
sedang menangis dibirai katil.
 “afyra,kenapa  ni dik?. Kenapa afyra menangis?”. Soalku kalut.
 “akak..”. tangis afyra dibahuku. Aku membiarkan tangisan afyra reda. Bajuku
basah disapa air mata afyra. Mata Afyra sudah bengkak kerana terlalu banayak
menangis.
 “kenapa Afyra menagis?ada masaalah ke?
 “kak,afyra takut”
 “apa yang Afyra takutkan?”
 “akak janji jangan marah pada Afyra”
 "kenapa ni?bagitahu akak”.kataku sambil memegang pipi Afyra.
 “kak,Afyra mengandung”. Makin kuat esakan Afyra. Kepalaku sudah berpinar. Aku memejamkan mata.
 “aduhai adikku,apalah nasib aku memilikimu?”. Soalku lirih.
 “akak jangan cakap macama tu,Afyra minta maaf”. Seorang gadis yang berusia
16 tahun sudah bunting. Apa tomahan yang akan kami sekeluarga terima dari jiran-
jiran. Aku bangkit dari katil dan terus keluar. Beberapa minit kemudian, Anysa kembali
bersama Encik zamri,Puan Anom,Aman,dan Amin. Afyrah yang melihat kehadiran
mereka,terus meluru kearah Puan Anom dan memeluk kaki uminya,
 “umi.maafkan Afyra,Afyra berdosa”. Tersedu-sedan Afyra menangis. Puan anom
hanya membekukan dirinya begitu juga Encik Zamri. Aman dan Amin hanya memeluk
tubuh. Afyrah meluru kearah ayahnya pula.
 “ayah maafkan Afyra,tolonglah jangan marah Afyra”
 “kau dah melakukannya Afyra,untuk apa lagi kau meminta maaf?”
 “ayah,kita kahwinkan dia”. Usul Anysa.
“hei Anysa.kau ni gila ke apa?. budak ni baru umur 16 tahun”. Marah Angah.
 “bukan Anysa yang gila,tapi Afyra yang gila,baru umur 16 sudah mengandung”.
Jawabku tenang.
 “kau fikir panjang boleh tak?. Kalau dia kahwin,apa orang akan cakap?. Kau tu
jaga diri sendiri,tak payah nak sibuk hal orang”
 “walaupun Anysa tak berkahwin tapi maruah Anysa masih terpelihara”
 “kau fikir kau baik sangat ke?”. Tengking Along pula. Aku hanya mendiamkan
diri,malas hendak melawan kata mereka.
 “kau buatlah apa yang kau nak.aku malas nak ambil tahu”. Along berkata
demikian dan terus berlalu sambil diikuti Angah.
 “kau cari penyakit Afyra,kau tanggung la sendiri”. Encik Zamri terus menarik
tangan Puan Anom keluar dari bilik itu.
 Kesakitan yang dirasai membuatkan anysa tidak dapat tidur semalaman. Hampir
meleleh air matanya apabila sakit itu datang menyengat di dadanya. Anysa bersyukur
kerana akhirnya dia telah bertemu dengan lelaki yang telah bersetubuh dengan
adiknya. Dua minggu yang lalu,secara percuma Haikal telah menerima penumbuk
darinya. Pernikahan Afyra akan berlangsung pada hari ini.
 “Afyra,akak harap selepas ini kau berubah,jangan kau pandang dibelakang lagi.
Masa depan kau sedang menunggu”
 “terima kasih kak, Afyra sedar selama ini Afyra terlalu inginkan kesoronokan hingga diri Afyra yang terkena semula”. Kedua-dua mereka mengalirkan air mata. Anysa tidak sangka
bahawa adiknya akan menamatkan zaman bujang dengan cara begini.
 Sebelum berpisah, Afyra memeluk tubuh kakaknya seolah-olah mereka tidak akan
bertemu lagi. Selepas ini Anysa akn ke Johor kerana dia mendapat tawaran bekerja sebagai
guru di Maahad Tahfiz An-nur. Anysa memegang tangan tua yang banyak berjasa itu.
 “umi, Anysa minta maaf. Anysa tahu umi masih marahkan  Anysa atas apa yang
berlaku. Anysa tidak pernak meminta semua ini berlaku. Anysa dah nak pergi jauh, Anysa
harap umi dapat maafkan kesalahan Anysa.” Aku mencium pipi umi. Kemudian aku mara
kearah ayah pula. Ayah memalingkan tubuhnya seolah-olah aku adalah musuhnya.
 “ayah,besar sangat ke salah Anysa?. Afyra telah mengandungkan anak luar nikah,tetapi ayah masih boleh tersenyum. Anysa Cuma memutuskan pertunangan sahaja ayah sudah melayan Anysa sebegini. Kenapa ayah begitu marah pada Anysa?> soalku dengan linangan airmata. Melihat ayah yang tiada reaksi,aku terus melangkah menaiki kereta. Pergilah Anysa,mereka tidak memerlukan kau disini.
 Ketka Anysa sedang leka mengemas buku,telefon bimbitnya menerima satu panggilan
daripada Pakngah.
 “assalamualaikum”. Kedengaran suara disana memulakan bicara.
 “waalaikumussalam,pakngah apa khabar?”
 “baik,Anysa?”
 “Alhamdulillah”
 “Anysa,boleh tak kamu datang rumah pak ngah?. Makngah kamu ni sibuk nak jumpa
kamu”
 “boleh la pakngah. Apa salahnya?”
 “baiklah, Anysa jangan lewat taw.” Aku terus meletakan telefon. Anysa mengangkat
punggung dan menaiki kereta. Sepanjang perjalanan,Anysa lebih suka menghiburkan
hatinya dengan berselawat. Anysa menghentikan keretanya dihadapan rumah teres setingkat.
 “assalamualaikum pakngah,makngah”
 “waalaikumussalam,Anysa masuk lah”. Aku masuk kedalam rumah setelah dipelawa
oleh Mak ngah. Aku dan pakngah berborak diruang tamu sementara makngah menyediakan
makanan. Apabila aku hendak membantu,seboleh-bolehnya makngah menegah.
 “macam mana kerja Anysa?”
 “macam itu sahaja lah pakngah. Seronok la Anysa tengok,umur muda-muda sudah
pandai menghafal”
 “assalmualaikum”. Kedengaran satu suara member salam.sesaat kemudian terpacul
seraut wajah yang amat aku kenali. Saiful!. Aku mengangkat kaki untuk keluar dari rumah.
 “anysa,tunggu!”. Tahan pakngah
 “apa ni pakngah?”
 “Anysa,saya yang salah. Saya rinduka awak,saya ingin sekali bertemu dengan awak”
 “diam Saiful!. Awak jangan berani sebut pasal rindu. Awak tak tahu apa itu rindu.”
Marahku

“anysa,saya tahu awak marahkan saya. Saya silap Anysa,saya sayangkan awak”

“jangan cakap soal saying pada saya. Kalau awak sayangkan saya kenapa awak
tinggalkan saya?. Apa salah saya?.
 “anysa,awak berhak marah,tapi..” . Belum sempat Saiful menghabiskan ayatnya,Anysa
terlebih dahulu memotong.
 “memang saya berhak. Saya merayu pada awak,tolong lah jangan ganggu hidup saya
lagi.” Seraya berkata sedemikian Anysa terus berlari. Di dalam kereta,airmata yang mengalir
seolah-olah tidak mahu berhenti. Anysa menghentikan keretanya disebuah pantai. Anysa keluar
dan melabuhkan punggungnya diatas sebuah batu besar. Anysa melemparkan pandangannya
kearah pantai yang terbentang luas. Kejadian dihospital datang menjelma kembali.
 “macam mana doktor?”
 “saya harap awak apa yang ingin saya sampaikan ini, awak terimanya dengan reda”.
Kata Doktor Juliana tenang.
 “kenapa doktor?,kenapa dengan saya?”. Jantungku sudah begerak pantas.
 “hasil pemeriksaan saya,awak menghidapi kanser paru-paru,dan berada ditahap
terakhir”. Terasa bagai ada sesuatu yang menghempap kepalaku. Airmataku mengalir perlahan.
 Hempasan ombak dipantai membuatkan aku kembali kedunia yang reality.”Aduhai
dunia,izinkan aku untuk menatapmu sepenuh hatiku. Kelak aku akan pergi buat selamanya,
tiada lagi esok buatku wahai dunia. Kau rasailah,kau lihatlah wahai dunia kerana esok kau tidak
akan mnedengar lagi tangisanku,tiada lagi penderitaanku. Esok aku akn keseorangan dan tiada
lagi kau untuk menemaniku.” Habis sahaja Anysa mencoretkan ayat itu,tubuh Anysa jatuh
terkulai diatas pasir.
 “anysa..!”. Jerit Saiful. Saiful memusingkan tubuh Ansa,namun dia terkejut apabila ada
cecair bewarna merah mengalir dari hidung Anysa.
 “anysa,awak kenapa ni?”. Rayu Saiful namun tiada reaksi.
 “sudah,bawa dia dia kehospital”arah Pak ngah.
 Seluruh ahli keluarga Anysa sudah sampai kehospital kecuali Afyra. Tedapat beberapa
orang pelajar Maahad Tahfiz An-nur turut hadir. Anysa sudah berada dibilik pembedahan
hampir tiga jam. Doktor yang baru keluar dari bilik pembedahan menghampiri mereka.
 “doktor,macam aman anak saya?”. Puan Anom  terus menerjah doktor itu

“buat bersabar semua. Saya mahu minta maaf pada anda,kerana kondisi Anysa terlalu
kritikal. Anysa sudah tidak mempunyai masa yang panjang lagi. Dia dalm keadaan nazak. Puan sekeluarga dibenarkan melihat Anysa. Kami sudah cuba sedaya-upaya tetapi yang diatas sana lebih mengetahui”. Kata Doktor itu tenang. Mengigil tubuh Saiful mendengar ayat yang baru diucapkan oleh doktor itu. Puan Anom sudah meraung,manakala yang lain pula cuba mengawal perasaan.
 Puan Anomdan Encik Zamri menghampiri Anysa. Diusap lembut kepala Anysa dan
Airmata yang mengalir disapu penuh kasih saying.
 “kenapa Anysa tidak memberitahu umi yang Anysa sakit?. Umi minta maaf Anysa,umi
banyak buat salah pada Anysa”. Keadaan didalam bilik itu sunyi sepi yang kedengaran
hanyalah tangisan dan bunyi mesinjangka hayat.
 “umi.Anysa minta maaf. Anysa tidak mahu menyusahkan umi”
 “tak sayang, Anysa tak pernah susahkan umi. Malah umi yang selalu susahkan Anysa”.
Main deras airmata Puan Anom mengalir.
 “umi,ampunkan Anysa. Hidup Anysa sudah tidak lama lagi. Anysa akan pergi,tolong
halakan makan minum Anysa”. Nafas  Anysa sudah tidak teratur. Puan Anom hanya
menganggukkan kepala.
 “ayah..”. Panggil Anysa perlahan.
 “ye, ayah ni..”
 “”ayah,maafkan  Anysa kalau Anysa tidak mampu menjadi anak yang baik. Anysa sudah cuba menjadi yang terbaik ayah”
 “Anysa memang anak ayah yang baik,malah yang paling terbaik. Anysa kuatkan
semangat,ayah sayang Anysa”. Ucap Encik Zamri dalam tangisan.
 “terima kasih ayah,tapi Anusa sudah penat,tak larat”
 Disaat itu juga salah seorang pelajar Maahad Tahfiz An-nur melaungkan azan. Makin
sayu rasanya hati.
 “along,angah maafkan Anysa. Anysa mahu pergi dengan tenang. Halalkan makan
minum Anysa”. Aman dan Amin tidak mampu berkata-kata,mereka hanya menganggukkan
kepala. Hati mereka terlalu sedih melihat keadaan Anysa yang sebegitu rupa. Mata Anysa
meliar satu bilik seolah-olah sedang mencari seseorang.
 “kenapa Anysa?
 “umi.Afyra mana umi?”
 “dia tidak ada Anysa”
 “saiful mana umi?. Aku harus memohom maaf kepada lelaki itu.
 “saya disini Anysa”
 “awak,maafkan saya. Saya tahu saya banyak buat salah pada awak. Walaupun saya
tidak pernah membenarka kemesraan berlaku diantara kita,itu tidak bermaksud saya tidak
menerima awak. Cinta dapat dirasai apabila kita berjauhan dan dihubungkan dengan cinta
Allah”
            “ye Anysa,lupakan semua itu. Yang penting Anysa selamat.”
 “saya tidak akan selamat Saiful”. Dada Anysa sudah berombak kencang. Nafas Anysa
juga tidak teratur
 “umi..sa..kit..”. tenggelam-timbul suara Anysa berkata.
 “anysa..” Takdir telah menentukan segalanya,genggaman tangan Anysa mulai longgar. Mata yang dahulu galak memandang alam mulai terkatup. Tiiiiiittttttt…  Hembusan nafas juga sudah terhenti. Tiada lagi gadis yang bernama Anysa yang begitu tabah dalam melyari sebuah
kehidupan yang penuh dengan onar dan ujian. Selepas ini,tiada lagi suara tangisan yang sring
kedengaran pada waktu malam.
 Tubuh Saiful sudah mengigil,jantungnya sudah bergetar hebat. Tangisan demi tangisan
sudah kedengaran.
 “anysa jangan tinggalkan umi,umi sayAng Anysa”. Ratap Puan Anom. Saiful sudah
tersandar didinding. 
“sudah la nom,redakan pemergian Anysa”
 Saiful mengesat airmata yang mengalir. Dengan pelahan Saiful membuka dairi milik Anysa 

“Awak adalah cinta terakhir saya Saiful, cinta saya kepada awak kerana allah. Peliahara lah cinta ini.”